You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan

Pengasingan kuasa merupakan satu doktrin dalam perlembagaan yang


mengesyorkan pengasingan fungsi dan kuasa kerajaan supaya ianya dikuatkuasakan
oleh beberapa orang atau institusi yang berlainan.1 Kewujudan konsep ini dianggap
dapat mengelakkan kuasa pentadbiran, perundangan dan mahkamah dari mencerobohi
bidang kuasa antara satu sama lain. Pengasingan kuasa dianggap penting dalam
pentadbiran negara kerana ia merupakan instrument “check and balance” (pengawalan
dan pengimbalan) dalam sistem pemerintahan.2 Kewujudan fungsi tertentu badan-badan
ini seperti badan eksekutif yang menguatkuasakan urusan pentadbiran dan pemerintahan
dengan nama Yang di-Pertuan Agong, badan legislatif (perundangan) pula yang
berfungsi menggubal undang-undang di dalam Parlimen manakala badan kehakiman
berperanan untuk melindungi dan mempertahankan Perlembagaan dengan menegakkan
keadilannya berlandaskan undang-undang.

Kuasa badan kehakiman yang bebas seperti yang termaktub dalam


perlembagaan persekutuan bukan sahaja penting tanpa pengaruh mana-mana pihak
tetapi ia mempunyai fungsinya yang tersendiri dimana badan kehakiman
bertanggungjawab dalam mempertahankan dan melindungi serta menyelesaikan
pertikaian di antara pihak yang bertelingkah seperti individu mahupun sesama kerajaan
(persekutuan dan negeri). Kewujudan badan kehakiman tanpa mendapat kepercayaan
rakyat juga tidak akan bermaksud apa-apa di dalam sistem kerajaan moden pada hari
ini.3 Buktinya krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 ini di tandai dengan
pelbagai keputusan kes-kes perundangan yang kontroversi sehingga membawa kepada
klimaks mengheret badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim Negara,
Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Malah, kes ini bermula
sekitar tahun 1986 hinggalah konfliknya pada tahun 1988 yang telah memperlihatkan
sikap Mahkamah membuat banyak keputusan yang bertentangan dengan kehendak
kerajaan.

1
K. Ramanathan (1992),Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 237

2
Bharuddin Che Pa & Farizah Zulkafli (2014), Jurnal syariah Pengasingan Kuasa Menurut Perspektif
Barat Dan Islam: Amalannya Di Malaysia, vol 22, hlm 22.
3
Ibit hlm 4.

1
2.0 Peristiwa Pemecatan Tun Salleh Abas

Pertama sekali dalam sejarah Malaysia Ketua Hakim Negara dihadapkan dengan
beberapa tuduhan dan telah digantung jawatannya dibawah perkara 125 bahagian 3
Perlembagaan Persekutuan. Peristiwa tragis ini bermula pada 25 mac 1998, ketika
Ketua Hakim Negara memanggil persidangan para Hakim. Persidangan itu yang
melibatkan 20 hakim di Kuala Lumpur, termasuk Tun Salleh Abas. 4 Perjumpaan Tun
Salleh Abas bersama dengan 20 hakim termasuk Hakim Besar Malaya menghadiri
persidangan tersebut adalah mengenai kritikan Perdana Menteri terhadap badan
Kehakiman sehingga menyebabkan Tun Salleh Abbas megutus surat kepada Yang-
dipertuan Agong dan Raja-raja iaitu cadangan daripada Tan Sri Azmi, hakim
mahkamah Agung.5 Hal ini juga bertujuan untuk mengatasi ketegangan antara badan
kehakiman dan Eksekutif. Namun begitu, pada 1 Mei 1998, Perdana Menteri telah
menghadap Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka baginda dengan menunjukkan surat
Tun Salleh kepadanya yang memperlihatkan perlakuan yang tidak baik dengan
tindakannya yang telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja
Melayu yang berbunyi hasutan bagi mempengaruhi Raja-raja supaya mengambil
tindakan ke atasnya.

Ekoran itu, Yang di-pertuan Agong bertindak ingin melucutkan jawatan ketua
Hakim iaitu Tun Salleh Abas dengan nasihat perdana menteri mengikut tatacara yang
dinyatakan dalam perlembagan perkara 125 (3) iaitu perdana menteri atau ketua hakim
negara selepas berunding dengan perdana menteri, membuat representasi kepada Yang
di-pertuan Agong dengan menyatakan bahawa seorang hakim mahkamah persekutuan
patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang
ditetapkan di bawah fasal (3b) atau alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh
atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan
sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Tribunal mengikut
fasal 4 dan merujukkan representasi itu kepadanya; dan boleh atas syor Tribunal itu
memecat hakim daripada jawatan itu.6 Oleh sebab itu, Perdana Menteri telah mengutus
surat kepada Yang di-pertuan Agung selepas mendapat nasihat daripada peguam negara

4
. M.Hanafiah A.Samad, (2019), Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed,
halaman 50
5
Tun Haji Mohamed Salleh Abas, (2019,) Kebebasan Kehakiman: Singa di bawah takhta dijerat (satu
kezaliman) Kuala Lumpur: Pena SDN. BHD, halaman 27.
6
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, (2018), Perlembagaan Persekutuan, Selangor: International
Law Book Services Wisma ILBS.

2
untuk mengambil tindakan ke atas Ketua Hakim Negara.7 Beliau telah menghadap Yang
di-pertuan berserta empat tuduhan ketika itu yang akan dikemukakan mengenai Ketua
Tun Salleh yang bakal didengari oleh Tribunal untuk menggantung jawatan Ketua
Hakim Negara mengikut perkara 125 (3) perlembagaan persekutuan. Pada 27 Mei 1988,
Tun Salleh telah menemui Perdana Menteri selepas mendapat panggilan daripada
setiausahanya di Jabatan Perdana Menteri dan yang turut hadir bersama ialah Timbalan
Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sallehuddin
bin Mohamed. Perdana Menteri memberitahunya bahawa Seri Paduka menitahnya
supaya menyatakan kepada beliau untuk meletakkan jawatan ekoran suratnya yang
diutuskan kepada Seri Paduka.8 Perdana Menteri telah menasihatkan beliau untuk
meletakkan jawatan dan keengganan beliau berbuat demikian akan menyebabkan
Tribunal ditubuhkan.

Pada keesokan harinya, Perdana Menteri telah dimaklumkan oleh Peguam


Negara bahawa Tun Salleh berhasrat untuk bersara lebih awal lagi dan ingin
menghabiskan baki cutinya sebanyak 96 hari lagi. Perdana Menteri telah menerima
permintaan beliau. Namun, dengan tiba-tiba Tun Salleh telah berubah fikiran untuk
menarik balik permohonan itu dan beliau telah membuat kenyataan akhbar mengenai
perkara pengantungan jawatannya. Kenyataan Tun Salleh adalah berbau politik dan oleh
sebab beliau telah memohon dihadapkan ke hadapan sebuah Tribunal, maka sebuah
Tribunal akan ditubuhkan bagi mendengar kes beliau. Sementara itu, Tun Salleh
digantung daripada jawatannya sebagai ketua Hakim negara dan perkara cuti tidak
berbangkit lagi.9 Pada 9 Jun 1988, Perdana Menteri telah membuat representasi kali
kedua kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai kenyataan Akhbar Tun Salleh tersebut
dan Seri Paduka menerima representasi itu dan mengemukakan supaya kes tersebut
didengar serta disiasat oleh Tribunal yang sama. Perdana Menteri telah mencadangkan
keanggotaan Tribunal kepada Seri Paduka dan pada 13 Jun Tribunal telah ditubuhkan. 10
Tun Salleh mengemukakan permohonan mendapat perintah melarang Tribunal daripada
melakukan tanggungjawab mengikut Perkara 125 (3). Permohonan Tun Salleh telah
didengari oleh Hakim Datuk Ajaib Singh. Hakim telah menangguhkan keputusan
sehingga keesokannya dan tidak membenarkan permohonan Tun Salleh untuk mendapat

7
M.Hanafiah A.Samad, (1989), Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed
halaman 50
8
Ibid hlmt 36
9
Ibid hlmt 36
10
Ibid hlmt 36

3
perintah menghalang Tribunal daripada meneruskan persidangan sehingga mendapat
keputusan di Mahkamah Tinggi. Sebelum Tribunal menjalankan siasatan, empat orang
saksi telah hadir ke Mahkamah Tinggi untuk memberi keterangan. Namum begitu, Tun
Salleh Abbas tidak hadir ke mahkamah dan Tribunal telah memberi peluang untuk hadir
pada keesokkan harinya. Pada 2 Julai 1988, Hakim Datuk Ajaib Singh menangguhkan
keputusan kepada permohonan Tun Salleh sehingga 4 Julai dan mengarahkan Peguam
Negara atau wakilnya hadir ke Mahkamah Tinggi bagi memberi kenyataan di
mahkamah. Peguam yang mewakili Tun Salleh Abbas iaitu Raja Aziz Addruse, telah
membuat pemohonan di Mahkamah Agong bagi mendapatkan perintah menghalang
Tribunal daripada memberi laporan cadangan dan nasihat kepada Seri Paduka sehingga
Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan yang dibuat oleh Tun Salleh pada 28 Jun
lalu.11 Peguam Negara telah hadir ke Mahkamah Tinggi bagi memberi keterangan
mengenai kes pemohonan yang dibuat oleh Tun Salleh Abbas itu. Tan Sri Hamid Omar
selaku Pengerusi Tribunal menyatakan Tribunal akan menurut perintah Mahkamah
Agung. Hakim Datuk Ajaib Singh telah menangguhkan keputusannya sehingga hari
Jumaat, 8 Julai 1988.

Pada 6 Julai 1988, Seri Paduka telah menggantung jawatan bagi lima orang
Hakim Mahkamah Agung yang telah mengadakan sidang tergempar pada 2 Julai kerana
mendengar permohonan yang dibuat oleh Tun Salleh.12Oleh itu, Sebuah Tribunal telah
dibentuk bagi mendengar tuduuhan terhadap mereka.137 Julai 1988, Tribunal yang
dibentuk bagi menyiasat kes Tun Salleh telah siap menyiapkan laporan mereka. Namun
begitu, laporan itu tidak dipersembahkan kepada Seri Paduka kerana pada 2 Julai
Mahkamah Agung telah mengeluarkan perintah melarang Tribunal daripada
dipersembahkan laporan itu kepada Seri Paduka.14 Catatan 8 Julai 1988 menunjukkan
bahawa Mahkamah Tinggi menolak permohonan Tun Salleh bagi melarang Tribunal
meneruskan siasatannya. Namun begitu, Hakim Datuk Ajaib Singh telah menyatakan
bahawa Tun Salleh tidak mempunyai apa-apa alasan bagi membolehkan mahkamah
memberi kebenaran kepadanya untuk mendapatkan perintah larangan. 15 Tun Salleh telah
mengemukan notis rayuan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi

11
. M.Hanafiah A.Samad, (2019), Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed,
halaman 37
12
Ibid hlmt 37
13
Ibid, hlmt 37
14
Ibid, hlmt 38
15
Ibid,hlmt 38

4
mendapatkan perintah menghalang Tribunal daripada meneruskan tugasannya. Peguam
Negara telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Agong untuk mengenepikan
perintah larangan Tribunal daripada mempersembahkan laporan ini kepada Seri
Paduka.16 Beberapa hari kemudian, Tun Mohammed Salleh telah mengemukakan dua
permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak
permohonanya dan juga permohonan bagi menghalang Tribunal melaksanakan tugasnya
mengikut Artikal 125 (3).17 Pada masa yang sama lima hakim yang digantung tugasnya
telah membuat permohonan untuk masuk campur dalam permohonan Tun Mohammed
Salleh.

Mahkamah Agung mula mendengar keempat-empat permohonan yang


membabitkan Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Agung pada 17 Julai
1988. Lima hakim yang bersidang pada hari tersebut ialah Datuk Harun Hashim, Tan
Sri Hashim Yeop Sani dan tiga hakim Mahkamah Tinggi yang dipinjamkan ke
Mahkamah Agung ialah Datuk Mohammed Yusoff Mohammed, Datuk Gunnn Chit
Tuan dan Datuk Anuar Zainal Abidin. Tun Salleh telah dikekalkan khidmat sebagai
Peguam Diraja (QC), Anthony Paul Lester. 18 Mahkamah Agung telah mengenepikan
perintah larangan sementara yang dikeluarkan pada 2 Julai 1988 dan Tribunal berhak
untuk dipersembahkan cadangan dan nasihat kepada Seri Paduka. Pemangku Ketua
Hakim Negara, Tan Sri Hamid Omar telah menghadap menyerahkan laporan Tribunal
kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana bukit Serena, Johor Bharu, Johor. Perdana
Menteri telah menyerahkan laporan Tribunal yang telah dipersembah kepada Seri
Paduka dan telah memperintahkan supaya Tun Salleh dipecat sebagai Ketua Hakim
Negara.

16
M. Hanafiah A.Samad, (2019), Kontroversil Tun Salleh, Syarikat S. Abdul Majid: Kuala Lumpur, hlm
38
17
Ibid, hlm 38
18
Ibid, hlm 38

5
3.0 Punca pemecatan Tun Salleh Abas

3.1 Krisis Kehakiman 1988

Pemecatan Tun Salleh Abas merupakan satu coretan sejarah, dimana buat
pertama kalinya selepas 31 tahun Malaysia merdeka, seorang Ketua Hakim Negara
dihadapkan dengan beberapa tuduhan di bawah perkara 125 (3) Perlembagaan
Persekutuan iaitu seorang hakim Mahkamah Persekutuan patut dipecat atas alasan apa-
apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan dan beliau
kemudiannya digantung daripada jawatannya.19 Tun Salleh Abas dan dua hakim
Mahkamah Agung iaitu Tan Sri Wan Suleiman bin Pawan dan Datuk George Seah telah
dilucutkan jawatannya. Manakala tiga hakim Mahkamah Agung yang lain, Tan Sri
Mohd Azmi bin Dato Kamaruddin, Tan Sri Dato Seri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri
Wan Hamzah bin Mohd Salleh, turut di gantung perkhidmatannya atas pertuduhan
salahlaku kehakiman.20

Semenjak kes seorang wartawan bernama John Berthelson yang berkhidmat


dengan akhbar Asia Wall Street Journal dibebaskan oleh Mahkamah Agung pada
pertengahan tahun 1986, mahkamah sentiasa menjadi sasaran dan serangan di dalam
kebanyakan ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri. John Berthelson memegang
permit kerja di negara ini sebagai seorang wartawan. Permit itu dibatalkan oleh pihak
kerajaan tanpa memberi peluang kepada wartawan tersebut membela diri. John
Berthelson mengadu ke Mahkamah Tinggi dan akhirnya sampai ke Mahkamah Agung.
Apabila kes ini sampai ke Mahkamah Agung pembatalan permit itu tidak sah dari segi
undang-undang kerana mahkamah berpendapat John Berthelson juga berhak
mendapatkan perlindungan mahkamah. Keputusan ini telah membangkitkan kemarahan
Perdana Menteri kerana dalam wawancaranya dengan majalah TIME, beliau
mengeluarkan pendapat berkaitan dengan peranan mahkamah, dimana mahkamah
mentafsir lain daripada apa yang termaktub dalam undang-undang. Dalam pada itu,
ketua pembangkang En Lim Kit Siang telah membawa laporan wawancara ini ke
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menghina Mahkamah. Tetapi Hakim
Datuk Harun Hashim yang merupakan Hakim Mahkamah Agung telah menolak
pengaduan itu dan berpendapat Perdana Menteri salah faham dengan doktrin

19
Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2018 , Perlembagaan Persekutuan , Selangor, international
law book services, hlm 218.
20
Idzuafi Hadi Kamilan, jurnal Krisis Kehakiman Di Malaysia 1988: Refleksi Anak Muda ,hlm 4.

6
pengasingan kuasa dan bukanlah menghina mahkamah.21 Dapat kita lihat bahawa
perkara 126 perlembagaan persekutuan telah memperuntukan kuasa menghukum kerana
penghinaan iaitu bermaksud Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.22

Kes UMNO 11 merupakan kes yang melibatkan kedudukan Perdana Menteri


sendiri. Pada 24 April 1987 dalam pemilihan ketua pimpinan parti telah berlaku
perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik melayu akibatnya telah terbentuk
dua kumpulan iaitu team A diwakili oleh Dr Mahathir Mohamad dan Team B oleh
Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut jawatan Presiden UMNO. Perdana Menteri
telah memenangi jawatan itu dengan kelebihan undi sebanyak 43 suara dan akibat
daripada kemenangan itu team B yang dianggotai oleh 11 ahli (UMNO 11) telah bawa
perkara ini ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan memohon supaya pemilihan itu
dibatalkan atas alasan bahawa pemilihan itu disertai oleh cawangan yang tidak berdaftar
di bawah undang-undang persatuan. Hakim Harun Hashim mengistiharkan bahawa
UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah dan keputusan itu dibuat secara lisan dan
tidak bertulis, disebabkan perkara ini ia telah menjadi isu yang gempar dan ia telah
mengundang kemarahan Perdana Menteri kerana keputusan itu telah menggugat
kedudukan Perdana Menteri.23

Tindakan Tun Salleh Abas pada 26 Mac 1988 menulis surat kepada Sultan
Iskandar iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-6. 24 Di dalam surat tersebut telah
tertulis berkaitan dengan perkembangan terkini hubungan antara badan eksekutif dan
kehakiman, dimana ia berhubung dengan serangan perdana menteri terhadap badan
kehakiman khususnya di dalam Dewan Rakyat. Mengikut perkara 127 Perlembagaan
Malaysia kelakuan seorang hakim itu tidak boleh dibincang atau dibahaskan di dalam
mana-mana dewan baik Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara. 25 Rentetan daripada
itu, pada 23 Mac 1988, 20 orang Hakim Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi telah
bermesyuarat untuk mencari jalan mengatasi ketegangan antara badan Kehakiman dan
Eksekutif. Dalam mesyuarat tersebut telah dipersetujui sebulat suara supaya Tun Salleh
Abas sebagai Ketua Hakim Negara menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
memaklumkan tentang wujudnya ketegangan antara badan Kehakiman dengan
21
Tun Salleh Abas, Kebebasan Kehakiman, Penerbitan Pena Sdn Bhd, hlm 20.
22
Ibit hlm 222
23
Ibit hlm 30.
24
Ibit, hlm 3.
25
Ibit hlm 32

7
Eksekutif. Surat keramat bertarikh 26 Mac 1988 itu turut dihantar salinannya kepada
sekalian Ahli Majlis Raja-Raja Melayu.26

Usaha Tun Salleh Abas dalam mempertahankan institusi badan kehakiman


daripada serangan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, telah
menyebabkan penggantungan jawatan beliau. Satu kenyataan daripada Jabatan Perdana
Menteri menyatakan bahawa Tun Salleh Abas telah melakukan kesalahan berkelakuan
tidak senonoh dengan tindakan awalnya menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong
dan Raja-raja Melayu ketika itu.27 Perlucutan jawatan hakim-hakim kanan termasuklah
Ketua Hakim Negara ketika itu bukanlah disebabkan rasuah mahupun keadaan
kesihatan namun dikaitkan dengan ‘tingkah laku yang tidak baik dan hal ini dapat
dilihat dalam perkara 125 (3) dalam perlembagaan persekutuan. 28 Kelakuan yang tidak
baik atau sebab-sebab lain yang jelas menunjukkan bahawa beliau iaitu Tun Salleh tidak
lagi berupaya menjalankan tugas sebagai Ketua Hakim Negara dengan sempurna dan
teratur, beliau harus ditamatkan perkhidmatan sebagai ketua hakim Negara.29

3.2 Lima Tuduhan ke atas Tun Salleh Abas.

Tun Salleh Abas menerima pertuduhan secara bertulis daripada Peguam Negara
yang melibatkan 5 pertuduhan penting. Dan seperti mana Seri Paduka Baginda yang
Dipertuan Agong berkenan menubuhkan satu Tribunal untuk menyiasat dan
mendapatkan laporannya. Dakwaan bagi menamatkan perkhidmatan Tun Salleh sebagai
ketua hakim Negara. Pertuduhan pertama ialah apabila Tun Salleh di dalam ucapan
beliau di upacara penganugerahan Ijazah kehormat Doktor persuratan di Universiti
Malaya pada 1 Ogos 1987, dikatakan beliau telah membuat beberapa kenyataan
mengecam kerajaan dan menunjukkan sikap prasangka dan berat sebelah terhadap
kerajaan dan kenyataan yang dilemparkan ini telah bercanggah dengan kedudukan Tun
Salleh sebagai Ketua Hakim Negara. Antara ucapan Tun Salleh ialah beliau telah
menuduh bahawa kerajaan telah melanggar prinsip kebebasan kehakiman dan
menyatakan bahawa kerajaan tidak akan dapat memerintah serta kerajaan tidak akan
dapat menjalankan tugas jika tidak ada mahkamah.30

26
ibit
27
ibit
28
Ibit, hlm 218.
29
M. Hanafiah A. Samad. (1989). Kontroversil kes Tun Salleh. Kuala Lumpur, Malaysia: Syarikat S. Abdul
Majeed, hlm 45.
30
Ibit, hlm 46.

8
Seterusnya, pertuduhan kedua ialah apabila Tun Salleh di pelancaran buku
bertajuk Malaysian Law dan Law Justice And The Judiciary: Transnational Trend pada
12 januari 1988, telah membuat kenyataan mencela kerajaan dan dengan tindakan beliau
telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran kerajaan Negara. 31 Tun
Salleh juga telah menuduh kerajaan menjejaskan kebebasan badan kehakiman,
mendakwa bahawa kerajaan telah mengabaikan kepentingan peranan badan kehakiman
dan menganjurkan penerimaan undang-undang Islam dalam Undang-Undang Sivil dan
aplikasi umum.32 Dakwaan ringkas ialah Tun Salleh menuduh kerajaan mengganggu
prinsip kebebasan kehakiman, beliau juga telah mendakwa bahawa badan kehakiman
ialah badan yang paling lemah daripada ketiga-tiga institusi kerajaan, Tun Salleh juga
telah mencemuh kerajaan dengan mendakwa bahawa kerajaan tidak menaruh
kepercayaan kepada hakim-hakim dan dakwaan terakhir ialah Tun Salleh telah menarik
perhatian kepada tugas-tugas hakim dan menganjurkan penerimaan sistem perundangan
Islam bukan sahaja dalam undang-undang sivil Malaysia tetapi pemakaiannya secara
umum. Percubaan beliau hendak menerapkan undang-undang Islam dalam perundangan
Negara dan mengetepikan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang dianggotai dengan
pelbagai kaum dan agama dan mempunyai ciri-ciri kebudayaan yang berbeza.33

Selain itu, pertuduhan ketiga ialah berkaitan dengan penangguhan kes Teoh Eng
Huat melawan kadi Pasir Mas, Kelantan yang melibatkan pemilihan agama oleh
seorang budak. Peruntukan dalam perkara 11 perlembagaan persekutuan iaitu memberi
hak kebebasan beragama secara umum.34 Teoh Eng Huat bapa kepada Susie Teoh tidak
bersetuju dengan pengislaman anaknya dan telah bawa kes ini ke Mahkamah Tinggi
dengan alasan hak sebagai bapa kepada seorang anak terjejas dan meminta mahkamah
menghukum bahawa pengislaman anaknya tidak sah. Tetapi Mahkamah Tinggi tidak
bersetuju dengan hujah ini dan berpendapat setiap orang bebas menganuti agama yang
disukai dan kuasa ibu bapa hanyalah melarang atau benarkan anaknya menerima ajaran
mana-mana agama lain. Teoh Eng Huat merayu ke Mahkamah Agung tanpa kebenaran
(leave) dari Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Agung. Mengikut peraturan, rayuan
tidak akan diterima jika tiada kebenaran (leave) tersebut dan kes itu akan ditangguh
sehingga kebenaran (leave) diperoleh. Hal ini timbul apabila Susie Teoh yang ketika itu
baru berusia 17 tahun 6 bulan tetapi telah memeluk agama Islam melalui kuasa Kadi
31
Ibit hlm 46.
32
Ibit hlm 4.
33
Ibit, hlm 47.
34
Ibit, hlm 38.

9
Pasir Mas, Kelantan tanpa kebenaran ibu bapanya. 35 Di dalam perlembagaan pekara 12
(4) menjelaskan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya.36 Isu berkenaan dengan agama
merupakan satu isu sensitif dimana ia memerlukan satu keputusan yang adil kepada
semua pihak agar tidak mencetuskan konflik dalam kalangan masyarakat berbilang
etnik dan agama di Negara ini. 37
Tribunal berpendapat tangguhan sine die yang
dikenakan oleh Tun Salleh atas tujuan tidak ikhlas iaitu menahan bapa Suzie Teo
daripada mendapat keadilan dan pertolongan mahkamah dan memihak kepada Kadi
Pasir Mas.38

Pertuduhan keempat, berkaitan dengan surat yang diberikan kepada raja, dimana
Tun Salleh telah membuat kenyataan palsu bertujuan untuk mempengaruhi Seri Paduka
dan Raja-Raja Melayu bagi mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri. Tindakan
Tun Salleh boleh menimbulkan perselisihan faham antara Raja-Raja Melayu dan
Perdana Menteri dan boleh menjejaskan hubungan Raja-Raja Melayu dan kerajaan. Di
dalam surat tersebut juga ada mengatakan tentang kenyataan-kenyataan yang dibuat
oleh Perdana Menteri yang menyentuh tentang hakim-hakim menyebabkan Tun Salleh
mengalami gangguan fikiran sehingga Tun Salleh tidak lagi boleh menjalankan tugas
sebagai seorang Ketua Hakim Negara dengan sempurna. Kenyataan yang dikeluarkan
oleh Tun Salleh adalah tidak benar kerana ada bukti yang menunjukkan bahawa beliau
telah membuat ucapan mengkritik secara terbuka bukan sahaja menuduh kerajaan tetapi
Perdana Menteri Malaysia yang melanggar prinsip kebebasan kehakiman. Tindakan
yang dilakukan oleh beliau ini telah menyebabkan Tun Salleh tidak layak meneruskan
perkhidmatan sebagai Ketua Hakim Negara.39

Akhir sekali, ialah pertuduhan kelima iaitu selepas Tun Salleh digantung
jawatan sebagai Hakim Negara, beliau telah membuat pelbagai kenyataan kepada media
untuk penerbitkan dan penyiaran yang mengandungi perkara-perkara yang tidak benar
dan membawa maksud masalah antara kerajaan dan kehakiman yang menjadi isu politik
dan mencemarkan lagi kerajaan.40 Pada 29 Mei 1988 Tun Salleh telah memberi satu

35
Ibit hlm 47
36
Lembaga Penyelidikan Undang-undang, 2018, Perlembagaan Persekutuan , Selangor, international law
book services, hlm 40.
37
Zuliza muhd kusrin, 2001, Artikel: Pendaftaran memeluk agama islam, UKM Bangi Selangor, hlm 16.
38
Ibit hlm 25
39
Ibit hlm 48
40
Ibit hlm 49

10
wawancara di mana beliau telah mengatakan bahawa beliau telah disingkirkan dari
jawatan secara tidak adil dan salah satu dari sebab-sebab ialah tuduhan bersikap berat
sebelah dalam kes UMNO 11. Laporan wawancara itu telah diterbitkan dalam
Singapore Straits Times bertarikh 31 Mei. Pada hari yang sama Tun Salleh telah
mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang telah dilaporkan dalam akhbar New Straits
Times bertarikh 30 Mei 1988. Dalam kenyataan ini beliau menerangkan sebab-sebab
bagi penarikan balik surat beliau untuk bersara awal. Mengenai hal dakwaan beliau
bersikap berat sebelah dalam kes UMNO, beliau mendedahkan bahawa beliau telah
memberi arahan supaya rayuan itu dibicarakan oleh panel seramai sembilan hakim
Mahkamah Agung.41

4.0 Penubuhan Tribunal

Yang di-Pertuan Agung pada hari Isnin 13 Jun 1998 telah berkenan melantik
enam anggota Tribunal termasuk dua hakim kanan dari negara Komanwel, bagi
41
Ibit hlm 24

11
mendengar kes Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Menurut kenyataan Jabatan
Perdana Menteri, Pemangku Ketua Hakim Negara Tan Sri Hamid Omar dilantik sebagai
pengerusi Tribunal. Sementara anggota yang lain ialah Tan Sri Lee Hun Hoe (Hakim
Besar Borneo), K.A.P. Ranasinghe (Hakim Besar Republik Sosialis Sri Lanka), T.S.
Sinnathuray (Hakim Kanan Mahkamah Agung Singapura), Tan Sri Abdul Aziz Zain
(Hakim Bersara Mahkamah Persekutuan) dan Tan Sri Syed Zahir Ismail, (Speaker
Dewan Rakyat). Tribunal ditubuhkan mengikut Perkara 125 (3) dan (4) Perlembagaan
Persekutuan bagi menyiasat dan membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong sama
ada Tun Salleh perlu ditamatkan jawatannya atau sebab-sebab lain yang menunjukkan
beliau tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna.42 Tribunal adalah satu
persidangan yang mana ia hanya membentangkan fakta-fakta kes dan Peguam Negara
merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembentangan itu. Tribunal ini
ditubuhkan adalah atas sebab Yang di-Pertuan ingin memecat Tun Salleh kerana telah
melanggar tatacara yang terkandung dalam perlembagaan perkara 125 (3). 43 Tribunal ini
juga ditubuhkan untuk memberi kesaksamaan serta keadilan kepada Tun Salleh dan
kemudiannya Tribunal akan kemukakan laporan kepada Seri Paduka.

Tun Salleh telah meminta perbicaraannya dibuka kepada umum kerana orang
ramai berhak mengetahui sebab-sebab jika Ketua Hakim Negara didapati tidak layak
menjalankan tugasnya. Menurut Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir, permintaan beliau
untuk membicarakan kesnya kepada umum tidak dapat dipenuhi kerana apa-apa perkara
mestilah merujuk kepada undang-undang. Namun, undang-undang tidak terkandung
berkaitan dengan perkara perbicaraan secara terbuka tersebut. 44 Tun Salleh telah
mengeluarkan kenyataan untuk memohon meminta ahli Tribunal mestilah dari kalangan
orang yang setaraf dengan kedudukannya. Tetapi dalam Perlembagaan 125 (4) telah
menyatakan anggota Tribunal telah mempunyai kedudukan yang tinggi dan kekananan
iaitu dari segi umur, pangkat, dan masa perkhidmatan. Walaubagaimanapun, terdapat
banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan keanggotaan Tribunal yang dilantik
termasuk pengerusi Tribunal iaitu Hakim Besar Malaya Tan Sri Hamid Omar tetapi Tun
Mahathir tegas mengatakan anggota Tribunal tidak akan diubah dengan alasan “Kita
tidak boleh memuaskan kehendak semua pihak dan membenarkan seseorang memilih

42
M.Hanafiah A.Samad, (2019) Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed,
halaman 60
43
Ibid hlmt 60
44
Ibid hlmt 62

12
hakimnya sendiri”.45 Sungguhpun begitu, Majlis Peguam Malaysia mempertikaikan
kedudukan anggota Tribunal dan mendesak Tan Sri Hamid Omar meletak jawatan
sebagai pengerusi Tribunal. Baik apa pun desakan atau dakwaan semua ini tidak akan
mengubah perjalanan dan keanggotaan Tribunal seperti yang sudah ditetapkan.

Sidang Tribunal yang pertama bermula Khamis 29 Jun 1988. Bagaimanapun,


peguam-peguam yang mewakili Tun Salleh iaitu Raja Aziz Adruse, Cyruss Dass dan
P.Royan bertindak memulaukan sidang itu selepas Tribunal menolak permohonan
mereka untuk menangguhkan persidangan itu. Mereka telah memohon supaya
pemohonan itu ditangguhkan sehingga pemohonan Tun Salleh di Mahkamah Tinggi
1988. Tetapi segala kesnya diputuskan oleh Tribunal 1 Julai 1988. Pada 29 Jun itu juga
Setiausaha Tribunal Dr Mazlan telah mengeluarkan kenyataan bertulis berkaitan dengan
Tribunal menolak permohonan yang dibuat oleh Raja Aziz kerana tiada alasan yang
mencukupi untuk membolehkan persidangan itu ditangguhkan.46 Pada hari kedua
bertarikh 30 Jun 1988, Tun salleh dikehendaki hadir dan Tribunal memberi peluang
kepada beliau untuk hadir tetapi beliau tidak hadir dalam sidang tersebut yang bermula
jam 9:30 pagi. Sidang ini telah diteruskan dan ketika ini peguam negara telah
mengemukakan keterangan daripada empat orang saksi bagi membuktikan lima
pertuduhan terhadap Tun Salleh.47 Empat saksi pihak pendakwa itu ialah Ketua
Setiausaha Negara Tan Sri Sallahudin Muhamed, Pendaftar Mahkamah Agung Haidar
Muhamed Nor, Ketua Pengarah Perikanan Shahrom Abdul Majid dan Timbalan
Pengarah Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan Saedon Daud. Peguam Tun
Salleh hadir ke sidang hanya 15 minit untuk menyampaikan hasrat Tun Salleh bahawa
beliau tidak mahu menghadiri persidangan Tribunal dengan beberapa alasan diberikan.

Tribunal hari ketiga (1 Julai 1988) akan membincangkan keterangan saksi-saksi


dan hujah-hujah Peguam Negara. Sementara itu, pemohonan Tun Salleh didengar oleh
Hakim Datuk Ajaib Singh. Pada sidang yang keempat iaitu 2 Julai 1988, Tun Salleh
berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Agung untuk menghalang Tribunal daripada
mengemukakan syor dan laporan kepada Yang di-Pertuan Agung sehingga mendapat
keputusan daripada Mahkamah Tinggi. Keputusan ini dibuat oleh lima Hakim
Mahkamah Agung iaitu Tan Sri Wan Sulaiman Pawan The, Datuk George Edward

45
M.Hanafiah A.Samad, (2019,) Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed,
halaman 62
46
Ibid hlmt 63
47
Ibid hlmt 65

13
Seah, Tan Sri Haji Azmi Datuk Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri
Hamzah Mohamad Salleh yang telah mengadakan sidang tergempar selepas hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Ajaib Seah mengangguhkan sidang Mahkamah Tinggi pada 3
Julai 1988, sementara menunggu Peguam Negara atau wakilnya mengemukakan bukti
kepada Hakim Mahkamah Tinggi.48

Pada 3 Julai 1988, di Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abu Talib
berhujah di hadapan Hakim Datuk Ajaib Singh dengan mengemukakan beberapa surat-
surat representasi daripada Perdana Menteri kepada Seri Paduka yang mencadangkan
pembentukan Tribunal itu untuk menyiasat Kes Tun Salleh. Peguam-peguam Tun
Salleh sebelum ini mendakwa bahawa penubuhan Tribunal dibuat tanpa representasi
tersebut dengan itu ia tidak sah. Peguam Negara kemudian menegaskan bahawa
pembentukan Tribunal itu dibuat secara teratur dan mengikut kehendak perlembagaan.
Terdapat representasi di antara Datuk Seri Dr. Mahathir dengan Seri Paduka di Istana
Negara pada 4 mei lalu, baginda telah menyerahkan kepada Perdana Menteri sepucuk
surat Tun Salleh yang menyebabkan baginda kurang senang dengan tindakan beliau. 49
Bagaimanapun, jelas Peguam Negara, Perdana Menteri tidak bertindak melulu malah
beliau telah mendapatkan nasihat Seri Paduka terlebih dahulu menurut perkara 125 (3)
perlembagaan persekutuan. Selepas mendengar hujah daripada Peguam Negara, Hakim
Datuk Ajaib Singh telah menangguhkan keputusannya sehingga 8 Julai 1988 dan dalam
keputusan pada hari tersebut mahkamah mendapati bahawa penubuhan Tribunal adalah
sah dan mengikut peraturan.

5.0 Pemecatan Tun Salleh Abas

Tun Salleh telah didapati bersalah bukan sahaja kerana salah laku yang
melanggar tatacara sebagai Ketua Hakim tetapi juga berkelakuan kurang sopan yang
menyebabkannya tidak layak menjalankan tugasnya dengan sempurna. Tribunal yang
48
M.Hanafiah A.Samad, (2019,) Kontroversil Kes Tun Salleh, Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed,
halaman 66
49
Ibid hlm 67

14
diwakili enam anggota yang mendengar dakwaan-dakwaan terhadapnya mendapati
bahawa kelakuan Tun Salleh begitu rupa sehingga boleh menjejaskan keyakinan awam
terhadap kesaksamaan, kejujuran, kewibawaan, dan kemampuannya membuat
keputusan sebagai seorang hakim. Laporan Tribunal tersebut mempunyai lima jilid yang
meliputi laporan utama yang setebal 52 muka surat dan empat jilid nota-nota prosiding,
dokumen-dokumen dan apendiks. Tanggungjawab yang digalas oleh Tribunal adalah
sangat sulit dan memerlukan pertimbangan yang paling berhati-hati kerana melibatkan
Ketua Hakim Negara.50

Seri Paduka menitah demikian selepas berkenan dengan syor Tribunal yang
mencadangkan supaya Tun Salleh dipecat. Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Perdana Menteri menyatakan, pemecatan Tun Salleh itu dibuat mengikut
Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan. Menurut kenyataan itu, walaupun Tun
Salleh dipecat daripada jawatannya, Seri Paduka menitahkan supaya berasaskan
pertimbangan dengan belas kasihan, beliau akan diberi kemudahan pencen sekadar yang
difikirkan berpatutan. Atas budi bicara Seri Paduka, Tun Salleh diberikan pencen
walaupun telah dipecat. Dalam Seksyen 8 (d) Akta Sarangan Hakim 1971, “Apabila
seseorang itu berhenti memegang jawatan sebelum mencapai umur 65 tahun atas alasan
tidak mampu, sama ada dari segi badan atau fikiran atau sebab lain yang menyebabkan
dia tidak dapat jalankan tugasannya, dia berhak menerima tidak kurang daripada 1/5
gaji terakhirnya.”51

Demikianlah, akhirnya Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu, 6 Ogos 1988


menitahkan Ketua Hakim Negara, Tun Haji Mohamed Salleh Abas, dipecat daripada
jawatannya berkuatkuasa pada Isnin, 8 Ogos 1988. Tarikh 8.8.88 telah menjadi tarikh
keramat dan sejarah buat nagara Malaysia.

6.0 Kesimpulan

Peristiwa ini menunjukkan betapa mudahnya seorang Ketua Hakim negara


dipecat. Walaupun dari segi undang-undang jawatan mereka terletak di atas asas prinsip

50
Ibid, hlm 100.
51
M. Hanafiah A.Samad, (2019), Kontroversil Kes Tun Salleh, Syarikat S. Abdul Majid: Kuala Lumpur,
hlm 99.

15
yang teguh iaitu dijamin oleh Perlembagaan. Tetapi sejarah telah menunjukkan Tun
Salleh merupakan ketua hakim pertama Negara yang dipecat daripada kedudukannya
selepas 31 tahun Negara mencapai kemerdekaan. Dalam pentadbiran undang-undang
kita dapati bahawa semakin teguh undang-undang itu. Tetapi apabila semakin tinggi
kedudukan orang yang terlibat, undang-undang akan menjadi semakin lemah. Ini adalah
kerana perjalanan undang-undang dan kuasanya ada di tangan orang atasan. Undang-
undang itu menjadi lemah jika orang yang berkuasa tidak menggunakan kuasa itu
mengikut cara dan tujuan undang-undang.

Oleh kerana undang-undang itu dibuat oleh manusia dan manusia sememangnya
bersifat lemah dan serba kekurangan menyebabkan seorang hakim itu dipecat dengan
begitu mudah kerana setiap pemecatan hakim oleh eksekutif itu berpunca dari politik
dan tiap-tiap yang berbau politik itu soal betul atau salah tidak akan dikira. Peristiwa
yang berlaku juga menunjukkan bahawa sangkaan kebanyakkan orang bahawa hakim
tidak akan memecat hakim sama hakim itu terbukti tidak benar. Keadilan hendaklah
dibuat dan hendaklah ditunjukkan sebagai bukti bahawa ianya adil. Seseorang itu
berhak dihukum oleh orang yang setaraf dengannya dan bukanlah orang yang lebih
rendah taraf dengannya. Ini ialah satu syarat untuk memenuhi keadilan. Secara
kesimpulannya, setiap fungsi dalam badan yang dilantik tidak kira badan eksekutif,
badan perundangan atau badan kehakiman setiap satunya mempunyai kepentingannya
tersendiri dan setiap badan ini perlu bekerjasama dalam menjaga keamanan negara
mengikut kuasa yang telah diberikan kepadanya.

7.0 Rujukan

16
1. M. Hanafiah A. Samad. (1989). Kontroversil kes Tun Salleh. Kuala Lumpur,
Malaysia: Syarikat S. Abdul Majeed

2. Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, (2018), Perlembagaan Persekutuan,


Selangor: International Law Book Services Wisma ILBS.

3. Salleh Abas, T. D. H. Kebebesan kehakiman: Singa di bawah takhta dijerat


(satu kezaliman). Ampang, Selangor: Ampang, Selangor.

4. Mohamed Salleh Abas, T. S. D. H., & Das, K. (1989). May day for justice: The
Lord President's version (2nd ed.). Kuala Lumpur: Magnus Books.

5. K. Ramanathan (1992),Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.

6. Bharuddin Che Pa & Farizah Zulkafli (2014), Jurnal syariah Pengasingan


Kuasa Menurut Perspektif Barat Dan Islam: Amalannya Di Malaysia, vol 22.

7. Idzuafi Hadi Kamilan, jurnal Krisis Kehakiman Di Malaysia 1988: Refleksi


Anak Muda.

8. Panel tokoh-tokoh terkemuka, Laporan : Mengkaji Semula Krisis Badan


Kehakiman 1988 Di Malaysia , (Kuala Lumpur, 26 julai 2008).

9. Zuliza muhd kusrin, 2001, Artikel: Pendaftaran memeluk agama islam, UKM
Bangi Selangor.

10. Mohd. Salleh Abas. (1985). Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

17

You might also like