You are on page 1of 42

KAJIAN IMPAK KURSUS PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN

(PPB) PEMIMPIN BERPRESTASI RENDAH

KETUA PENYELIDIK

HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN

PENYELIDIK BERSAMA

Dr. JOOHARI BIN ARIFFIN


Dr. MAIMUNAH BINTI HUSIEN
Dr. BALASANDRAN A/L A.RAMIAH
Dr. ILHAM BINTI ISMAIL
SHUHAIDA BINTI SHAARI
ABDULLAH BIN SEMAN
Dr. TAJULASHIKIN BIN JUMAHAT
MARDIANA BINTI MUHAMAD
YUSNIDA BINTI YUSOFF
FARIDAH BINTI MOHAMAD
MARDIANA BINTI MUHAMAD
MUKTAR BIN YAACOB
SITI ARIJA BINTI ABD RAHMAN
RASHIDAH BIN MOHD SAID
NORIHAN BINTI HJ.AZIZAN
MOHD ROSIDI BIN ISMAIL
Dr. PREMAVATHY A/P PONNUSAMY
NORHAME ELIZA BT. HJ.MUSTAPHA
ZAHARI BIN AHAMAD
HAMZAH BIN SAID

MENTOR PENYELIDIK

Dr MAHANOM BINTI MATSAM


Dr RUZIAH BINTI ABDULLAH
(JEMAAH NAZIR JAMINAN KUALITI)
Dr. NOOR AZZAM SYAH BIN MOHAMED
(INSTITUT AMINUDDIN BAKI, CAWANGAN UTARA)

JABATAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN


INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN


INSTITUT AMINUDDIN BAKI
2016/2017

1. PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG KAJIAN

Anjakan ke 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025,


adalah untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di sekolah. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memastikan setiap sekolah mempunyai pemimpin
berprestasi tinggi yang berkeupayaan meningkatkan kemajuan sekolah tanpa mengira status
quo sekolah berkenaan. Pengetua dan guru besar memerlukan latihan yang mencukupi
sebelum dilantik, dan sepanjang perkhidmatan mereka terutamanya dalam membina
kepimpinan instruksional (KPM, 2014).
Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuhkan pada 7 Mac 1979 hasil daripada
perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979
(perakuan 98, ms. 250). IAB berperanan melatih pegawai ikhtisas dan kakitangan lain di
bawah KPM untuk menghasilkan kerja dan output yang bermutu tinggi. Sebagai sebuah
organisasi pendidikan yang menyediakan program latihan dalam pengurusan dan kepimpinan
bagi KPM, IAB dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kepada barisan kepimpinan
sekolah.

IAB telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan inisiatif pendidikan


menerusi Government Transformation Programmes (GTP) 2.0 seperti yang terkandung
dalam PPPM dalam tempoh 2013–2025. Berdasarkan keputusan Mesyuarat Profesional KPM
Bil 27/2012 memberi kuasa kepada semua bahagian yang terlibat melaksanakan program
dalam inisiatif PPPM 2013-2025. Sehubungan dengan itu, Pusat Pembangunan Pengurusan
Pendidikan telah diamanahkan untuk melaksanakan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB) untuk pemimpin sekolah.

PPB ditakrifkan sebagai pengalaman pembelajaran pemimpin sekolah melalui


penglibatan secara formal atau tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB untuk meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan
bagi meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21
(KPM, 2014). Matlamat PPB adalah untuk membangunkan kompetensi profesional ke arah
memantapkan atribut yang dihasratkan agar pemimpin sekolah dapat melaksanakan peranan
dan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan dan cemerlang
secara berterusan.

PPB untuk pemimpin sekolah adalah satu program latihan yang dibangunkan khas di
peringkat nasional untuk melatih pengurus dan pemimpin sekolah berdasarkan pencapaian
prestasi dan kompetensi dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP). Bagi memenuhi keperluan tersebut, IAB telah menyediakan modul latihan bagi
PPB untuk pemimpin sekolah (Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan) berdasarkan tiga
tahap prestasi dalam PBPPP iaitu cemerlang, sederhana dan rendah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan instrumen PBPPP


berasaskan keputusan dalam makmal GTP 2.0 serta inspirasi Anjakan 5 PPPM 2013-2025.
Sehubungan dengan itu, prapelaksanaan PBPPP telah dilaksanakan di sekolah-sekolah
seluruh Malaysia pada tahun 2014. PBPPP merupakan satu instrumen penilaian menyeluruh
untuk menilai tahap kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dengan
harapan instrumen ini berupaya meningkatkan kecekapan dan komitmen PPP yang
berprestasi tinggi untuk memastikan kualiti pendidikan negara bertepatan dengan PPPM
2013-2025.

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Tahun 2015 Menteri / Ketua Setiausaha Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi PPB ialah “Peratus peningkatan pemimpin sekolah mencapai tahap
kompetensi minima setelah mengikuti PPB”. Maka IAB telah menggunakan dua modul
kursus bagi membantu peserta meningkatkan pembangunan individu dan organisasi iaitu
melalui Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Profesional (Professional Leadership Excellence
Course, ProLEC) bagi pembangunan individu dan Kursus Pembangunan Kepimpinan
Sekolah (PKepS) bagi membantu pembangunan organisasi. Peserta perlu hadir kedua-dua
kursus tersebut dan disusuli dengan bimbingan langsung melalui Program Follow Up dan
Follow Through (FUFT). Pemimpin sekolah berprestasi rendah juga akan mendapat manfaat
daripada bimbingan langsung yang intensif daripada SiPartner+. Program FUFT dan
bimbingan SIP+ ini bertujuan memastikan sokongan pembangunan profesional individu
diberikan kepada setiap pemimpin sekolah.

Oleh kerana KPI Menteri Pendidikan pada tahun 2015 berfokus kepada pemimpin
berprestasi rendah, maka pemimpin sekolah yang mendapat markah kurang 60 markah dalam
PBPPP telah disenaraikan oleh Bahagian Pembangunan Penilaian Kompetensi (BPPK)
sebagai calon peserta PPB 2015. Data prapelaksanaan PBPPP pada tahun 2014 menunjukkan
seramai 43 orang pemimpin sekolah yang berada dalam kategori berprestasi rendah ini.
Walau bagaimanapun apabila semua pemimpin yang terlibat ini disenarai pendek atas sebab
kesihatan, sakit jiwa, dalam tindakan tatatertib, meninggal dunia dan telah bertukar menjadi
guru biasa maka jumlah pemimpin berprestasi rendah yang hadir kursus hanya tinggal 18
orang sahaja.

2. MASALAH KAJIAN

Dasar pendidikan melalui PPPM menetapkan dalam anjakan kelima untuk


menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah. Prestasi kepimpinan mereka
dipantau bagi memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada aras pencapaian prestasi tinggi
(PPPM 2013-2025). Walau bagaimanapun setelah disenarai pendek atas sebab kesihatan dan
tindakan tatatertib hanya 18 orang sahaja pemimpin berprestasi rendah yang hadir PPB pada
tahun 2015. Selepas menjalani kursus dan program bimbingan, didapati seramai 17 daripada
18 orang (94 peratus) pemimpin berprestasi rendah telah meningkat pencapaiannya dari
rendah kepada pencapaian sederhana, tinggi dan cemerlang pada akhir tahun 2015. Daripada
sejumlah 17 orang tersebut, 7 orang peserta (38.9 peratus) telah mencapai aras pencapaian
prestasi cemerlang, 4 orang (22.2 peratus) pada aras tinggi dan 6 orang (33.3 peratus) pada
aras pencapaian prestasi sederhana.

Peratus peningkatan pencapaian prestasi pemimpin sekolah yang tinggi malahan


melepasi Petunjuk prestasi utama (KPI) Menteri/ Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia pada tahun 2015 yang telah mensasarkan peningkatan pemimpin berprestasi rendah
sebanyak 85% (15 orang). Senario ini memerlukan kajian yang lebih mendalam dilakukan
bagi melihat amalan peserta kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah (yang terdiri daripada
kursus ProLEC dan PkepS) selepas mereka kembali ke sekolah masing-masing yang
mempengaruhi prestasi PBPPP mereka pada tahun 2015. Selain itu, kajian ini juga mengenal
pasti pendekatan kursus dan faktor-faktor bukan kursus yang turut menyumbang kepada
presatasi tersebut.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini telah dilaksanakan berdasarkan kepada empat objektif berikut:

1. Mengkaji amalan kandungan kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah oleh


peserta selepas kembali ke sekolah masing-masing.

2. Mengkaji pendekatan kursus yang memberi impak kepada amalan peserta.

3. Mengkaji faktor-faktor bukan kursus yang mempengaruhi prestasi peserta.

4. Mengkaji bentuk bimbingan dan pementoran yang diberikan oleh pihak lain
kepada peserta yang mempengaruhi prestasi mereka.
4. SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada empat soalan kajian berikut:

1. Bagaimanakah peserta mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam


kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah?

2. Apakah pendekatan kursus yang memberi impak kepada amalan peserta?

3. Apakah faktor-faktor bukan kursus yang mempengaruhi peningkatan prestasi


peserta?

4. Apakah bentuk bimbingan dan pementoran yang diberikan oleh pihak lain yang
membantu meningkatkan prestasi peserta?

5. KERANGKA KAJIAN

Kerangka kajian adalah berdasarkan model logik kursus PPB Pemimpin Berprestasi
Rendah seperti ditunjukkan pada Rajah 1. Model logik merupakan teknik grafik yang
membolehkan teori perubahan yang mendasari sesuatu program itu digambarkan secara
eksplisit (Mertens, 2010). Ia sepatutnya menggambarkan bagaimana sesuatu program itu
berfungsi dalam keadaan tertentu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Prestasi peserta dalam PBPPP Tahun 2015 telah diperoleh dan telah menunjukkan
peningkatan yang sangat baik. Kajian ini hanya memberi fokus kepada penerokaan amalan
peserta yang berkaitan kursus ProLEC dan PKepS yang mempengaruhi peningkatan prestasi
mereka dalam PBPPP pada tahun 2015, serta faktor bukan kursus yang turut menyumbang
kepada peningkatan tersebut.
Rajah 1: Kerangka Kajian

6. TINJAUAN LITERATUR

6.1 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Pelaksanaan PBPPP melibatkan semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang


berkhidmat di semua perigkat dalam organisasi KPM. Bagi tahun 2015, pelaksanaan PBPPP
sepenuhnya melibatkan kumpulan guru dan kepimpinan sekolah bawah kawalan KPM. Oleh
yang demikian, semua pihak yang berkenaan diwajibkan melaksana PBPPP ini. Pelaksanaan
PBPPP dan markah yang diperoleh pada tahun penilaian ini akan memberi implikasi terhadap
pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, kenaikan pangkat,
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) dan sebagainya.

Pada 5 November 2015, Ybhg. Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah
meluluskan pemakaian PBPPP menggantikan penilaian sedia ada PPP di KPM. Penilaian ini
juga akan menggantikan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bermula Januari 2016.
Walau bagaimanpun, PPP dalam Kumpulan Guru PdP, Kepimpinan Sekolah, Guru
Bimbingan dan Kaunseling serta Jurulatih Sukan dan Jurulatih Seni telah mengguna pakai
PBPPP sebagai penilaian prestasi mulai April 2015 (KPM, 2015).

Terdapat tiga komponen dalam Instrumen PBPPP iaitu, Generik, Fungsional dan
Keberhasilan. Instrumen Generik memberikan wajaran sebanyak 40%, Instrumen Fungsional,
60% manakala Instrumen Keberhasilan, 10%. Instrumen Generik dan Fungsional
dikategorikan dalam komponen Penilaian Kompetensi dan Potensi (90%), dan Penilaian
Keberhasilan (10%). Komponen generik mengandungi dua dimensi, iaitu dimensi
Profesionalisme dan Penglibatan. Semua PPP, tanpa mengambil kira lokasi mereka bertugas,
akan dinilai dengan menggunakan komponen generik yang sama. Komponen Fungsional pula
mengandungi satu dimensi sahaja iaitu dimensi Kemahiran, yang dikelompokkan dalam lima
kategori kumpulan berasaskan bidang tugas. PPP pada peringkat pengurusan di sekolah dan
institusi pengajian di bawah kelolaan KPM yang terlibat dalam pengurusan serta pengajaran
dan pembelajaran dikelompokkan dalam kategori kumpulan Pengajaran dan Pentadbiran (A)
[PT(A)]. Jadual 1 menunjukkan kandungan dimensi dan aspek yang akan dinilai dalam
Instrumen Generik dan Fungsional untuk kumpulan pemimpin sekolah.

Jadual 2: Kandungan aspek yang dinilai


Instrumen Generik Instrumen Pengajaran dan Pentadbiran
D1 – Profesionalisme D3 - Kemahiran
E1- Nilai Profesional E1 – Kepimpinan Instruksional
A1.1 Amalan Profesional A1.1 Pencapaian Matlamat
A1.2 Hubungan Dengan Pelanggan A1.2 Perancangan &Pembangunan
Pengajaran
E2- Sahsiah A1.3 Perkongsian Pengetahuan &
A2.1 Mengutamakan Pencapaian Pengalaman
A2.2 Kepantasan Bertindak A1.4 Penyeliaan &Pemantauan
A2.3 Kematangan Emosi dan Keyakinan Diri A1.5 Pembelajaran &Pengajaran
A2.4 Budaya Kerja Sepasukan
A2.5 Berfokuskan Pelanggan E2- Pengurusan
A2.1 Berfokuskan Bidang Tugas
E3- Potensi A2.2 Kewangan
A3.1 Kepimpinan Berwawasan dan Membuat A2.3 Pembangunan Fizikal
Keputusan A2.4 Sumber Manusia
A3.2 Penyesuaian Perubahan A2.5 Maklumat
A3.3 Keinginan Menimba Pengetahuan
A3.4 Pemikiran Kreatif dan Inovatif E3- Kepimpinan
A3.1 Halatuju Organisasi
E4- Keilmuan dan Pengetahuan A3.2 Proaktif Dalam Tindakan
A4.1 Dasar-dasar Kerajaan
A4.2 Peraturan dan Pekeliling
A4.3 Penguasaan Bidang Tugas
A4.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi

E5- Kesediaan dan Keilmuan


A5.1 Kesediaan menjalankan arahan/tugas-
tugas lain
A5.2 Keupayaan melaksanakan buimbingan
dan pementoran
D2 – Penglibatan
E1- Hubungan Luar
A1.1 Jalinan dan Jaringan

E2- Sumbangan
A2.1 Sumbangan Profesional dan/atau sosial

Prestasi PPP akan dibahagikan kepada empat kategori prestasi mengikut skor iaitu
Cemerlang (90% - 100%), Tinggi (80% - 89.99%), Sederhana (60% - 79.99%), dan Rendah
(0%-59.99%).Selaras dengan hasrat PPPM 2013 – 2025, bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan pendidikan tidak terjejas, KPM akan mengambil tindakan memperakukan
penamatan pegawai berprestasi rendah selaras dengan Peraturan 49, Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U (A) 395/1993) sepertimana yang
dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan
1 Tahun 2016 : Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Pegawai Yang Berprestasi Rendah
Dalam Perkhidmatan Awam. Berprestasi Rendah ini bermaksud pemimpin sekolah yang
mendapat skor prestasi PBPPP kurang daripada 60 peratus (59.99 peratus dan ke bawah).
Pelaksanaan dasar pemisah ini akan dapat mengekalkan pegawai yang komited dan
berprestasi tinggi bagi membolehkan perkhidmatan pendidikan meningkatkan mutu
perkhidmatan dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini selaras
dengan kehendak PPPM 2013-2025 (KPM, 2016).

6.2 Modul Latihan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB)

Modul PPB dibangunkan berdasarkan pada Instrumen PBPPP. Pada tahun 2015, dua
modul kursus telah diberikan kepada pemimpin berprestasi rendah iaitu Kursus
Kecemerlangan Kepimpinan Profesional (ProLEC) dan Kursus Pembangunan Kepimpinan
Sekolah (PKepS).

6.2.1 Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Profesional (ProLEC)

Gary Marx (2006), dalam Future-Focused Leadership Preparing School, Students,


and Communities for Tomorrow’s Realities, menyatakan “pemimpin berwawasan dalam
pendidikan perlu mengakui bahawa sistem pendidikan abad ke-20 mungkin tidak mencukupi
untuk menyediakan pelajar hidup dalam abad ke-21”. Ini bersesuaian dengan intipati Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 dalam anjakan kelima, setiap sekolah perlu
mempunyai pemimpin yang berprestasi tinggi. Bagi memastikan hasrat tersebut dapat
direalisasikan pemimpin pendidikan bukan sahaja bertanggungjawab terhadap tugas
profesionalnya tetapi perlu kreatif dan berinovasi sesuai dengan perubahan zaman yang
penuh dilema. Ini diharap dapat merealisasikan kemenjadian murid, maka kursus CPD
Kecemerlangan Kepimpinan Sekolah (ProLEC) direka bentuk khusus bagi mencapai hasrat
tersebut. Kursus tersebut merupakan salah satu inisiatif Institut Aminuddin Baki dan
Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melatih pemimpin dan bahagian yang
terlibat dengan pengurusan sekolah untuk meningkatkan kompetensi kumpulan pemimpin
pendidikan ke arah yang telah dihasratkan.

Kursus ProLEC disusun sedemikian rupa bagi mencapai lima objektf yang berikut:
(i) Mengetahui status dan peranan yang sesuai sebagai pemimpin pendidikan, (ii) Mengenal
potensi diri sama ada menepati peranan sebagai pemimpin pendidikan, (iii) Mengetahui dasar
dan hala tuju sebagai pemimpin pendidikan, (iv) Mengetahui dan mampu bertindak
berdasarkan peraturan-peraturan penjawat awam dan tindakan tatatertib, dan (v) Mengenal
pasti amalan-amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan sekolah yang dilawati (IAB, 2015a).

Adalah diharapkan kursus tersebut berjaya menghasilkan peserta yang mampu


menjadi pemimpin dan pengurus seperti berikut: (i) tahu tentang status serta peranan yang
perlu dilaksanakan secara professional, (ii) berupaya mengenal kekuatan dan kelemahan
dalam meningkatkan kompetensi diri, (iii) dapat membawa organisasi ke arah hala tuju yang
lebih jelas, (iv) dapat melaksanakan tanggungjawab berdasarkan peraturan-peraturan pejawat
awam dan tindakan tatatertib, dan (v) dapat mengamalkan amalan-amalan terbaik dalam
kepimpinan organisasi untuk pembangunan organisasi yang dipimpin. Rajah 1 menunjukkan
kerangka konsep Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Profesional (ProLEC) (IAB, 2015a)

Rajah 1: Kerangka Konsep Kursus Kecemerlangan Kepimpinan Profesional (ProLEC)

6.2.2 Kursus Pembangunan Kepimpinan Sekolah (PKepS)

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2015, anjakan


kelima ingin memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua terpenting,
selepas kualiti guru, dalam menentukan keberhasilan murid.

Semua pemimpin sekolah memerlukan latihan yang mencukupi sebelum dilantik, dan
sepanjang perkhidmatan mereka terutamanya dalam membina kepimpinan instruksional.
Latihan tersebut amat diperlukan terutamanya dalam tempoh tiga tahun pertama
perkhidmatan mereka. Kajian antarabangsa juga menunjukkan tempoh ini adalah penting
dalam pembentukan gaya kepimpinan dan kemahiran pemimpin sekolah.

Sehubungan dengan itu, Institut Aminuddin Baki (IAB) telah menyediakan beberapa
modul yang bersesuaian untuk pemimpin sekolah yang mempunyai tahap prestasi yang
berbeza-beza. Kursus Pembangunan Kepimpinan Sekolah (PKepS) adalah salah satu modul
bagi membantu meningkatkan pembangunan kompetensi kumpulan pemimpin sekolah yang
berprestasi sederhana. Dalam kursus PKepS, para peserta akan diberi pendedahan dalam
kepimpinan organisasi, kepimpinan secara proaktif, menterjemah dan merealisasikan hala
tuju sekolah. Di samping itu, peserta yang mengikuti kursus PKepS akan menyertai lawatan
ke sekolah penandaarasan yang ditetapkan untuk melihat amalan terbaik kepimpinan sekolah
berkenaan.

Enam objektif untuk mencapai matlamat kursus iaitu: (i) Memahami hala tuju
sekolah, (ii) Mengenalpasti kemahiran-kemahiran dalam kepimpinan, (iii) Menghubungkait
jenis kuasa dan kepimpinan, (iv) Menjelaskan tindakan proaktif pemimpin sekolah dalam
sesuatu program, (v) Menterjemah dan menetapkan hala tuju sekolah, dan (iv) Merealisasi
dan membudayakan hala tuju sekolah (IAB, 2015b).

Adalah diharapkan kursus PKepS ini berjaya menghasilkan pemimpin yang berupaya
(i) memahami, menterjemah, menyebarluas dan membudayakan visi dan misi
organisasi dalam kepimpinan dan pengurusan organisasi, (ii) bertindak terhadap program
yang dilaksanakan dari aspek mengenal, dan (iii) mengenalpasti dan menganalisis isu., dan
(iv) mencadangkan dan mengambil tindakan berdasarkan fakta (IAB, 2015b).

6.2.3 Bimbingan Follow up Follow Through (FUFT)

Joyce & Shower (2002) dalam bukunya Student Achievement Through Staff
Development menyatakan bahawa outcome yang terbaik dalam sesuatu program latihan ialah
melalui program bimbingan yang diberikan kepada sesorang pemimpin itu semasa mereka
berada di tempat bertugas masing-masing. Kandungan latihan semasa kursus bersemuka
lebih menekankan kepada teori dan perbincangan yang hanya mampu mencapai 10% sahaja
hasil pembelajaran. Sekiranya dalam sesi latihan tersebut diberikan panduan dan demonstrasi
bagi pelaksanaan kandungan latihan akan berjaya meningkatkan pencapaian hasil
pembelajaran kepada 30% apa lagi jika pensyarah berupaya memberi peluang kepada peserta
untuk membuat amali dan memberikan maklumbalas yang berkesan maka hasil pembelajaran
akan meningkat kepada 60%. Namun sekiranya terdapat bimbingan secara berterusan melalui
Coaching and Mentoring dalam program tindak susul dan tindak ikut selepas kursus di
tempat kerja masing-masing maka hasil pembelajaran akan mencapai 95%.
Jadual 3: Student achievement through staff development

OUTCOMES
% of Participants who Demonstrate
Knowledge, Demonstrate New Skills in a
Training Setting, and Use New Skills in the
Classroom
TRAINING Knowledges Skill Use in the
COMPONENTS Demonstration Classroom
Theory and Discussion 10% 5% 0%
Demonstration in 30% 20% 0%
Training
Practice &Feedback in 60% 60% 5%
Training
Coaching in Classroom 95% 95% 95%

Latihan pengurusan dan kepimpinan kepada pengetua / guru besar sekolah adalah
penting. Dengan latihan yang secukupnya, mereka akan memperoleh kemahiran yang tinggi
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Keadaan semula jadi tugas pengetua / guru besar
yang rencam dan kompleks ini menuntut supaya pengetua / guru besar mempunyai
keupayaan khusus yang tinggi dalam pelbagai bidang.

PPPM (KPPM, 2014) ada menegaskan bahawa IAB akan memastikan pengetua/guru
besar akan mengikuti pelbagai program yang bersesuaian dengan tahap prestasi yang
berbeza-beza. Sebagai contoh, pengetua berprestasi tinggi berpeluang untuk menjalani
program sandaran di agensi kerajaan lain atau syarikat swasta. Sebaliknya, pengetua/guru
besar berprestasi rendah akan mendapat manfaat daripada bimbingan langsung yang intensif
daripada SiPartner+. Semua program tersebut bertujuan memastikan sokongan pembangunan
profesional individu diberikan kepada setiap pengetua/guru besar.

Sehubungan dengan itu FUFT dilaksanakan bagi mencapai tiga objektif iaitu: (i)
Memastikan terdapat peningkatan dalam aspek pengetahuan, kemahiran, keyakinan dan
amalan selepas akhir latihan, (ii) Membuat pemantauan dan bimbingan dalam aspek amalan
melalui Program Coaching & Mentoring, dan (iii) Memastikan sokongan pembangunan
profesional individu diberikan kepada setiap Pengetua/Guru Besar.

7. METODOLOGI KAJIAN

7.1 Pensampelan

Keseluruhan populasi seramai 18 orang peserta kursus ProLEC dan PkepS telah
digunakan sebagai pensampelan bertujuan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
peningkatan prestasi mereka.

7.2 Instrumen

Sebanyak lima protokol temu bual telah dibangunkan oleh pasukan penyelidik yang
kemudiannya ditadbirkan kepada lima partisipan iaitu peserta kursus sendiri dan partisipan
yang terlibat secara langsung dengan peserta kursus:

• Protokol 1: Peserta Kursus

• Protokol 2: Subordinat

• Protokol 3: Rakan Sejawat

• Protokol 4: Pegawai Penilai Pertama

• Protokol 5: SIP+/Wakil PPD

7.3 Kaedah Pengumpulan Data

Kajian ini menggunakan kaedah temu bual yang ditadbir secara kualitatif sepenuhnya.

7.4 Kaedah Analisis Data

Data disusun dan kemudiannya ditranskripkan mengikut tema atau kategori tertentu.
Pengekodan data telah dibuat supaya pengkaji ‘dapat melihat apa yang mereka dapat dalam
data’.
8. KEPUTUSAN KAJIAN

Dapatan kajian diperoleh hasil analisis daripada 90 orang partisipan yang terdiri
daripada 17 orang peserta kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah (R1 hingga R17) dan 68
orang pegawai pendidikan dalam kalangan subordinat (P2), rakan sejawat (P3), pegawai
penilai pertama (P4) dari 17 buah sekolah serta Pegawai SIPartner + (P5) dari 14 daerah yang
dijalankan di sekolah-sekolah kerajaan seluruh Malaysia. Berikut merupakan soalan dan hasil
dapatan kajian:

8.1 Bagaimanakah peserta mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam
kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah?

Temu bual dalam kajian ini mendapati wujud sembilan aspek yang memberi impak
kepada partisipan apabila mereka menghadiri kursus Pembangunan Profesional Berterusan
(PPB) Pemimpin Berprestasi Rendah iaitu:

• Kesedaran status dan peranan

• Kesedaran Kelakuan dan Tatatertib Pegawai Awam

• Kerja berpasukan

• Memahami, menterjemah dan merealisasikan hala tuju

• Membimbing dan memberi pementoran dalam kepimpinan organisasi

• Mengenal potensi diri

• Mengurus pihak berkepentingan

• Menjadi model

• Perkongsian ilmu
8.1.1 Kesedaran status dan peranan

Partisipan menyatakan bahawa setelah mengikuti kursus, mereka telah sedar tentang
peranan dan status yang sepatutnya dimainkan sebagai pemimpin sekolah. Antara bukti yang
menunjukkan partisipan memahami status dan peranan mereka adalah kesedaran tentang
tugas dan berjaya melaksanakan tugasan mereka dengan baik dan mencapai objektif sekolah.
Hal ini ditunjukkan melalui maklum balas berikut:

“Saya dapat tunjukkan status dan peranan saya sebagai pengetua dan
ketua organisasi, bagaimana mengurus sekolah baru, menyediakan bilik
mesyuarat untuk adakan taklimat dan bermesyuarat, mengurus kelas,
bilik-bilik khas, asrama dan kawasan sekolah.” (R14/P1)

Dengan hal yang demikian mereka jelas tentang status dan bidang tugas masing-
masing seperti ungkapan berikut:

“Memang ini (status dan peranan) membantu sebab ini berkaitan tugas
masing-masing, jadi kita memang tahu yang akademik siapa punya,
yang melibatkan kokurikulum siapa punya dan sebagainya. … kita
agihkan tugas masing-masing.” (R6/P1)

Setelah agihan tugas dilaksanakan, mereka dapat memahami fungsi tugas masing-
masing dengan baik serta dapat memandu sekolah kepada hala tuju yang ditetapkan seperti
yang diakui oleh partisipan P1 berikut:

“Saya lebih memahami fungsi HEM dan hala tuju sekolah.” (R1/P1)

Pengakuan partisipan P1 turut disokong oleh partisipan lain yang terdiri daripada
subordinat (P2), rakan sejawat (P3), pegawai penilai pertama (P4) dan SIPartner + /wakil
PPD (P5). Beberapa perubahan telah berlaku yang membuktikan partisipan mengamalkan
ilmu dan kemahiran yang diperoleh bertepatan dengan status dan peranan mereka. Banyak
perubahan yang telah dilihat oleh pihak lain seperti perubahan pada diri peserta kursus dan
mereka lebih bertanggungjawab menjalankan tugas dan menetapkan hala tuju di sekolah
mereka seperti yang dinyatakan berikut:

“Dia telah mengubah suasana padang sekolah dari semak samun


sampailah nampak wajah sebagai padang sekolah. …Memang ada
banyak perubahan pada diri peserta. ... Dia sudah tetapkan hala tuju
untuk tahun 2017. ... Dulu dia tidak ambil kisah tentang tugas dan
tanggung jawab dia sebagai PK Koku . Sekarang sudah sebaliknya.”
(R13/P3)
Kesedaran tentang tanggungjawab tersebut juga terlihat pada diri seorang pemimpin
sekolah yang memberi fokus kepada akademik murid dan juga persekitaran di sekolah seperti
yang dinyatakan beliau:

“Peserta sudah sedar diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai GB.


... Memberi fokus kepada keceriaan sekolah dan program peningkatan
akademik tahun 6.” (R4/P2)

Selain itu pengurusan dari segi kokurikulum dan fail-fail bagi mata pelajaran lebih
teratur dapat dilihat daripada peserta kursus seperti yang dinyatakan berikut:

“Pengurusan kokurikulum teratur. Langkah untuk meningkatkan


kehadiran murid dalam kokurikulum diambil.” (R11/P2)

“ ... ilmu dimanfaatkan dalam membuat fail-fail untuk mata pelajaran


(pengemaskinian)” (R17/P2)

Peserta kursus juga telah mendokumentasikan semua program yang dijalankan


sekolah bagi tujuan rujukan untuk masa akan datang seperti yang dinyatakan berikut:

“Memang banyak perubahan terutama yang melibatkan pengurusan. ...


Beliau sangat rajin mendokumentasikan setiap yang dibuat dan sentiasa
mengingatkan guru-guru supaya setiap yang dibuat ada dokumentasi
untuk rujukan.” (R14/P2)

“banyak berlaku perubahan, cara beri arahan, penambahbaikan


dokumentasi .... Menjalankan program mengikut masa...” (R4/P2)

8.1.2 Kesedaran Kelakuan dan Tatatertib Pegawai Awam

Maklum balas temu bual yang dijalankan telah menunjukkan bahawa kursus PPB
Pemimpin Berprestasi Rendah telah berjaya menyedarkan partisipan tentang peraturan-
peraturan mengenai tata kelakuan dan larangan-larangan yang telah ditetapkan kepada
penjawat awam. Partisipan menyatakan kursus yang diikuti menyebabkan mereka lebih
berhati-hati untuk mengambil sebarang tindakan. Penyataan berikut adalah antara contohnya:

“Slot ini (Faham Kelakuan dan Tatatertib Pegawai Awam) memberi


panduan supaya lebih berhati-hati dalam tindakan. Aspek keselamatan
akan lagi mantap.” (R3/P1)

Kesedaran tersebut mendorong partisipan P1 bertindak selari dengan kehendak


peraturan dan pekeliling sedia ada seperti yang dinyatakan berikut:
“Saya juga menggunakan pekeliling untuk menguruskan sesuatu
dengan kerani..... Jadi kita pun boleh gunakan pekeliling untuk
jelaskan kepada kerani.” (R10/P1)

Amalan yang ditunjukkan oleh partisipan P1 telah disokong oleh pihak ketiga yang
menyatakan peserta kursus (partisipan P1) telah membuat tindakan pembetulan berdasarkan
peraturan penjawat awam dalam menjalankan tugasnya seperti yang dinyatakan seperti
berikut:

“Peserta telah membuat tindakan pembetulan berdasarkan peraturan


penjawat awam/ peraturan tatatertib.” (R3/P3)

“Dia telah membuat tindakan-tindakan pembetulan berdasarkan


peraturan penjawat awam yang telah ditetapkan.” (R3/P5)

Terdapat juga dalam kalangan partisipan P1 yang turut berubah penampilan diri
mereka sesuai dengan status mereka sebagai pemimpin sekolah selepas mengikuti kursus
PPB Pemimpin Berprestasi Rendah seperti yang dikemukakan oleh seorang partisipan P4
(pegawai penilai pertama);

“Dia sudah kemas dari segi penampilan diri, baju sudah kemas.”(R10/P4)

Selain itu peserta kursus juga telah menunjukkan sikap yang positif dengan kehadiran
yang semakin baik setelah mengikuti kursus ini di bawah slot seperti yang berikut:

“Selepas berkursus, dari segi kehadiran (peserta) sudah berubah dan


bertambah baik.” (R4/P2)

8.1.3 Kerja berpasukan

Maklum balas temu bual telah menunjukkan bahawa kursus yang dijalankan telah
berjaya menyedarkan pemimpin berprestasi rendah tentang keperluan bekerja secara
berpasukan bagi mencapai impak yang optimum. Terdapat dalam kalangan partisipan P1
yang membentuk jawatankuasa bagi menangani masalah kehadiran murid di sekolah dan
bekerja bersama-sama guru dengan membuat lawatan ke rumah murid seperti yang
dinyatakan berikut:

“Saya membentuk jawatankuasa untuk menangani masalah kehadiran.


Saya bersama dengan guru dan kaunselor mengadakan operasi atau
lawatan ke rumah dan mengajak murid datang ke sekolah.” (R1/P1)
Maklum balas tersebut turut disokong oleh partisipan bukan peserta dengan
mengatakan bahawa partisipan P1 telah berusaha membina perhubungan yang baik dengan
guru di sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Beliau bina relationship dengan guru.” (R7/P2)

Selain itu partisipan P1 juga dikatakan telah melakukan perubahan pendekatan dan
tingkah laku mereka yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi sekolah seperti
mengadakan perbincangan dan bermesyuarat bersama guru dalam membina perancangan
strategik kokurikulum sekolah seperti yang berikut:

“Peserta berbincang dan bermesyuarat dengan guru-guru tentang


perancangan strategik bidang kokurikulum sekolah.” (R2/P2)

Partisipan P1 juga terlibat bersama guru-guru di sekolah dalam merealisasikan hala


tuju sekolah yang ditetapkan seperti yang dinyatakan berikut:

“Peserta melibatkan rakan-rakan (guru-guru) dalam merealisasi hala


tuju bidang yang ditetapkan.” (R17/P2)

Selain itu juga partisipan P1 dapat merealisasikan budaya kerjasama dalam kalangan
guru dan staf sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Beliau telah mengambil inisiatif dalam menetapkan hala tuju terutama


dalam aspek kokurikulum sekolah dan telah berjaya merealisasikan
budaya kerjasama dalam kalangan guru dan staf.” (R13/P4)

8.1.4 Memahami, menterjemah dan merealisasikan hala tuju

Dapatan kajian mendapati bahawa peserta kursus telah dapat membentuk hala tuju
sekolah mengikut hala tuju yang ditetapkan seperti yang dinyatakan berikut:

“Kini saya dapat membentuk hala tuju yang sama dengan sekolah.
…selaras dengan hala tuju PK1 dan PK Koko …” (R1/P1)

Partisipan P1 juga telah menyedari bahawa dengan melaksanakan mesyuarat dapat


menjelaskan apa yang ingin disasarkan seperti yang dinyatakan berikut:

“….(Saya) melaksanakan mesyuarat untuk menjelaskan apa yang


disasarkan.” (R15/P1)
Selain mesyuarat yang dilaksanakan, peserta kursus (Partisipan P1) juga mengetahui
cara menyediakan pelan strategik yang dapat diselaraskan dengan hala tuju guru penolong
kanan lain seperti yang dinyatakan seperti berikut:

“…Baiki pelan strategik (HEM) selaras dengan hala tuju PK1 dan PK
Koko ….” (R1/P1)

Dapatan kajian di atas telah disokong dengan temu bual yang diadakan dengan pihak
ketiga yang menyatakan partisipan P1 yang mengikuti kursus sudah mempunyai hala tuju
yang jelas seperti penyataan berikut:

“Hala tuju (peserta) jelas dan ada target.” (R11/P2)

Partisipan P1 juga telah faham berkaitan dengan hala tuju sekolah dan dapat
menterjemahkan hala tuju tersebut melalui program yang dirancang dan membudayakan hala
tuju sekolah yang ditetapkan seperti yang dinyatakan berikut:

“Faham mengenai hala tuju sekolah dan menterjemahkannya melalui


program-program dan bidang, melibatkan ahli organisasi dalam
merealisasi dan membudayakan hala tuju sekolah/ bidang yang telah
ditetapkan.” (R3/P5)

Seterusnya partisipan P1 telah mengumpul guru-guru di sekolah mereka untuk


mengadakan perbincangan dalam merancang misi, visi, matlamat serta aktiviti sekolah seperti
yang dinyatakan berikut:

“Guru-guru dikumpulkan untuk berbincang merancang perancangan


tahunan sekolah, misi, visi serta matlamat yang ingin dicapai terutama
dalam PdP.” (R14/P2)

Guru-guru juga telah diminta untuk mempamerkan hala tuju yang dirancang di dalam
kelas seperti yang dinyatakan berikut:

“Menetap hala tuju sekolah; menampal hala tuju di kelas ...” (R6/P3)

8.1.5 Membimbing dan memberi pementoran dalam kepimpinan organisasi

Dapatan kajian menunjukkan bahawa partisipan P1 memberi bimbingan kepada


subordinat dengan mengadakan in house training seperti yang dinyatakan berikut:
“ ... Saya banyak bagi bimbingan. Mengadakan in house training
kepada guru-guru” (R3/P1)

Selain mengadakan in house training, partisipan P1 juga membimbing rakan-rakan


guru di sekolah seperti pernyataan:

“ ... (Saya) menjadi pembimbing kepada rakan-rakan” (R11/P1)

Maklum balas yang diberikan oleh partisipan P1 turut disokong oleh partisipan yang
mewakili pihak ketiga dengan menyatakan bahawa peserta kursus (P1) mengamalkan
coaching dan mentoring seperti yang dinyatakan berikut:

“ ...(Beliau) terlibat juga dalam coaching dan mentoring.” (R11/P2)

P1 juga berkongsi ilmu dan bertukar pandangan terutama dalam kesempatan pada
mesyuarat mahupun taklimat yang diadakan di sekolah. Salah seorang guru di bawah
penyeliaan partisipan P1 menyebut:

“ ... (Partisipan P1) selalu berkongsi ilmu semasa mesyuarat dan


taklimat ... beliau beri taklimat dan minta pandangan” (R11/P2)

Selain itu partisipan P1 juga membimbing guru-guru dalam mengurus kurikulum di


sekolah:

“ ... beliau membimbing dalam pengurusan kurikulum” (R7/P3)

8.1.6 Mengenal potensi diri

Hasil maklum balas yang diterima dari partisipan P1 mendapati bahawa kursus yang
dijalankan berjaya membantu peserta untuk lebih mengenali potensi yang ada pada diri
seperti yang dinyatakan berikut:

“Saya dapat tahu kekuatan dan kelemahan saya.” (R7/P1)

Partisipan P1 mempamerkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan sama ada


guru-guru atau pun guru besar dengan memberikan pandangan serta yakin untuk bersuara
seperti yang dinyatakan:

“Dulu saya waktu mesyuarat saya tak cakap, tak bersuara, diam saja,
ikut saja. Sekarang ini saya berani bercakap, berani mengkritik, kepada
GB pun saya kritik.” (R7/P1)
Maklum balas pihak ketiga mendapati bahawa mereka turut merasai wujudnya
perubahan cara berfikir dan tingkah laku P1. Mereka berpendapat bahawa P1 telah berubah
kepada seorang yang proaktif dan cuba untuk mencipta sesuatu perkara yang baru seperti
yang dinyatakan berikut:

“(P1) Proaktif dan cuba create sesuatu yang tidak dibuat di sekolah
lain.” (R1/P4)

Partisipan P1 dikatakan telah berusaha mencari idea amalan terbaik dan program
untuk membentuk disiplin pelajar seperti yang dinyatakan:

“(P1) Mencari idea amalan terbaik iaitu dengan Ant Stream (laluan
murid di tangga) dalam membudayakan budak-budak lebih berdisiplin.”
(R1/P4)

“Penambahbaikan seperti ant stream. Setiap program di bawah peserta


(P1) ada satu kelainan contohnya untuk Hari Kanak-kanak seperti tahun
lepas. PdP juga dijalankan di luar.” (R1/P4)

Selain itu pemerhatian yang dibuat pihak ketiga mendapati bahawa P1 telah berubah
menjadi lebih tegas dan yakin dengan setiap tindakan yang diambil di sekolah seperti yang
dinyatakan berikut:

“Beliau lebih tegas dan yakin dengan setiap tindakan dan keputusan.”
(R14/P2)

8.1.7 Mengurus pihak berkepentingan

Maklum balas pihak ketiga (partisipan P2 hingga P5) menyatakan bahawa P1 telah
dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh secara berkesan melalui
penyampaian maklumat kepada subordinat berdasarkan mandat yang diperoleh daripada
PPD/ JPN/ KPM/ SIPartner +/ SISC+ seperti yang berikut:

“ ... Beliau menjalankan tugas berasaskan mandat yang diberi.”


(R2/P3)

Selain itu, P1 dapat memberikan arahan dan maklumat selaras dengan taklimat
yang diberikan oleh PPD dan JPN seperti yang dinyatakan berikut:

“... Beliau memberikan arahan/ maklumat terkini selaras dengan


taklimat yang disampaikan oleh JPN/ PPD.” (R7/P3)
8.1.8 Menjadi model

Kajian mendapati Partisipan P1 telah menjadi model dan dapat dicontohi oleh guru-
guru di sekolah seperti masuk ke kelas mengikut masa yang ditetapkan. Hal ini dinyatakan
seperti yang berikut:

“Dia orang masuk kelas sebab saya masuk kelas dulu.” (R8/P1)

Begitu juga P1 sentiasa memastikan dirinya bersedia terlebih dahulu sebelum guru
yang lain. Ini dibuktikan dengan penyataan daripada kalangan subordinat (partisipan P2):

“Kalau trip petang, (P1) yang pertama tu (datang). Kalau bergerak kat
jeti, bos (P1) memang dah ada.” (R8/P2)

8.1.9 Perkongsian ilmu

Dapatan seterusnya mendapati partisipan P1 telah mengamalkan ilmu dan kemahiran


dengan cara berkongsi dengan guru-guru lain di sekolah mereka. Temu bual daripada pihak
ketiga menyatakan bahawa partisipan P1 melakukan perkongsian tersebut seperti yang
dinyatakan:

“Ya, peserta (P1) ada kongsi. Dia juga guna whatsapp untuk sampaikan
maklumat.” (R4/P2)

“Selepas balik dari kursus dia ada buat mesyuarat dan maklumkan apa
yang diikuti sepanjang berkursus.” (R13/P3)

“Ada bagi taklimat kepada semua staf tentang ilmu yang didapat dalam
kursus.” (R14/P3)

“Peserta berkongsi ilmu dengan rakan terutama masa mesyuarat.”


(R17/P2)

8.2 Apakah pendekatan kursus yang memberi impak kepada amalan peserta?
Soalan kajian kedua ini telah meneroka pendekatan kursus yang telah membantu
pemimpin berprestasi rendah dalam melicinkan tugas mereka di sekolah. Terdapat tiga aspek
utama yang telah muncul hasil dari temu bual iaitu:

a) Sesi Bersemuka

b) Penandaarasan iaitu lawatan kerja sehari di sekolah yang terpilih. Fokus utama
lawatan kerja ini adalah pembelajaran kendiri peserta terhadap aspek-aspek yang
telah ditentukan.

c) FUFT iaitu program tindak ikut dan tindak susul di tempat kerja selepas mereka
tamat mengikuti kursus Pemimpin Berprestasi Rendah anjuran IAB.

8.2.1 Sesi Bersemuka

Hasil dari temu bual mendapati bahawa sesi bersemuka telah memberi kesan yang
positif kepada pemimpin berprestasi rendah. Berikut merupakan maklum balas temu bual
yang diberikan oleh partisipan (P1) yang menyatakan bahawa sesi bersemuka memberi ruang
kepada mereka berinteraksi secara terus dan dapat berkongsi pengalaman bersama pensyarah
dan rakan-rakan yang lain di dalam kelas yang dinyatakan oleh P1 seperti yang berikut:

“…kursus bersemuka. Dapat berinterkasi dengan penceramah.”


(R11/P1)

“Kursus bersemuka sebab boleh bertanya terus dan berkongsi


pengalaman dan mendengar pengalaman rakan-rakan.” (R14/P1)

8.2.2 Penandaarasan

Maklum balas temu bual berikut telah menunjukkan peranan program penandaarasan
sebagai aktiviti yang memberi kesan positif kepada pemimpin berprestasi rendah.
Penandaarasan dapat memberikan contoh yang boleh digunakan di sekolah P1 seperti yang
dinyatakan berikut:

“Lawatan penandaarasan paling memberi kesan. Ia banyak beri contoh


yang baik yang saya gunakan sekarang.” (R10/P1)
Selain contoh yang baik, P1 dapat mempelajari aspek kepimpinan yang boleh
diamalkan berdasarkan program penandaarasan seperti yang dinyatakan berikut:

“Lawatan penandaarasan lebih kepada sekolah rendah tetapi boleh


lihat dan belajar aspek kepimpinan.” (R11/P1)

8.2.3 FUFT

Hasil dari temu bual bersama partisipan P1 mendapati bahawa aktiviti dalam FUFT
membolehkan perbincangan bersama mentor. Berikut merupakan maklum balas temu bual
yang telah dinyatakan oleh partisipan P1:

“…FUFT yang paling berkesan. Mentor datang berbincang dan melihat


apa yang saya buat. FUFT betul-betul beri manfaat” (R11/P1)

Dengan adanya lawatan mentor dalam FUFT, P1 bermotivasi dan dapat


mengatasi masalah yang dihadapi dengan bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung
dengan mentor seperti yang dinyatakan berikut:

“Lawatan FUFT, dapat motivasi dan masalah dapat diatasi segera


melalui bimbingan dan tunjuk cara langsung…” (R15/P1)

Selain itu pensyarah yang dihantar dapat memberikan bimbingan yang baik
terhadap amalan yang perlu dilaksanakan oleh P1 seperti yang dinyatakan berikut:

“FUFT lebih memberi kesan kerana pensyarah yang dihantar dapat


memberi bimbingan dengan lebih berkesan. Hands on secara peribadi
amalan-amalan yang sepatutnya diajar dapat memberi impak yang lebih
besar kepada peserta.” (R4/P1)

8.3 Apakah faktor-faktor bukan kursus yang mempengaruhi peningkatan prestasi


peserta?

Temu bual dalam kajian ini menemukan tujuh faktor yang peningkatan prestasi
pemimpin berprestasi rendah iaitu sokongan organisasi, tempat kerja, keluarga, kesihatan,
komuniti, pihak berkepentingan dan kesedaran kendiri.
8.3.1 Sokongan Organisasi

Hasil daripada temu bual dengan partisipan P1 mendapati bahawa sokongan


organisasi menjadi antara faktor yang mempengaruhi peningkatan prestasi mereka di sekolah.
Sokongan organisasi termasuklah sokongan yang diterima daripada pihak pentadbir sekolah
iaitu guru besar/pengetua dan rakan sejawat (guru-guru).

Pengetua/ Guru Besar adalah penyumbang terbesar yang berupaya meningkatkan


prestasi partisipan P1. Ini dibuktikan dengan penyataan-penyataan berikut:

“Persekitaran tempat kerja sekarang tak ada masalah, tambahan saya


dapat sokongan dari GB. Contoh program yang saya fikir nak buat
tahun lepas ialah program keselamatan air dan sungai dan satu lagi
berkaitan bomba. Pada mula saya kata nak guna wang RIMUP, mula
dia setuju, seminggu kemudian dia kata tak dapat dijalankan sebab tak
ada peruntukan. Sekarang ni saya syukurlah, GB yang baru ini sokong
saya. Program itu saya dapat buat tahun ini”. (R7/P1)

“Saya turut mendapat bimbingan dan pementoran daripada Guru Besar.


Guru Besar lebih terbuka. Jika ada yang tak kena, dia akan jumpa
secara bersemuka. Guru Besar faham tentang kerja saya.” (R2/P1)

Pengetua/ Guru Besar membantu partisipan P1 untuk memahamkan mereka dengan


bidang tugas dan seterusnya berjaya melaksanakan tugasan dengan baik dan mencapai
prestasi yang cemerlang. Hal ini dinyatakan oleh partisipan P1:

“...adanya guru besar yang sentiasa mendorong semangat kerja.”


(R12/P1)

Sokongan yang diterima daripada pengetua/ guru besar banyak dipengaruhi oleh
hubungan yang baik di antara partisipan P1 dengan pengetua/ guru besar sekolah seperti yang
dinyatakan berikut:

“Hubungan saya dengan pengetua baik. Saya banyak masa dengan dia.
Pengetua beri bimbingan secara formal dan tidak formal.” (R9/P1)

Pengetua/ Guru Besar yang ditemu bual sendiri turut menyokong penyataan partisipan
P1 dengan menyatakan pihak pentadbir sekolah memberi galakan dan memimpin peserta
kursus seperti yang dinyatakan berikut

“Pentadbir banyak memberi galakan dan guide kepada peserta”. (R5/P2)


Selain itu, sokongan daripada rakan sejawat dan juga guru-guru di sekolah turut
membantu partisipan P1 untuk melaksanakan tugas harian di sekolah seperti yang dinyatakan
berikut:

“Rakan sejawat dan guru selalu memberi komitmen yang tinggi dengan
semua turun padang semasa program HEM dijalankan dan tiada
perasaan kelompok.” (R1/P1)

Hubungan yang baik dengan rakan sejawat dapat membantu P1 dalam melaksanakan
tugas hariannya seperti yang dinyatakan berikut:

“Hubungan dengan staf dan rakan sekerja baik. Penolong Kanan


Pentadbiran selalu membantu.” (R14/P1)

“Lebih kurang 70% guru bersama dengan saya untuk bantu program
yang dibuat.” (R9/P1)

Guru-guru juga dikatakan memberi kerjasama yang baik dengan P1:

“Guru-guru memberi kerjasama, team work yang bagus.” (R3/P1)

Pengakuan partisipan P1 turut disokong oleh pihak lain yang terdiri daripada
subordinat (P2), rakan sejawat (P3), pegawai penilai pertama (P4) dan SIPartner +/ wakil
PPD (P5). Temu bual yang dibuat mendapati bahawa staf dan rakan sejawat P1 mempunyai
hubungan yang baik seperti yang dinyatakan berikut:

“Semua guru rapat dengan peserta dan bersedia memberi bantuan dan
bimbingan jika beliau hadapi masalah”. (R5/P2)

Selain itu, staf dan rakan sejawat membantu dari segi memberi idea dan buah fikiran
semasa perbincangan:

“Staf dan rakan sekerja selalu memberi idea dan buah fikiran dalam
perbincangan bersama mereka”. (R17/P2)

Selain itu, rakan sejawat yang lebih senior memberikan tunjuk ajar yang diperlukan
oleh P1 seperti yang dinyatakan berikut:

“Rakan-rakan sejawat yang lebih senior memberi tunjuk ajar, motivasi


dan dorongan. Di samping itu, mereka membantu menyediakan sumber
yang diperlukan”. (R11/P4)

Dengan adanya sokongan begini dapat meningkatkan motivasi P1 dalam menjalankan


tugas beliau di sekolah seperti penyataan:
“Rakan sekerja sentiasa berbincang dan beri pandangan. Staf berikan
sokongan, dapat tingkatkan motivasi.” (R14/P3)

Dalam masa yang sama P1 mendapat sokongan daripada guru-guru yang banyak
memberikan komitmen mereka dalam menjalankan tugas di sekolah:

“Guru-guru sentiasa memberi sokongan. Prestasi kerja partisipan


meningkat dengan komitmen guru khasnya dalam penyediaan laporan
disiplin.” (R1/P4)

Sikap guru-guru yang baik, saling membantu, menghormati juga menjadi punca
kepada peningkatan prestasi P1 di sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Guru-guru baik, membantu, menghormati, menerima dan mengikut


arahan.” (R3/P2)

8.3.2 Tempat kerja

Tempat kerja merupakan salah satu aspek yang telah memberi kesan kepada
pemimpin berprestasi rendah yang ditemu bual. Aspek tempat kerja merangkumi elemen
lokasi tempat kerja dan persekitaran tempat kerja. Maklum balas temu bual yang dinyatakan
oleh partisipan P1 berkaitan aspek lokasi adalah seperti yang berikut:

“Persekitaran tempat kerja memang sangat selesa berbanding


bangunan lama dulu walaupun masih banyak peralatan yang belum
lengkap.” (R14/P1)

Selain itu jarak rumah dan tempat kerja yang berdekatan juga telah menyumbang
kepada peningkatan prestasi kerja seperti yang dinyatakan berikut:

“Jarak antara rumah hanya 2 km banyak menyumbang kepada prestasi


kerja saya. Tempat kerja saya juga menjadikan saya lebih dihormati.
Saya juga ada masa dengan keluarga sebab jarak dekat.” (R2/P1)

“Rumah berdekatan dengan sekolah. Mudah beri tumpuan pada hal


ehwal sekolah dan tidak terkejar-kejar untuk pulang.” (R3/P1)

Pengakuan partisipan P1 juga mendapat sokongan dari pihak lain menyatakan


keadaan sekolah yang baru dan pengangkutan yang lebih baik daripada sekarang merupakan
punca peningkatan prestasi mereka meningkat seperti yang dinyatakan berikut:

“Sekolah dulu kena naik perahu dan bangunan lusuh tapi sekarang
bangunan baru semangat pun baru.” (R14/P2)
Persekitaran tempat kerja yang kondusif dan tidak ada masalah menyebabkan kerja
yang dijalankan menjadi mudah yang dinyatakan oleh P2, dan P3 seperti yang berikut:

“Selesa dan tiada masalah dengan persekitaran tempat kerja.” (R15/P2)

“Persekitaran yang aman dan kondusif, guru-guru yang baik,


membantu, menghormati, menerima dan mengikut arahan.” (R3/P3)

“Persekitaran tempat kerja sangat sesuai dan memudahkan tugasnya.”


(R13/P3)

8.3.3 Keluarga

Hasil temu bual mendapati bahawa aspek keluarga membantu dalam peningkatan
prestasi partisipan P1. Partisipan P1 menyatakan bahawa ahli keluarga seperti isteri
memberikan motivasi kepada P1 untuk terus memperbaiki prestasi kerja seperti yang
dinyatakan berikut:

“Isteri saya membantu juga. Dia beri motivasi kepada saya”. (R2/P1)

Pengakuan di atas juga mendapat sokongan dari pihak lain yang menyatakan bahawa
P1 tiada masalah keluarga yang berat dan pihak keluarga yang banyak menyokong dan
memberikan motivasi kepada P1 seperti yang dinyatakan berikut:

“Isterinya (P1) dikatakan banyak memberi motivasi.” (R2/P3)

“(P1) tidak ada masalah keluarga. Keluarganya sentiasa memberi


motivasi dan sokongan.” (R2/P2)

“Ahli keluarga beliau (P1) sentiasa memberi sokongan dan semangat.”


(R2/P5)

8.3.4 Kesihatan

Aspek kesihatan merujuk kepada tahap kesihatan P1 yang turut menjadi faktor kepada
peningkatan prestasi pemimpin dalam organisasi sekolah masing-masing. Maklum balas yang
diterima daripada partisipan P1 menunjukkan tahap kesihatan yang baik turut menyumbang
peningkatan prestasi kerja mereka seperti yang dinyatakan berikut:

“Kesihatan pun membantu juga. Alhamdulillah setakat ni saya sihat.”


(R2/P1)
“Sihat. (Saya) Aktif dalam PSKPPS dan menjadi pengurus untuk
pasukan badminton.” (R14/P1)

Seorang lagi partisipan P1 mengakui bahawa kesakitan yang dialaminya semasa tahun
penilaian, merupakan penyebab utama beliau mendapat prestasi rendah. Malahan beliau
berpendapat yang tidak sepatutnya beliau dinilai pada tahun tersebut kerana cuti sakit hampir
setahun:

“Saya dalam cuti sakit kerana kanser dari 13 Januari 2014 hingga 28
Disember 2014. Saya dinilai untuk PBPPP semasa saya berada dalam
cuti sakit. Saya sepatutnya tidak dinilai. … 13 Januari hingga 12
Disember 2014 (sepatutnya tidak dinilai) sakit kanser 1 operation dan 4
kimo.”(R1/P1)

8.3.5 Komuniti

Aspek komuniti merujuk kepada pihak NGO, PIBG, YB, Majlis Guru Besar, PDRM,
ALUMNI dan lain-lain yang turut menjadi faktor dalam peningkatan prestasi Pemimpin
Berprestasi Rendah yang ditemu bual.

Maklum balas temu bual mendapati bahawa faktor hubungan baik di antara partisipan
P1 dengan komuniti setempat memudahkan mereka dalam menjalankan tugas, seperti yang
dinyatakan berikut:

“Dengan orang kampung pun saya sudah kenal-mengenal. Saya sudah


selesa di sini macam sudah tidak ada masalah bagi saya.” (R8/P1)

Pengurusan partisipan P1 di sekolah menjadi mudah dengan bantuan kewangan yang


diperoleh daripada pihak luar dari segi pembayaran elaun tuisyen guru-guru dan program
ceramah dan motivasi di sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Lembaga Getah dan Lembaga Kelapa Sawit menawarkan elaun tuisyen


kepada guru-guru yang mengadakan tuisyen untuk subjek BM, BI, Sains
dan Matematik. Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga dijemput
memberi ceramah motivasi dan ceramah tentang merempit. Selain itu,
YB Datuk J, pemimpin kemajuan rakyat membantu dari segi kewangan
dan barangan.” (R14/P1)

Sokongan daripada pihak PIBG di sekolah juga menjadi punca kepada peningkatan
prestasi partisipan P1 di sekolah seperti yang dinyatakan berikut:
“PIBG boleh membantu kita dari segi gotong-royong. membantu
membekalkan makanan kepada anak yang tidak balik sebelah petang,
PIBG sponsor makanan kepada murid yang ambil SPM nanti.” (R9/P1)

Maklum balas ini juga disokong hasil daripada temu bual P2, P3 dan P4 menyatakan
P1 sering mendapat kerjasama daripada komuniti setempat dan ini dapat memudahkan kerja
P1 di sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Komuniti sering memberi kerjasama contohnya program gotong-


royong. Komuniti sangat membantu dan sentiasa bekerjasama dengan
pihak sekolah.” (R15/P2)

Selain itu P1 juga mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti seperti yang
dinyatakan berikut:

“Hubungan beliau dengan komuniti adalah baik. Dia adalah bekas


imam, dan boleh mengubat orang . Beliau juga ada hubungan yang baik
dengan imam, polis dan JKK.” (R2/P4)

“Turun padang, berjumpa para waris untuk menjayakan malam


sambutan kemerdekaan.” (R9/P4)

Dengan hubungan yang baik ini, komuniti dan pihak luar sekolah juga memberikan
motivasi dan bimbingan latihan kepada P1 dan juga guru/staf di sekolah seperti yang
dinyatakan berikut:

“NGO, komuniti seperti PIBG, MGB, ADUN, Ahli Parlimen, ALUMNI.


memberikan motivasi, bimbingan, menyediakan sumber yang di
perlukan seperti PIBG, melatih dan membimbing.” (R3/P3)

Segala keperluan yang diperlukan oleh P1 dan pihak sekolah dapat dipenuhi oleh
komuniti setempat seperti memberi kebenaran sekolah untuk menggunakan padang awam,
meningkatkan prasarana sekolah dan juga membekalkan peralatan serta membina pondok-
pondok untuk pembelajaran sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“JKKK memberi kebenaran untuk sekolah menggunakan padang


awam.” (R2/P3)

“Dia telah berurusan dengan YDP PIBG dan PIBG bersetuju membantu
meningkatkan prasarana sekolah.” (R13/P3)

“Pengerusi PIBG memberi komitmen yang tinggi, membekalkan


peralatan dan membina pondok-pondok untuk pembelajaran.” (R3/P3)
8.3.6 Pihak berkepentingan

Pihak Berkepentingan merujuk kepada pihak yang memiliki kepentingan dalam


organisasi sekolah. Antara pihak berkepentingan yang mempengaruhi peningkatan prestasi
Pemimpin Berprestasi Rendah adalah Penilai Prestasi, PPD, JPN dan SIP+ serta SISC+.

Maklum balas temu bual telah mendapati bahawa faktor kerjasama daripada pihak
berkepentingan telah mempengaruhi peningkatan prestasi dengan memberikan bimbingan
secara informal kepada P1 seperti yang dinyatakan berikut:

“Penilai Prestasi (dari PPD) memberi bimbingan secara informal.”


(R9/P1)

Selain daripada penilai prestasi, pihak PPD juga banyak memberikan bimbingan
program akademik kepada P1 seperti yang dinyatakan berikut:

“PPD banyak bimbing program akademik. IAB ini asas dia, macam
mana kita urus sesuatu, ini sangat penting.” (R1/P1)

Sikap sering bertanya partisipan P1 dengan pegawai-pegawai yang lebih


berpengalaman juga menjadi faktor kepada peningkatan prestasi seperti yang dinyatakan
berikut:

“Saya suka tanya tentang amalan terbaik semasa SIP+ datang. FUFT
perlu dipanjangkan dan ada kesinambungan selepas itu ada bimbingan
SIP+.” (R1/P1)

Pengakuan partisipan turut disokong oleh pihak lain yang terdiri daripada rakan
sejawat (P3) dan pegawai penilai pertama (P4). Beberapa temu bual yang telah berlaku
membuktikan bahawa partisipan mendapat kerjasama dan bimbingan daripada pihak
berkepentingan yang datang ke sekolah untuk menangani isu sekolah seperti penyataan-
penyataan berikut:

“SIP membimbing GROW (penetapan sasaran contohnya).” (R6/P4)

“Pegawai angkat dan SIP+ datang bagi tangani isu sekolah dan diri
GB.” (R4/P3)
“Sekolah ini antara sekolah yang di pantau, pegawai PPD memang
kerap datang ke sini. Pegawai yang bertanggungjawab untuk GB ini
telah 2 kali datang ke sini tahun ini. Unit Pengurusan Sekolah dan Unit
HEM juga ada datang. Kaunselor ada datang, SIP ada datang.”
(R6/P4)

8.3.7 Kesedaran kendiri

Aspek Kesedaran kendiri juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi


peningkatan prestasi Pemimpin Berprestasi Rendah. Kesedaran kendiri adalah faktor dalaman
yang membantu dalam meningkatkan kemajuan diri seseorang dari pelbagai sudut keperluan.

Berikut merupakan maklum balas temu bual dengan partisipan P1 yang mengatakan
bahawa kesedaran kendiri merupakan faktor utama mempengaruhi peningkatan prestasi
mereka. Partisipan P1 menyatakan bahawa perubahan diri adalah bermula dengan diri sendiri
seperti yang dinyatakan berikut:

"Perubahan diri adalah kerana kehendak diri sendiri. Untuk berubah


perlu ada ilmu.” (R3/P1)

“Saya sedar bahawa diri perlu diurus dengan sempurna. Dengan


kesedaran kendiri ini, peranan saya sebagai GB telah ditingkatkan.”
(R4/P1)

Kesedaran kendiri mendorong partisipan P1 meningkatkan keazaman untuk berubah


dan seterusnya menjurus kepada peningkatan prestasi seperti yang dinyatakan berikut:

“Saya bertekad mahu keluar dari kepompong ini dan tidak mahu
dilabelkan sebagai pentadbir berprestasi rendah.” (R1/P1)

Pengakuan partisipan turut disokong oleh partisipan-partisipan P2, P3, P4 dan P5.
Mereka berpendapat bahawa partisipan P1 mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
berkaitan bidang tugas untuk meningkatkan pencapaian seperti yang dinyatakan berikut:

“Kesedaran kendiri sangat tinggi untuk meningkatkan pencapaian.”


(R2/P2)

“Ada kesedaran kendiri tentang bidang tugas.” (R15/P2)

“Beliau mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi.” (R2/P4)

“Memandangkan beliau adalah orang tempatan di situ, kesedaran


kendiri sangat tinggi untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum.”
(R1/P2)
Selain itu partisipan pihak ketiga menyatakan bahawa kesedaran kendiri telah
menyebabkan banyak perubahan positif berlaku kepada partisipan P1 dan seterusnya
menyumbang peningkatan pencapaian sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Kesedaran kendiri menjadikan peserta banyak berubah. Ada


peningkatan dalam UPSR, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih
bersemangat, melaksanakan tugas tanpa mempedulikan apa orang lain
kata.” (R3/P2)

“Dia seronok, dia pergi kursus dia dapat ilmu. Sikap dia positif, dia
positif nak belajar.” (R1/P5)

“Saya rasa ada perubahan internal dalam diri beliau. Kalau tidak, tidak
mungkin ada perubahan yang ketara ini. Saya percaya faktor kesedaran
kendiri kerana perubahan sikap tidak boleh dipaksa.” (R11/P2)

8.3.8 Faktor-faktor lain

Integriti Pegawai Penilai dalam mentadbir instrumen PBPPP turut menjadi


penyumbang peningkatan prestasi partisipan P1. Terdapat Pegawai Penilai yang membuat
penilaian terhadap partisipan P1, walaupun partisipan P1 tidak patut dinilai kerana sakit
hampir setahun. Ini ditegaskan sendiri oleh partisipan P1 seperti berikut:

“Penyakit kanser saya ini adalah satu hadiah berharga untuk saya
kerana saya dapat renung apa yang saya tidak lakukan lagi untuk anak
murid. … 13 Jan hingga 12 Disember 2014 (sepatutnya tidak dinilai)
sakit kanser 1 operation dan 4 kimo.” (R1/P1)

8.4 Apakah bentuk bimbingan dan pementoran yang diberikan oleh pihak lain yang
membantu meningkatkan prestasi peserta?

Analisis temu bual dengan partisipan P1 menunjukkan bahawa peningkatan prestasi


peserta kursus adalah disebabkan oleh beberapa faktor bimbingan dan pementoran yang
diberikan oleh pihak lain seperti Pegawai Penilai Pertama, SIPartner +, Pegawai dari Pejabat
Pendidikan Daerah, Majlis Guru Besar, guru-guru senior dan sebagainya. Antara jenis
bimbingan dan pementoran yang diterima oleh Partisipan P1 adalah:

a. Bimbingan

b. Nasihat
c. Motivasi

d. Perkongsian pengalaman

8.4.1 Bimbingan

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong yang melibatkan usaha


memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar
sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya.

Partisipan P1 menerima bimbingan berkaitan dengan komunikasi, kaedah menangani


masalah pembelajaran murid di sekolah, dan pengurusan tugas di sekolah seperti yang
dinyatakan berikut:

“Pernah dia (SIP+) bagi bimbingan berkaitan komunikasi itu (kepada


saya).” (R6/P1)

“...dia (SIP+) bagi bimbingan, tentang akademik tentang bimbingan


berfokus. Kita tahu dulu (kita dapatkan) masalah murid, lepas itu kita
bagi budak belajar tentang perkara (berkaitan kelemahan) itu.” (R6/P1)

“Untuk unit HEM, SIP+ beri bimbingan cara nak buat perancangan dan
program koku ....” (R12/P1)

Partisipan P1 juga mendapat bimbingan dan pementoran secara berterusan daripada


pentadbir mereka sendiri iaitu guru besar/ pengetua, PPD/JPN, SIP+ dan guru-guru senior di
sekolah seperti yang dinyatakan berikut:

“Pentadbir baharu rajin bekerja, bersifat terbuka, tegur kesilapan dan


beri tunjuk ajar. ......beliau beri tugas dan selagi tugas belum selesai
beliau akan panggil beri peringatan dan guide (bimbing) saya.”
(R11/P1)

“Beliau (bekas pengetua yang juga mentor saya) banyak memberi


bimbingan dan sokongan.” (R14/P1)

“PPD/JPN, SIP+ kerap datang beri bimbingan.” (R4/P1)

“Saya turut mendapat bimbingan dan pementoran daripada guru besar,


penolong kanan, penolong kanan pentadbiran, serta guru-guru senior
dalam sukan (mengendalikan) sekolah.” (R2/P1)

Partisipan lain P4 turut memberikan maklum balas yang menyokong aspek bimbingan
untuk peningkatan band, perancangan strategik dan latihan yang sesuai dengan P1 di sekolah
seperti yang dinyatakan berikut:
“PPD beri bimbingan untuk peningkatan band dan perancangan
strategik.” (R4/P4)

“SIP+ dan SISC ada bagi bimbingan.” (R3/P4)

“ … (saya memberi) latihan dan bimbingan, motivasi, menyediakan


sumber, menetapkan hala tuju.” (R5/P4)

8.4.2 Nasihat

Berbanding bimbingan, nasihat termasuk teguran turut diberikan oleh pihak-pihak


tertentu bagi memastikan partisipan P1 berubah menjadi lebih berprestasi. Berikut merupakan
maklum balas berkaitan nasihat dan teguran yang diterima oleh Partisipan P1:

“ PPD juga ada datang melawat dan nasihatkan untuk lebih baik.”
(R13/P1)

“Pegawai PPD kalau datang banyak (beri) teguran, nak buat ini, nak
buat itu...” (R6/P1)

“Pegawai penilai biasanya (membimbing) dalam bentuk teguran.”


(R9/P1)

Partisipan pihak ketiga pula turut menyokong penyataan partisipan P1 melalui


maklum balas berikut:

“Timbalan PPD pernah datang dan memberi teguran semasa


lawatan....” (R9/P4)

“.....(saya beri) teguran-teguran sahaja, melihat secara umum


sahaja.”(R6/P4).

8.4.3 Motivasi

Satu lagi bentuk bimbingan dan pementoran yang diberi oleh pelbagai pihak kepada
peserta kursus adalah motivasi. Motivasi menyebabkan seseorang melakukan sesuatu
perubahan untuk mencapai tujuan tertentu. Berikut merupakan maklum balas sesi temu bual
yang telah dinyatakan peserta kursus berkaitan bimbingan berbentuk motivasi ini:

“GB dan SIP+ banyak membantu dan memberi motivasi.” (R12/P1)

“Pentadbir sekolah (GB) sangat proaktif dan dan sentiasa memberi


dorongan/bimbingan dalam menjalankan tugas di sekolah.” (R16/P1)
“Guru Besar sentiasa memberi galakan dalam bentuk sumbangan idea
dan juga tenaga...” (R13/P1)

Maklum balas partisipan pihak ketiga berkaitan pemberian motivasi kepada peserta
kursus (partisipan P1) adalah seperti berikut:

“Saya banyak memberi motivasi kepada beliau.” (R2/P4)

“... (peserta kursus) dapat motivasi dan sumbang saran dari Guru
Besar...” (R5/P3)

8.4.4 Perkongsian pengalaman

Perkongsian pengalaman merupakan satu lagi kaedah bimbingan dan pementoran


yang diberi kepada peserta kursus. Dalam kajian ini perkongsian pengalaman merujuk kepada
sesuatu yang pernah dialami yang diberikan kepada P1 untuk digunakan dan menjadi
pedoman serta pembelajaran dalam beliau menjalankan tugas. Perkara yang dikongsi adalah
seperti perkara ilmiah, bidang sukan, disiplin dan keceriaan di sekolah. Berikut merupakan
maklum balas sesi temu bual yang telah dinyatakan oleh peserta kursus berkaitan perkongsian
pengalaman:

“MGB pun buat perkongsian amalan terbaik sekolah-sekolah cemerlang


bandar.” (R3/P1)

“Pengetua banyak memberi idea dan bertukar pendapat dengan beliau...


.” (R9/P4)

“Ya. Perkongsian ilmiah, bidang sukan, disiplin dan keceriaan... .”


(R12/P3)

“Apa yang saya dapat lihat, rakan sejawat turut berkongsi idea dengan
peserta.” (R12/P4)

9. PERBINCANGAN

Kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah mengguna pakai kandungan modul


kursus-kursus ProLEC dan PKepS bagi tujuan membangunkan kompetensi diri peserta agar
prestasi mereka meningkat dalam PBPPP 2015. Modul ProLEC adalah dibangunkan khusus
untuk pembangunan individu manakala Modul PKepS disasarkan untuk pembangunan
organisasi. Peserta-peserta kursus (Partisipan P1) diharapkan akan memperoleh pengetahuan
dan kemahiran yang secukupnya untuk melaksanakan tugas berkaitan kepimpinan dan
pengurusan setelah kembali ke sekolah. Selain itu kursus-kursus tersebut diharapkan dapat
membentuk sikap dan nilai positif peserta agar mereka berperanan dengan baik dalam
menjalankan tugas masing-masing.

Dapatan kajian menunjukkan partisipan P1 telah mengamalkan pengetahuan dan


kemahiran yang mereka peroleh dari kursus tersebut. Mereka secara umumnya sedar akan
tugas dan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan sebagai seorang pemimpin sekolah baik
sebagai pengetua/guru besar mahupun pemimpin peringkat pertengahan. Ini terbukti apabila
ramai peserta mengakui bahawa selepas melalui kursus tersebut mereka lebih jelas tentang
peranan yang mereka perlu lakukan sesuai dengan jawatan yang mereka sandang. Peserta
juga lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan di sekolah, di samping lebih
mementingkan keterampilan diri berbanding sebelum mereka menghadiri kursus. Kesedaran
tentang bidang tugas dan tanggungjawab serta keakuran kepada peraturan tata tertib amat
penting kerana hal tersebut membolehkan peserta berperanan dengan lebih baik dalam
menjalankan tugas masing-masing.

Keupayaan menterjemahkan dasar dan hala tuju organisasi begitu ketara diperoleh
peserta selepas mereka mengikuti kursus ini. Kesedaran dan keupayaan peserta tentang kerja
berpasukan memberi kelebihan dalam mereka menjalankan tugas masing-masing. Keupayaan
mereka menggembelengkan sumber tenaga manusia melalui pembentukan pasukan kerja di
peringkat sekolah begitu menyerlah. Selain itu keupayaan mengurus pihak yang
berkepentingan dengan baik mempermudahkan lagi mereka menjalankan tugas.

Peserta kursus juga didapati dapat mengenal pasti potensi diri masing-masing. Hal ini
terbukti apabila mereka mempunyai keyakinan diri sendiri dalam menjalankan tugas dan
berinteraksi dengan orang lain. Tindakan dan tingkah laku baik yang dipamerkan dicontohi
oleh warga organisasi yang lain. Selain itu dengan keyakinan yang ada mereka mampu
memberi bimbingan dan pementoran kepada subordinat masing-masing dengan lebih
berkesan.

Kajian juga telah menunjukkan kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah adalah
sesuai dan amat memberi kesan kepada pengamalan peserta. Dapatan kajian menunjukkan
ketiga-tiga pendekatan iaitu secara bersemuka, penandaarasan dan FUFT adalah bermanfaat
kepada peserta. Sesi bersemuka membolehkan peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran
daripada pensyarah yang terlibat dan dapat berinteraksi secara langsung dengan mereka.
Aktiviti penandaarasan pula memberi manfaat kepada peserta kerana ia memperlihatkan
pengalaman sebenar bagaimana seseorang pemimpin mengendalikan sekolah. Bagi Program
FUFT, bimbingan hands-on peribadi pemantau difikirkan sangat berguna kerana kehadiran
mereka telah berjaya memberi bimbingan dan dorongan dalam bentuk coaching dan
pementoran serta membantu menyelesaikan sebahagian tanggungjawab peserta.

Pengaruh faktor bukan kursus terhadap peningkatan prestasi juga diakui oleh
partisipan P1 dan partisipan lain dalam kajian ini. Faktor sokongan organisasi seperti
persekitaran yang kondusif serta sokongan daripada pengetua / guru besar amat membantu
dalam mereka melaksanakan tindakan yang dirancang. Begitu juga sokongan dan kerjasama
yang diberikan oleh guru-guru dan rakan sejawat turut memberi kesan kepada peserta dalam
mengambil sebarang tindakan di sekolah. Faktor sokongan komuniti dilihat sangat membantu
peserta dengan memudahkan urusan dalam pelbagai aspek, memberi sokongan kewangan dan
kemudahan-kemudahan yang lain, malah ada yang memberi sokongan moral kepada peserta
dan sekolah amnya. Selain itu tempat kerja, faktor keluarga, kesihatan, jarak rumah daripada
sekolah juga didapati amat mempengaruhi prestasi peserta.

Satu lagi faktor bukan kursus yang mempengaruhi prestasi peserta adalah sokongan
pihak berkepentingan yang lain seperti Pegawai Penilai Prestasi, PPD, JPN dan SIP+ serta
SISC+. Menurut Partisipan P1 yang ditemu bual dalam kajian ini, pihak berkepentingan
banyak memberi bimbingan sama ada secara formal atau tidak formal. Pihak-pihak
berkepentingan ini didapati membantu dalam perkara-perkara berkaitan program akademik
selain memberi bimbingan dalam pelaksanaan inisiatif tertentu KPM.

Terdapat beberapa bentuk bimbingan dan pementoran yang diterima oleh partisipan
P1. Bimbingan berbentuk berterusan banyak diterima daripada pentadbir sekolah manakala
bimbingan berbentuk berfokus lazimnya diberi oleh pegawai PPD seperti SIP+, SISC+ dan
unit-unit tertentu. Peserta kursus juga ada menerima nasihat berbentuk teguran dari pihak-
pihak seperti Pegawai Penilai dan juga PPD. Peserta juga mengakui pihak-pihak
berkepentingan juga kerap memberi motivasi dan berkongsi pengetahuan dan idea dengan
mereka. Semua perkara ini membantu peserta supaya lebih yakin, berpengetahuan,
berkemahiran untuk menjalankan tugas di sekolah.
Walau bagaimanapun, faktor integriti pegawai penilai tidak kurang penting dalam
menentukan prestasi partisipan P1. Kegagalan mematuhi dasar dan operasi serta kurangnya
integriti pegawai penilai boleh menyebabkan penilaian prestasi peserta tersasar jauh daripada
pencapaian sebenar. Sebagai contoh, ada dalam kalangan partisipan P1 mendapat prestasi
rendah kerana beliau bercuti sakit hampir setahun. Sepatutnya dalam kes tersebut, beliau
tidak sepatutnya dinilai prestasinya. Apabila sembuh, prestasinya meningkat dengan ketara
sekali disebabkan partisipan P1 tersebut berupaya melaksanakan kerja-kerjanya kembali
seperti sebelum beliau sakit.

10. KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kesimpulannya, kandungan kursus PPB Pemimpin Berprestasi Rendah sangat


berkesan dan memberi impak kepada peserta kursus dalam mereka menjalankan tugas dan
tanggung jawab mereka di sekolah. Amalan baik yang mereka tonjolkan memberi kesan yang
amat ketara dalam penilaian prestasi PBPPP tahun 2015. Kursus yang dilaksanakan melalui
tiga pendekatan, diakui saling melengkapi sehingga menjadikan program latihan tersebut
dianggap oleh peserta sebagai lengkap dan berkesan. Berdasarkan dapatan ini, dicadangkan
kursus tersebut diteruskan lagi pada masa akan datang.

Pengaruh besar faktor bukan kursus terhadap peningkatan prestasi peserta dalam
PBPPP 2015 khususnya atau prestasi keseluruhan pemimpin sekolah amnya memberi
implikasi kepada beberapa perkara seperti berikut:

1. Latar belakang seperti kesihatan, faktor keluarga dan lain-lain perlu diambil
pertimbangan dalam pemilihan calon pemimpin.

2. Kolaborasi dengan pihak berkepentingan yang lain harus diperkukuhkan kerana


ternyata tindakan yang diambil oleh pihak tersebut sama ada yang berbentuk
bimbingan, nasihat, motivasi mahupun tindakan disiplin besar pengaruhnya
terhadap amalan dan prestasi peserta

3. Pihak-pihak berkepentingan perlu dibekalkan dengan ilmu coaching dan


mentoring agar mereka dapat berperanan membantu pemimpin sekolah untuk
lebih berkesan dalam kerja buat mereka.
4. Pegawai Penilai perlu ditingkatkan kesedaran tentang keperluan menguruskan
penilaian PBPPP dengan tepat dan penuh integriti.

Sebagai rumusan, kedua-dua faktor kursus dan faktor bukan kursus amat penting
dalam meningkatkan prestasi pemimpin sekolah yang berprestasi rendah. Kursus seperti ini
harus diteruskan dan cadangan yang diberi berkaitan faktor bukan kursus juga harus
dipertimbangkan pada masa akan datang.

RUJUKAN

Gary Marx. (2006), Future-Focused Leadership Preparing School, Students, and


Communities for Tomorrow’s Realities. VA: Association for Supervision and
Curriculum Development.

Institut Aminuddin Baki. (2015a). Kecemerlangan Kepimpinan Sekolah (ProLEC). Negeri


Sembilan: Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki. (2015b). Pembangunan Kepimpinan Sekolah (PKepS). Negeri


Sembilan: Institut Aminuddin Baki

Jabatan Perkhidmatan Awam. (2015). Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2015 –


Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Bagi Pegawai Yang Berprestasi Rendah
Dalam Perkhidmatan Awam

Joyce,B., & Shower,B. (2002). Student achievement through staff development (3rd ed).
Alexandria, VA:Association for Supervision and Curriculum Development. Akses 6
September 2016 dari www.burkinsandyaris.com/the-power-of-jon-embedded-
coaching/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Surat Siaran Ketua Setiausaha Kementerian


Pendidikan Malaysia: Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia di Sekolah-Sekolah Seluruh
Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Surat Siaran Ketua Setiausaha Kementerian


Pendidikan Malaysia: Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan (PBPPP) Menggantikan Penilaian Prestasi Sedia Ada Di Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mertens, D. M. (2010). Research and evaluation in education and psychology: integrating
diversity with quantitative, qualitative and mixed method (Third edit.). USA: Sage
Publications

You might also like