You are on page 1of 4

TERHAD

SURAT PERINGATAN
(S BTI)

Samb 2051

Oktober 21

31RAD/G3/1/20/224

Lihat Agihan

ARAHAN LATIHAN JALAN LAJU 15 KILOMETER BATERI SIERRA REJIMEN KE 31


ARTILERI DIRAJA

Rujuk:

A. Arahan Latihan Panglima GAPU Tahun 2021/2022 bertarikh 15 Jan 2021.


B. Arahan Latihan Pasukan 31 RAD Tahun 2021 bertarikh 1 Jan 2021.
C. Direktif Latihan Panglima Tentera Darat Tahun 2019-2022 bertarikh 13 Dis 18.
D. PROTAP Latihan Pemerintahan Medan No 23.

AM

1. Bateri Sieraa 31 RAD akan melaksanakan Latihan Jalan Laju (UJL) 15 km di kawasan
pasukan 31 RAD, Kajang pada 13 higga 15 Sep 2021. Latihan ini melibatkan semua peringkat
anggota bateri termasuk kumpulan sokongan dari anggota BE, LE, dan dalam rawatan.

TUJUAN

2. Arahan ini dikeluarkan adalah untuk menekankan objektif dan sebagai garis panduan bagi
pelaksanaan latihan UJL 15 km.

OBJEKTIF

3. Objektif latihan adalah seperti berikut:

a. Menguji ketahanan mental dan keupayaan fizikal semua peringkat anggota.

b. Menguji keupayaan pemimpin pertengahan dalam aspek perintah dan kawalan.

c. Meningkatkan semangat setiakawan dan kerjasama di dalam kumpulan.

d. Menguji sistem daya berfikir dan keupayaan badan dalam kebolehan bertindak
semasa keadaan tertekan.

e. Menilai keberkesanan latihan jasmani pasukan bagi tahun 2021.

TERHAD
TERHAD

PELAKSANAAN LATIHAN

4. Pelaksanaan Latihan. Setiap kumpulan berkekuatan tidak melebihi 9 orang diketuai oleh
seorang PTT Kanan.

5. Tempoh Masa. Masa yag telah ditetapkan untuk latihan ini adalah kategori Lelaki 15 km
dalam tempoh 180 minit manakala bagi wanita 210 minit.

6. Penyertaan. Semua peringkat anggota akan melaksanakan latihan ini kecuali anggota yang
taraf kesihatannya dikategorikan BE/LE dan dalam rawatan (Mempunyai surat pengesahan Pegawai
Perubatan). Tetapi anggota ini akan dimasukkan dalam kumpulan sokongan dalam pelaksanaan
latihan ini. Bagi anggota setiap Cwg/Sel yang tidak dapat melaksanakan latihan pada tarikh yang
ditetapkan atas sebab-sebab tertentu, anggota tersebut akan melaksanakan latihan pada satu tarikh
yang akan dimaklumkan kemudian.

7. Undang-Undang dan Peraturan. Mengutamakan keselamatan dan mengikut arahan


daripada Ketua dan Penolong Ketua Kumpulan.

8. Penugasan. Penugasan adalah seperti berikut:

a. Pegawai Penyelaras - Bateri Kapten

b. Pen Pegawai Penyelaras - Penolong Pegawai Pos Rintah S Bateri.

c. Pentadbiran dan logistik - BKMS

d. Penjaga Check Point (CP) - Diketuai 1144457 Sjn Mohd Shalihin bin
Mohamad dan kumpulan BE, LE dan rawatan.

9. Tempat Berkumpul. Semua anggota dikehendaki berbaris di Padang Kawad 31 RAD


setiap hari pada jam 2000H dan lengkap dengan peralatan FSMO dan senjata.

10. Anggota Base Everywhere (BE), Light Everywhere (LE) dan Dalam Rawatan.
Dikehendaki berbaris bersama senjata masing-masing tanpa beg pack loreng.

11. Gambar Rajah Pelaksanaan. Gambar Rajah Pelaksanaan seperti di Kembara A.

12. Check Point (CP). CP akan ditempatkan di Gudang Peluru, Kompleks KM dan Balai
Pengawal RKAT bagi memantau pergerakan anggota supaya menggunakan laluan yang betul dan
melapor perkembangan.

13. Pakaian. Pakaian semasa latihan tersebut adalah pakaian No.5 dan FSMO lengkap di
Kembaran B.

14. Senjata. Senjata persendirian M4 Carbine beserta satu kelopak kosong dan tali sling.

15. Ambulans. 1 x kenderaan D-max sebagai ambulan disediakan oleh Sarjan Kenderaan Bateri
sepanjang latihan dilaksanakan.

16. Perubatan. 2 x Ordeli Perubatan dari PPAT pasukan ditugaskan semasa latihan ini
dilaksanakan dan First Aid Box hendaklah dibawa bersama.

TERHAD
TERHAD

17. Arahan Am Keselamatan. Setiap anggota dikehendaki mematuhi perkara-perkara seperti


berikut.

a. Menentukan keselamatan peralatan, senjata dan diri masing-masing.

b. Tidak menaiki kenderaan awam atau tentera.

c. Tidak mengheret beg galas dan senjata.

d. Hanya melalui jalan-jalan yang ditetapkan.

e. Mematuhi arahan Ketua dan Pen Ket Kumpulan.

18. Taklimat Latihan. Taklimat terperinci akan disampaikan oleh Bateri Kapten S Bateri
dibantu oleh Jurulatih Jasmani Pasukan.

19. Kawalan Pencegahan Wabak COVID-19. Peraturan tambahan bagi pelaksanaan Latihan
Jalan Laju bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah seperti berikut:

a. Kekuatan maksima hanya 9 orang sebilang masa.

b. Penjarakan sosial sejauh 1 meter setiap orang dan langkah-langkah pencegahan ini
telah dipatuhi.

c. Pemakaian Face Mask dan penggunaan hand sanitizer adalah diwajibkan bergantung
kepada jenis latihan serta pemeriksaan suhu dilaksanakan sebelum perbarisan.

d. Formasi taktikal setiap seksyen di dalam platun tersebut hendaklah dipraktikkan bagi
mengekalkan penjarakan sosial.

e. Latihan/Ujian boleh dilaksanakan 2 atau 3 kali dalam masa sehari bergantung kepada
kekuatan keanggotaan dan masa.

20. Keselamatan Lalu Lintas.

a. Kawalan keselamatan lalu lintas di sepanjang laluan semasa latihan akan


dilaksanakan oleh Kumpulan BE, LE dan dalam rawatan diketuai oleh 1144457 Sjn Mohd
Salihin bin Mohamad.

b. Taklimat keselamatan akan diberikan sebelum latihan bermula.

c. Bendera merah di hadapan dan belakan kumpulan UJL.

d. Walkie Talkie diisukan kepada kumpulan kawalan keselamatan dan anggota


perubatan.

e. Lampu LED hendaklah terpasang di beg galas.

TERHAD
TERHAD

PENUTUP

21. Keberkesanan latihan tercapai melalui sikap positif dan semangat kerjasama dari semua
peringkat anggota serta meningkatkan ketahanan mental dan fizikal.

"GAGAH SETIA"

KAMARUDDIN BIN HAMZAH


Kapt
Bateri Kapten

Kembaran:

A. Gambar Rajah Pelaksanaan.


B. Senarai Full Service Marching Order (FSMO).

Agihan:

Luar:

Tindakan:
Latih

Maklumat:

MK Rej
(Untuk Perhatian: Latih)

Dalam:

Tindakan:

Senarai A

TERHAD

You might also like