You are on page 1of 4

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RIDAN 26700 MUADZAM SHAH KERTAS CADANGAN

JAMUAN PERPISAHAN DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 1.0 TAJUK Pendidikan Khas 2.0 PENGENALAN Murid-murid pendidikan khas khususnya murid-murid yang bermasalah pembelajaran adalah golongan istimewa anugerah Allah S.W.T yang perlu digilap dan dibentuk bukan sahaja oleh guru malahan ibu bapa juga memainkan peranan yang penting di dalam membantu murid-murid ini mencapai potensi diri yang sebenar.Oleh itu ibu bapa juga perlu memiliki ilmu dan pengetahuan mengenai murid-murid ini bagi membantu perkembangan anak-anak istimewa ini khususnya sewaktu mereka di rumah bersama ibu bapa. MATLAMAT Ibu bapa mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai muridmurid pendidikan khas khususnya yang bermasalah pembelajaran yang dapat membantu ibu bapa di dalam membantu perkembangan anak-anak istimewa ini seterusnya mengilap kebolehan yang dimiliki oleh kanak- kanak istimewa. Selain daripada itu guru-guru dan ibu bapa juga bakal mengetahui dengan lebih mendalam kemudahan-kemudahan yang selayaknya dimiliki oleh anak anak istimewa dan juga peranan-peranan penting yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Jabatan Kesihatan di dalam membantu kelancaran perjalanan Program Pendidikan Khas Integrasi amnya dan golongan anakanak istimewa khasnya. OBJEKTIF 4.1 Mengetahui proses pembelajaran kanak-kanak istimewa dengan lebih mendalam 4.2 Mengetahui peranan yang lebih efektif dalam membesarkan anakanak istimewa. 4.3 Meningkatkan motivasi . 4.4 Memupuk sikap kerjasama dan perhubungan erat di kalangan murid dan pihak sekolah. 4.5 Menanam sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah, berkesungguhan dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik. 4.6 Memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa mereka boleh melakukan lebih baik daripada apa yang telah mereka lakukan sebelum ini. sebarang kemusykilan yang berkaitan kepada agensi yang terlibat.

3.0

4.0

5.0

TARIKH / TEMPOH MASA 5.1 23 September 2010 5.2 1 hari 5.3 Khamis (2.30 petang hingga 5.30 petang) TEMPAT Restoren WAWA Muadzam Shah Pahang ATURCARA MAJLIS Rujuk Lampiran A PESERTA 8.1 Ibubapa murid seramai 25 orang 8.2 Guru-guru Pendidikan Khas 3 orang dan Pembantu Pengurusan Murid 2 orang

6.0

7.0

8.0

9.0JAWATANKUASA KERJA Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Persediaan Tempat Siaraya Dan Peralatan Persiapan Makanan Pengerusi Majlis :Encik Mohamad Lotfi bin Abu Talib :Pn Hajah Salmah binti Khamis :Pn.Zafida binti Zainal Abidin : Cik Siti Maisarah binti Abdul karim : En Hafiz bin Roslan : Pn Norhidayah bt Raman Pn Nadyatul Nadia bt Mohd Saufi

: En Ahmad Azizi bin Musa

Pembaca Doa

Ustaz Hassan Anuar bin Ismail

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN a) Jamuan :RM2.00 x 35 0rang=RM70.00

b) Cenderahati Penceramah:RM20.00 x 3=RM60.00 A(RM70.00)+B(RM60.00)=RM130.00

11.0

PENUTUP Diharapkan program ini akan dapat memberi pengetahuan berguna dan mewujudkan semangat baru kepada ibubapa kanak kanak istimewa bagi melengkapkan mereka menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar SK Bukit Ridan yang lebih berwawasan, berakhlak mulia dan meningkatkan keintelektualan mereka dalam kehidupan serta cara mereka bertindak Diharapkan juga seminar keibubapaan ini dapat membina benteng kerohanian yang kental bagi membantu mereka menangkis segala pengaruh negatif yang mungkin mereka hadapi semasa menjalani kehidupan seharian.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. (Pn Zafida bt Zainal Abidin) Penyelaras Masalah Pembelajaran SK Bukit Ridan, Muadzam Shah.

... (PN HJh Salmah bt Hj Khamis ) GPK HEM SK Bukit Ridan , Muadzam Shah

Disahkan oleh,

(EN Mohamad Lotfi B. Abu Talib) Guru Besar SK Bukit Ridan, Muadzam Shah.

LAMPIRAN A

MASA 2.00 2.30 PTG 2.45 8.30 PAGI 3.00 4.00 PAGI 4.15 04.30 PAGI 4.30 5.30 PAGI 12.00 1.00 PAGI 1.30 2.00 PETANG 6.00 PETANG

TENTATIF PROGRAM PENDAFTARAN TAKLIMAT PESERTA Ceramah MINUM PETANG Ceramah LDK 3 SOLAT ZOHOR BERJEMAAH BERSURAI

You might also like