You are on page 1of 11

1.

UCAPAN ALUAN DAN SALUTASI


Yang Berusaha Encik Che Rozi bin Hassan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1)

Puan Hasiah binti Saad, Penolong Kanan Kurikulum

Pn Hajah Mazura binti Haji Mohd, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Mohd Shahnezam bin Ali Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum

Encik Ahmad Bustamam bin Mohd Ali, Penolong Kanan Pendidikan Khas
 
Barisan guru, seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Assalammualaikum
dan salam sejahtera.
2. BACAAN DOA
Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis dengan ini
menjemput Saudara _______________________________________
Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

RAKAN-RAKAN DIMINTA UNTUK BERSEDIA, LURUSKAN


BARISAN DAN BERDIRI TEGAK.
3. BACAAN IKRAR
Seterusnya, dijemput pula
Saudara ____________________________________________________
untuk memimpin bacaan Ikrar Sekolah dan Ikrar Rukun Negara. Dipersilakan.
 
(IKRAR SEKOLAH DAN IKRAR RUKUN NEGARA)
 
Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar itu sebentar tadi.
4. NYANYIAN LAGU
Bagi meneruskan perhimpunan kita pada hari ini, majlis seterusnya
menjemput pengawas bertugas untuk mengiringi nyanyian rangkaian tiga
buah lagu iaitu LAGU NEGARAKU, LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN
DAN LAGU SEKOLAH.

Hadirin sekalian diminta untuk berdiri tegak bagi menghormati lagu-lagu ini
serta menyanyikan dengan penuh bersemangat.
 
(NYANYIAN LAGU)
 
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas nyanyian yang sungguh
bersemangat sebentar tadi.
 
RAKAN-RAKAN DIMINTA UNTUK BERSEDIA DAN MELURUSKAN
BARISAN.
5. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN

Seterusnya dijemput _______________________________________ Guru


Bertugas pada minggu ini bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(UCAPAN GURU BERTUGAS)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.


6. UCAPAN DAN LAPORAN GURU BERTUGAS
MINGGU SEBELUM

Bagi meneruskan majlis, majlis dengan ini menjemput


_________________________________________ guru bertugas minggu
lepas untuk menyampaikan laporan sepanjang minggu lalu. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
 
(UCAPAN/LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU)
(PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KELAS)
 
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
7. PENYAMPAIAN HADIAH/MAJLIS PELANCARAN

Seterusnya, Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu
________________________________ untuk meneruskan upacara
seterusnya.
Dengan segala hormat, dipersilakan.
 
(PENYAMPAIAN HADIAH / MAJLIS PELANCARAN )
 
8. UCAPAN PENTADBIR

Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha ________________________________ Penolong Kanan
________________________ untuk menyampaikan ucapan.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.
 
(UCAPAN PENOLONG KANAN)
 
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
9. UCAPAN GURU BESAR
Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Encik
Che Rozi bin Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint
18(1) untuk menyampaikan ucapan serta amanat beliau. Dengan penuh
takzim, majlis mempersilakan.
(UCAPAN DAN AMANAT GURU BESAR)
Majlis merakamkan ucapan penghargaan terima kasih buat Yang Berusaha
Guru Besar atas ucapan serta amanat yang disampaikan sebentar tadi. Diharap
rakan-rakan sekalian dapat mengambil berat atas segala amanat serta pesanan
yang disampaikan sebentar tadi.
10. PENUTUP
Perhimpunan kita pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya. Kita tangguh
perhimpunan kita pada hari ini dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

TASBIH KAFARAH SURAH AL ASR

Sekian, terima kasih.


TEKS PENGACARA
MAJLIS
PERHIMPUNAN
MINGGUAN
SK PUTRAJAYA PRESINT
18(1)

EMCEE :
PENGAWAS BERTUGAS

You might also like