You are on page 1of 2

Pemahaman Petikan Umum:

Berdasarkan bahan-bahan di bawah,jawab soalan-soalan yang diberikan.

Bahan 1
Remaja pada masa kini terdedah kepada cabaran hidup yang menguji mental dan
fizikal mereka secara keseluruhan. Berbeza daripada remaja pada awal kemerdekaan,
mereka lebih terdedah kepada cabaran memenuhi keperluan untuk hidup dalam sesebuah
negara yang merdeka.
Sebagai seorang remaja yang masih belajar, tekanan serta bebanan utama mereka
adalah untuk memenuhi matlamat pencapaian dalam pelajaran. Matlamat tersebut
pastinya pada peringkat cemerlang yang memerlukan pengorbanan dan usaha yang
terbaik. Bebanan memenuhi pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran
yang menuntut perancangan yang baik daripada pelajar dan agen sokongannya seperti ibu
bapa, adik-beradik, rakan sebaya, guru serta ahli masyarakat di sekitarnya. Seorang
pelajar yang berjaya mendapat sokongan yang menyeluruh daripada agen sokongan
mereka kebiasaannya akan mampu memenuhi impian pencapaian cemerlang akademik.
Sebaliknya, tekanan daripada guru di sekolah untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan
menggagalkan usaha pelajar untuk pencapaian cemerlang bidang akademik.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Tekanan
Bebanan Pelajaran, Ekonomi dan Persekitaran
Remaja” oleh Noor Azam Abdul Rahman, Dewan
Siswa, November 2017)

Bahan 2

Laporan Kesihatan Mental Remaja di Malaysia (umur 13 – 17 tahun) dalam Kajian


Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (KKMK) 2017 menunjukkan bahawa
kecenderungan remaja mengalami simptom stres mencapai 9.6%. Rumusan laporan
tersebut menyatakan bahawa remaja yang mengalami simptom stres bersekolah di bandar
(10.3%), remaja perempuan (10.3%), pelajar tingkatan 1 (11%) dan datang daripada
keluarga berpisah (14.9%). Sebanyak 28.8% responden pula menunjukkan simptom stres
iaitu berasa amat kesunyian dan suka menyendiri untuk tempoh 12 bulan kebelakangan.

KKMK 2017 turut mendedahkan bahawa 10 peratus remaja mempunyai idea


membunuh diri, 7.3 peratus merancang untuk bunuh diri dan 6.9 peratus melakukan
cubaan untuk bunuh diri. Kecenderungan remaja membunuh diri boleh dikaitkan dengan
pelbagai faktor. Faktor sosioekonomi dan persekitaran seperti kemiskinan dan kesukaran
meneruskan hidup menjadi penyebab kepada perlakuan bunuh diri.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Fenomena bunuh diri remaja”
Prof Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul
https:// archive.sinarharian.com.my/

1
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud memenuhi impian. (2 markah)

(ii) Berdasarkan kesemua bahan, jelaskan faktor tekanan dalam kalangan remaja.
(3 markah)

(iii) Peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan remaja memerlukan perhatian orang
ramai. Pihak utama yang wajib memberikan perhatian terhadap keadaan emosi remaja
merupakan ibu bapa.

Pada pendapat anda, bagaimanakah ibu bapa dapat memainkan peranan untuk
mengelakkan musibah sebegini daripada berlaku? (3 markah)

(iv) Anda mempunyai seorang rakan yang mengalami kemurungan akibat ibu bapanya
yang bercerai baru-baru ini. Pemikirannya semakin negatif sehingga wujud gejala
penderaan diri pada rakan ini. Walaupun dia telah menghadiri sesi bimbingan dan
kaunseling di sekolah, tetapi keadaannya masih tidak bertambah baik.

Bagaimanakah anda dapat membantu rakan ini?

(4 markah)

You might also like