You are on page 1of 1

LEMBAGA TABUNG HAJI

“KURSUS ASAS HAJI TAHUN 1445H/2023M


DAERAH PONTIAN”

Assalamualaikum w.b.t

Di sini ada satu makluman kepada bakal-bakal haji dan semua jemaah
masjid Daerah Pontian.

Dimaklumkan bahawa, Tabung Haji dengan kerjasama Pejabat Kadi Daerah Pontian
akan meneruskan Program Kursus Asas Haji (KAH) Musim Haji Tahun 1445H/2023M.
Kursus ini akan bermula pada 28 Oktober 2023 hingga 20 Januari 2024
bertempat di 2 buah masjid iaitu Masjid Bandar Pontian dan Masjid
Temenggong Daing Abd Rahman, Benut.

Kursus Asas Haji Daerah Pontian pada tahun 1445H/2023M ini akan bermula serentak
di kedua-dua buah masjid iaitu di Masjid Bandar Pontian dan Masjid
Temenggong Daing Abd Rahman, Benut pada 28 Oktober 2023 (Hari Sabtu)
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.45 pagi. Kursus akan berjalan selama 13 minggu.

Kursus Asas Haji terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang berhasrat untuk
membuat persediaan awal sebelum menunaikan fardhu haji. Tuan-tuan boleh
memaklumkan perkara ini kepada saudara mara dan jiran tetangga yang ingin
menyertai Kursus Asas Haji tersebut. Sila hubungi pejabat Tabung Haji berhampiran
untuk keterangan lanjut.

Sekian terima kasih, Wassalam.

Lembaga Tabung Haji


Daerah Pontian

You might also like