You are on page 1of 28

Buku Kecil

Panduan
merangkumi penentuan Hilal, Solat Sunat
Aidilfitri, Lafaz Takbir Raya & lain-lain
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Hak Cipta Terpelihara

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


2023

Disediakan oleh:

Teras Urusan Gerakan, Ta’dib & Kewangan


Angkatan Belia Islam Malaysia

Rujukan:

Angkatan Belia Islam Malaysia


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Persatuan Falak Syar’i Malaysia

Semakan:

Ustaz Mohd Syafiq Ismail


& Ustaz Mohd Khairul Anwar Ismail

2 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Muatturun buku-buku khas Ramadan & Syawal terbitan ABIM Press

www.sinarramadan.com

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


3
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

ISI KANDUNGAN
ZAKAT FITRAH Muka Surat
Panduan zakat fitrah 6
Golongan yang difardukan berzakat 7
Waktu membayar zakat fitrah 8
Kadar zakat fitrah 9
Hikmah membayar zakat fitrah 9
8 golongan berhak menerima zakat 10

HARI RAYA AIDILFITRI


Penetuan Hilal 1 Syawal 11
Hari Raya Aidilfitri 12
Kelebihan Malam Raya 13
Solat Sunat Hari Raya 14
Cara Solat 15
Lafaz Takbir Hari Raya 18
Khutbah Hari Raya 19
Perkara Sunat Menyambut pada Hari Raya 20
Panduan Puasa Enam 21
Ucapan Hari Raya 22
Nasihat Umum Mengurangkan Risiko
Jangkitan COVID-19 Ketika Berhari Raya 23

4 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA


“Puasa itu adalah hari kalian
berpuasa dan Aidilfitri adalah
hari kalian berbuka…”

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


5
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Ingatan Mesra
Segera Membayar
Zakat Fitrah
3Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke
atas setiap individu lelaki dan perempuan Mus-
lim yang berkemampuan dengan syarat-syarat
yang tertentu.

3Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang


makanan asasi (segantang baghdad = kira-kira
2.70 KG) penduduk negeri tempat seseorang
mukallaf itu bermukim.

Siapa yang
wajib membayar
Zakat Fitrah?
Mazhab Syafie
“Wajib atas Muslim yang dilahirkan sebelum ter-
benam matahari terakhir ramadan.”

6 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Ertinya: “Rasulullah SAW telah memfardhu-


kan zakat fitrah di dalam Ramadan ke atas
umat Islam segantang tamar atau segantang
gandum sama ada yang merdeka atau ham-
ba, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau
dewasa.”

Riwayat al-Bukhari & Muslim

Golongan
5Orang yang merdeka
difardukan
5Hamba
berzakat 5Lelaki
menurut 5Wanita
hadis 5Kanak-kanak
5Orang dewasa

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


7
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Waktu Membayar Zakat Fitrah

Ertinya: “Sesiapa yang menunaikan zakat


fitrah sebelum solat (Hari Raya) maka ia ada-
lah zakat yang diterima dan sesiapa yang
membayarnya selepas solat maka ia adalah
sedekah daripada sedekah-sedekah (yang
dibuat pada waktu-waktu biasa).”

Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

5Segantang (segan-
tang baghdad = kira-kira
Kadar 2.70KG) makanan asasi
Zakat sesebuah negara.
Fitrah
5Harus mengeluarkan
zakat fitrah dengan nilaian
ringgit makanan sekiranya
lebih bermanfaat.

8 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Hikmah Membayar Zakat Fitrah

Menambahkan
keberkatan
harta

JABATAN Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Per-


dana Menteri mengeluarkan jawapan kepada soalan-soalan
lazim oleh orang ramai mengenai pelaksanaan kutipan zakat
fitrah bagi tahun ini yang mengalami sedikit perubahan selepas
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sila layari laman sesawang JAWHAR untuk maklumat lanjut:


www.jawhar.gov.my

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


9
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

8 Golongan Berhak
Menerima Zakat

Fakir Miskin Riqab


Orang yang tidak Orang yang pen- Hamba sahaya
memiliki harta dapatannya tidak yang ingin
mencukupi merdekakan dirinya

Gharim Muallaf Fisabilillah


Orang yang teri- Orang yang baru Pejuang di jalan
kat dengan ban- memeluk agama Allah
yak hutang Islam

Ibnu Sabil Amil


Musafir atau pelajar Panitia penerima/
di perantauan yang pengumpul dan pen-
tergantung bekalan gelola dana zakat

10 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Penentuan Hilal
1 Syawal 1444H
*Tarikh sebenar tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 20hb April 2023
*Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia dilakukan dengan kaedah rukyah dan hisab.

Berdasarkan kepada hisab (pengiraan) dengan kriteria


Imkanurrukyah (kebolehnampakan) hilal, data rukyah
adalah seperti berikut:

Waktu Ijtimak Matahari


Tarikh Hijri Tarikh Masihi Bulan Ghurub
& Matahari (terbenam)
29 Ramadan 20 Apr 2022 J:M J:M
1444
12:16 19:31

Jarak Lengkung Tempoh Masa


Altitud Bulan (>6.4°) Hilal di atas
Hilal Ghurub (>3°) D:M ufuk
(Terbenam) D:M J:M
19:40 2:25
2:13 0:09

Dihisab Oleh: Syed Kamarulzaman b Syed Kabeer


Lokasi Perhitungan: Pulau Perak. λ= 98° 56’ 20.25161“, ф= 5° 41’ 3.33017”
Sumber: Persatuan Falak Syar’i Malaysia

*Kriteria Imkanurrukyah baharu MABIMS adalah berdasarkan posisi Mata-


hari dan Bulan ketika waktu Matahari Ghurub;
6 Altitud (ketinggian) Bulan tidak kurang 3 ̊ atas ufuk DAN
6 Jarak lengkung Matahari – Bulan tidak kurang 6.4 ̊
(MABIMS: Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura)

Oleh kerana posisi hilal tidak memenuhi Kriteria Imkanurrukyah,


maka Ramadan genap 30 hari.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri (01 Syawal 1444) jatuh pada:
22 APRIL 2023
*Tarikh sebenar tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan
Mohor Besar Raja-raja pada 20hb April 2023

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


11
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Hari Raya

Aidilfitri
Pengertian
Aidil (‘Eid) bermaksud Kembali

Aidilfitri (‘Eidul Fitr) bermaksud kembali


kepada Fitrah

xDinamakan sedemikian kerana:


Ia berulang-ulang kembali pada setiap tahun.

x Kegembiraan kembali timbul dengan kem-


balinya hari tersebut.

Tarikh Mula Disyariatkan Solat Sunat Raya


Tahun kedua Selepas hijrah

12 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Kelebihan
Malam Raya

“Sesiapa yang menghidupkan dua malam hari raya


(Aidiladha dan Aidilfitri) kerana mengharapkan ganja-
ran kerana Allah. Maka hatinya tidak akan mati pada
hari di mana matinya hati-hati (manusia).”

(Riwayat Ibnu Majah)

5 Malam Nisfu 5 Malam


Syaaban Jumaat
5
malam
doa
dimakbul-
5 Malam
5 Malam Aidilfitri
Pertama bulan kan
Rejab

5 Malam Aidiladha
(Imam as-Syafie)

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


13
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Solat Sunat

Aidilfitri
Hukum
x Hukumnya adalah Sunat Muakkad
x Hal ini kerana Rasulullah Sollalahu ‘Alaihi wa
Sallam tidak pernah meninggalkannya.
x Para sahabat Radhiyallahu ‘Anhum juga
melaksanakannya selepas kewafatan baginda.
x Ia dilaksanakan secara berjemaah

Waktu
x Waktunya bermula dari terbitnya matahari
sehingga tergelincirnya matahari.
x Waktu afdhal ialah ketika matahari naik seka-
dar tinggi segalah.

14 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Cara Solat
Lafaz Niat
(Makmum)

Lafaz rumi: Usolli sunnata li‘idil fitri rak’ataini


ma’muman lillah Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua


raka’at mengikut imam kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat
(Imam)

Lafaz rumi: Usolli sunnata li‘idil fitri rak’ataini


imaamam lillah ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku solat Sunat Aidilfitri dua


raka’at sebagai Imam kerana Allah ta’ala

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


15
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Rakaat Pertama
1. Dimulakan dengan takbiratul ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Bertakbir sebanyak 7 kali.
4. Ketujuh-tujuh takbir ini dipisahkan di antara
satu sama lain.
5. Disunatkan membaca tasbih di antara tak-
bir-takbir tersebut.
6. Lafaz tasbih:

Lafaz rumi: SubhanAllah Walhamdulillah Wa La Ilaha


Ilallahu Wallahu Akbar

7. Membaca isti’azah

Lafaz rumi: A`udhu billahi min ash-shaytan ar-rajim

8. Membaca surah al-Fatihah diikuti dengan


membaca mana-mana surah dalam al-Quran.
9. Rukuk & iktidal.
10.Sujud, duduk di antara dua sujud & sujud
semula.
11.Bangkit untuk rakaat kedua.

16 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Rakaat Kedua
1. Bertakbir sebanyak 5 kali iaitu tidak termasuk
lafaz takbir ketika bangun rakaat pertama.
2. Kelima-lima takbir itu dipisahkan di antara
satu sama lain.
3. Disunatkan membaca tasbih diantara tak-
bir-takbir tersebut.
4. Lafaz tasbih:

Lafaz rumi: SubhanAllah Walhamdulillah Wa La Ilaha


Ilallahu Wallahu Akbar

5. Membaca isti’azah

Lafaz rumi: A`udhu billahi min ash-shaytan ar-rajim

6. Membaca surah al-Fatihah diikuti dengan


membaca mana-mana surah dalam al-Quran.
7. Rukuk & iktidal.
8. Sujud, duduk antara sujud & sujud semula.
9. Tahiyyat akhir & memberi salam.
10. Diikuti dengan dua khutbah Hari Raya.

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


17
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Lafaz Takbir
Hari Raya

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala puji bagi Allah se-
banyak-banyaknya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang

18 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Tidak ada Tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali


kepadaNya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci
oleh golongan kafir

Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, Yang benar janji-Nya,
Dan yang menolong hamba-Nya, dan yang memuliakan ten-
tera-tenteraNya (tentera Muslimin), dengan mengalahkan tentera
Ahzab dengan keesaan-Nya

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar

Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


19
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Khutbah
Hari Raya
Sunat disampaikan 2 khutbah setelah
x selesai Solat Sunat Hari Raya.

Jika disampaikan khutbah sebelum solat,


x maka ianya tidak diambil kira.

Semua rukun dua Khutbah Jumaat dan


x sunat-sunatnya adalah terpakai kepada
khutbah Solat Sunat Hari Raya.

Khutbah pertama, sunat dimulakan den-


x gan 9 kali takbir dan khutbah kedua
dengan 7 kali takbir.

20 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Perkara-perkara Sunat
Menyambut Aidilfitri

Mandi Sunat Memakai Pakaian Merapatkan Hubungan


Hari Raya yang Terbaik Silaturrahim

Banyakkan Takbir Menghidupkan Makan di rumah


Malam Raya dengan Sebelum
Ibadah Solat Sunat Aidilfitri

Saling Mendoakan Puasa 6 Hari di Melakukan


antara satu sama Bulan Syawal Banyak Amalan
lain Sedekah

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


21
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Panduan
Puasa Enam
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian
meneruskan dengan enam hari di Bulan Syaw-
al sepertinya dia berpuasa selama setahun.”

(Riwayat Imam Muslim)

1 Disunatkan bagi sesiapa yang telah


menyempurnakan puasa Ramadan untuk
mengikuti puasa tersebut dengan Puasa
Enam Syawal.

2 Disunatkan, bahkan afdal berpuasa ber-


turut-turut pada awal bulan Syawal se-
jurus selepas Hari Raya Pertama.

3 Jika seseorang itu tidak berpuasa secara


berturut-turut atau melewatkannya, huku-
mnya adalah harus dan ia juga mendapat
pahala Puasa Sunnah Enam Syawal.

22 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Ucapan
Hari Raya

Ibnu Hajar menyatakan bahawa dalam Kitabnya Fathul Bari,


daripada Jubair bin Nufair berkata bahawa para Sahabat Ra-
sulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila mereka bertemu
pada Hari Raya, mereka saling mengungkapkan ucapan

“Taqqabalahu Minna Wa minka


(Semoga Allah menerima amalan dari-
pada kami dan kamu).”

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


23
BUKU KECIL PANDUAN HARI RAYA

Nasihat Umum
Mengurangkan Risiko
jangkitan COVID-19
Ketika Berhari Raya

Kerap mencuci tan- Menyediakan hand Jika berkumpul secara


gan dengan air dan sanitizer bagi memas- fizikal, sentiasa ber-
sabun atau menggu- tikan tetamu mencuci waspada dan menjaga
nakan hand sanitizer. tangan sebelum men- kebersihan.
jamu selera.

Digalakkan memakai Kurangkan sentuhan Menyahkuman per-


pelitup muka khasnya fizikal dan elakkan kakasan makanan dan
di kawasan tertutup bersalam-salaman meja hidangan den-
dan buka hanya keti- bagi yang mempunyai gan semburan nyahku-
ka menjamu selera. gejala COVID-19. man.

Untuk SOP kesihatan terkini, layari laman web


www.mkn.gov.my & www.moh.gov.my

24 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)


Tonton Segmen Khas Bicara Tanwir Ramadan: “Jawablah
Ustaz”, “The Ramadan Show” dan “Tazkirah Ramadan”
dan muatturun buku-buku khas Ramadan & Syawal
terbitan ABIM Press.

Jangan lupa juga untuk menyokong inisitiaf amal keba-


jikan kami melalui Kempen Seorang Sekampit Beras
yang digerakkan di seluruh negara. Dapatkan lokasi pu-
sat pengumpulan barang-barang makanan keperluan
asas di sini.

www.sinarramadan.com
“Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kalian”

SELAMAT HARI RAYA

Aidilfitri

You might also like