You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

Nota :
1. Semua murid diminta beratur mengikut kelas.
2. Berikan arahan baris… Baris sedia… Senang Diri

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan/Puan ________________________________Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Haji Nyak


Gam .

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;


1) Encik Abdul Wahab Bin Hamid- Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
2) Encik Mohd Asri Bin Shuib –Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Encik Maliki Bin Zakaria– Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
4) Encik Ahmad Izham Bin Ismail – Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang Dikasihi lagi disayangi, barisan para guru ,dan staf serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA,
maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, majlis mempersilakan saudara ___________________ untuk
melafazkan doa.

Habis Doa
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

NYANYIAN
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah,
Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia .

Selepas Nyanyian
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi. Semua guru dan pelajar
dipersilakan duduk.

Untuk Makluman, guru yang bertugas sepanjang minggu ini ialah:

1.________________________________________________________________

2.________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________
LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LALU.
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu ___________________________ untuk memberikan laporan bertugas
mingguan, sepanjang minggu lalu. Dipersilakan.

Selepas Laporan
Terima kasih Cikgu ________________________________atas laporan yang disampaikan tadi.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI


Majlis diteruskan lagi dengan dengan mempersilakan Cikgu _______________________ untuk mengupas tajuk
/ memberikan sedikit mutiara kata pada minggu ini. Dipersilakan.

Habis Ucapan
Terima Kasih Cikgu.

UCAPAN GURU LAIN (JIKA ADA)


Meneruskan kelangsungan acara majlis, mempersilakan mana-mana guru _____________________________
untuk memberikan ucapan. / meneruskan program seterusnya.

Habis Ucapan
Terima kasih Cikgu.

UCAPAN PENTADBIR
Seterusnya, majlis mempersilakan
1)……………………………………………………………….- Guru Besar SK Haji Nyak Gam
2) …………………………………………………………… - Penolong Kanan Pentadbiran.
3) ……………………………………………………………. – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4) ……………………………………………………………. – Penolong Kanan Kokurikulum.
5) ……………………………………………………………... – Penolong Kanan Pendidikan Khas
untuk menyampaikan ucapan.

Habis Ucapan
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar /
Guru Penolong Kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk ke
arah kecemerlangan.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH


Guru dan murid sekalian, Sebelum berakhirnya majlis, marilah sama-sama kita nyanyikan lagu sekolah.
Semua guru dan murid diminta berdiri dan bersedia.

BERSURAI.
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, Semua murid boleh beredar ke kelas masing-masing.

Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi wabarokatuh.

You might also like