You are on page 1of 4

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak SKCSS

Bismillahirrahmanirrahim..
Yang berusaha, Puan Hajah Auzariah binti Haji Abdullah, Guru Besar, SK Convent Sentul (1),
Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan, SK Convent Sentul (1)
Puan Zaharah bt Zakaria, Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum,
Puan Noorveda bt Hashim, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Puan Roshamiza Adilah bt Abdullah , Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Guru-guru SK Convent Sentul 1,
Seterusnya, ,murid-murid yang dikasihi sekalian..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan salam sejahtera..
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria
Alhamdulillah, tangan ditadah menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Al-Aliey, Tuhan Yang
Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada pagi ini bagi meraikan
hari kanak-kanak peringkat sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 .
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepada-Nya,
Majlis dengan ini, mempersilakan Ustaz Mohd Hamidi bin Haris untuk memimpin bacaan doa.
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Hamidi bin Haris atas
bacaan doa sebentar tadi.
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Majlis seterusnya, mempersilakan Puan Hajah Auzariah bt Haji Abdullah, Guru Besar SK Convent
Sentul 1, untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dipersilakan..
Buah Longan beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Auzariah bt Haji Abdullah atas ucapan itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Murid Terbersih, Anugerah Murid Harapan,
Anugerah Murid Cemerlng Sahsiah dan Anugerah Kelas terbersih Keseluruhan Thp 1 & 2:

Majlis dengan ini mempersilakan _______________________ diiringi _____________________


untuk menyampaikan Anugerah.
Bagi Anugerah Murid Terbersih _____ dimenangi oleh:
Seterusnya, Anugerah Murid Harapan, _______
Seterusnya, Anugerah Murid Cemerlang Sahsiah, _____
Seterusnya, Anugerah Kelas Terbersih Keseluruhan Tahap 1 & 2 _______
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Adik Siti Fatimah Azzahra daripada kelas 1 Jujur untuk
Memperdengarkn bacaan ayat suci al-Quran: ______ Dipersilakan........
..
SodaqalLahul azhim. Terima kasih diucapkan kepada adik Siti Fatimah azzahra atas bacaan ayat suci
al-quran itu tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Adik Nursyuhada Balqis dari kelas 1 Mulia untuk
mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk: ___________________
..
Terima kasih diucapkan kepada adik Nursyuhada Balqis.
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menghayati lagu sahabat yang akan dipersembahkan oleh
adik Iwanisya___________ daripada kelas 1 Jujur.
..
Terima kasih diucapkan kepada adik Iwanisya___________ atas persembahan itu td.
Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid Tahap 1, untuk membuat persembahan Pakaian
Beragam. Dipersilakan........
..
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik Tahap 1 membuat persembahan. Semoga sidang hadirin
terhibur........
Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan koir oleh murid-murid Tahap 2.
.
Begitulah merdunya suara kakak-kakak tahap 2 sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada ..


Dengan ini majlis mempersilakan _____________ diiringi ____________________

Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi.


maka, berakhirlah majlis kita pada hari ini.
SELAMAT HARI KANAK-KANAK.. semoga berJumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah..
Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.
Sekian, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.

You might also like