You are on page 1of 3
7991 nal Persatuan Sejarah Malaysia, eawangan Negeri Sembilan 18 (1994) MARHUM MUHAMMAD SAID BIN JAMALUDDIN PENGASAS GERAKAN TAREKAT AHMADIVAH DI NEGERI SEMBILAN Oleh: Ibrahim Mustapa Warisan: ju Tidak banyak kajian yang dibuat tentang gerakan Tarekat Ahmadiah di Negeri Sem- bilan, Setakat ini hanya dua kajian yang telah dibuat, iaitu latihan ilmiah oleh Muhammad Samad (1978), dalam tesisnya berjudul "Tarekat Ahmadiyah di Negeri Sembilan: Suatu Tinjauan" (1) Yang lain ialah tulisan Dr. Hamdan Hassan (1990) dalam bukunya "Tarekat Ahmadiyah di Malaysia: Suatu Analisis Fakta Secara Imiah", yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2), Daripada sumber teks Jawi pula terdapat tulisan, samada dalam bentuk buku atau kitab dan bentuk risalah seperti Faraid al-Ma’athir al-Marwiyah (1934), Kanz al-Mu’id (1935), Majmuk (1935), al Wawl al-Wafi (1939), Fafu al-Khidr an Amr al-Awliya (1939), Suratan: yang mengandungi Perbahasasn Berzileir akan Allah dengan Kuat (1934), (3) dan Ta’lig (1974).(4, Kesemua tulisan tersebut telah dihasilkan oleh Haji Ahmad bin Muhammad Said, jaitu anak Marhum Muhammad Said (5) Antara bulu-bula yang dihasillcan oleh Tuan Haji Ahmad itu, hanya tiga judul saja yang dicetak di Negeri Sembilan, iaitu Faraid al-Ma’thir, yang dicetak oleh Sungai Ujung Press, Suratan: yang mengandungi Perbahasan Berzikir akan Allah dengan Kuat, oleh Teruna Press Kuala Pilah, dan Ta’liq yang dikeluarkan oleh Pondok Rasah Seremban, Manalkala yang lain-lainnya dicetak di Singapura, oleh Ahmadiyah Press dan Jawi Press. Namun begitu, sehingga kini tidak banyak orang yang mengetahui dan mengenali dengan dekat siapakah tokoh utama yang mempelopori dan mengasaskan gerakan Tarekat Ahmadiyah di Negeri Sembilan. Dalam artikel ini, penulis tidak berhasrat untuk menerangkan tentang cara dan corak gerakan tersebut, tetapi hanya sekadar mengenengahkan tokoh ulama yang utama yang berperanan penting mendirikan ajaran tarekat tersebut di Negeri Sembilan. Gerakan Tarekat Ahmadiyah di Negeri Sembilan, atau dikenali juga dengan nama ‘Tarekat Ahmadiyah al-Dandarawiyah telah diasaskan oleh Marhum Muhammad Said bin Jamaluddin al-Linggi, kira-kira pada tahun 1900 atau 1901 di Ampangan, Seremban. Di Ampanganlah pusat kegiatan ajaran ini mula-mula didirikan dan kemudian merebak ke beberapa tempat lain seperti di Rasah, Kuala Pilah dan Rantau. Marhum Muhammad Said mempunyai latar belakang keluarga yang terdiri daripada orang alim dan soleh. Bapanya bernama Jamaluddin al-Linggi yang berasal dari daerah Minangkabau, dan bondanya bernama Hajah Sofiah yang berasal dari Patani, Selatan Siam. Keluarga ini tinggal di Ampangan, Seremban. 56 Muhammad Said bin Jamaluddin dilahirkan di Makkah pada tahun 1875. Ketika berumur lebih kurang tujuh tahun, beliau telah dibawa oleh ibunya ke Patani. Di sana beliau diberi didikan agama. Beliau telah berguru dengan Tuan Haji Zainal Abidin al- Patani atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal. Menjelang umur 12 tahun, Muhammad Saiad télah mempelajari pelbagai bidang ilmu agama seperti imu Usuluddin, Feqah, Tasawuf, dan nahu Arab. Apabila beliau meningkat dewasa dan remaja, iaitu kira-Kira berusia 17 tahun, Muhammad Said pergi semula ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Di Makkah beliau telah berguru dengan beberapa orang wlama yang terkenal. Antaranya ialah Syeikh Hasbullah al-Makki yang berasal dari India, Ahmad al- Mansyawi, Syeikh Umar Bakarat al-Shami, Syeikh Ahmad Khatib, Syeilch Zainuddin al-Sambawi, Syeikh Wan Ali al-Kelantani, dan beberapa orang lagi. Selain di Makkah, Muhammad juga menuntut di Madinah dan bergura pula dengan Sayyid Jaafar al-Barzanji, yang merupakan seorang Mufti Syafie yang terkenal di Madinah. Selepas itu Muhammad Said telah pergi pula ke Mesir dan menuntut di Universiti al- Azhar. Di Mesir, beliau berpeluang belajar daripada ulama-ulama mazhab Maliki, Hasil daripada pengalaman dan pengembaraannya yang sangat luas, di samping berguru dengan banyak ulama terkemuka, akhirnya beliau telah tertarik untuk mempelajari ilmu tarekat. Dengan ilmu yang telah dipelajarinya, beliau telah mempunyai keyakinan penuh tentang bidang baru yang diceburinya itu, yakni melibatkan diri dalam amalan tarekat. Muhammad Said telah memilih Tarekat Ahmadiyah al-Rashidiyah al-Dandarawiyah yang dipimpin oleh Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Dandarawiyah. Gerakan ini perpusat di Makkah. Mulai daripada saat itu, Muhammad Said telah mengabdikan diri sepenuhnya kepada ajaran dan amalan tarekat yang diceburinya itu. Beliau semalin membiasakan dirinya hidup sabgai seorang sufi. Dengan ketekunan dan kesungguhannya, Muhammad Said dengan cepat telah berjaya-dalam kariernya itu. Gurunya pun telah mula menaruh kepercayaan yang penuh terhadap beliau. Hasil daripada itu, gurunya telah melantik Muhammad Said untuk mengajar orang yang ingin belajar ilmu tarekat. Beliau juga diberi mandat untuk menyebarkan ajaran tarekat itu ke merata-rata tempat. Kemudian Muhammad Said diangkat oleh gurunya menjadi Khalifah Tarckat Ahmadiyah bagi kawasan Asia Tenggara. Beliau juga disuruh oleh gurunya Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi supaya kembali ke Malaysia untuk menyebarkan ajaran Tarekat Ahmadiyah. ; Pada mulanya, Muhammad Said masih tidak mahu pulang ke tanahair kerana beliau berhasrat untuk ke Mesir sekali lagi bagi melanjutlan pelajaran. Akibat daripada itu, Muhammad Said telah ditegur oleh gurunya; "Kalau engkat pergi ke Mesir lagi selama 30 tahun pun, engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau ingini dan oleh kerana itu lebih baik engkau kembali ke tanahair" (6). ST Sekembalinya beliau ke Malaysia, Muhammad Said telah mendirikan pusat kegiatan ajaran Tarekat Ahmadiyah yang pertama di Ampangan, Seremban. Walaupun pada peringkat awal penyebaran, Muhammad Said menerima tentangan yang hebat dan juga menerima pelbagai fitnah, dengan sekejap masa saja gerakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat, terutama para pelajar, orang awam, dan abli-abli tarekat lain. Dengan penuh kesabaran, kegigihan, dan ketukunan, Muhammad Said telah melaksanakan amanah gurunya untuk menyebarkan ajaran tarekat itu hingga ke Kelantan, Kedah, Singapura, Siam, Burma, dan Pulau Rhiau. Ketika di Siam, Muhammad Said telah berusaha mendirikan sebuah masjid di utara Bangkok. Masjid itu diberi nama Masjid Haji Jamaluddin, iaitu mengambil sempena nama bapanya. Pada tahun 1926, Muhammad Said telah kembali ke Rahmatullah di Ampangan, Seremban, dengan meninggalkan tiga orang balu dan 16 orang anak. Sclepas daripada itu Tarekat Ahmadiah ini disebarkan pula oleh beberapa orang anaknya iaitu Haji Abdullah bin Haji Ahmad. Ketila hayatnya, Muhammad Said telah menghasilkan sebuah kitab yang terkenal yang diberi nama "Al-Ahzab al-Irfanioyah Wa’ah-Awrad al-Nuraniyah". Marhum Muhammad Said juga memimpin majlis-majlid "haul, zikir dan ratib". Haul ialah suatu majlis atau perhimpunan besar ahli-ahli Tarekat Ahmadiyah bagi memperingati tokoh-tokoh besar Tarekat Ahmadiyah yang terdahulu. Notokaki dan Bibfiografi: |. Muhammad bin Soid (1978): "“Tarekat Ahmadiyah di Negeri Sembilan: Sualu Tinjovan", Lolihan ilmiah, Jabalon Persuraton Melayu, Universiti Kebongscan Malaysia, Bangi. 2, Hamdan Hassan (1990): “Tarekal Ahmadiyah di Malaysia: Suatu Analisis Fakta Secara limich", Dewan Bahoso dan Pustoka, Kuala Lumpur. S.Ahmad bin Muhommad Soid (1974): "Suroton: yong menganudngi Perbahason Berzikir akon Allah dengan Kuot", Tara Press, Kuala Pilohy, Negeri Sembillon, 1935): “Ta'liz" (Risalah), Pondok Rasah, Seremban. 5 Haji Ahmad bin Nuhammod Soid pernah menjadi Nufli perlama Kerajaon Negeri Sembilan, iailu pada tahun 1950, 6, Hamdon Hosson, op. cil, hal. 58. 58

You might also like