You are on page 1of 3

IMPAK PELANCONGAN PANTAI KEPADA EKONOMI PENGUSAHA PERNIAGAAN DI

PANTAI PENARIK, SETIU TERENGGANU


OLEH : NUR ALIEYA NATASHA BINTI MOHD RIZAN
SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji kesan pelancongan terhadap ekonomi pengusaha perniagaan di Pantai Penarik,


Setiu Terengganu
2. Mengenal pasti faktor tarikan pelancong di Pantai Penarik, Setiu Terengganu

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa
atas nikmat dan kurnianya, saya masih diberi peluang untuk melakukan kajian serta kerja kursus
subjek Pengaajian Am tahun ini. Seterusnya, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut Terengganu,
Puan Hajjah Natrah Binti Awang Teh kerana telah membenarkan para pelajar STPM Semester 2
bagi menjalankan kerja kursus ini. Kemudian, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada guru-guru Tingkatan 6 terutamanya guru subjek Pengajian Am, iaitu Encik Suhaimi bin
yang telah berpenat lelah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami semua. Di samping
itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang tidak jemu memberi sokongan moral kepada diri
saya demi menyiapkan kerja kursus subjek Pengajian Am tahun ini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa membantu saya
ketika saya mengalami masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini
secara langsung mahupun secara tidak langsung.
PENGENALAN

Malaysia ialah antara sebuah negara yang memiliki sumber biodiversiti serta daya tarikannya
yang tersendiri.Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai 13 buah negeri serta
wilayah persekutuan yang setiap satunya mempunyai nila estetika dan keistimewaan yang
melambangkan identiti negeri tersebut yang akan menarik ramai pelancong tidak kira pelancong
tempatan mahupun antarabangsa. Negeri- negeri pantai timur di kawasan Semenanjung Malaysia
terdiri daripada negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang manakala negeri-negeri pantai barat
Semenanjung Malaysia pula terdiri daripada negeri Perak, Selangor dan Melaka serta tidak lupa
akan negeri Johor, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak yang kedua-
duanya berada di kawasan borneo.
Bagi menyempurnakan pelaksanaan kerja kursus subjek Pengajian Am, saya memilih negeri
Terengganu Darul Iman yang merupakan negeri kelahiran yang tercinta khususnya bagi
mengolah lebih mendalam dan teliti berkaitan faktor-faktor tarikan para pelancong di negeri
tersebut serta kesan pelancongan terhadap sumber ekonomi penduduk setempat.Terdapat tujuh
daerah di dalam negeri Terengganu iaitu daerah Besut,Kuala
Terengganu,Setiu,Marang,Hulu .,Kemaman dan Dungun.

You might also like