You are on page 1of 3

槟城恒毅(国民型)中学华乐团

Orkestra Cina SMJK Heng Ee, Pulau Pinang


99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang.
Tel : 04-2824402 Faks : 04-2832461
___________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROJEK PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN DAN PRASARANA


Tarikh : 10 DISEMBER 2020

Tempat : Bilik Muzik, SMJK Heng Ee

Masa : 8.00 pagi – 9.30 malam.

Guru Penasihat : Pn. Cheng Sook Koon

1.0 Tujuan :
1.1 Untuk meningkatkan kualiti kemudahan dan prasarana Orkestra Cina.

2.0 Objektif :
2.1 Menambah baik kemudahan di bilik muzik.

2.2 Meminimumkan risiko jangkitan penyakit melalui perkongsian alat muzik.

2.3 Meningkatkan kepenggunaan alat muzik semua ahli Orkestra Cina.

3.0 Latar Belakang:

Tercetusnya isu rebakan penyakit Covid-19 meningkatkan kebimbangan dalam


kalangan guru dan ahli Orkestra Cina yang terlibat kerana perkongsian alat-alat muzik
diamalkan dalam kalangan ahli Orkestra Cina yang menghadiri latihan di sekolah.
Perkongsian alat-alat muzik ini meningkatkan risiko ahli-ahli untuk menjangkiti penyakit.
Untuk meminimumkan risiko jangkitan, kemudahan alat muzik yang ada diharapkan dapat
ditambah agar perkongsian alat muzik dapat dielakkan dalam kalangan ahli Orkestra Cina.
Pada masa ini, antara kemudahan alat muzik yang dikongsikan antara ahli
termasuklah, seruling (Jenis Bangdi, Qudi F, D dan C), dan Suona (Jenis D dan C). Alat-alat
muzik ini tidak wajar dikongsikan kerana alat muzik ini melibatkan penggunaan bibir untuk
tujuan peniupan.
4.0 Belanjawan Penambahbaikan Kemudahan dan Prasarana

Butir-butir Dt (RM) Kt (RM)


Pendapatan:    
Subsidi ( Unit Kokurikulum Sekolah) 3980  
  3980  
     
Perbelanjaan:    
Seruling (Bangdi) F   480
Seruling (Bangdi)D   480
Seruling (Qudi)C (2 unit) (RM480 seunit) 960
Suona D 980
Suona C 1080
Jumlah   3980

5.0 Senarai Ahli Jawatankuasa Orkestra Cina

Jawatan Nama Kelas


Pengerusi Lee Ying Zhen 4E2
Naib
Lim Zi Hao 4S3
Pengerusi
Setiausaha Teh Ying Xin 4S3
Naib
Eng Xin Xien 4S5
Setiausaha
Bendahari Mah Ru Xin 4M2
AJK Neoh Jia Chen 4S3

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

___________________ _______________________
Lee Ying Zhen Pn. Loh Soo Ping
Pengerusi, Pengetua,
Orkestra Cina. SMJK Heng Ee.
槟城恒毅(国民型)中学华乐团
Orkestra Cina SMJK Heng Ee, Pulau Pinang
99, Jalan Hamilton, 11600 Pulau Pinang.
Tel : 04-2824402 Faks : 04-2832461
___________________________________________________________________________
Rujukan Puan :
Rujukan Kami :
Tarikh :10 DISEMBER 2020

Puan Loh Soo Ping


Sekolah Menengah Heng Ee
99, Jalan Hamilton
11600 Pulau Pinang.

Melalui:-
Puan Cheng Sook Koon
Guru Penasihat,
Orkestra Cina
SMJK Heng Ee.

Puan,

Memohon Subsidi untuk Penambahbaikan Kemudahan dan Prasarana

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Orkestra Cina ingin memohon
subsidi untuk penambahbaikan kemudahan dan prasarana pada tahun 2020
2. Tujuan Latihan Intensif ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti kemudahan
dan prasarana Orkestra Cina dan meminimumkan risiko sebarang jangkitan penyakit.
3. Harap pihak puan akan mempertimbangkan dan meluluskan permohonan ini.
Kerjasama dan jasa bakti puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

“Together We Are Winners”

Saya yang menjalankan tugas,

_______________,
(Mah Ru Xin)
Bendahari,
Orkestra Cina
SMJK Heng Ee.

You might also like