Professional Documents
Culture Documents
ABSTRAK
Gaya keibubapaan merupakan salah satu aspek yang sering diperkatakan oleh setiap ibu bapa
dan ahli psikologi dan ianya menjadi persoalan berkenaan apakah gaya keibubapaan yang
terbaik yang perlu diamalkan bagi menjamin kesejahteraan anak-‐‑anak. Dapatan daripada
kajian oleh pengkaji terdahulu juga mendapati gaya keibubapaan mampu mempengaruhi
kemurungan dalam kalangan remaja. Oleh hal demikian, kajian ini dilakukan bagi
mengenalpasti hubungan di antara gaya keibubapaan dengan kemurungan dalam kalangan
remaja. Kajian ini merupakan kajian rentas menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui
penggunaan borang soal selidik. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 158 orang remaja yang bersekolah di salah sebuah sekolah di kawasan Bandar Baru
Bangi, Selangor. Data dikutip dengan menggunakan teknik persampelan mudah dan
bertujuan. Alat ujian yang digunakan dalam kajian ini adalah Parental Authority Questionnaire
(PAQ) yang bertujuan melihat gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa responden
dan Reynolds Adolescent Depression Scale (RADS) yang bertujuan mengukur kemurungan
responden. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS
21. Hasil kajian mendapati gaya keibubapaan autoritatif mempunyai hubungan yang negatif
dan signifikan dengan kemurungan remaja. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang
mengamalkan gaya keibubapaan autoritatif akan mengurangkan kadar kemurungan remaja.
Hasil kajian berkenaan gaya keibubapaan permisif dan autoritarian pula mendapati terdapat
hubungan yang positif dan signifikan di antara gaya keibubapaan autoritarian dan permisif
dengan kemurungan remaja. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya
keibubapaan autoritarian dan permisif mampu meningkatkan kemurungan remaja.
Kesimpulannya, ibu bapa seharusnya mengamalkan gaya keibubapaan yang terbaik bagi
memastikan kesejahteraan hidup remaja terjamin.
Kata kunci: Gaya keibubapaan; remaja; kemurungan
1
PENGENALAN
Gaya keibubapaan merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempengaruhi
kesejahteraan hidup remaja. Menurut Russell et al., (2010), gaya keibubapaan mempunyai
perkaitan yang kuat dengan kendiri remaja termasuklah dari segi pencapaian akademik, cara
remaja menyelesaikan masalah, tingkah laku berisiko, kesihatan mental, penghargaan kendiri
dan kemurungan.
Secara umumnya, gaya keibubapaan dapat didefinisikan sebagai kaedah atau cara ibu
bapa dalam membesarkan anak-‐‑anak mereka. Terdapat pelbagai cara keibubapaan yang
membahagikan gaya keibubapaan kepada tiga jenis iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif.
Perbezaan ketiga-‐‑tiga gaya keibubapaan ini adalah berdasarkan tahap intimasi dan tahap
kawalan ibu bapa yang merujuk kepada istilah kebertanggungjawaban ibu bapa dan
permintaan ibu bapa tehadap anak-‐‑anak (Omar et al., 2012). Ibu bapa yang mengamalkan
permintaan yang tinggi di mana mereka merupakan ibu bapa yang tegas namun tetap
mendengar pandangan anak-‐‑anak. Hal ini adalah berbeza dengan ibu bapa yang
mengamalkan gaya keibubapaan autoritarian di mana ibu bapa yang mengamalkan gaya
Kemurungan pula merujuk kepada beberapa keadaan di mana individu akan berasa
sedih, putus asa, berdukacita, tidak bersemangat serta sentiasa berasa sayu. Menurut
Hetrington dan Stanley (1997), kemurungan yang berlaku dalam diri individu akan
menyebabkan berlakunya perubahan dari aspek kognitif dan tingkah laku. Perubahan yang
berlaku ini adalah melibatkan gejala somatik iaitu mereka yang menghidapinya mengalami
sakit kepala, cepat marah, tegang dan letih. Apa yang lebih membahayakan, individu yang
terdedah kepada kemurungan yang berpanjangan juga berisiko untuk membunuh diri (Gotlib
& Hammen, 2009). Antara punca yang boleh menyebabkan berlakunya kemurungan dalam
2
kalangan remaja adalah seperti genetik di mana remaja tersebut mewarisi kemurungan
tersebut daripada ibu bapa serta faktor tekanan sosial (Friedman & Anderson, 2011).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Suleiman et al., (2006), sebanyak 10.3 peratus
daripada 2048 responden yang dikaji mengalami kemurungan. Menurut Suleiman et al.,
(2006) lagi, antara punca menyebabkan berlakunya kemurungan dalam kalangan remaja
adalah remaja tersebut mempunyai adik-‐‑beradik yang ramai, jarak antara adik-‐‑beradik adalah
rapat serta layanan yang kurang efektif oleh ibubapa terhadap anak-‐‑anak. Selain itu, Kajian
Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan ke-‐‑III pula menunjukkan masalah kesihatan mental
adalah 11.2 peratus dalam kalangan orang dewasa dan 20.3 peratus dalam kelompok kanak-‐‑
kanak dan remaja serta punca utama kepada masalah kesihatan mental adalah kemurungan
agak kecil, namun dapatan ini juga menunjukkan berlakunya kemurungan dalam kalangan
remaja di Malaysia. Di samping itu, dapatan daripada pengkaji-‐‑pengkaji lepas juga mendapati
kemurungan yang dialami remaja akan memberikan kesan yang negatif kepada remaja
tersebut (Tsai et al., 2003; Sin & Lyubomirsky, 2009; Peluso et al., 2007).
Model gaya keibubapaan yang diutarakan oleh pengkaji lepas mengandaikan bahawa
perbezaan amalan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi
kehidupan anak-‐‑anak. Sebagai contoh, kajian yang dilakukan oleh (Driscoll et al., 2008; Cripps
& Zyromski, 2009; Garcia & Gracia, 2009;) mendapati gaya keibubapaan yang berbeza yang
diamalkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi kesejahteraan psikologikal anak-‐‑anak. Hal ini
adalah selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Goldenberg dan Goldenberg (2008) di
mana cara gaya keibubapaan banyak menyumbang kepada tingkah laku anak-‐‑anak. Oleh hal
demikian, gaya keibubapaan ternyata adalah sangat penting dalam membina generasi masa
depan yang terbaik. Dalam konteks kajian ini, fokus kajian adalah lebih tertumpu kepada
kesan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa terhadap kemurungan dalam
3
METOD
Kajian yang dilakukan adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kaedah kajian
ini merupakan satu kajian kuantitatif. Menurut Rozmi Ismail (2013), tujuan penyelidikan
kuantitatif dilakukan adalah bertujuan untuk menguji teori, membina fakta dan menyatakan
hubungan di antara pemboleh ubah dalam kajian di samping mengetahui sebab akibat
Sampel Kajian
Sampel kajian melibatkan pelajar di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor
yang berumur di antara 13 hingga 15 tahun. Pemilihan subjek dalam kajian ini dilakukan
mereka yang dikategorikan dalam kategori remaja. Bilangan subjek yang terlibat secara
keseluruhannya adalah 158 orang. Perincian subjek adalah seperti jadual di bawah:
Bil (Peratus)
Perempuan 95 (60.1)
15 tahun 58 (36.7)
16 tahun 79 (50.0)
Alat Ukuran
Bagi mengukur gaya keibubapaan, alat ujian yang digunakan adalah Parental Authority
Questionnaire (PAQ) yang dibangunkan oleh Buri (1991) bagi mengukur konsep gaya
keibubapaan yang diasaskan oleh Baumrind’s (1971). Alat ujian ini merupakan soal selidik
laporan kendiri yang mengandungi tiga puluh soalan. PAQ juga mengandungi tiga jenis gaya
4
keibubapaan iaitu gaya keibubapaan autoritarian, permisif dan autoritatif. Setiap jenis gaya
keibubapaan mengandungi sepuluh item. Daripada tiga puluh item, dua puluh item
merupakan item positif manakala sepuluh lagi merupakan item negatif. Skala yang terdapat
dalam Parental Authority Questionnaire (PAQ) adalah skala berbentuk Likert yang terdiri
Bagi mengukur kemurungan pula, alat ujian yang digunakan adalah Reynolds
Adolescent Depression Scale (RADS) yang dibangunkan oleh Reynolds (1987). RADS
mengandungi tiga puluh item yang dibahagikan kepada empat skala. Skala tersebut adalah
Depression Scale (RADS) merupakan satu alat ujian yang mengukur kemurungan dengan
menggunakan skala berbentuk Likert yang terdiri daripada empat pilihan jawapan.
Analisis data
Jawapan yang telah diberi markah akan dianalisis dengan menggunakan program Statistical
Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Analisis data dalam kajian ini melibatkan ujian
Korelasi. Ujian korelasi digunakan bagi melihat hubungan di antara gaya keibubapaan
dengan kemurungan.
KEPUTUSAN
Jadual 3.3 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan
Nilai min bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan autoritarian adalah sebanyak 27.22 dengan
nilai sisihan piawai sebanyak 6.84. Nilai min bagi pemboleh ubah gaya keibubapaan permisif
dan autoritatif pula adalah 20.92 dan 37.47 dengan nilai sisihan piawai bagi kedua-‐‑dua
pemboleh ubah ini adalah 6.84 dan 5.81. Sementara itu, nilai min bagi pemboleh ubah
kemurungan pula adalah 65.02 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 14.20.
5
Jadual 2: Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pemboleh ubah Dalam Kajian.
Gaya Keibubapaan
Keputusan Inferensi
Jadual 3.5 menunjukkan terdapat hubungan di antara ketiga-‐‑tiga gaya keibubapaan dengan
autoritarian dengan kemurungan dengan nilai r yang diperoleh adalah r=0.252, k< 0.05. Di
samping itu, gaya keibubapaan autoritarian juga didapati mempunyai hubungan yang positif
dan signifikan dengan dimensi dysphoric mood, anhedonia, negative self evaluating dan
somatic complaints dengan nilai korelasi yang diperoleh adalah r=0.225, k<0.05 bagi dysphoric
mood, r=0.315, k<0.05 bagi anhedonia, r=0.193, k<0.05 bagi negative self evaluating dan
r=0.194, k<0.05 bagi somatic complaints. Hal ini menunjukkan semakin tinggi gaya
keibubapaan autoritarian diamalkan oleh ibu bapa, semakin tinggi kemurungan yang
6
Jadual 3: Keputusan Ujian Korelasi Antara Gaya Keibubapaan Dengan Kemurungan
k<0.05
positif yang signifikan dengan kemurungan dengan nilai r yang diperoleh adalah r=0.413,
k<0.05. Gaya keibubapaan permisif juga didapati mempunyai hubungan yang positif dan
signifikan dengan dimensi dysphoric mood, anhedonia, negative self evaluating dan somatic
complaints dengan nilai korelasi yang diperoleh adalah r=0.402, k<0.05 bagi dysphoric mood,
r=0.374, k<0.05 bagi anhedonia, r=0.365, k<0.05 bagi negative self evaluating dan r=0.367,
k<0.05 bagi somatic complaints.Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya
keibubapaan permisif yang tinggi akan menyebabkan kemurungan anak-‐‑anak juga adalah
tinggi.
Hal ini adalah berbeza dengan dapatan kajian mengenai hubungan di antara gaya
keibubapaan autoritatif dengan kemurungan. Dapatan kajian di antara kedua-‐‑dua pemboleh
ubah ini menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara gaya keibubapaan
autoritatif dengan kemurungan dengan nilai r yang diperoleh adalah r=-‐‑0.366, k< 0.05.
Keempat-‐‑empat dimensi kemurungan juga didapati mempunyai hubungan yang negatif dan
signifikan dengan gaya keibubapaan dimana nilai r yang diperoleh bagi korelasi di antara
gaya keibubapaan autoritatif dengan dimensi dysphoric mood adalah r= -‐‑0.322, k<0.05, r= -‐‑
0.315, k<0.05 bagi anhedonia, r=-‐‑0.379, k<0.05 bagi negative self evaluating dan r=-‐‑0.318, k<0.05
bagi somatic complaints. Hal ini menunjukkan ibu bapa yang mengamalkan gaya
keibubapaan autoritatif yang tinggi akan menyebabkan kemurungan anak menjadi rendah.
PERBINCANGAN
hubungan yang positif dengan kemurungan manakala gaya keibubapaan autoritatif pula
7
mempunyai hubungan yang negatif dengan kemurungan. Hal ini menunjukkan ibu bapa
autoritatif pula menyebabkan kemurungan yang dialami remaja menjadi rendah. Dapatan
negatif dengan kemurungan (Lipps et al., 2012; Sharma et al., 2011; O’Donnell et al., 2010).
Menurut Gotlib dan Hammen (2009), ibu bapa yang mempunyai ciri-‐‑ciri kemesraan,
bersikap menerima, memberi autonomi secara konsisten dan sentiasa memberi peneguhan
positif membolehkan remaja melihat diri dan dunia mereka secara positif manakala ibu bapa
yang bersikap mengkritik, menolak serta mengawal menyebabkan remaja melihat diri dan
dunia mereka secara negatif. Dalam konteks ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan
autoritatif, ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan ini cenderung untuk mesra dan
seorang yang positif dan rasa dihormati. Hal ini adalah selari dengan pendapat yang
dikemukakan oleh Decay dan Kenny (1997) dimana remaja secara psikologikalnya sering
mahukan individu lain mendengar dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan
pandangan, meluahkan perasaan dan mendapat rasa hormat dari individu lain. Rasa yang
positif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan remaja daripada mengalami
kemurungan.
autoritarian di mana gaya keibubapaan autoritarian yang terlalu tegas, menghukum dan tidak
mendengar pandangan remaja akan membuatkan remaja berasa terkongkong dan secara tidak
langsung akan membuatkan kesejahteraan psikologikal remaja terganggu. Sikap ibu bapa
yang terlalu mengongkong ini menyebabkan keperluan psikososial remaja seperti keinginan
untuk bebas, keinginan berautonomi, serta keinginan membentuk identiti diri terbatas (Ismail
et al., 2008). Menurut Goodyer (2001), antara faktor sosial yang menyumbang kepada
kemurungan remaja adalah sikap ibu bapa yang terlalu tegas dan tidak memberi ruang
kepada mereka untuk mempertahankan diri. Jika dilihat melalui hirarki keperluan Maslow
(1970), antara keperluan bagi seseorang individu adalah keperluan rasa hormat daripada
8
orang lain. Sikap ibu bapa yang terlalu tegas dan menghukum menyebabkan remaja
merasakan diri mereka tidak dihormati oleh ibu bapa mereka dan ini secara tidak langsung
boleh menyumbang kepada peningkatan kemurungan. Di samping itu, menurut Ismail et al.,
(2008), ciri-‐‑ciri psikososial anak-‐‑anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif dan signifikan di antara
gaya keibubapaan permisif dengan kemurungan. Dapatan kajian ini adalah selari dengan
dapatan kajian yang dilakukan oleh Milevsky et al., (2007) di mana dapatan kajiannya
mendapati ibu bapa yang mengamalkan gaya keibubapaan permisif didapati menyumbang
dalam meningkatkan kemurungan berbanding dengan gaya keibubapaan autoritatif. Ibu bapa
yang terlalu membenarkan dan menuruti kehendak remaja akan menyebabkan remaja tidak
mendapat panduan dan nasihat yang baik dalam melangsungkan kehidupan mereka.
Menurut Ismail et al., (2008), walaupun remaja sentiasa inginkan kebebasan untuk melakukan
apa yang disukai, namun remaja dalam masa yang sama masih memerlukan pertolongan dan
bimbingan ibu bapa. Sikap ibu bapa yang terlalu menuruti dan sentiasa memberi pujian
kepada anak-‐‑anak menyebabkan konsep dan efikasi kendiri remaja menjadi terlalu tinggi dan
tidak realistik (Ismail et al., 2008). Hal ini menyebabkan sekiranya remaja mengalami sesuatu
kegagalan dalam kehidupan mereka, toleransi terhadap kegagalan tersebut adalah rendah
KESIMPULAN
Kesimpulannya, gaya keibubapaan merupakan satu aspek yang sangat penting dalam
manakala gaya keibubapaan autoritatif pula dapat mengurangkan kemurungan remaja. Oleh
hal demikian, ibu bapa seharusnya perlu memilih gaya keibubapaan yang terbaik bagi
9
RUJUKAN
Baumrind, D. (1967). Child care practices anteceding three patterns of preschool behavior.
Genetic Psychology Monographs. 75(1): 43-‐‑88.
Buri, J. R. (1991). Parental Authority Questionnaire. Journal of personality asessment.
57(1):110-‐‑119.
Cripps, K., & Zyromski, B. (2009). Adolescents’ psychological well-‐‑being and perceived
parental involvement: Implications for parental involvement in middle
schools. Research in Middle Level Education Onlie. 33(4): 1–13.
Decay, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent development. New York: Brown & Benchmark.
Driscoll, A., Russell, S. & Crockett, L. (2008). Parenting styles and youth well-‐‑being across
immigrant generations. Journal of Family Issues 29(2): 185-‐‑209.
Friedman, E., S. & Anderson, I. M. (2011). Handbook of depression. UK: Springer Healthcare.
Garcia F & Garcia E. (2009). Is always authoritative the optimum parenting style?
Evidence from Spanish families. Journal of Adolescence. 44(173):101-‐‑31.
Goldenberg, H. & Goldenberg, I. (2008). Family therapy an overview. USA: Brookscole,
Cengage Learning.
Goodyer, L. M. (2001). The depressed child and adolescent, second edition. USA: Cambridge
University Press.
Gotlib, I., H. & Hammen, C., L. (2009). Handbook of depression 2nd ed. New York: The Guilford
Press.
Hetherington, E. M., & Stanley-‐‑Hagan, M. M. (1997). The effects of divorce on fathers and their
children. In M. E. Lamb (Ed.), The role of the father in childdevelopment (3rd ed. New York:
John Wiley & Sons, Inc.
Ismail, K. H., Lukman, Z. M. & Hamsan, H. H. (2008). Pembangunan kanak-‐‑kanak: teori, isu dan
cabaran. Selangor: Arah Publication Sdn. Bhd.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2006). Laporan Tahunan 2006. Malaysia: Azam
Ikhtiar Sdn bhd.
Lipps, G., Lowe, G. A., Gibson, R. C., Halliday, S., Morris, A. & Clarke, N. (2012).
Parentingand depressive symptoms among adolescents in four Caribbean societies.
Child and adolescent psychiatry and mental health. 6(31):1-‐‑12.
Maslow A. (1970). Motivation and personality, second edition. New York: Harper and Row.
Milevsky, A., Schlechter, M., Netter, S. & Keehn, D. (2007). Maternal and Paternal Parenting
Styles in Adolescents: Associations with Self-‐‑Esteem, Depression and Life-‐‑
Satisfaction. Journal of child and family study. 16:39-‐‑47.
O’Donnell, E. H., Moreau, M., Cardemil, E. V. & Pollastri, A. (2010). Interparental Conflict,
Parenting, and Childhood Depression in a Diverse Urban Population: The Role of
General Cognitive Style. Journal of youth and adolescence. 39:12-‐‑22.
Omar, N. H., Manaf, A. B. & Ayob, A. S. (2012). Pengujian model gaya keibubapaan
baumrind ke atas pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Journal Of Social
Science And Humanities. 7(1): 105-‐‑120.
Reynolds, W. M. (1987). Reynolds Adolescenct Depression Scale. Professional manual. Odessa:
Psychological Assessment Resources, Inc.
Rozmi Ismail. (2013). Metodologi Penyelidikan:teori dan praktis. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
10
Russell, S. T., Crockett, L. J. & Chao, R. K. (2010). Asian american parenting and parent-‐‑
adolescent relationship. New York: Springer Science+Business Media.
Peluso M. A, Hatch J. P, Glahn D.C, Monkul E.S, Sanches M, Najt , Bowden C. L, Barratt
E. S & Soares J.C. (2007). Trait impulsivity in patients with mood disorders. Journal
of affect disorder.100:227–231.
Sharma, M., Sharma, N. & Yadava, A. (2011). Parental stress and depression among
adolescent. Journal of the Indian Academy of Applied Psychology. 37(1): 60-‐‑68.
Sin N. L. & Lyubomirsky S. (2009). Enhancing well-‐‑being and alleviating depressive
symptoms with positive psychology interventions: a practice-‐‑friendly meta-‐‑analysis.
Jurnal Clinical Psychology. 65(5): 467-‐‑ 487.
Suleiman, A. Adlina, S., Ariaratnam, Hasani, A. H., Narimah., Fadzil, Ariff, Mohd., Satar, A.
& Nuraliza. (2006). Pilot study on depression among secondary school students. Research
Reports. Institute of Research, Development and Commercialization, Universiti
Teknologi MARA.
Tsai S. J., Cheng C. Y., Yu Y. W., Chen T. J. & Hong C. J. (2003). Association study of a brain-‐‑
derived neurotrophic-‐‑factor genetic polymorphism and major depressive disorders,
symptomatology, and antidepressant response. American journal of medical genetics
part B. 123: 19-‐‑22.
Kertas ini telah dibentangkan di Seminar Psikologi Malaysia “Menjana Kesejahteraan
Psikologi Insan” anjuran Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) di Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada 29 Disember 2014.
11