You are on page 1of 3

JAMUAN KELAS RK 12/2/2023 (AHAD)

Pendaftaran

Mengumumkan ketibaan yang berusaha Tuan Haji Khairunnaim bin Abdul Samat, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, barisan pentadbir dan guru-guru.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera,


Salam Jatians Excellent dan Salam RK Contributor.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Khairunnaim bin Abdul Samat
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Yang Berusaha,
Puan Intan Rozana binti Mohamad Khalil
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Yang Berusaha,
Puan Arazma binti Musha
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaaan Jati.

Yang Berusaha,
Puan Marliza binti Abu Bakar
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Yang Berusaha,
Puan Yusneza binti Yussuf
Penolong Kanan Petang Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.

Guru-guru yang dihormati serta rakan ii yang disayangi sekalian.

- Hery Adam Hadhari (3 Gamma)


Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita berkumpul dan meraikan
Jamuan Akhir Tahun kelas Rancangan Khas tingkatan 2 dan 3 sesi 2022 & 2023.

Bagi memberkati majlis kita pada petang yang baraqah ini, dijemput Saudara _____________
untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Yang Berusaha, Tuan / Puan _________________
untuk memberi ucapan. Majlis dengan sukacita mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan / Puan _________________ atas
ucapan sebentar tadi.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Majlis menjemput semua hadirin untuk menjamu selera dengan santapan yang disediakan.

( 25 menit )

(SESI JABUTAN BERTUAH)


- Jemput Yang Berusaha
- Masukkan slot-slot mengikut turutan
- Bahasa Jaga, spontan… tapi jangan santai sangat.

- Hery Adam Hadhari (3 Gamma)


Majlis sudah sampai ke penghujung, kami daripada pihak majlis memohon ribuan kemaafan
jika mempunyai sebarang kekurangan.

Sayang kumbang mencari


makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami
ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Mohon maaf kami hulurkan,
Moga diiring restu ilahi.

Sekian, wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmtullahi taala wabarakatuh.

- Hery Adam Hadhari (3 Gamma)

You might also like