You are on page 1of 26

BUKU PANDUAN

UJIAN KENAIKAN
PANGKAT KOPERAL
KADET REMAJA SEKOLAH

HASIL NUKILAN :
MUHAMMAD THANI B. SHA’BAAN
PENGASAS
KADET REMAJA SEKOLAH
PENDAHULUAN

Buku ini merupakan garis panduan yang boleh digunakan oleh guru-guru
di sekolah dalam ujian kenaikan pangkat Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah.
Guru dan murid boleh menyesuaikan buku ujian ini berdasarkan keadaan
persekitaran, budaya kaum dan elemen-elemen lain berlandaskan teras dan
kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Namun Buku Panduan Kadet Remaja Sekolah
dan Tunas KRS merupakan rujukan utama dalam menjalankan aktiviti Kadet
Remaja Sekolah.

Ahli- ahli Kadet Remaja Sekolah yang ingin menjalani ujian pangkat akan
dapat membuat persedian awal dan seterusnya mewujudkan daya saing yang
sihat di kalangan ahli -ahli Kadet Remaja Sekolah dalam memperolehi pangkat.
Sehubungan itu, ujian-ujian ini akan melahirkan ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah
yang berkualiti, berketrampilan dan berwibawa yang bakal menjana generasi
yang ’ Cemerlang, Gemilang dan Terbilang ’.

Terhasilnya buku ini diharap dapat memberikan pengetahuan dan


meningkatkan ilmu ahli-ahli Kadet Remaja Sekolah selaras dengan motto Kadet
Remaja Sekolah iaitu ’ ILMU, IMAN dan AMAL ’.

” Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh


dihasilkan semula dalam apa juapun bentuk tanpa terlebih dahulu
mendapat izin Jawatankuasa Teknik Kadet Remaja Sekolah Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur ”

2
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
KAD UJIAN KENAIKAN PANGKAT

Ujian Kelayakan : KOPERAL


Nama :
Tingkatan :
Syarat-syarat :
Ahli hendaklah Lulus Ujian/Peperiksaan Tahap 1 iaitu:
Bil. Perkara Tarikh Lulus &
Pengesahan

A ITEM UJIAN KHAS

1 Ujian Bertulis
 Mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan Tarikh:
struktur meliputi semua tajuk dalam silibus KRS.

2 Ujian Kawad

 Berkebolehan memberi arahan & Perintah Kawat Tarikh:


dengan baik dan betul.

 Melipat, menaik, menurunkan bendera dengan cara Tarikh:


yang betul.

3a Ujian Kerohanian

 Menghafaz 10 surah Juz Amma Tarikh:

 Menghafaz selawat Syifa’ Tarikh:

 Menceritakan atau menulis tentang sejarah Tarikh:


kehidupan Rasullah S.A.W.

3b Ujian Moral

Pengucapan awam: Tarikh:


Tajuk : Balasan Jujur
Bersusah-susah dahulu, bersenang-
senang kemudian
Contohi labah-labah
Kalau cermat, tentu selamat
Budi bahasa

4 Ujian Kecergasan

 Larian 2.4 km Tarikh:

3
 Bangkit tubi ( 30kiraan/minit)
 Tekan tubi(20kiraan/minit)
 Lentik Belakang(20 kiraan/minit
 Angkat Beban yang setara berat anggota kadet /
tidak kurang 50 kg

B DISIPLIN DAN KEROHANIAN

1 Ketatanegaraan

 Menerangkan Rukun Negara Tarikh:


 Menyanyikan satu lagu patriotik
 Menyanyikan Lagu Kadet Remaja Sekolah

2 Ketahanan diri dan kebudayaan


2.1 Perkhemahan
 Etika Perkhemahan Tarikh:

 Penjagaan Khemah Tarikh:


(Membuka, memasang, melipat, membersih)

 Amalan kesihatan berkhemah Tarikh:

 Mengikuti perkhemahan selama 4 hari 3 malam Tarikh:

2.2 Ikatan
 Ikatan Balak Tarikh:

 Ikatan Seraya Tarikh:

 Ikatan Serong Tarikh:

 Ikatan Silang Gunting Tarikh:

 Mengemaskan Tali Tarikh:

 Membina 2 jenis gajet Tarikh:

2.3 Kompas

4
 Mencari bearing Tarikh:

 Menentukan arah kiblat Tarikh:

2.4 Ikhtiar Hidup


 Mengenali bahan-bahan apungan di air Tarikh:

 Membina model apungan di air Tarikh:

2.5 Pertolongan Cemas/Bantu Mula


 Membebat dan membalut luka Tarikh:

 Pengendalian pengusungan Tarikh:

 Menunjukkan 5 jenis balutan Tarikh:

 Mengenalpasti tempat-tempat pengaliran darah Tarikh:

2.6 Asas kebombaan


 Alat-alat melawan kebakaran Tarikh:
 Pemadam api jenis air, serbuk, buih dan
gas
 Kaedah pengendalian

2.7 Kebudayaan
 Menyertai atau mempersembahkan 3 kali Tarikh:
persembahan kebudayaan seperti nasyid, berzanji,
bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat
atau persembahan lain yang sesuai.

 Menerangkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia

3 KHIDMAT MASYARAKAT

 Menyertai 4 khidmat masyarakat dengan masa Tarikh:


tidak kurang daripada 12 jam.

4 ALAM SEKITAR

5
 Menyertai atau melaksanakan 3 projek yang Tarikh:
berkaitan dengan Alam Sekitar seperti membuat
taman, menanam pokok, mengutip sampah di
kawasan sekolah, sungai, tempat rekreasi atau
lain-lain aktiviti yang sesuai.

5 KEUSAHAWANAN

 Menyediakan satu projek yang berkaitan samada Tarikh:


masakan atau kraftangan

A:1. Ujian Bertulis


Ujian bertulis mengandungi 60 soalan objektif dan 40 soalan struktur meliputi silibus KRS tahap
2.

A:2.Kawad

Pengisian

Kawad
i. Memberi perintah kawad kumpulan masing – masing
(Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 72-82)

ii. Kawad Perhimpunan


(Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 72-82)

iii. Memberi hormat


 Hormat Ke hadapan (Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 102-103)

 Hormat Ke kanan/kiri (Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 103-104)

 Hormat selaku terima sijil (Rujuk Buku Panduan KRS dan TKRS m/s 104)

Melipat, menaik dan menurunkan bendera dengan cara yang betul


(melakukannya secara praktikal)

A: 3a. Kerohanian

Skema pemarkahan ujian kerohanian.


Pemarkahan : LULUS@GAGAL
Permarkahan lulus – murid dapat menghafaz keseluruhan dengan lancar.

 Murid dikehendaki menghafaz 10 surah Juz Amma

Sepuluh Ayat

1. An Nas

6
2. Al Falaq
3. Al Ikhlas
4. Al Kaafirun
5. Al Qadr
6. An Nasr
7. At Tin
8. Al Lumazah
9. At Takasur
10. Ad Dhuha

 Pelajar dikehendaki menghafaz selawat syiffa’

Bismillahirahmanirrahim

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sempurnakanlah hati-hati ini dan berikan penyembuh
buatnya.
Sihatkanlah tubuh-tubuh ini dan berikan penawar buatnya.
Cerahkanlah penglihatan-penglihatan ini dan berikan kemuliaan buatnya.

7
 Murid dikehendaki menulis sirah Rasulullah S.A.W (100 patah perkataan)

SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun Gajah
bersamaan 20 April 571 M. Ayahandanya bernama Abdullah Bin Abd. Mutalib manakala
ibundanya bernama Aminah Binti Abdul Wahab. Kedua-duanya adalah berketurunan Quraisy.
Sewaktu berumur 2 bulan di dalam kandungan ibunya, ayahandanya telah meninggal dunia.Pada
malam kelahirannya, kelihatan di ufuk timur bintang yang amat terang-benderang tanda akan
lahirlah pemimpin agung yang akan menjadi rahmat bagi seluruh alam. Baginda disusui oleh
ibunya selama 3 hari dan kemudiannya oleh Suwaibah serta Halimatun Saadiah sehingga
berumur 4 tahun. Ketika berumur 6 tahun ibundanya telah meninggal dunia ketika menziarahi
makam ayahandanya di Madinah. lbunya dikebumikan di Abwa’. Baginda dipelihara datuknya
Abd Mutalib iaitu ketua kaum Quraisy yang amat disegani. Apabila datuknya meninggal dunia,
baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib .
Baginda telah diasuh sejak dari kecil sebagai pengembala kambing yang memiliki sifat Iemah
lembut, belas kasihan dan sentiasa bersabar. Baginda telah diberi gelaran ' Al Amin ' yang
bererti ' Yang Amanah ' kerana memiliki sifat yang sangat terpuji. Setelah dewasa, baginda
menolong Siti Khadijah menjalankan perniagaannya di Syam. Peribadi baginda yang jujur dan
amanah telah menyebabkan Khadijah melamar baginda. Lamaran itu diterima oleh baginda dan
melangsungkan perkahwinan ketika berumur 25 tahun dan Siti Khadijah berumur 40 tahun.
Ketika berumur 40 tahun, baginda telah mengasingkan diri di Gua Hira' kerana
menjauhkan diri daripada kesesatan kaumnya yang menyembah berhala, minum arak serta
melakukan pelbagai maksiat. Baginda sering memikirkan tentang kehidupan dan pencipta alam
yang serba indah ini. Pada hari Isnin 17 Ramadhan 609 Masihi, datanglah kepada baginda
Malaikat Jibril yang menyuruh baginda membaca. Oleh sebab baginda seorang yang tidak tahu
membaca maka Baginda tidak boleh membaca. Setelah beberapa kali disuruh membaca,
akhirnya baginda diajar membaca iaitu ayat Al Quran pertama Surah Al 'Alaq atau lqra'. Semasa
baginda menerima wahyu ini, baginda berumur 40 tahun.
Setelah mendapat wahyu, Rasulullah SAW kembali ke rumahnya dalam ketakutan. Sejak
peristiwa itu, baginda terus menerima wahyu dan menyampaikannya. Isteri Rasulullah SAW iaitu
Siti Khadijah adalah wanita pertama yang memeluk lslam. Saidina Ali merupakan kanak-kanak
yang pertana dan Saidina Abu Bakar adalah lelaki dewasa yang pertama.
Pada permulaan penyebaran Islam, baginda telah mengalami berbagai-bagai kesukaran
dan kesusahan akibat tentangan daripada orang-orang kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu
Jahal dan bapa saudaranya Abu Lahab.
Apabila Saidina Umar Al Khatab memeluk Islam maka dakwah dijalankan secara terang-
terangan kerana beliau adalah seorang yang sangat ditakuti dan berpengaruh. Tambahan pula,
Allah telah menurunkan wahyu agar Rasulullah SAW menyampaikan dakwah secara terang-
terangan. Semakin ramai orang-orang kafir telah memeluk lslam. Sungguh pun begitu pemimpin-
pemimpin Quraisy telah melaksanakan berbagai-bagai cara untuk menghalang dan
menghapuskan ajaran Islam. Mereka telah menyeksa dan membunuh pengikut-pengikut
Rasulullah SAW. Orang-orang kafir juga telah memulaukan umat Islam dan Bani Hashim selama
3 tahun dengan tidak mengadakan sebarang hubungan dan menjual makanan dan minuman
kepada mereka. Pemulauan ini telah tidak memberi kesan kepada dakwah Rasulullah SAW.
Pada tahun 818 Masihi, baginda telah ditimpa ujian yang amat besar iaitu kematian Saidatina
Khadijah isteri kesayangan baginda dan juga kematian Abu Talib bapa saudaranya yang sering
melindungi baginda dan ancaman orang kafir.
Pada 27 haribulan Rejab tahun 621 Masihi berlakulah peristiwa “ Isra' dan Mi'raj
“ iaitu Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril AS menaiki Buraq dari Masjidil Haram di
Mekah menuju Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis. Baginda kemudiannya dibawa ke langit ke tujuh
atau “Sidratul Muntaha” mengadap Allah S.W.T dan menerima perintah menunaikan
sembahyang 5 waktu. Selepas peristiwa ini, baginda seolah-olah mendapat semangat untuk
menyebarkan Islam. Tindakan ini telah menyebabkan pemimpin kafir mengambil keputusan
untuk membunuhnya. Allah telah memerintahkan agar RasuluIlah SAW berhijrah ke Yathrib. Oleh
itu, rancangan pemimpin-pemimpin Quraisy untuk membunuh baginda dan menghapuskan syiar

8
Islam telah gagal apabila baginda berjaya keluar daripada rumahnya yang dikepung oleh
pemuda-pemuda Quraisy bersama-sama Saidina Abu Bakar RA tanpa disedari oleh
mereka.Tempat tidur baginda telah digantikan oleh Saidina Ali KWJ. Baginda telah bersembunyi
di Gua Thur dan sebelum sampai ke Yathrib. Baginda telah singgah di Quba' dan mendirikan
masjid yang pertama. Rasulullah kemudiannya sampai di Yathrib dengan disambut oleh
penduduknya dengan meriahnya. Rasulullah SAW menamakan Yathrib dengan Madinah al-
Munawarah yang bermaksud “ Kota Yang Bercahaya “. Rasulullah telah wafat pada 7 Jun 633
M I 13 Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah.

A:3b MORAL

Ujian Moral
Menulis dan mempersembahkan pengucapan awam (seperti di bawah)

Balasan jujur

1. Kejujuran merupakan suatu sikap perlakuan dan peraturan yang amanah, baik dan
penuh keikhlasan. Orang yang jujur sentiasa melakukan sesuatu perbuatan atau
percakapan tanpa berselindung.
2. Niatnya sentiasa ikhlas dan boleh dipercayai. Orang yang bersikap jujur juga senang
mendapat kepercayaan dari orang lain.
3. Individu yang jujur ialah individu yang menepati janji, sentiasa bercakap benar, mematuhi
arahan yang diberikan.
4. Seorang yang telah berjanji hendaklah sedaya upaya menunaikannya. Apabila kejujuran
dapat diwujudkan dipersekitaran maka hal ini akan mampu menghasilkan masyarakat
yang produktif, dinamik dan progresif.

Contoh yang mempunyai nilai kejuuran :

1. Encik Razak telah mendermakan sejumlah wang kepada kanak-kanak cacat di salah
sebuah pusat pemulihan. Apabila ditanya berapakah jumlah yang telah didermakan oleh
para wartawan, En. Razak menyatakan itu adalah rahsia peribadinya dan dia menderma
secara ikhlas.
2. Persatuan Bulan Sabit Merah adalah sebuah persatuan yang menjalankan tugas secara
sukarela. Mereka sentiasa memberi bantuan kepada orang yang terlibat dalam
kemalangan dan kesusahan. Bantuan yang mereka berikan adalah secara ikhlas dan
tidak mengharapkan balasan dan bayaran.

Berbudi Pekerti Mulia.

1. Seseorang yang memiliki budi pekerti yang mulia ialah seseorang yang berhemah tinggi,
bersopan santun dan sentiasa berbudi bahasa.
2. Seseorang itu mestilah memiliki sifat ini agar ia diterima dengan baik oleh keluarga ,
rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.
3. Seseorang yang mempunyai budi pekerti yang mulia selalunya akan mempamerkan
sifat-sifat seperti mudah mesra dengan orang lain, bersopan santun dan tidak teragak-
agak untuk mengakui kesalahan diri sendiri.
4. Individu yang mempunyai sikap ini mempunyai rohani dan jasmani yang sihat dan bersih.
Cara dan corak pemikirannya sihat, bernas, matang, positif serta kritis dalam menangani
sesuatu isu.

A:4.Ujian Kecergasan

Murid melakukan ujian mengikut kemampuan masing-masing seperti di dalam kad ujian.

B:DISIPLIN DAN KEROHANIAN

9
B:1 KETATANEGARAAN
 Menerangkan Rukun Negara secara lisan

RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

 Menyanyikan satu lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Pertiwi
dan lain-lain.

 Menyanyikan lagu Kadet Remaja Sekolah

KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah


Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal

Marilah kita membina peribadi


Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja , sambutlah cabaran


Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang
Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta

Remaja , hayati budaya


Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati , dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

B:2. Ketahanan Diri Dan Kebudayaan

2.2.1. Perkhemahan

Pengenalan.

Dalam menjalankan aktiviti berkhemah, khemah merupakan antara alatan yang penting.
Mengenali jenis-jenis khemah, bahagian-bahagian khemah dan mengenalpasti lokasi mendirikan
khemah yang sesuai dan selamat adalah penting. Selain itu seni berkhemah seperti membina
beberapa gajet ringkas seperti tempat meletak kasut, tempat meletakkan peralatan dapur dan

10
makanan, membina lubang untuk sampah dan sisa makanan ( lubang kering dan luang basah ) ,
membina tandas perlu juga dikuasasi.

Jenis-jenis khemah.

1. Khemah jenis ‘A’


2. Khemah dome
3. khemah igloo
4. khemah ringkas
5. khemah 180 pound

Bahagian-bahagian khemah.

4
5

Gambarajah khemah jenis ‘A’

1. badan khemah
2. “flysheet”
3. “groundsheet”
4. pancang

11
5. tali
6. tiang

Pemilihan tapak untuk mendirikan khemah.

1. Berhampiran kawasan air


2. Bukan dibawah pokok berdahan kering/ pokok kering
3. Bukan laluan binatang atau manusia
4. Dikawasan yang agak lapang/ tidak semak
5. Dikawasan rata dan tidak berbatu/ kayu tajam
6. Bukan laluan air
7. Bukan laluan angin

Cara-cara mendirikan khemah.

1. dirikan tiang
2. pasangkan badan khemah dan ikat tiang dengan simpul manuk.
3. pasangkan tali pada pancang
4. regangkan tali dengan kemas.
5. pasangkan “flysheet” dan ikat pada pancang

Cara-cara melipat khemah.

1. lipat bahagian badan khemah secara memanjang selebar sarung khemah.


2. lipat “flysheet” dan letakkan sekali dengan badan khemah.
3. letakkan tiang khemah, pancang dan tali pada pangkal badan khemah, gulungkan sambil
membersihkan pasir dan lain kotoran.
4. masukkan dalam sarung khemah.

SKEMA PEMARKAHAN

1. Menyatakan Etika Perkhemahan serta boleh memasang dan melipat khemah dengan
betul (Etika Perkhemahan 5 markah, memasang 5 markah dan melipat 5 markah)

2. Telah mengikuti aktiviti perkhemahan selama 4 hari 3 malam dengan menunjukkan


buku laporan yang telah ditandatangani oleh Penyelaras Perkhemahan. (15 markah)

3. Menyatakan 3 amalan kesihatan semasa berkhemah. (15 markah)

12
Ikatan

Murid dapat membuat simpulan dan ikatan yang disenaraikan di dalam kad ujian.

Ikatan Balak Ikatan Seraya

Ikatan Serong

13
Ikatan Silang Gunting

Simpulan Mengemaskan Tali

Jenis-jenis Gajet

14
2.2.3 Kompas

Pengenalan

Masyarakat Cina telah mengenali prinsip kompas sejak 5000 tahun dahulu. Kompas merupakan
peralatan yang sangat penting dalam setiap pengembaraan. Ia juga merupakan bantuan yang
tidak ternilai pentingnya bagi navigasi dalam keadaan-keadaan terburuk. Kompas boleh didapati
dalam berbagai bentuk. Walaubagaimanapun fungsinya adalah sama iaitu sebagai pandu arah.

Kegunaan kompas
Sebuah kompas perlu kejap (compact), lasak ringan dan mudah di kendali. Secara amnya
kompas bertujuan menunjuk arah. Di dalam orienteering kompas orienteering digunakan dalam
perkara-perkara berikut:

 Melaras peta
 Membantu dalam navigasi
 Menentukan kedudukan
 Membuat peta
 Mengukur jarak di atas peta

Bahagian-bahagian di setiap kompas.

Gambar kompas

1, Rumah kompas (home)


2. Jarum kompas
3. Skala

15
4. Kanta Pembesar
5. Panduan grid
6. Arah Pergerakan
7. Tapak
8. Bacaan Bering
9. Garis panduan (selari dengan rumah kompas)
10. Rumah dail ( “Compas housing” boleh diputar)
11. Tali Keselamatan

Mata Pedoman Kompas

Gambar arah mata angin


Bearing

Bearing memberi tanda arah yang tepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Bearing adalah
sudut yang diukur mengikut perjalanan jam, dari satu garisan dengan garisan yang ditetapkan.
Garisan yang ditetapkan selalunya adalah utara

Soalan:
Murid mencari bearing dan menentukan arah kiblat

2.2.4 Ikhtiar Hidup

IKHTIAR HIDUP

Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang diadakan dalam Kadet Remaja
Sekolah. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana menggunakan alam
ciptaan Tuhan sebagai bahan survival bagi meneruskan hidup selain berlaku keadaan
kecemasan dan darurat.

Bahan-bahan apungan air dari alam ciptaan Tuhan;

 Kayu balak
 buluh
 batang kelapa
 rotan
 sabut

Bahan-bahan rekaan manusia yang boleh dijadikan bahan apungan;

 tiub tangan

16
 gabus (polysterene)
 jaket keselamatan
 botol plastik
 tong dram/ tong plastik

Contoh Model Apungan Air

Bahan-bahan yang terapung akan berfungsi sebagai rakit apabila ia diikat atau dicantum
kemas.

2.2.5 Pertolongan Cemas

Bebatan dan balutan


Apa itu anduh
Pembalut segitiga yang biasa digunakan diperbuat daripada kain belacu yang tidak
luntur.Ia digunakan untuk menyangga atau membalut anggota yang cedera. Ianya
berbentuk tigasegi dua sama dengan ukuran 90cm x 90cm x 130cm
Apa itu anduh ubah suai
Segala kain yang tidak berbulu serta bersih boleh digunakan sebagai pembalut atau
anduh seperti tali, kain sarung, sapu tangan, baju ,tali pinggang, tali leher setokin,
tudung, selendang , kain batik serta bahan-bahan lain yang difikirkan boleh sebagai
pembalut atau anduh.

Jenis-jenis Anduh

17
Anduh terdiri daripada
 Anduh tiga segi
 Anduh besar
 Anduh kecil dan
 Anduh terkehel serta patah pergelangan kaki

Anduh digunakan bertujuan untuk


 Memberikan kelegaan
 Memberikan ampuan
 Menolong mengurangkan bengkak
 Mengawal pendarahan
 Menetapkan bebat di kawasan yang cedera.
Jenis-jenis bebatan
Bebat terdiri daripada beberapa jenis diantaranya ialah
 Bebat medan- digunakan oleh anggota keselamatan
 Bebat luka – digunakan oleh pembantu dalam pertolongan cemas.
 Bebat hospital – digunakan oleh hospital atau paramedik
Bebat digunakan untuk tujuan
 Mencegah daripada kekotoran
 Menyekat daripada jangkitan kuman
 Membantu mengurangkan pendarahan
 Membubuh ubat
 Supaya segera sembuh

Balutan
Balutan atau pembalut merupakan bahan yang terdiri selain bebatan seperti anduh ianya
dikenali sebagai BALUTAN .Balutan terdiri daripada :
 Balutan Tiga Segi
 Balutan Gulung
 Balutan Kenyal
Balutan yang biasa digunakan dalam membantu mangsa adalah terdiri daripada anduh tiga segi.
Anduh tiga segi pula digunakan dalam balutan seperti :
 Anduh besar.
 Anduh tiga segi
 Anduh Kecil
 Anduh terkehel dan patah pergelangan tangan.

18
19
Tempat-tempat Pengaliran Darah.
Pengenalan .
Anggota tubuh badan kita terdiri daripada tulang rangka ,daging, urat serta organ tubuh
yang mana ianya dilindungi oleh lapisan kulit. Oleh yang demikian kulit merupakan lapisan
yang mudah cedera dan bila berlaku kecedaraan secara tidak langsung urat-urat terputus
dan menyebabkan aliran darah keluar.
Tempat yang mudah untuk merasa nadi adalah di bahagian leher dikenali sebagai nadi
karotid dan bahagian lengan adalah dikenali sebagai nadi radial.
Darah dipam keluar dari jantung, 3 sistem pembuluh antaranya ialah arteri, kapilari dan
vena. Sumber pendarahan boleh dibahagikan kepada tiga iatu :
 Pendarahan eksternal – luka nampak dengan jelas ada pengaliran darah.
 Pendarahan internal berkesan – luka di bahagian organ dalam yang mengeluarkan
tanda-tanda seperti muntah berdarah atau berak berdarah.
 Pendarahan internal tanpa kesan – luka yang di dalam bahagian anggota yang tidak
dapat di kesan atas sebab darah telah beku di anggota yang cedara.
Sebagai seorang pembantu dalam pertolongan cemas anda perlu tahu bahagian-
bahagian atau tempat-tempat pengaliran darah di antaranya:

20
 Arteri brakial – di bahagian lengan
 Arteri femoral- di bahagian siku dan pergelangan tangan
 Arteri kartiod- di bahagian leher
Sistem Peredaran Darah .
Peredaran darah adalah satu sistem pengedaran darah dan kitaran darah
bermula dari jantung ke jantung semula. Fungsi utama dalam asas peredaran darah
adalah menyampaikan bahan-bahan nutrien serta oksigen ( O2 ) ke segenap sel-sel di
dalam badan.
Selain daripada itu ia juga mengeluarkan karbon dioksid ( CO ) dan bahan-
bahan yang tidak diperlukan lagi oleh sel-sel.
Darah dipam keluar dari jantung dan sampai ke seluruh tubuh badan melalui satu sistem
peredaran darah yang mengandungi :
 Jantung.
 Arteri
 Vena
 Rerambut/ Salurhalus
 Bendalir.

Jantung .
Jantung merupakan satu daripada organ yang amat penting dalam badan
manusia .Organ ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iatu bahagian kiri dan
bahagian kanan . Ia terbahagi kepada dua dinding yang dikenali sebagai SEPTUM.
Kedua-dua bahagian ini tidak dapat berhubung diantara satu sama lain.
Selain daripada itu jantung juga dibahagikan kepada dua injap iaitu ,
dibahagian atas dikenali sebagai ATERI kiri dan kanan manakala bahagian bawah
dikenali sebagai VENTRIKAL kiri dan kanan .

Peredaran Darah Dalam Jantung..


Peredaran darah bermula apabila darah yang dibawa dari badan oleh VENA
CAVA ( Darah kurang oksigen ) masuk kedalam arteri aville atau arterium kanan.
Apabila darah ini masuk arteri akan mengepam darah ke ventrikal kanan.
Darah yang masuk ini dikawal oleh injap. Selepas itu darah ini akan dipam oleh
ventrikal kanan ke peparu. Di peparu proses menukarkan oksigen dan karbon dioksida
berlaku. Setelah proses ini selesai darah ini akan masuk semula ke aurikel kiri. Selepas
itu darah ini akan mengalami proses yang sama seperti disebelah kanan.
Apabila sampai di ventrikel , darah yang mempunyai banyak oksigen tadi akan
dipam ke seluruh badan melalui AORTA dan ARTERI.

Tempat-tempat pengaliran Darah

21
Mengangkat Dan Mengusung Pesakit.
Pengenalan .
Dalam pertolongan cemas, pembantu perlu tahu beberapa kaedah mengangkat dan
mengusung mangsa atau memindahkan mangsa yang cedera .Apabila berlaku
kemalangan , salah satu perkara yang diutamakan adalah menentukan samada mangsa
perlu dirawat di tempat kejadian atau perlu dipindahkan ketempat lain.
Hal ini bergantung kepada situasi tempat kemalangan yang mana pembantu perlu ambil
tindakan di antara tindakan yang perlu diambil ialah ;
 Bertindak dengan pantas serta jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan
penting.
 Jika kecederaan lebih teruk, rawat serta merta jika perlu dan jangan alihkan
mangsa.
 Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa jika tiada orang mahir
memindahkan mangsa.
 Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi, terutamanya di
kepala, leher , dada, perut dan anggota-anggota lain.
Teknik Memindahkan mangsa.
Ada pelbagai teknik untuk memindahkan mangsa yang cedera, pemindahan mangsa
bergantung kepada kecederaan yang dialami. Antara beberapa teknik yang biasa digunakan
untuk memindahkan mangsa adalah :
Usungan merangkak
 Pesakit di bawah pembantu .
 Pembantu berjalan secara merangkak dengan menyeret pesakit.

22
Usungan menarik
 Pesakit ditarik oleh pembantu
 Pembantu berjalan dengan cara mengundur
Usungan mengendong belakang
 Pesakit digendong di bahagian belakang pembantu.
 Pesakit masih sedar serta pembantu boleh memberi arahan kepada mangsa.
Usungan mendukung.
 Pesakit di dukung di bahagian depan dengan pembantu menggunakan kedua-dua
tangan mendukung
Usungan menopang
 Pesakit berjalan bersama dengan pembantu yang mana pembantu akan memegang
pinggang pesakit dan tangan pesakit disangkutkan ke bahu pembantu.

Usungan bomba
 Pesakit dibawa dengan mengangkat di bahagian perut di atas bahu pembantu.
 Pesakit separuh sedar atau tidak sedar.
Usungan kerusi
 Pesakit akan di bawa dengan kerusi oleh dua orang pembantu dengan cara
pembantu depan belakang atau pembantu kanan-kiri kerusi serta pesakit di antara
dua pembantu.
Usungan empat tangan
 Pembantu dua orang akan menjalin tangan dan mengangkat pesakit diantaranya
dengan pesakit memegang bahu pambantu.

Usungan improvisi.
 Merupakan usungan yang diubah suai menggunakan bahan serta alatan di
sekeliling mangsa yang sesuai dijadikan usungan
 Contoh usungan improvisi ialah dua batang kayu bersama dengan kain sarung atau
khemah atau kain batik atau baju atau seluar atau selimut.
Usungan yang tersedia..
Usungan ini merupakan yang terjual di pasaran di antaranya ialah :
 Standard Stretcher
 Scoop Stretcher
 Utila Folding Stretcher
 Pole and Canvas Stretcher
 Neil Robertson Stretcher
 Trolley Bad
2.2.6 Asas Kebombaan

23
Asas kebombaan
Alat-alat melawan kebakaran
 Pemadam api jenis air, serbuk, buih dan gas
 Kaedah pengendalian

24
2.2.7 Kebudayaan

 Murid menyertai atau mempersembahkan 3 kali persembahan kebudayaan seperti


nasyid, berzanji, bermain kompang, bersajak, pentomin, seni silat atau persembahan lain
yang sesuai.
 Murid menerangkan perayaan pelbagai kaum di Malaysia secara bertulis (80 – 100 patah
perkataan)

3. KHIDMAT MASYARAKAT
 Murid dibahagikan kepada kawasan tertentu dan diketuai oleh seorang ketua platun
 Urusetia akan menyelia tugasan yang diberikan kepada peserta serta mengesahkannya.

BORANG KHIDMAS

25
NAMA PESERTA : _____________________________________________________
SEKOLAH : ___________________________________________________________
BIL TUGASAN LOKASI PENGESAHAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

4. ALAM SEKITAR
Murid melaksanakan 3 projek yang berkaitan dengan Alam Sekitar seperti membuat taman,
menanam pokok, mengutip sampah di kawasan sekolah, sungai, tempat rekreasi atau lain-lain
aktiviti yang sesuai.

5. KEUSAHAWANAN
Murid menyediakan satu projek yang berkaitan samada masakan atau kraftangan

26

You might also like