You are on page 1of 45

PERATURAN AKADEMIK

ASASI
(Edisi Pertama 2022)

Bahagian Hal Ehwal Akademik


PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

KANDUNGAN

Peraturan

1. Tanggungjawab Pelajar 1

BAB I

PERMULAAN

2. Takrifan 2
3. Kuasa Senat 6

BAB II

KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN

4. Syarat Kemasukan 7
5. Struktur Yuran 7
6. Tahun Akademik 8
7. Tempoh Pengajian 8
8. Pendaftaran Pelajar 9
9. Penangguhan Pengajian 10
10. Berhenti Belajar 13
11. Pertukaran Program Pengajian 13
12. Pendaftaran Semester dan Kursus 14
13. Pengulangan Kursus 15
14. Pembaikian Gred 16
15. Rayuan Meneruskan Semula Pengajian 16

i
BAB III

NILAI KREDIT DAN PENILAIAN

16. Nilai Kredit 18


17. Beban Kredit 18
18. Penilaian 19
19. Skema Penilaian 19

BAB IV

KEHADIRAN

20. Kehadiran 20
21. Pengecualian Kehadiran 20

BAB V

PEPERIKSAAN

22. Peperiksaan Akhir Semester 22


23. Peperiksaan Khas 22
24. Kebenaran Menduduki Peperiksaan 25
25. Penangguhan Peperiksaan Akhir 26
26. Salah Laku Peperiksaan 27
27. Tindakan 28
28. Penyelewengan Akademik 29
29. Hukuman Salah Laku Peperiksaan & Penyelewengan Akademik 29
30. Pembatalan Gred 30

ii
BAB VI

GRED DAN STATUS PELAJAR

31. Gred 31
32. Prosedur Penilaian 33
33. Status Pelajar 33
34. Taraf Kedudukan Gagal Berhenti (GB) 34
35. Membaiki Pencapaian Akademik 34

BAB VII

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN GRADUAT

36. Pengumuman Keputusan 36


37. Rayuan Semakan Semula Gred Kursus 36
38. Sijil Akademik 37
39. Kelas Program Asasi 38

iii
TANGGUNGJAWAB PELAJAR:

Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan Kolej


Universiti memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan, iaitu:

1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang digariskan dalam


Peraturan Akademik Asasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
(KIAS).

2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yang


digariskan dalam Peraturan Akademik Asasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) ini iaitu:

2.1 Menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub


dalam kurikulum program pengajian yang diikuti di Kolej Universiti.

2.2 Membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

2.3 Membuat pengesahan pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.

2.4 Membayar yuran Kolej Universiti mengikut masa dan jumlah yang
ditetapkan.

2.5 Menghadiri kuliah / tutorial dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lain
yang ditetapkan oleh Kolej Universiti.

3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada


pensyarah, Ketua Pusat / Ketua Program, pihak pengurusan Pusat / Bahagian /
Unit yang menguruskan hal ehwal pentadbiran akademik sekiranya berhadapan
dengan sebarang bentuk permasalahan.

4. Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhan


terhadap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

1
PERATURAN AKADEMIK
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA (KIAS)

BAB I

PERMULAAN

Peraturan ini dinamakan Peraturan Akademik Asasi Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) dan berkuatkuasa pada 28 April 2021 sebagaimana
diluluskan oleh Senat Kolej Universiti.

TAKRIFAN

Berhenti Belajar
Ialah pelajar yang memohon untuk berhenti belajar atau diberhentikan oleh Kolej
Universiti.

Berhenti Tanpa Rekod


Ialah berhenti atau tidak hadir kuliah dan/atau tutorial dua minggu berturut-turut tanpa
kebenaran rasmi, atau tidak mendaftar kursus selepas tamat tempoh “Tangguh Tanpa
Rekod”.

Dekan
Ialah Dekan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Gagal Berhenti (GB)


Ialah pelajar yang mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan atau telah mencapai
tempoh maksimum pengajian yang dibenarkan.

HPNG
Ialah Himpunan Purata Nilai Gred yang diberikan kepada pelajar berdasarkan jumlah
mata kredit yang diperolehi dan jumlah jam kredit yang diambil.

Jawatankuasa Tatatertib
Ialah jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa orang ahli yang dilantik oleh Rektor
bagi mendengar dan memutuskan kes tatatertib berkaitan akademik dan disiplin pelajar.
2
JPT
Ialah Jabatan Pendidikan Tinggi.

MQA
Ialah Malaysian Qualifications Agency / Agensi Kelayakan Malaysia.

Kaunselor
Ialah Kaunselor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Keluarga Terdekat
Ialah keluarga terdekat pelajar sama ada ibubapa, penjaga atau suami / isteri / anak /
adik beradik bagi pelajar tersebut.

Ketua Jabatan / Ketua Pusat


Ialah Ketua Jabatan atau Ketua Pusat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail
Petra (KIAS).

Ketua Pengawas / Pengawas Peperiksaan / Standby Invigilator / Pemantau /


Pegawai Peperiksaan
Ialah Ketua Pengawas, Pengawas Peperiksaan, Standby Invigilator, Pemantau,
Pegawai Peperiksaan yang dilantik oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan
Ismail Petra (KIAS).

Ketua Program / Koordinator Program


Ialah Ketua Program atau Koordinator Program bagi sesuatu program pengajian di Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

KPT
Ialah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kolej Universiti
Ialah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Kursus
Ialah sesuatu mata pelajaran atau subjek yang ditawarkan dalam satu-satu semester
dengan jumlah beban jam kredit dan kod tertentu.

3
Pelajar
Ialah seseorang yang mendaftar untuk belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra (KIAS) pada mana-mana peringkat pengajian.

Pelajar Aktif
Ialah status yang diberikan kepada pelajar yang telah melakukan pendaftaran kursus
dan mengikuti pengajian.

Pendaftar
Ialah Pendaftar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

PNG
Ialah Purata Nilai Gred yang diperolehi oleh pelajar bagi sesuatu semester.

Program Pengajian
Ialah merujuk kepada satu sistem pengajian yang ditawarkan di Kolej Universiti sama
ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Rektor
Ialah Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Semester Panjang
Ialah semester yang mengandungi empat belas (14) minggu pengajian, satu (1) minggu
ulangkaji dan dua (2) minggu peperiksaan.

Semester Pengajian
Ialah tempoh pengajian yang berkala di dalam sesuatu sesi dan terdiri daripada
semester panjang dan semester pendek berdasarkan Takwim Akademik Kolej
Universiti.

Semester Panjang
Ialah semester yang mengandungi empat belas (14) minggu pengajian, satu (1) minggu
ulangkaji, dua (2) minggu peperiksaan.

Semester Pendek
Ialah semester yang mengandungi tujuh (7) minggu pengajian, satu (1) minggu ulangkaji
dan satu (1) minggu peperiksaan.

4
Senat
Ialah badan berkuasa akademik bagi Kolej Universiti yang mengawal dan
bertanggungjawab ke atas arahan am mengenai pengajaran, penyelidikan dan
peperiksaan, penetapan serta pengurniaan Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan
anugerah kecemerlangan akademik yang lain.

Tangguh Tanpa Rekod


Ialah tidak mendaftar kursus pada tarikh yang ditetapkan oleh Kolej Universiti tanpa
kebenaran rasmi.

Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan)


Ialah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

5
KUASA SENAT

1. Sebarang pindaan terhadap peraturan ini adalah tertakluk kepada kelulusan


Senat.

2. Senat boleh membuat perubahan atau penambahbaikan kepada peraturan ini dari
semasa ke semasa.

3. Senat boleh mengubah atau mengecualikan apa-apa syarat yang terkandung di


dalam peraturan ini.

4. Peraturan ini perlu dibaca bersama Buku Peraturan Sahsiah Pelajar, Peraturan
Peperiksaan atau mana-mana pekeliling / peraturan / arahan Kolej Universiti yang
dikuatkuasakan dari semasa ke semasa.

5. Jika wujud percanggahan dalam mana-mana perkara dalam Peraturan ini,


keputusan Senat adalah muktamad.

6. Keputusan Senat adalah tertakluk kepada mana-mana pekeliling / peraturan /


arahan yang dikuatkuasakan oleh MQA atau JPT dari semasa ke semasa.

7. Tatacara pelaksanaan Peraturan Akademik ini adalah tertakluk kepada arahan


yang dikeluarkan oleh Kolej Universiti dari semasa ke semasa.

8. Apa-apa kelulusan dan tindakan Senat di bawah Peraturan yang dimansuhkan


hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dibuat di bawah peraturan
ini dan terus berkuatkuasa dan mempunyai kesan.

6
BAB II

KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN

1. Syarat Kemasukan

Permohonan bagi program Asasi adalah tertakluk kepada syarat-syarat


berikut:

1.1 Lulus SPM/ SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian


dalam 5 mata pelajaran; atau

1.2 Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam 3


mata pelajaran; atau

1.3 Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam 5


mata pelajaran; atau

1.4 Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara.

2. Struktur Yuran

2.1 Pelajar yang berdaftar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang


ditetapkan pada tarikh yang diputuskan oleh Kolej Universiti.

2.2 Kadar yuran adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh Kolej Universiti
dan pihak Kolej Universiti boleh dari semasa ke semasa menyemak
semula kadar yuran yang dikenakan.

2.3 Pelajar yang gagal menjelaskan bayaran yuran atau lain-lain bayaran
dalam tempoh yang ditetapkan tidak akan dibenarkan membuat apa-
apa urusan akademik.

7
3. Tahun Akademik

3.1 Kolej Universiti mengamalkan sistem semester. Sesi pengajian


akademik mengandungi dua (2) semester panjang dan satu (1)
semester pendek.

SESI AKADEMIK
SEMESTER I
Kuliah & Tutorial 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Kuliah & Tutorial 7 minggu
Minggu Ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 minggu

SEMESTER II
Kuliah & Tutorial 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 1 minggu
Kuliah & Tutorial 7 minggu
Minggu Ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 minggu

SEMESTER III (Semester Pendek)


Kuliah & Tutorial 7 minggu
Minggu Ulangkaji 1 minggu
Peperiksaan 1 minggu

3.3 Perubahan dan pelaksanaan Takwim Akademik dalam satu-satu sesi


boleh dilakukan dan tertakluk dengan kelulusan Senat Kolej Universiti.

4. Tempoh Pengajian

Tempoh menyempurnakan sesuatu program adalah tertakluk kepada tempoh


pengajian yang dinyatakan dalam surat kelulusan KPT.

8
4.1 Bilangan minggu pengajian adalah bermula minggu pertama pengajian.
Pendaftaran yang lewat turut mengambil kira minggu pengajian
tersebut.

4.2 Tempoh maksimum pengajian ialah dua (2) semester melebihi tempoh
pengajian yang diluluskan.

4.3 Bagi pelajar yang telah mencapai tempoh maksimum pengajian tetapi
belum layak untuk menamatkan pengajian tanpa alasan yang
munasabah akan diberhentikan pengajian oleh Kolej Universiti di bawah
Peraturan Perkara 31.

5. Pendaftaran Pelajar

5.1 Seseorang yang mendapat tawaran hendaklah mendaftar sebagai


pelajar Kolej Universiti pada tarikh yang ditetapkan.

5.2 Senat boleh pada bila-bila masa membatalkan tawaran kemasukan


pelajar atau membatalkan status pelajar sekiranya terbukti pemohon
atau pelajar mengemukakan sebarang dokumen atau maklumat palsu,
penyakit kronik, mental (psikosis) atau sebarang kesalahan jenayah.

5.3 Seseorang pelajar tidak dibenarkan mendaftar serentak lebih daripada


satu program pengajian dalam sesuatu jangka masa, sama ada di Kolej
Universiti atau di institusi lain.

5.4 Mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan 5.3 di atas boleh
ditamatkan dari program pengajiannya tanpa pembayaran balik yuran
dan bayaran lain yang telah dibayar.

5.5 Pelajar yang lewat mengaktifkan status sebagai pelajar Kolej Universiti
selepas minggu ketiga (3) pengajian tanpa mengemukakan alasan yang
munasabah akan dikenakan bayaran pengekalan status.

5.6 Pelajar yang telah tamat tempoh maksimum pengajian tidak dibenarkan
mendaftar kursus.

9
5.7 Pelajar hendaklah bertanggungjawab dari semasa ke semasa untuk
mengemaskini maklumat peribadinya dalam Portal Pelajar dan
hendaklah memaklumkan kepada Kolej Universiti sebarang perubahan
maklumat peribadi.

5.8 Kad Pelajar dan nombor matrik akan dikeluarkan kepada setiap pelajar
berdaftar. Penggantian kad baharu akan dikenakan bayaran RM100.00.

6. Penangguhan Pengajian

6.1 Permohonan penangguhan untuk sesuatu semester hendaklah dibuat


selewat-lewatnya pada minggu ketujuh (7) semester berkenaan kecuali
atas sebab-sebab kesihatan.

6.2 Tempoh penangguhan pengajian tidak boleh melebihi dua (2) semester
berturut-turut kecuali atas sebab-sebab kesihatan. Pelajar yang
menangguhkan pengajian hendaklah membuat pendaftaran semula
pada sesi yang ditetapkan.

6.3 Permohonan perlu dibuat pada setiap semester bagi penangguhan


pengajian melebihi satu (1) semester.

6.4 Penangguhan pengajian pelajar boleh dipertimbangkan dalam keadaan


berikut:

6.4.1 Sebab-sebab Kesihatan

(a) Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang


disahkan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar atau
masalah-masalah lain yang boleh diterima oleh Kolej
Universiti, boleh memohon menangguh pengajian
kepada Dekan secara bertulis. Semester yang ditangguh
tidak akan diambil kira dalam jumlah pengiraan semester.

(b) Kelulusan penangguhan pengajian adalah berdasarkan


semester ke semester dan tidak melebihi dua (2)
semester berturut-turut.
10
(c) Selepas kelulusan penangguhan diberikan, semua
kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan
akan terbatal.

(d) Pendaftar dengan perakuan Dekan boleh membenarkan


pelajar yang sakit bagi tempoh yang lama untuk
menangguhkan pengajiannya tertakluk kepada
pengesahan Pegawai Perubatan, dan dikehendaki
mendaftar semula selepas disahkan sembuh.

(e) Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi


dua (2) semester berturut-turut, permohonan beliau
hendaklah dirujuk kepada Senat oleh Dekan yang
berkenaan. Senat akan membuat keputusan
berdasarkan kepada syor Pegawai Perubatan Berdaftar.

(f) Tertakluk kepada kelulusan Rektor, Dekan boleh


membenarkan penangguhan pengajian atas sebab-
sebab kesihatan walaupun semasa permohonan dibuat,
ianya tidak dapat diperakukan oleh mana-mana pegawai
perubatan.

6.4.2 Sebab-sebab Lain

(a) Pelajar boleh memohon menangguhkan pengajian selain


daripada Peraturan 6.4.1. Walau bagaimana pun
semester yang ditangguh akan diambil kira dalam jumlah
pengiraan semester.

(b) Permohonan penangguhan pengajian hendaklah dibuat


melalui Dekan masing-masing dan diluluskan oleh
Pendaftar dalam tempoh tujuh (7) minggu dari tarikh
pendaftaran. Mana-mana pelajar yang menangguhkan
pengajian tanpa prosedur tersebut akan dikenakan
bayaran sebanyak RM300.00 untuk diaktifkan semula
rekodnya.

11
(c) Permohonan penangguhan perlu dibuat sebelum
semester berkenaan bermula kecuali bagi kes kesihatan
dan kecemasan. Yuran yang akan dikenakan tertakluk
kepada kadar caj berikut:

Tempoh Permohonan Kadar Caj


(Minggu)
1–2 0%
3–7 50%
8 – 14 100%

(d) Bayaran yang dikenakan adalah bayaran tambahan yang


tidak termasuk bayaran yuran pengajian biasa yang
ditetapkan oleh Kolej Universiti.

(e) Sekiranya pelajar memerlukan penangguhan melebihi


dua (2) semester berturut-turut, permohonan beliau
hendaklah dirujuk kepada Senat oleh Dekan yang
berkenaan untuk pertimbangan.

(f) Selepas kelulusan penangguhan diberikan, semua


kursus yang telah didaftar pada semester berkenaan
akan terbatal.

(g) Pelajar yang menangguhkan pengajian tanpa kebenaran


atau pelajar tersebut digantung pengajiannya atas sebab-
sebab disiplin / tindakan tatatertib atau ditangguhkan
pengajian oleh Kolej Universiti, tempoh penangguhan
tersebut akan diambil kira sebagai tempoh semester yang
telah digunakan.

(h) Pelajar tidak berhak mendapat atau menggunakan


kemudahan Kolej Universiti setelah mendapat kelulusan
penangguhan pengajian.

12
7. Berhenti Belajar

7.1 Permohonan berhenti belajar hendaklah dikemukakan kepada Dekan,


pelajar dinasihatkan mendapat pandangan daripada kaunselor sebelum
membuat permohonan.

7.2 Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan pengajiannya sehingga


permohonan diluluskan oleh Kolej Universiti.

7.3 Pelajar yang berhenti tanpa kelulusan rasmi, atau tidak hadir dua
semester berturut-turut tanpa kebenaran Kolej Universiti, atau tidak
mendaftar kursus selepas dua minggu tamat tempoh penangguhan
yang diluluskan adalah dianggap Berhenti Tanpa Rekod.

7.4 Yuran pengajian yang telah dibayar, akan dikembalikan tertakluk


kepada perkara berikut:

Tempoh Permohonan
Pemulangan Yuran
(Minggu)
Sehingga akhir minggu kedua 100%
Sehingga akhir minggu ketujuh 50%
Bermula minggu kelapan 0%

8. Pertukaran Program Pengajian

8.1 Permohonan pertukaran program dibenarkan mengikut kelayakan


pelajar.

8.1.1 Permohonan pertukaran program melibatkan program yang


berbeza hanya dibenarkan kepada pelajar semester pertama
sahaja.

8.1.3 Permohonan pertukaran program atas arahan Kolej Universiti


akan dikendalikan oleh Ketua Pusat Asasi.

13
8.2 Permohonan pertukaran program pengajian hendaklah dibuat kepada
Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) melalui
Dekan. Surat tawaran baharu akan dikeluarkan oleh Pendaftar.

8.3 Permohonan pertukaran program pengajian boleh dibuat selewat-


lewatnya pada minggu kedua semester pertama.

8.6 Permohonan pertukaran program pengajian adalah sekali sahaja.

8.7 Bayaran proses akan dikenakan sebanyak RM100.00.

9. Pendaftaran Semester dan Kursus

9.1 Pelajar lama dikehendaki mendaftar semester dan kursus yang diambil
pada tiap-tiap semester sebelum bermula minggu pengajian
sebagaimana tarikh yang ditetapkan oleh Kolej Universiti.

9.2 Pelajar yang gagal mendaftar bagi tempoh dua (2) semester berturut–
turut akan diberhentikan oleh Kolej Universiti.

9.3 Pendaftaran lewat selepas minggu pendaftaran kecuali atas sebab-


sebab yang boleh diterima oleh Kolej Universiti akan dikenakan denda
sebanyak RM100.00.

9.4 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus selepas minggu ke-2


pengajian kecuali bagi kes-kes tertentu yang boleh dipertimbangkan
dan dikenakan denda RM 30.00 bagi setiap kursus yang didaftarkan.

9.5 Pelajar hanya dibenarkan mendaftar kursus yang ditawarkan oleh Kolej
Universiti sahaja mengikut semester yang berkenaan.

9.6 Pelajar juga wajib mengikuti kursus-kursus yang tidak diberi nilai kredit
oleh Kolej Universiti.

9.7 Pelajar yang tidak mendaftar atau gagal mendaftar dengan sempurna
tidak akan dibenarkan mengikuti sebarang aktiviti rasmi pembelajaran

14
bagi kursus tersebut dan tidak akan dibenarkan untuk menduduki
peperiksaan akhir semester.

9.8 Pelajar boleh memohon untuk menambah atau menggugur kursus-


kursus yang telah didaftarkan dalam tempoh gugur tambah.

9.9 Pelajar dibenarkan mendaftar kursus selewat-lewatnya minggu ke-2


pengajian.

9.10 Bermula minggu ke-3 sehingga minggu ke-7 pengajian, sebarang


permohonan pengguguran kursus akan dikenakan denda sebanyak
RM 150.00 bagi setiap kursus.

9.11 Permohonan pendaftaran dan pengguguran kursus akan


dipertimbangkan atas nasihat mentor dengan sokongan Ketua Jabatan
dan kelulusan Dekan.

9.12 Pendaftaran kursus bagi program mobiliti masuk dan keluar di peringkat
tempatan dan antarabangsa adalah mengikut dasar dan peraturan
semasa program mobiliti pelajar Kolej Universiti.

10. Pengulangan Kursus

10.1 Pelajar yang mendapat status gagal bagi setiap kursus dalam
peperiksaan bagi mana-mana kursus diwajibkan mengulang semula
kursus tersebut.

10.2 Permohonan mengulang hendaklah disertakan dengan pendaftaran


kursus semester semasa atau dalam sesi gugur tambah.

10.3 Penilaian markah bagi kursus ulangan adalah berdasarkan markah


kerja kursus dan lain-lain, serta markah peperiksaan akhir semester.

10.4 Pelajar dibenarkan mengulang kursus sehingga lulus dalam tempoh


pengajian.

10.5 Bayaran mengikut jam kredit akan dikenakan.


15
11. Pembaikian Gred

11.1 Pelajar yang mendapat gred C dibenarkan mengulang kursus bagi


tujuan memperbaiki gred tertakluk kepada peraturan pengajian program
berkenaan. Pembaikian gred hanya dibenarkan sekali sahaja untuk
setiap kursus.

11.2 Permohonan baiki gred hendaklah disertakan dengan pendaftaran


kursus semester semasa atau dalam sesi gugur tambah.

11.3 Penilaian markah bagi baiki gred adalah berdasarkan markah kerja
kursus dan lain-lain, serta markah peperiksaan akhir semester. Gred
yang terbaik akan diambil sebagai gred terakhir pelajar.

11.4 Bayaran mengikut jam kredit akan dikenakan.

12. Rayuan Meneruskan Semula Pengajian

12.1 Pelajar yang Gagal Berhenti (GB) atau Berhenti Tanpa Rekod, boleh
mengemukakan rayuan bagi meneruskan semula pengajian.

12.2 Tatacara rayuan adalah seperti berikut:

12.2.1 Rayuan GB hendaklah dikemukakan secara bertulis oleh


pelajar kepada Dekan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja
selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

12.2.2 Rayuan Berhenti Tanpa Rekod hendaklah dikemukakan


secara bertulis oleh pelajar kepada Dekan dalam masa
sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh surat dikeluarkan.

12.2.3 Bayaran dikenakan sebanyak RM 300.00 dan tidak akan


dikembalikan.

12.2.4 Rayuan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan


dipertimbangkan.

16
12.2.5 Rayuan meneruskan semula pengajian hanya dibenarkan
SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian.

12.2.6 Pelajar yang telah diluluskan rayuan untuk meneruskan


semula pengajian, jika HPNG bagi keputusan peperiksaan
semester berikutnya masih di bawah 2.00, maka keputusan
HPNG peperiksaan pelajar tersebut adalah dikekalkan kepada
Gagal Berhenti (GB).

17
BAB III

NILAI KREDIT DAN PENILAIAN

13. Nilai Kredit

13.1 Setiap kursus mempunyai nilai kredit yang diambil kira untuk pengiraan
PNG kecuali diputuskan sebaliknya oleh Kolej Universiti.

13.2 Setiap satu (1) jam kredit adalah bersamaan dengan satu (1) jam
pertemuan seminggu dalam tempoh empat belas (14) minggu
pengajian, kecuali bagi kursus-kursus tertentu yang diputuskan oleh
Senat dan tertakluk kepada Pekeliling Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA).

14. Beban Kredit

14.1 Semua pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya 12 jam


kredit minimum dan tidak lebih daripada 20 jam kredit maksimum dalam
satu-satu semester kecuali pelajar semester akhir dengan tidak
termasuk kredit yang tidak diambil kira pengiraan HPNG (tertakluk
kepada Standard Program).

14.2 Had kredit minimum adalah tidak tertakluk kepada pelajar yang
mendaftar kursus Latihan Industri/ Projek Akhir dan pelajar pada
semester akhir pengajian, manakala melebihi had kredit maksimum
adalah dengan kebenaran Dekan.

14.3 Pelajar yang mendapat status Lulus Beramaran atau Gagal tidak
dibenarkan mengambil lebih daripada 12 jam kredit dalam semester
berikutnya, dan jika pelajar telah mendaftar, pelajar tersebut
dikehendaki membuat pendaftaran semula dalam tempoh gugur
tambah yang ditetapkan.

18
15. Penilaian

15.1 Bagi melayakkan untuk lulus, semua pelajar mesti melakukan kerja-
kerja kursus dan ujian berkala sepanjang semester serta mesti
memasuki peperiksaan akhir setiap semester dengan mendapat
sekurang-kurang 10% dari markah yang diperuntukkan untuk
peperiksaan tersebut.

15.2 Semua pelajar akan dinilai dan dikehendaki lulus dalam kursus yang
disyaratkan dalam program pengajiannya pada peperiksaan akhir
setiap semester.

15.3 Penilaian berterusan seperti ujian berkala, kerja kursus, latihan dalam
kelas dan seumpamanya yang disyaratkan hendaklah diadakan dalam
tempoh semester berkenaan.

16. Skema Penilaian

16.1 Penilaian prestasi pelajar bagi setiap kursus akan ditentukan melalui
kaedah berikut:

16.1.1 Kerja Kursus yang terdiri daripada tugasan seperti esei, projek,
kerja amali, kuiz, tasmi’ dan sebagainya.

16.1.2 Ujian Berkala, Ujian Lisan dan Ujian Pertengahan Semester.

16.1.3 Peperiksaan Akhir Semester.

16.1.4 Portfolio.

16.2 Taraf lulus atau gagal bagi setiap kursus akan ditentukan pada akhir
tiap-tiap semester pengajian

19
BAB IV

KEHADIRAN

17. Kehadiran

17.1 Pelajar diwajibkan menghadiri perkuliahan dan memenuhi segala


keperluan yang telah ditetapkan bagi setiap kursus.

17.2 Pensyarah akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pelajar yang
gagal hadir 20% dari jumlah jam pertemuan bagi sesuatu kursus kepada
Dekan. Pelajar wajib menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tujuh
(7) hari dari tarikh surat diterima serta mengemukakan alasan dan bukti
ketidakhadiran.

17.3 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jam pertemuan
tanpa sebab yang boleh diterima atau tanpa terlebih dahulu mendapat
kebenaran pensyarah berkenaan, akan diberi status TH yang
bermaksud ditahan dari menghadiri peperiksaan akhir dan mendapat
keputusan gagal untuk kursus tersebut.

18. Pengecualian Kehadiran

18.1 Seseorang pelajar adalah dibenarkan mendapat pengecualian dari


menghadiri kuliah, tutorial, latihan amali atau latihan industri
disebabkan;

18.1.1 Sakit atau masalah kesihatan dengan syarat pelajar


mengemukakan Sijil Sakit atau laporan kesihatan yang
dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan yang berdaftar kepada
pensyarah yang berkenaan dalam tempoh empat puluh lapan
(48) jam setelah berakhirnya tarikh cuti sakit yang diberikan;
atau

20
18.1.2 Kematian atau sakit keluarga terdekat; atau sebab-sebab lain
yang munasabah dengan syarat pelajar memohon cuti kepada
Dekan; atau

18.1.3 Terlibat dengan aktiviti anjuran negara, negeri, Kolej Universiti


atau mana-mana persatuan / kelab yang berdaftar di Kolej
Universiti, dengan syarat pelajar mendapat kebenaran
daripada Dekan dalam tempoh tiga (3) hari sebelum tarikh
pengecualian tersebut dipohon; atau

18.1.4 Sebab-sebab lain yang melibatkan kepentingan Kolej


Universiti.

21
BAB V

PEPERIKSAAN

19. Peperiksaan Akhir Semester

19.1 Peperiksaan Akhir Semester hendaklah dijalankan mengikut peraturan


akademik yang ditetapkan oleh Kolej Universiti.

19.2 Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan bagi semua kursus yang


telah didaftarkan kecuali kursus yang tidak memerlukan peperiksaan
akhir.

19.3 Pelajar perlu menyemak dan mencetak Slip Kebenaran Menduduki


Peperiksaan di Portal Pelajar.

19.4 Pelajar perlu melakukan pengesahan pendaftaran kursus, penilaian


prestasi pensyarah dan menjelaskan semua yuran/ denda yang
tertunggak pada semester tersebut sebelum dibenarkan mencetak Slip
Kebenaran Menduduki Peperiksaan.

19.5 Pelajar layak menduduki peperiksaan akhir sekiranya:

19.5.1 Tidak ditahan daripada menduduki peperiksaan.

19.5.2 Tidak digantung pengajian.

19.5.3 Membawa kad matrik dan Slip Kebenaran Menduduki


Peperiksaan.

20. Peperiksaan Khas

20.1 Peperiksaan Ulangan Khas Graduat

20.1.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kes-kes berikut:

22
(a) Pelajar semester akhir yang telah mendapat status lulus
(HPNG 2.00 ke atas) tetapi gagal dalam satu atau dua
kursus daripada dua semester terakhir atau;

(b) Tertakluk kepada Peraturan 31, pelajar semester akhir


yang telah memenuhi keperluan jam kredit untuk
bergraduat tetapi HPNG kurang daripada 2.00.

20.1.2 Markah yang diperolehi dalam Peperiksaan Khas hendaklah


dicampurkan dengan markah kerja kursus dalam menentukan
gred yang dicapai bagi kursus tersebut dan diambilkira untuk
pengiraan HPNG/PNG.

20.1.3 Peperiksaan Khas hanya boleh diambil sekali sahaja dan


permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh sepuluh (10) hari
selepas keputusan peperiksaan diumumkan

20.1.4 Permohonan hendaklah dibuat melalui Portal Pelajar.


Peperiksaan Khas akan dijalankan dalam tempoh tiga (3)
minggu selepas tarikh tutup permohonan.

20.1.5 Pelajar yang layak menduduki Peperiksaan Ulangan Khas


Graduat dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM300.00
bagi setiap kursus sebelum dibenarkan menduduki
peperiksaan.

20.1.6 Pelajar yang telah dijatuhi hukuman salah laku/ tatatertib tidak
layak untuk memohon Peperiksaan Khas

20.2 Peperiksaan Gantian

20.2.1 Peperiksaan Gantian akan diadakan kepada pelajar yang


berstatus Tidak Sempurna (TS) tertakluk kepada kes-kes
berikut:

(a) Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan dan telah


mendapat pengesahan daripada Pengamal Perubatan

23
Berdaftar bahawa pelajar tersebut tidak berupaya dari
segi mental dan fizikalnya; atau

(b) Pelajar yang menghadapi masalah kematian ibu atau


bapa atau ahli keluarga terdekat; atau

(c) Menjalankan apa-apa aktiviti yang diarahkan oleh pihak


Kolej Universiti; atau

(d) Sebab-sebab lain yang diperakukan oleh Timbalan


Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan).

20.3 Peperiksaan Semula

20.3.1 Kolej Universiti berhak mengadakan peperiksaan semula pada


bila-bila masa sekiranya perlu dalam keadaan berikut:

(a) Berlaku kebocoran soalan peperiksaan akhir; atau

(b) Calon tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana


bencana alam; atau

(c) Arahan Rektor

20.4 Keperluan Khusus Pelajar Istimewa

20.4.1 Pelajar Istimewa adalah pelajar kategori berikut dengan bukti


dokumen sokongan yang sah:

(a) Orang Kelainan Upaya (rabun atau kecacatan melibatkan


anggota menulis).

(b) Kecederaan anggota badan.

(c) Dijangkiti penyakit berjangkit

24
20.4.2 Pelajar akan dibekalkan dengan alat bantuan dan diselia oleh
Pembantu Pengawas (kakitangan bukan akademik) yang
dijalankan di bilik khas bagi membolehkan pelajar menduduki
peperiksaan akhir.

20.4.3 Tambahan masa peperiksaan rasmi boleh dibenarkan.


Permohonan kes di atas perlu mendapat kelulusan Timbalan
Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan).

21. Kebenaran Menduduki Peperiksaan

21.1 Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan boleh dicetak melalui Portal


Pelajar.

21.2 Pelajar yang tidak memiliki Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan


bercetak tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada semester
tersebut.

21.3 Slip Kebenaran Menduduki Peperiksaan tidak akan dapat dicetak


sekiranya:

21.3.1 Tidak mendaftar kursus.

21.3.2 Tidak mendaftar kursus dengan sempurna.

21.3.3 Tidak membuat Pengesahan Pendaftaran Kursus.

21.3.4 Tidak mengisi Penilaian Pensyarah.

21.3.5 Tidak menjelaskan semua yuran pengajian dan bayaran-


bayaran lain yang ditetapkan oleh Kolej Universiti.

21.4 Pelajar yang tidak menyempurnakan sekurang-kurangnya 80%


kehadiran pengkuliahan bagi satu-satu kursus yang didaftarkan akan
ditahan daripada menduduki peperiksaan akhir. Kursus tersebut akan
diberikan status DITAHAN pada Slip Kebenaran Menduduki
Peperiksaan.
25
21.5 Pelajar yang didapati bersalah dan digantung pengajian oleh
Jawatankuasa Tatatertib adalah tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan sekiranya tarikh penggantungannya jatuh pada tarikh
peperiksaan.

21.6 Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan akan dianggap Gagal dan
diberi gred F bagi kursus tersebut.

22. Penangguhan Peperiksaan Akhir

22.1 Pelajar yang mengalami masalah kesihatan, ditimpa musibah atau


kematian ibu bapa serta waris terdekat semasa peperiksaan akhir
semester dijalankan hendaklah memaklumkan kepada Unit
Peperiksaan untuk menangguhkan peperiksaan. Makluman tersebut
hendaklah dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas
peperiksaan diadakan.

22.2 Permohonan penangguhan hendaklah dibuat secara bertulis kepada


Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan) melalui Dekan
dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peperiksaan bagi kursus
tersebut berakhir dan mestilah dikemukakan bersama dengan:

22.2.1 Sijil Cuti Sakit / surat perakuan atau laporan yang dikeluarkan
oleh Pegawai Perubatan Berdaftar sekiranya atas sebab
perubatan; atau

22.2.2 Selain daripada kes di atas satu perakuan daripada pegawai


polis atau pegawai daerah berdekatan perlu dikemukakan jika
tidak dapat menghadiri sebahagian atau keseluruhan
peperiksaannya; atau

22.2.3 Salinan Sijil Kematian waris terdekat (ibu bapa / adik beradik/
pasangan / anak) yang telah disahkan.

22.3 Permohonan pelajar yang diluluskan akan mendapat status Tidak


Sempurna (TS).

26
22.4 Pelajar yang mendapat kebenaran menangguhkan peperiksaan akan
dibenarkan mengambil semula peperiksaan tersebut pada semester
berikutnya di mana kursus tersebut ditawarkan.

22.5 Pelajar yang tidak mendapat kebenaran menangguhkan peperiksaan


bagi kursus yang tidak dapat diduduki, akan diberikan gred F dan
dikehendaki mengulang semula kursus tersebut pada semester
ditawarkan.

22.6 Permohonan atas sebab-sebab lain boleh dipertimbangkan atas


pengesyoran Unit Peperiksaan dengan kelulusan Timbalan Rektor
(Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan).

23. Salahlaku Peperiksaan

23.1 Pelajar dianggap melakukan salah laku peperiksaan jika melakukan


satu atau lebih dari perkara-perkara berikut:

23.1.1 Tidak mematuhi arahan peperiksaan oleh Ketua Pengawas


atau Pengawas Peperiksaan atau Pegawai Peperiksaan; atau

23.1.2 Meminjam atau memberi pinjam alat atau apa-apa bahan


daripada atau kepada calon lain; atau

23.1.3 Menyeludup keluar atau masuk kertas jawapan daripada


dewan peperiksaan; atau

23.1.4 Datang lewat selepas tiga puluh (30) minit pertama, keluar
dalam tempoh tiga puluh (30) minit pertama atau keluar tanpa
kebenaran dalam tempoh lima belas (15) minit terakhir; atau

23.1.5 Tidak membawa Kad Pelajar dan Slip Kebenaran Menduduki


Peperiksaan; atau

23.1.6 Tidak mematuhi peraturan berpakaian seperti yang ditetapkan


di dalam Buku Peraturan Sahsiah Pelajar; atau

27
23.1.7 Berbincang, membuat bising atau melakukan sesuatu yang
mengganggu dan/atau menyebabkan gangguan kepada
calon-calon lain; atau

23.1.8 Menghantar maklumat atau jawapan kepada calon lain dengan


apa cara sekalipun termasuk dengan menggunakan bahasa
isyarat; atau

23.1.9 Membawa sebarang nota yang ada hubungannya dengan


peperiksaan yang sedang berjalan dalam apa jua bentuk ke
dalam dewan peperiksaan; atau

23.1.10 Membawa masuk sebarang bahan atau peralatan yang tidak


dibenarkan ke dewan peperiksaan seperti gajet, jam pintar,
telefon bimbit, radio / mp3 dan sebagainya; atau

23.1.11 Meniru, memberi peluang calon-calon lain meniru atau


melakukan cubaan untuk meniru.

23.1.12 Meminda atau mengubahsuai Slip Kebenaran Menduduki


Peperiksaan; atau

23.1.13 Membuat catatan di atas kertas soalan semasa peperiksaan


berjalan.

24. Tindakan

24.1 Ketua Pengawas atau Pengawas atau Pegawai Peperiksaan diberi


kuasa untuk memberi amaran lisan kepada mana-mana calon yang
melakukan mana-mana kesalahan di bawah Peraturan 23.1.

24.2 Tiada seorang pelajar pun yang boleh diarah untuk berhenti dari
meneruskan peperiksaan jika didapati melakukan kesalahan dalam
Peraturan 23.1 ketika peperiksaan sedang berjalan. Walau
bagaimanapun Ketua Pengawas atau Pegawai Peperiksaan diberi
kuasa sepenuhnya untuk merampas apa-apa jua bahan bukti yang
terdapat pada pelajar berkenaan.
28
24.3 Dalam menentukan tindakan bagi Peraturan 23.1 ini, Ketua Pengawas
hendaklah menyediakan laporan bertulis mengenai kesalahan yang
dilakukan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Tatatertib.

25. Penyelewengan Akademik

25.1 Pelajar tidak boleh melakukan sebarang penyelewengan akademik


berikut:

25.1.1 Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat


yang ada hubungan dengan soalan peperiksaan sebelum atau
semasa peperiksaan bagi kursus tersebut berjalan.

25.1.2 Mengambil, mengubah, menyembunyi, merosak atau


memusnahkan sebarang harta atau maklumat yang ada kaitan
dengan persediaan atau penyempurnaan tugas penyelidikan
atau peperiksaan.

25.1.3 Menciplak / memplagiat iaitu mengutip kalimat, idea atau


maklumat tanpa menyatakan sumbernya dengan jelas.

26. Hukuman Salah Laku Peperiksaan & Penyelewengan Akademik

26.1 Mana-mana pelajar yang didapati telah melakukan Salah Laku


Peperiksaan dan Penyelewengan Akademik sebagaimana Peraturan
23 dan Peraturan 25, jika sabit kesalahannya boleh dikenakan hukuman
seperti berikut:

26.1.1 Diberi amaran bertulis; dan/atau

26.1.2 Didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM 500.00); dan/atau

26.1.3 Digantung daripada pengajian dan ditarik balik kemudahan


sebagai seorang pelajar semasa dalam tempoh digantung;
dan/atau

29
26.1.4 Disingkir daripada mana-mana bahagian Kolej Universiti
selama tempoh yang ditentukan; dan/atau

26.1.5 Dibatalkan keputusan peperiksaan bagi kursus yang terlibat


pada semester tersebut dengan diberikan gred F; dan/atau

26.1.6 Dibatalkan keputusan peperiksaan bagi keseluruhan kursus


yang diambil pada semester tersebut dengan diberikan gred F;
dan/atau

26.1.7 Dipamerkan maklumat peribadi pelajar serta bentuk salah laku


dan hukuman untuk pengetahuan umum dalam kampus.

26.1.8 Diberhentikan daripada Kolej Universiti.

26.2 Pelajar yang melanggar Peraturan ini juga boleh dikenakan tindakan
tatatertib mengikut peruntukan Peraturan Kolej Universiti.

26.3 Pelajar yang dikenakan apa-apa hukuman boleh membuat rayuan


kepada Jawatankuasa Tatatertib dalam tempoh yang dinyatakan.

27. Pembatalan Gred

27.1 Jika seseorang pelajar didapati telah melanggar mana-mana Peraturan


Akademik semasa, sebelum atau selepas peperiksaan, Dekan boleh
mencadangkan kepada Senat supaya pelajar itu diberi gred F.

30
BAB VI

GRED DAN STATUS PELAJAR

28. Gred

28.1 Prestasi seseorang pelajar bagi setiap kursus dinilai berdasarkan gred
dan nilai gred yang diberikan kepada sesuatu kursus seperti berikut:

Nilai
Markah Gred Status Maksud Gred
Gred
Pelajar dianggap telah
85 – 100 A 4.00 Cemerlang memenuhi objektif
kursus dengan
pencapaian yang
80 – 84 A- 3.70 Cemerlang cemerlang.
Pelajar dianggap telah
75 – 79 B+ 3.50 Amat Baik memenuhi objektif
kursus dengan
65 – 74 B 3.30 Amat Baik pencapaian yang
amat baik.
Pelajar dianggap telah
55 – 64 C+ 2.50 Baik memenuhi objektif
kursus dengan
pencapaian yang
50 – 54 C 2.00 Baik baik.
Pelajar dianggap
gagal memenuhi
40 – 49 D 1.50 Gagal objektif kursus
dengan pencapaian
yang minima.
Pelajar dianggap
gagal memenuhi
objektif kursus atau
0 – 39 F 0.00 Gagal
tidak mencapai 10%
markah peperiksaan
akhir.

31
28.2 Kecuali diputuskan sebaliknya oleh Kolej Universiti, semua kursus akan
diambil kira untuk menentukan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan
Purata Nilai Gred (HPNG) bagi setiap semester termasuklah kursus-
kursus yang mendapat gred F.

28.3 Simbol-simbol abjad yang digunakan dalam Slip Keputusan


Peperiksaan pelajar untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalam
sesuatu kursus adalah seperti berikut:

TS

(Tidak Sempurna). Menunjukkan pelajar telah mendapat kebenaran


menangguhkan peperiksaan atas sebab-sebab yang tertentu mengikut
Peraturan 22.4 dan kredit bagi kursus tersebut tidak diambil kira dalam
perkiraan PNG.

TH

Menunjukkan pelajar telah ditahan dan tidak dapat menduduki


peperiksaan bagi kursus tersebut dan dianggap setaraf dengan gred F
(Gagal).

Menunjukkan pelajar tidak hadir / tidak menduduki peperiksaan bagi


kursus tersebut tanpa sebab dan dianggap setaraf dengan gred F
(Gagal).

PM

Pemindahan Kredit

TT

Tatatertib

32
29. Prosedur Penilaian

29.1 Prestasi akademik seseorang pelajar bagi sesuatu semester akan


ditunjukkan melalui pencapaiannya mengikut Purata Nilai Gred (PNG)
dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) yang dikira seperti berikut:

29.1.1 PNG = Jumlah Mata Kredit


(Nilai Gred X Jam Kredit)

Jumlah Jam Kredit Daftar

29.1.2 HPNG = Jumlah Mata Kredit


(Keseluruhan Semester)

Jumlah Jam Kredit Daftar


(Keseluruhan Semester)

30. Status Pelajar

30.1 Status pelajar bagi setiap semester akan ditentukan melalui


pencapaiannya dalam HPNG seperti berikut:

30.1.1 Status Lulus

Pelajar akan diberi status Lulus apabila mendapat HPNG 2.00


atau ke atas. Bagi memenuhi keperluan minimum untuk
prestasi akademik, pelajar perlu mengekalkan HPNG 2.00 dan
ke atas.

30.1.2 Status Lulus Beramaran

Pelajar akan diberi status Lulus Beramaran apabila mendapat


HPNG dari 1.00 - 1.99 dan diletakkan di bawah pemerhatian
Ketua Jabatan. Status ini akan terus berkuat kuasa
sehinggalah pelajar tersebut mencapai HPNG 2.00 ke atas

33
30.1.3 Status Gagal

Pelajar akan diberikan status Gagal apabila memperolehi


HPNG 0.99 atau ke bawah.

31. Taraf Kedudukan Gagal Berhenti (GB)

31.1 Pelajar yang berstatus Gagal Berhenti jika:

31.1.1 Mendapat status Gagal dua semester berturut-turut.

31.1.2 Mendapat status Gagal setelah berada dalam status Lulus


Beramaran pada semester sebelumnya.

31.1.3 Mendapat HPNG lebih rendah setelah berada dalam status


Lulus Beramaran.

31.1.4 Berada dalam status Lulus Beramaran berturut-turut sebanyak


tiga kali.

31.1.5 Tidak memenuhi semua keperluan jam kredit yang ditetapkan


dan tempoh maksimum pengajian telah tamat.

32. Membaiki Pencapaian Akademik

32.1 Tertakluk kepada Peraturan 20, pelajar semester akhir yang telah
memenuhi keperluan jam kredit bergraduat tetapi mendapat HPNG
kurang daripada 2.00 akan diberi peluang untuk membaiki pencapaian
akademik dengan syarat berikut:

32.1.1 Tempoh maksimum semester pengajian pelajar belum tamat.

32.1.2 Mengambil semula beberapa kursus yang telah diambil dalam


semester lepas dengan syarat tidak melebihi 12 jam kredit.

34
32.2 Pelajar yang masih gagal membaiki pencapaian akademik akan
dianggap tidak layak untuk bergraduat dan akan dikeluarkan perakuan
tamat belajar kecuali bagi pelajar yang berbaki satu (1) atau dua (2)
kursus mengikut budi bicara Kolej Universiti.

35
BAB VII

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN GRADUAT

33. Pengumuman Keputusan

33.1 Keputusan peperiksaan akan diumumkan tidak lewat dari tujuh (7) hari
selepas keputusan mesyuarat Senat.

33.2 Keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senat akan


dipaparkan dalam Portal Pelajar. Keputusan berkenaan hendaklah
dicetak oleh pelajar.

33.3 Kolej berhak menahan Keputusan Peperiksaan sekiranya pelajar gagal


mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh Kolej Universiti.

34. Rayuan Semakan Semula Gred Kursus

34.1 Semakan semula gred ialah semakan semula markah kursus yang
mempunyai peperiksaan akhir oleh pensyarah bagi memastikan
bahawa tidak terdapat kesilapan teknikal dari segi penjumlahan markah
atau lain-lain kesilapan jika berkaitan.

34.2 Setiap rayuan semakan semula gred kursus hendaklah diserahkan


kepada Dekan dalam masa sepuluh (10) hari bekerja selepas
keputusan peperiksaan diumumkan. Pelajar boleh mendapatkan
Borang Rayuan Semakan Semula Gred Kursus di kaunter Unit
Peperiksaan atau boleh dimuat turun melalui Portal Pelajar.

34.3 Bayaran RM50.00 bagi setiap kursus akan dikenakan untuk proses
Semakan Semula Gred. Bayaran hendaklah dibuat di Bahagian
Kewangan dan resit bayaran hendaklah dikepilkan bersama Borang
Rayuan Semakan Semula Gred Kursus.

34.4 Apabila rayuan telah dikemukakan kepada Dekan, Dekan hendaklah


mencadangkan kepada Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik dan
36
Penyelidikan) dua (2) orang panel pemeriksa bagi menyemak semula
keputusan yang telah dibuat.

34.5 Markah yang diambil kira bagi semakan semula gred adalah markah
yang diperolehi selepas semakan semula tanpa mengira sama ada gred
dinaikkan atau diturunkan.

34.6 Borang Rayuan Semakan Semula Gred Kursus yang diterima selepas
tamat tempoh tidak akan diproses.

34.7 Keputusan semakan semula gred adalah bergantung kepada kelulusan


Senat dan keputusan adalah muktamad.

35. Sijil Akademik

35.1 Pelajar boleh mendapatkan transkrip akademik daripada Unit


Peperiksaan apabila:

35.1.1 Tamat mengikuti sesuatu program pengajian dengan jayanya


dan diperakukan oleh Senat; atau

35.1.2 Berhenti daripada Kolej Universiti pada mana-mana semester


setelah menduduki peperiksaan akhir; dan

35.1.3 Telah menjelaskan semua bayaran tertunggak.

35.1.4 Graduan yang kehilangan Sijil Akademik (skrol dan transkrip)


boleh mendapatkan semula dengan menyertakan satu salinan
laporan polis. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada
Unit Peperiksaan. Bayaran akan dikenakan.

35.1.5 Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan Transkrip


Sementara/ Sebahagian daripada Unit Peperiksaan. Bayaran
akan dikenakan.

35.1.6 Pelajar hendaklah membuat pengesahan maklumat diri


semasa permohonan bergraduat di Portal Pelajar. Sebarang
37
kesilapan pada maklumat tersebut adalah menjadi
tanggungjawab pelajar. Sekiranya pelajar ingin mencetak
semula sijil akademik selepas pengesahan, bayaran akan
dikenakan.

36. Kelas Program Asasi

36.1 Kelas Program Asasi yang dianugerahkan adalah berdasarkan


pencapaian HPNG terakhir seperti dalam jadual di bawah:

HPNG STATUS
3.70 – 4.00 Cemerlang
3.00 – 3.69 Amat Baik
2.30 – 2.99 Baik
2.00 – 2.29 Sederhana

38
Lampiran

BAYARAN YANG DIKENAKAN MENGIKUT PERATURAN


YANG TERTAKLUK DALAM PERATURAN AKADEMIK
(Program Asasi)

JENIS PERMOHONAN BAYARAN (RM)


Permohonan Kad Matrik Baharu 100.00
Pengekalan Status Bagi Permohonan
300.00
Tangguh Tanpa Rekod
Daftar Kursus Lewat 100.00 + 30.00 / kursus
Gugur Kursus Lewat 150.00
Tukar Program 100.00
Rayuan Permohonan GB 300.00
Peperiksaan Khas Graduat 300.00 / kursus
Rayuan Semak Semula 50.00 / kursus
Denda Lewat Mohon
50.00
Penganugerahan
Sijil dan Transkrip Akademik 100.00
Cetakan semula Sijil 200.00
Cetakan Semula Transkrip Akademik 100.00
Cetakan Transkrip Sebahagian /
10.00
Sementara

39

You might also like