You are on page 1of 3

OBJEKTIF

1. Buah rambutan yang masak itu telah dijual oleh ayah di gerainya
semalam.
A Ayah telah menjual buah rambutan yang masak itu di gerainya
semalam.
B Di gerai ayah telah menjual buah rambutan yang telah masak semalam.
C Ayah telah menjual di gerainya buah rambutan yang masak semalam.
D Semalam ayah telah menjual buah rambutan yang masak di gerainya.

2. Ibu membeli sepasang baju kurung untuk Rinda di butik itu.


A Butik itu membelikan Rinda sepasang baju kurung ibunya.
B Rinda dibelikan ibunya sepasang baju kurung di butik itu.
C Sepasang baju kurung dibeli Rinda untuk ibunya di butik itu.
D Sepasang baju kurung di butik itu dibeli Rinda untuk ibunya.

3. Baju Melayu itu dijahit oleh Encik Nordin.


A Encik itu menjahit baju Melayu Nordin.
B Nordin menjahit baju Melayu encik itu.
C Encik Nordin menjahit baju Melayu itu.
D Encik Nordin menjahit baju Melayunya.

4. Pameran buku itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.


A Pengarah Pelajaran Negeri telah merasmikan pameran buku itu.
B Buku-buku itu dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
C Buku-buku di pameran itu telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran
Negeri.
D Pengarah Pelajaran Negeri telah merasmikan buku itu.

5. Tan Sri Azman mendermakan sejumlah wang untuk tabung sekolah itu.
A Sejumlah wang didermakan oleh Tan Sri Azman untuk tabung sekolah
itu.
B Tabung sekolah mendermakan sejumlah wang untuk Tan Sri Azman.
C Sejumlah wang tabung sekolah itu didermakan kepada Tan Sri Azman.
D Tabung sekolah mengeluarkan wang yang didermakan oleh Tan Sri
Azman.

6. Corak songket yang cantik itu direka oleh seorang pereka yang terkenal.
A Pereka yang terkenal telah menghasilkan corak songket yang cantik itu.
B Pereka songket yang termasyhur telah mengeluarkan songket yang
cantik itu.
C Corak songket yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik
itu.
D Songket yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang
terkenal.

7. Bangunan usang yang baru dicat itu kelihatan baharu.


A Bangunan usang yang baharu itu baru dicat.
B Bangunan baharu yang usang itu baru dicat.
C Bangunan baharu itu menjadi usang kerana dicat.
D Bangunan usang itu kelihatan baharu kerana baru dicat.

8. Semua kerja mengemas itu disiapkannya seorang diri.


A Dia menyiapkan semua kerja mengemas itu seorang diri.
B Semua kerja mengemas itu dia menyiapkan seorang diri.
C Seorang diri dia siapkan semua kerja mengemas itu.
D Semua kerja dikemas itu disiapkannya seorang diri.

You might also like