You are on page 1of 5

STRUKTUR PERDEBATAN DEBAT ALA-PARLIMEN MALAYSIA

1. Usul perdebatan akan dimaklumkan 30 minit sebelum perdebatan. Sebarang


masa perjalanan ke tempat perdebatan termasuk dalam 30 minit berkenaan. Semua
pasukan diharapkan dapat menepati waktu.

2. Perdebatan dijalankan dalam Bahasa Melayu mengikut gaya Perdebatan ala-


Parlimen Malaysia.

3. Setiap pusingan debat mempunyai dua pasukan iaitu pasukan Kerajaan


(pencadang) dan Pembangkang. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang pendebat
dan seorang pendebat simpanan.

4. Pasukan Kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri dan 2 anggota kerajaan


manakala pasukan Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang dan dua
anggota pembangkang.

5. Setiap pendebat perlu menyampaikan ucapan substantif. Ucapan gulungan bagi


pihak Kerajaan dan Pembangkang boleh disampaikan sama ada oleh pendebat
pertama atau kedua daripada pihak masing-masing.

YDP P. MASA

PM KP

TPM TKP

M3 P3

JURI 1 K. JURI JURI 2

- Bilangan Juri harus GANJIL

6. Had waktu dan susunan ucapan bagi setiap peserta adalah seperti yang berikut:

Ucapan Substantif & Bidang Tugas Contoh Usul: CUTI SEKOLAH WAJAR
DIPANJANGKAN
Perdana Menteri/pencadang pertama - 7 minit
 Pertama: memberi definisi usul yang dibentangkan dalam perbahasan
tersebut.
 Kedua: menyatakan pendirian pihak kerajaan berhubung dengan usul yang
dibentangkan.
 Ketiga: menyatakan strategi pihak Kerajaan dan peranan yang akan dilakukan
oleh Menteri-menteri yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak kerajaan.
 Keempat: mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta
untuk menyokong usul yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan.
 Kelima: mempertegaskan pendirian pihak Kerajaan bagi menyokong usul
yang telah dibentangkan.
 Perdana Menteri boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima
celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian

Ketua Pembangkang/pembangkang pertama - 7 minit


 Pertama: menyatakan pendirian pihak pembangkang sama ada bersetuju dan
menerima definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan
atau menolak definisi tersebut. Sekiranya pihak pembangkang
menolak definisi tersebut. Mereka boleh mengemukakan definisi mengikut
takrifan mereka.
 Kedua: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri
(Pembahas Pertama Kerajaan).
 Ketiga: menyatakan pendirian pihak pembangkang berhubung
dengan usul yang diperdebatkan dalam perbahasan tersebut.
 Keempat: menyatakan strategi pihak
pembangkang dan peranan yang akan dilakukan oleh pembangkang-
pembangkang yang lain bagi mengukuhkan pendirian pihak pembangkang.
 Kelima: mengemukakan satu hujah dan memberi huraian / fakta berdasarkan
pendirian pihak pembangkang.
 Keenam: mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan
usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
 Ketua Pembangkang boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima
celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Anggota Pertama Kerajaan/pencadang kedua - 7 minit
 Pertama:menyatakan pendirian pihak kerajaan sama
ada bersetuju dan menerima definisi baharu yang
telah diberikan oleh pihak pembangkang atau menolak definisi tersebut.
Sekiranya,pihak kerajaan menolak definisi semula oleh pihak pembangkang,
Menteri Kedua hendaklah memberi penegasan tentang definisi yang telah
dikemukakan oleh Perdana Menteri sebelum ini.
 Kedua: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
 Ketiga:mengemukakan dua hujah dan
memberi huraian / fakta untuk menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh
pihak kerajaan.
 Keempat:mempertegas pendirian pihak kerajaan bagi menyokong usul
yang telah dibentangkan.
 Menteri Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima
celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Pertama Pembangkang/pembangkang kedua - 7 minit


 Pertama: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh menteri kedua.
 Kedua: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
 Ketiga: mengemukakan dua hujah dan memberi huraian / fakta untuk
menyokong usaha yang telah dibentangkan oleh pihak pembangkang.
 Keempat: mempertegas pendirian pihak pembangkang dalam membahaskan
usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
 Pembangkang Kedua boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.

Anggota Kedua Kerajaan/pencadang ketiga - 7 minit


 Pertama: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua.
 Kedua: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang.
 Ketiga:memperkukuh usul yang
telah dibawa oleh pihak kerajaan dan mempertegas pendirian pihak kerajaan
bagi menyokong usul yang telah dibentangkan.
 Menteri Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan dan menerima
celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian.
Anggota Kedua Pembangkang/pembangkang ketiga - 7 minit
 Pertama: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri ketiga.
 Kedua: membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Menteri Kedua.
 Ketiga: membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri.
 Keempat: memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta pihak
pembangkang dan mempertegas pendirian pihak pembangkang
dalam membahaskan usul yang telah dibentangkan oleh kerajaan.
 Pembangkang Ketiga boleh menerima dan memohon izin laluan
dan menerima celahan pada masa yang dibenarkan berbuat demikian

Ucapan PENGGULUNGAN
Gulungan/rumusan Pembangkang - 4 minit
Gulungan/rumusan Kerajaan - 4 minit

Bidang tugas: First @ Second Speaker sahaja


-Merumus kes lawan
-Merumus kes sendiri

7. Untuk setiap ucapan substantif, loceng akan dibunyikan sekali selepas seminit
masa berlalu bagi menandakan pasukan lawan sudah boleh melakukan celahan /
meminta penjelasan, dan sekali lagi pada satu minit terakhir bagi menandakan masa
untuk membuat celahan sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali apabila masa
tamat.

IZIN LALUAN : MINIT KE 2-6 SAHAJA


-Semasa seorang pembahas sedang berhujah, pihak lawan
dibenarkan memohon untuk membuat izin laluan. Izin laluan ialah celahan formal
yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam
bentuk:
• soalan;
• kenyataan;
• fakta;
• ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh
pembahas.
- Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta
maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan.
- Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong.
- Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak
lawan.

8. Untuk ucapan gulungan (Hanya boleh dilakukan oleh pembahas pertama dan
kedua dari setiap pasukan), loceng akan dibunyikan sekali pada permulaan minit
yang ketiga dan dua kali apabila tamat masa empat minit.

9. Pendebat yang melebihi had masa lebih daripada 30 saat akan diberi amaran dan
akan diminta menamatkan ucapan oleh Yang DiPertua Dewan (Speaker).

You might also like