You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas. (Semua pelajar diminta beratur mengikut kelas masing-masing)
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan. (Semua pelajar diminta meletakkan beg di sebelah kanan)
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

MENGUMUMKAN KETIBAAN BARISAN PENTADBIR SMK BAYAN LEPAS. SEMUA GURU DAN PELAJAR DIMINTA
BERDIRI.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Puan Pengetua, Puan Fatimah Salini binti Jaapar


Yang Dihormati,
Penolong Kanan Pentadbiran: Puan Hasnah bt. Haji Tamin
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:
Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Zakiah binti Zain
Guru-guru kanan, Yang Dikasihi lagi disayangi, guru-guru dan pelajar sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA,
maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara ______________ untuk
melafazkan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi .

NYANYIAN DAN IKRAR.


Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu Sekolah.
Semua guru dan pelajar dipersilakan berdiri.
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan pelajar di atas nyanyian sebentar tadi.

Seterusnya, saya mempersilakan saudara ______________ untuk bacaan ikrar Rukun Negara dan bacaan ikrar
sekolah.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan ikrar sebentar tadi.
Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS.


Seterusnya, saya mempersilakan Guru Bertugas pada minggu lepas, Encik/Puan ____________________
untuk memberikan laporan bertugas mingguan.
Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang disampaikan tadi.
PENGUMUMAN
.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________
.2) Lain-lain pengumuman jika ada

UCAPAN GURU LAIN (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan ____________________untuk memberikan ucapan.
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

UCAPAN PENTADBIR. (PERLU PASTIKAN SIAPA YANG AKAN BAGI UCAPAN SEBELUM MAJLIS BERMULA)
Seterusnya, saya mempersilakan Penolong Kanan Kokurikulum Puan Zakiah binti Zain untuk menyampaikan
maklumat berkaitan Kokurikulum. Dipersilakan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas maklumat yang disampaikan oleh Penolong
Kanan Kokurikulum itu tadi.

Seterusnya, saya mempersilakan Penolong Kanan HEM ___________________________untuk menyampaikan


maklumat berkaitan HEM. Dipersilakan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas maklumat yang disampaikan oleh Penolong
Kanan HEM itu tadi.

Seterusnya, saya mempersilakan Penolong Kanan Pentadbiran: Puan Hasnah bt. Haji Tamin untuk
menyampaikan maklumat berkaitan Kurikulum. Dipersilakan
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran itu tadi.

Seterusnya, saya mempersilakan Tuan/ Puan Pengetua Puan Fatimah Salini binti Jaapar untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan/ Puan
Pengetua itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan
kecemerlangan.

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan
Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan, guru-guru dan pelajar yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita
akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

SUBHANAKALLAH HUMMAWABIHAMDIKA ASHADU LA ILA HAILLA ANT


ASGHTAFIRUKA WA ATUBUILAIK …………sambung baca Surah Al-Asr……………….

Semua pelajar diminta tunggu dan bersedia untuk naik ke kelas mengikut guru kelas masing-masing. Saya
serahkan kepada guru bertugas.

You might also like