You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LAWATAN KOLABORASI MURID TINGKATAN 5


SMADATA KE MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG

TARIKH :
20 SEPTEMBER 2022 (SELASA)

ANJURAN BERSAMA :
SMADATA
MAAHAD TAHFIZ NEGERI PAHANG
MAAHAD TAHFIZ TURATH NEGERI
1.0 RASIONAL

Lawatan murid Tingkatan 5 SMADATA ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ini
ingin diadakan bagi memberikan lebih pendedahan kepada mereka tentang
bagaimana kehidupan sebenar seseorang penghafal Al-Quran di salah sebuah pusat
pengajian Al Quran yang terbaik di Pahang

MTNP merupakan salah sebuah sekolah agama terbaik di Pahang yang telah
mencapatkan GPS tertinggi dan yang telah melahirkan ribuan pelajar terbaik sama
ada dari sudut akademik dan juga hafazan AlQuran sehingga ada pelajar yang
dijemput menjadi imam tarawih di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan rekod, MTNP telah mengekalkan rekod pencapaian SPM cemerlang


negeri Pahang semenjak 2013 sehingga kini iaitu sudah 9 tahun berturut-turut dan
kejayaan mereka ini amat membanggakan. Rekod pencapaian terbaik mereka
adalah dengan mencapai GPS 1.51 pada tahun 2019.

Sebagai sekolah yang kini masuk ke tahun kelima Kurikulum Bersepadu Tahfiz,
pelbagai cabaran perlu dihadapi oleh guru-guru dan pihak pentadbir sekolah bagi
benar-benar menerapkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz. Semoga dengan adanya
lawatan sebegini dapat membentuk para pelajar SMADATA kearah yang lebih baik
seterusnya menjaga nama baik dan imej sekolah.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Supaya pelajar dapat menimba pengetahuan mengenai gaya hidup yang
perlu ada dalam diri seorang penghafal AL Quran supaya cemerlang dalam
pembelajaran
2.2 Menjadikan pelajar SMADATA faham akan kepentingan menjaga kemuliaan
Al Quran yang telah dihafal dan kesannya dalam keberkatan ilmu dituntut.
2.3 Mewujudkan sikap yang lebih positif dalam diri para pelajar mengenai
kurikulum bersepadu tahfiz

3.0 TENTATIF LAWATAN : 20 SEPTEMBER 2022 (SELASA)

5.00 Pagi Pelajar Berkumpul Dan Memasuki Bas


5.15 Pagi Bas Bergerak Ke Destinasi
6.15 Pagi Solat Subuh
6.30 Pagi Bas Bergerak Ke Destinasi
8.00 Pagi Sarapan
8.45 Pagi Bas Bergerak Ke Destinasi
9.30 Pagi Tiba di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
10.00 Pagi Program motivasi
11.30 Pagi Penanda aras
1.00 Tengahari Tamat program dan makan tengahari
2.00 Petang Program di Maahad Tahfiz Turath Negeri (MTTN)
4.30 Petang Majlis di MTTN bersurai

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Sumber Perkara Anggaran Jumlah
(RM) (RM)
1 Sumbangan Sewaan bas pergi dan balik 1500.00 1,500.00

2 Sumbangan Makan dan minum :


RM20 X 45 Murid 900.00 1,220.00
RM20 X 16 Guru 320.00
3 PIBG Cenderahati kepada MTNP DAN 200.00 200.00
MTTN
2,920.00 2,920.00

5.0 PENUTUP

Diharapkan agar permohonan ini mendapat perhatian, disokong dan diluluskan oleh
pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Fadzilah Binti Abdul Haliff) (En. Ramzza bin Shahruddin)


Penyelaras SPM Ketua Bidang PAIBA,

SMA Dato’ Haji Tan Ahmad SMA Dato’ Haji Tan Ahmad

Disokong oleh,

(Pn. Rohani Binti Daharun)


Pengetua, SMA Dato’ Haji Tan Ahmad
KERTAS CADANGAN LAWATAN KOLABORASI
SMADATA KE MTNP DAN MTTN TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Kolaborasi SMADATA ke MTNP

dan MTTN Tahun 2022

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Lawatan Kolaborasi SMADATA ke

MTNP dan MTTN Tahun 2022

Ulasan:

…………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………..

(ROHANI BINTI DAHARUN)


Pengetua

SMA Dato Haji Tan Ahmad

Tarikh :

You might also like