You are on page 1of 8

SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) TAHFIZ AL BANNA

PT 15225 Jalan Besar Jengka - Jerantut,


Felda Melati Jengka 11
26400 Bandar Jengka, Pahang.
.

KERTAS KERJA
PERANCANGAN KURSUS
ASAS PENGURUSAN
JENAZAH BAGI PELAJAR
SEKOLAH RENDAH
TUJUAN KERTAS KERJA
Memohon peruntukan khas daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
MAKLUMAT PEMOHON PERUNTUKAN PROGRAM.

Nama Madrasah/Tahfiz/Pondok : SEKOLAH RENDAH ISLAM (SERI) TAHFIZ AL BANNA

(SERITAB)

No. Pendaftaran : MUIP KS15 / 2017

Alamat Surat menyurat : PT 15225 Jalan Besar Jengka - Jerantut,


Felda Melati Jengka 11
26400 Bandar Jengka, Pahang
Guru Besar : Rosyailla Bt Abdul Hamid
Jawatankuasa Pentadbiran : PengerusI : Aireroshairi Bin Roslan
Timb. Pengerusi : Kamaruzaman Bin Usop
Setiausaha, : Abu Anas Umar Qayyum Bin
Mohamed Hanapiah

Tahun mula beroperasi : 2013

Tempoh Beroperasi : 7 tahun

Jumlah Pelajar Terkini : 170 orang

Status Berasrama / tidak : Berasrama (15 orang)

No akaun untuk peruntukan ini


(Nama Bank & No akaun) : MAYBANK
SERI TAHFIZ AL BANNA
5561 4101 9726

Pegawai yang diamanahkan : Mohd Afiq Bin Roslan (Ketua Jabatan Latihan dan

Dakwah SERITAB, Bandar Jengka, Pahang)

No HP Pegawai yang diamanahkan : 013 202 9891


PENGENALAN

Pengurusan jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah yang semakin tidak mendapat
perhatian di kalangan generasi muda. Sehingga di sesetengah kawasan mengalami masalah
dalam mencari tenaga muda dalam menguruskan jenazah. Hal ini kerana, kurangnya
pendedahan di peringkat awal generasi muda kini terutama pada peringkat sekolah rendah dan
menengah. Telah diakui, terdapat sukatan pelajaran mengenai pengurusan jenazah disentuh di
sekolah, namun penekanan tidak mampu dilakukan dalam menyedarkan mereka untuk terlibat
secara aktif dalam membantu menguruskan jenazah.

Menyedari hal ini, kami dari SERI Tahfiz Al Banna (SERITAB) mengambil tangugjawab melalui
ruang yang telah disediakan oleh pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dalam
menekankan kepentingan pengurusan jenazah seawal sekolah rendah.

TEKNIKAL PROGRAM

1. Kawasan tumpuan program.


SERITAB memilih kasan sekitar Temerloh, Maran dan Jerantut. Ini kerana, 3 daerah ini
mempunyai kawasan luar bandar yang luas. Penduduk luar bandar ini kebiasaanya lebih
sikit mendapat peluang untuk menyertai kursus pengurusan jenazah berbanding
kawasan bandar. Kebiasaanya, kursus yang dianjurkan secara terbuka dan jarang
menumpukan penyertaan kepada pelajar sekolah rendah.
Hal ini menyebabkan generasi muda khususnya di 3 daerah ini tidak mendapat
pendedahan dan penekanan pengurusan jenazah. Ini menyebabkan mereka tidak
memikirkan tangungjawab ini yang mengakibatkan kawasan berikut ketandusan pelapis.
Sebagai Contoh, di kawasan Felda Jengka, kawasan perkampungan melayu dan tidak
terkecuali juga di kawasan orang asli.

2. Kumpulan sasaran
Pelajar sekolah rendah berusia, 10, 11 dan 12 tahun (Tahun 4, 5 dan 6)
a) Pelajar sekolah rendah di bawah kementerian pendidikan
b) Pelajar sekolah rendah Kelas Al Quran Fardhu A’in (KAFA) di bawah Jabatan Agama
Islam Pahang.
c) Pelajar sekolah rendah di bawah Individu / NGO.

SERITAB mensasarkan sebanyak 50 buah sekolah sekitar Maran, Temerloh dan Jerantut
untuk diadakan kursus asas pengurusan jenazah ini.

3. Penceramah pengurusan jenazah


SERITAB akan bekerjasama degan Pejabat Agama Islam Daerah Jengka dalam melatih
penceramah yang berkelayakan untuk mengndalikan kursus jenazah sekolah rendah.
Kursus jenazah untuk sekolah rendah agak ringan pengisian berbanding kursus jenazah
yang sebenar. Ini adalah untuk menyesuaikan tahap daan pengetahuan mengenai
pengurusan jenazah. Hal ini sedikit sebanyak akan memberi ruang kepada penceramah
untuk berani ke hadapan dalam menyampaikan ilmu fardhu kifayah ini.
Untuk pengetahuan pihak YADIM, SERITAB pernah bekerjasama dengan Pejabat Agama
Islam Daerah Jengka dalam menganjurkan kursus jenazah pada tahun 2019 seperti di
bawah.
Hasil dari kursus itu telah berjaya melahirkan seorang penceramah sambilan dan
mampu memberi kursus asas pengurusan jenazah pada peringkat pelajar sekolah
rendah. Berikutan ini, pihak pejabat agama islam sangat memberi sokongan sekiranya
kursus jenazah terus didedahkan kepada pelajar seawal sekolah rendah.

Kursus asas pengurusan jenazah oleh penceramah sambilan di KAFA Jengka 15

Melihat kepada perkara ini, untuk melahirkan penceramah yang mampu mengendalikan
kursus untuk pelajar sekolah rendah WAJIB melaui tiga tahap seperti berikut :

Tahap pertama
SERITAB akan memilih penceramah yang mempunyai latar belakang agama seperti
pelajar lepasan pondok, tahfiz, STAM, atau setaraf denganya untuk menghadiri kursus
pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh pihak jabatan agama islam Daerah Jengka
untuk melahirkan para penceramah.
Tahap kedua
Mereka yang terpilih WAJIB menyertai ceramah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama
Islam Daerah Jengka sebelum mereka mengendalikan kursus jenazah untuk pelajar
sekolah rendah. Kursus ini juga merangkumi teori dan praktikal agar penceramah yang
bakal dilahirkan betul-betul memahami teknikal pengurusan jenazah.
Tahap ketiga
Pada peringkat permulaan, penceramah akan dipantau secara terus oleh pejabat agama
islam Daerah Jengka. Semua peserta akan dimasukanke dalam satu ‘group whatsaap’
yang bertujuan untuk rujukan serta pantauan.
Secara keseluruhanya, untuk melahirkan penceramah yang berkelayakan mereka WAJIB
mengikuti kursus induk supaya mereka faham dan tidak menyampaikan maklumat yang
salah.

4. Tentatif program
Jangka masa yang diperlukan untuk memberi pendedahan dan penekanan kepada
pelajar Adalah sekitar 3 jam sahaja. Ini kerana, perkara yang disentuh merupakan
perkasa asas sahaja yang melibatkan, hukum asas menguruskan jenazah, memandikan,
mengafankan serta solat jenazah.

3 jam ini sudah memadai, kerana tahap umur mereka tidak melibatkan masalah rumit
mengenai pengurusan jenazah seperti khilah ulama’, perkara-perkara bida’ah, masalah-
masalah rumit dan sebagainya. Dalam pada masa yang sama, praktikal memandi dan
mengafankan jenazah turut dilakukan dan semestinya akan mengalakan para pelajar
menjadi bosan.

Untuk menjadikan penyampaian lebih menarik, SERITAB akan memberi sedikit motivasi
supaya peserta lebih terkesan dan tersedar mengenai tangungjawab menguruskan
jenazah paling tidak pun, mereka bertekad untuk menguruskan jenzah insan tersayang.

Tentatif ringkas tiga jam kursus adalah seperti berikut :


 20 minit : Hukum asas pegurusan jenazah
 20 minit : Teori mandi jenazah
 20 minit : Teori kafan jenazah
 20 minit : Teori solat jenazah
 1 jam 30 minit : Praktikal mandi, kafan dan solat jenazah.
 10 minit : Sesi kuiz dan soal jawab
5. Anggaran belanjawan

SERITAB mensasarkan sebanyak 50 buah sekolah rendah sekitar Maran, Temerloh dan
Jerantut untuk kursus asas pengurusan jenazah. Sehubungan dengan itu, anggaran
belanjawan ini dibuat merangkumi semua kos dalam menjayakan keseluruhan 50 buah
sekolah terpilih ini.

Anggaran kos untuk kursus asas pengurusan jenazah bagi 50 buah sekolah

PERKARA RM (per Kuantiti Jumla


unit) h
Penceramah pejabat agama islam Jengka untuk kursus 500 1 orang 500
induk
Makan untuk kursus induk 30 50 orang 1,500
Penceramah asas pengurusan jenazah 350 50 orang 17,50
0
Pembantu penceramah 200 50 orang 10,00
0
Peralatan kursus jenazah
Set mandi jenazah 200 50 set 10,00
0
Set kafan jenazah 300 50 set 15,00
0
Kos pengrusan
Minyak (sekitar Maran, Temerloh, Jerantut) 0.50 2,000 Km 1,000
Kertas A4 (untuk surat dan modul) 30 50 ram 1,500
Photostate modul 0.5 2,000 set 1,000
hadiah pelajar untuk sesi soal jawab 10 250 2,500
orang
JUMLAH 60,500
Jumlah permohonan peruntukan dari Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) bagi program
kursus asas pengurusan jenazah bagi 50 buah sekolah sekitar Maran, Temerloh dan Jerantut

adalah sebanyak RM60,500

PENUTUP.

Pendedahan serta penekanan teorai dan praktikal pengurusan jenazah seawal usia muda pasti
memberi kesan kepada generasi muda supaya terus membantu generasi terdahulu dalam
menyelesaikan tuntutan fardhu kifayah ini. Penekanan dari sudut motivasi turut diberikan bagi
memastikan sekurang-kurangnya hadir satu tekad dalam diri pelajar untuk menguruskan
jenazah orang tersayang.

Dengan sokongan serta bantuan kewangan daripada pihak YADIM semestinya sangat
membantu supaya program ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Moga segala usaha ini
menjadi sebab untuk kita merasai nikmat syurga Allah S.W.T. Aamiinn…

Disediakan Oleh,

…………………………………………..

(Mohd Afiq Bin Roslan)

Ketua Jabatan Latihan dan Dakwah SERITAB Bandar Jengka, Pahang.

You might also like