You are on page 1of 2

KETOKOHAN DAN SUMBANGAN HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB

- Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda
- Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota mekkah termasuk salah seorang
kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa
Allah" (Bahasa Arab: ‫ )أسد هللا‬kerana keberaniannya.
- Beliau juga digelar sebagai ‘Sayyidus Syuhada’ iaitu penghulu orang yang mati syahid.
- Sangat dikenali, dikagumi dan ditakuti oleh penduduk mekah sehinggakan mereka
menurut sahaja kata-kata beliau kerana kepada Hamzah disebabkan garang dan berani.
- Bijak mengatur strategi perang: Beliau melancarkan serangan dengan tersusun Ketika
berlaku peperangan sehingga memberikan kemenangan kepada pihak Islam.
- Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak yang menyebabkan Rasulullah
memilihnya sebagai panglima perang dan perang Badar dan ditugaskan sebagai ketua
peninjau pergerakan musuh antara Makkah dan Syam.
- Pahlawan berani dan gagah perkasa: terbukti apabila berani memukul Abu Jahal yang
telah menghina dan memukul anak saudara kesayangannya, Rasulullah s.a.w.
- Perang Badar:

1. Ramai musuh yang ingin menyerang dan membunuh Hamzah, akan tetapi
kesemuanya dibunuh oleh beliau.
2. Dicabar melawan dengan dua orang bangsawan Quraish iaitu Uthbah dan Shaibah
dan berjaya membunuh kedua-duanya.

- Perang Uhud:

1. Berjaya menewaskan ramai tentera Quraish.


2. Antara yang paling menonjol di barisan hadapan Ketika perang dengan dua bilah
pedang di tangan dan menyerang musuh Islam dengan penuh semangat.
3. Ibnu Atsir dalam kitabnya ‘Usul al-Ghabah’: berhasil membunuh 31 orang kafir
Quraish, sehingga satu saat beliau tergelincir dan terjatuh ke belakang. Pada saat
itulah, lembing yang dilemparkan oleh Wahsyi iaitu seorang hamba berkulit hitam
mengenai tepat pada perut Hamzah. Namun begitu, sambil memegang perutnya
yang berdarah, Hamzah sedaya upaya melangkah kaki menuju ke arah Wahsyi
untuk berperang dengannya.

Sumbangan:

- Melindungi Rasulullah s.w.t daripada ancaman pihak musuh.


- Mengambil bahagian dalam setiap peperangan serta memainkan peranan penting bagi
memastikan kemenangan bagi tentera Islam.
- Ambil berat tentang persaudaraan Islam tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
- Banyak berkorban dan sanggup berkorban nyawa sendiri demi menegakkan Islam.
- Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat Islam dihormati dan
diterima masyarakat Mekkah.
- Memegang jawatan dalam ketenteraan sebagai panglima perang dan membawa panji-
panji tentera Islam pada zaman Rasulullah s.w.t.

You might also like