You are on page 1of 3

KUASA JAWATANKUASA MASJID

(1) Pengerusi hendaklah:

(a) mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab berhubung


dengan keadaan ketenteraman dan kesempurnaan mesyuarat itu. Jika undian di dalam sesuatu
mesyuarat itu sama bilangannya maka ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani
minit mesyuarat apabila ia disahkan.

(b) berkuasa menandatangani sebarang surat bagi pihak Jawatankuasa.

(c) mempunyai kuasa meluluskan sebarang perbelanjaan kerana perkara mustahak dan serta-
merta dengan kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa yang kemudiannya akan disahkan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa.

(2) Naib Pengerusi hendaklah menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa Pengerusi tidak hadir
mesyuarat.

(3) Setiausah hendaklah:

(a) dilantik oleh Pengerusi dan hendaklaj mengelolakan kerja-kerja Jawatankausa dengan
mengikut peraturan.

(b) memanggil mesyuarat Jawatankuasa mesyuarat tergempar dan mesyuarat tahunan dengan
persetujuan Pengerusi dan menjalankan segala keputusannya.

(c) bertanggungjawab berkenaan dengan urusan surat-menyurat, menyimpan buku-buku, fail-


fail dan surat-surat keterangan yang berkaitan dengan Jawatankausa ini.

(d) hadir dalam semua mesyuarat dan mengambil minit, peringatan, butir-butir dan keputusan
mesyuarat.

(e) menyediakan minit mesyuarat dan laporan tahunan.

(f) menyimpan daftar-daftar nama penduduk dan rumah-rumah kediaman orang-orang Islam
dalam kampung atau kawasannya.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah membantu Setiausaha menjalankan semua urusan


Pentadbiran Jawatankausa dan akan menggantikannya pada masa Setiausaha tidak hadir.

(5) Bendahari hendaklah:

(a) menyimpan buku kira-kira kewangan Jawatankuasa dengan betul.

(b) menerima segala bayaran daripada Jawatankausa atau sesiapa juga untuk kebajikan Masjid
atau Surau dengan mengeluarkan resit-resit penerimaan yang diakui oleh Jawatankuasa.

(c) mengeluarkan wang kerana bayaran-bayaran yang telah dipersetujui oleh mesyuarat
Jawatankausa dengan disertakan baucar-baucar pembayaran yang sah.

(d) dibenarkan menyimpan dalam tangan akan wang tunai yang telah ditetapkan oleh
Mesyuarat Jawatankuasa sebanyak mana dan dengan persetujuan Kadi Daerah.

(e) menyimpan semua wang kepunyaan Masjid atau Surau di dalam mana-mana bank atau Bank
Islam dengan persetujuan Kadi Daerah.

Tanggungjawab dan tugas-tugas Jawatankuasa.

Jawatankuasa Masjid atau Surau hendaklah menjalankan tugas-tugas yang berikut:

(a) menjaga perjalanan dan aturan-aturan bagi Masjid atau Surau dan semua tanah perkuburan
dan tanah wakaf orang-orang Islam di dalam kampung atau kawasannya.

(b) hendaklah mentadbirkan dan mengambil tahu kedudukan semua tanah wakaf dan
perkuburan di kampung atau kawasannya dan senantiasa menjaga kebersihan, keselamatan.
Jawatankuasa juga bertanggungjawab bagi mengawasi, memungut segala hasil wakaf bagi
diamanahkan kepada Kadi Daerah.

(c) hendaklah bertanggungjawab bagi memajukan tanah-tanah wakaf untuk mendapatkan


hasil setelah mendapat kelulusan Majlis.

(d) bertanggungjawab pada memberi nasihat kepada penduduk kampung atau kawasannya
dalam perkara yang bersabit dengan Hal Ehwal Agama Islam.

(e) hendaklah memberitahu Kadi Daerahnya dengan seberapa segera akan perkara-perkara
yang menyalahi mengikut kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978 bagi
tindakannya.

(f) bertanggungjawab bagi memberitahu Kadi Daerahnya dengan segera akan kekosongan
Pegawai-Pegawai Masjid atau Surau yang telah atau akan berlaku di dalam kampungnya
atau kawasannya dari semasa ke semasa dan hendaklah menghantar nama-nama calon
penggantinya dengan butiran lengkap.

(g) boleh mengutip, memungut atau menerima derma khairat, hadiah atau wakaf untuk
kebajikan Masjid atau Surau sesudah mendapat kebenaran bertulis dari Yang Dipertua,
Jabatan Agama Johor.

(h) bertanggungjawab pada melarang sebarang kerja-kerja pembinaan di atas tanah-tanah


wakaf dan perkuburan Islam tanpa ada kebenaran bertulis dari Yang Dipertua, Jabatan
Agama Johor. Kiranya seseorang itu tidak mematuhi arahan atau amaran Jawatankuasa
maka Jawatankuasa hendaklah memberitahu Kadi Daerahnya bagi dibawa ke Jabatan
Agama Johor untuk tindakan selanjutnya.

(i) hendaklah memberitahu Kadi Daerah akan apa-apa kelakuan yang tidak diingini atau
perkara yang menyalahi aturan atau arahan atau amaran Jabatan Agama Johor yang
dilakukan oleh salah seorang atau beberapa orang Ahli Jawatankuasa Masjid atau Surau
untuk tindakan selanjutnya.

(j) hendaklah menyampaikan maklumat dengan segera kepada Kadi Daerah berkenaan
dengan kejadian atau perbuatan melanggar atau bertentangan dengan kehendak Enakmen
Pentadbiran Agama Islam 1978.

(k) hendaklah melaksanakan mana-mana arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Majlis atau
Jabatan mengikut kuatkuasa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 1978 [Bil. 14].

(l) bertanggungjawab pada mengawal akan semua kegiatan keagamaan Islam, seperti
syarahanm ceramah, muzakarah, dakwah, dialog kelas-kelas, kursus, seminar, perhimpunan,
taklimat dan Majlis-majlis Sambutan hari-hari kebesaran Islam dari semasa ke semasa.

(m) bertanggungjawab pada menjalankan daya usaha untuk mengekal, memperbaiki dan
mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan masyarakat orang-orang Islam di dalam
Kampung atau kawasannya dan berusaha mencari jalan untuk meninggikan taraf hidup dan
ekonomi orang-orang Islam serta menambahkan amalan taqwa kepada Allah.

Pemeriksa Kira-kira.

(1) Dua orang bukan Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dalam mesyuarat tahunan atau agong sebagai
Pemeriksa Kira-kira bagi sesuatu tahun.

(2) Pemeriksa Kira-kira hendaklah memeriksa Buku Kira-kira Kewangan Jawatankuasa bagi tiap-tiap
empat bulan sekali dan memberi laporan lengkap atas pemeriksaan itu kepada Jawatan-kuasa.

You might also like