You are on page 1of 2

Assalamualaikum WBT.

Yang berusaha Pn Julaiha bt Mohd Zain, Guru Besar SK Kepis (Felda),


Yang Dihormati Pn Hasnah bt Abd Ghani, Guru Penolong Kanan Kurikulum,
En. Zainuddin bin Adon, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Nik Jamilah bt Nik Salim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput ______________________ untuk membacakan doa.

(doa dibacakan)

_____________________________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ di atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya dijemput Mohd Syazrul bin Mohd Saad untuk memberikan ucapan sebagai wakil murid-
murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.

(ucapan wakil murid)

Terima kasih diucapkan kepada Mohd Syazrul bin Mohd Saad di atas ucapan beliau sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh guru besar. Oleh itu, dijemput Pn. Julaiha bt Mohd Zain untuk
menyampaikan sepatah dua kata.

(ucapan guru besar)

_____________________________________________________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Julaiha bt Mohd Zain di atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah masanya untuk penyampaian cenderamata perpisahan kepada murid-murid tahun 6
serta guru-guru yang mengajar tahun 6. Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn.
Julaiha bt Mohd Zain untuk menyampaikan cenderamata.

(penyampaian cenderamata, rujuk senarai nama penerima cenderamata)


Terima kasih diucapkan kepada Pn Julaiha bt Mohd Zain di atas penyampaian cenderamata sebentar
tadi.

Seterusnya majlis akan diteruskan dengan persembahan daripada murid-murid tahun 6. Oleh itu
dijemput semua murid-murid tahun 6 ke pentas untuk memberikan persembahan.

(persembahan murid tahun 6)

Terima kasih diucapkan kepada murid-murid tahun 6 di atas persembahan sebentar tadi.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru-guru yang telah mendidik dan mengajar kami selama
ini. Sebagai penutup, saya sampaikan dua rangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,


boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu jamuan makan. Dijemput semua hadirin menjamu selera dengan
juadah yang telah disediakan.

(MAKAN)

You might also like