You are on page 1of 3

Kesan-kesan

Pencemaran
Sungai

Kumpulan 3
Chin Li Ying, Jessie Shim, Mavreen
Cassandra, Dayang Aleeya, Nur Afiah
Antara kesan pencemaran sungai ialah
merugikan kewangan negara, kerana kos untuk
merawat bekalan air domestik meningkat.
Pengeluaran duit akan terbazir kerana lebih perlu
disalurkan untuk pembangunan negara.

Selain itu, kesihatan kita juga akan terjejas.


Ketiadaan sumber air yang bersih akan
menyebabkan penyebaran penyakit. Ini akan
menyebabkan penyebaran bakteria, virus dan
parasit melalui bahan buangan. Dengan itu,
penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut
dan keracunan makanan meningkat.

Di samping itu, pencemaran sungai akan


menjejaskan sumber pendapatan nelayan kerana
habitat ikan akan terancam dan menyebabkan
ikan berpindah dari situ. Misalnya, pembuangan
toksik di sungai menjejaskan sumber pendapatan
utama penduduk sekiranya bekerja sebagai
nelayan.

Akhir sekali, aktiviti rekreasi juga tidak lagi


sesuai. Bau yang busuk menggangu orang yang
datang ke situ. Sungai yang tercemar juga tidak
dapat digunakan sebagai tempat menenangkan
minda.

Kesimpulannya, kita perlulah menjaga sungai


kerana sungai merupakan khazahnah alam yang
penting bagi semua kehidupan.

You might also like