You are on page 1of 3

PERTANDINGAN TEATER SOLO

SEKOLAH RENDAH
TAHAP 1

TAJUK :
HARIMAU YANG TAMAK
HARIMAU YANG TAMAK

Selamat sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.

Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni

rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada

baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun menghadap Maharaja Singa.

Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu akan dikabulkan

oleh baginda.

Setelah mendengar cerita kemurahan hati Maharaja Singa itu, timbullah

rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah

daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya, aku mahu

makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku

akan lebih kuat daripada Maharaja Singa.”

Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi menghadap Maharaja

Singa.

“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Maharaja Singa. “Apakah

kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Maharaja Singa yang

bengis itu. Hatinya berdebar-debar.

“Patik… Patik mahu makan tujuh…tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap.

“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.

“Tujuh hari sekali!” jelas Harimau terketar-ketar.

“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan

permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh hari sekali,”

kata Singa.
Ya, kawan-kawan, mahu tahu apa yang berlaku kepada Sang Harimau?

Siakap senohong gelama ikan duri,


Orang yang tamak selalu rugi.

Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak

mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah menyebut tujuh hari sekali.

“ Tuanku…Patik…Patik…”

“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang hanya boleh

mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta

kabulkan,” kata Maharaja Singa dengan bengisnya.

Sejak hari itu kawan-kawan, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali.

Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

Beginilah nasib diriku yang suka tamak haloba,

Ya, kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah:

Kita janganlah bersikap tamak apabila hendak mendapatkan sesuatu sebaliknya

kita hendaklah bersederhana dalam semua perkara. Selain itu, kita juga mesti

berfikir semasak-masaknya sebelum bertindak.

Sekian, terima kasih.

You might also like