You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA.

 Yang Berusaha Puan Guru Besar, Puan Suhaili Binti Abdul Rasap,
 Yang Dihormati Barisan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Umi Kalsom Binti Haji Buang – Penolong Kanan Pentadbiran.
.2) Pn. Noraini Binti Harun – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
.3) Encik Mohd Ridzuan Bin Mat – Penolong Kanan Kokurikulum.
 Yang Dihormati Guru-guru Cemerlang SK Perempuan Durian Daun.
 Dan tidak lupa kepada rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada
pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan
saudari______________ untuk melafazkan doa.

HABIS DOA
 Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari ______________ atas
bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Melaka dan
lagu Sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia.
IKRAR RUKUN NEGARA
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Rukun Negara, majlis menjemput
saudari _____________ untuk mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

SELEPAS IKRAR
 Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang
dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.
Untuk Makluman, guru yang bertugas sepanjang minggu ini ialah:

.1) ___________________________________________________________
.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________

UCAPAN GURU BERTUGAS


Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

HABIS UCAPAN
 Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas ucapan
yang disampaikan tadi.

UCAPAN PENTADBIR.
Seterusnya, majlis mempersilakan
1) Puan Suhaili Binti Abdul Rasap – Guru Besar Sek. Keb Perempuan Durian
Daun
2) Pn Umi Kalsom Binti Haji Buang – Penolong Kanan Pentadbiran.
3) Pn. Noraini Binti Harun – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) Encik Mohd Ridzuan Bin Mat – Penolong Kanan Kokurikulum.
untuk menyampaikan ucapan.

HABIS UCAPAN
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan Puan Guru Besar/ Guru Penolon Kanan sebentar tadi. Semoga
nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan
kecemerlangan.

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kepada Puan Guru Besar, Semua Guru Penolong Kanan dan guru-
guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Semua rakan murid boleh beredar ke
kelas masing-masing mengikut arahan pengawas yang bertugas.

Sekian, wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waroh matullah hi


wabarokatuh.
Ya Allah……. Ya Tuhan kami……..
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini,
Bagi melahirkan rasa kesyukuran,
Di atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
Di atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah tuhan yang maha bijaksana,


Bukakanlah hati-hati kami,
Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan dari guru-guru yang kami kasihi.

Ya Allah ya Rohim,
Jadikanlah negara kami sebuah negara,
Yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

You might also like