You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6

SK LANAI 2018

Bismillahhirrahmannirrahim

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang dialukan,

1) - Yang Berbahagia, Encik ________________________, Pegawai


___________________________________________________________,
-Ydp Pibg Sk Lanai, En Tuny /L Amir
- Yang Berusaha Puan Guru Besar Sk Lanai, Puan Halimaton Binti Hashim,
-Yang Dihormati, Gpk 1, En Zuber Bin Omar,
-Gpk Hem, En Tuyut A/L Laboh,
-Gpk Kokurikulum, Tuan Haji AMir Bin Ishak,
- Para ibu bapa, tuan-tuan, puan-puan, para hadirin dan seterusnya murid-
murid Tahun 6 yang dikasihi sekalian
2) Assalamualaikum WBT, Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran


kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersama-
sama dalam Majlis Perjumpaan Ibu Bapa dan pewaris Murid Tahun 6, SK Lanai
Tahun 2018.

Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan


budi terima kasih diatas kesudian tuan puan, para ibubapa kerana dapat hadir pada
pagi ini Semoga sokongan ibu bapa pada pagi ini dapat memberi impak yang besar
kepada anak-anak kita yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Memulakan atur langkah majlis, Marila sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku,
negeri Pahang, dan lagu sekolah. Semua hadirin, dipohon berdiri.

1
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi, hadirin dipersilakan
duduk.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Para hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput
En Mohd Razif Bin Abu Hasan, untuk mengetuai bacaaan doa. Dipersilakan.
Terima kasih saudara razif atas bacaan doa itu tadi.

Dari kedah ke kuala perlis


Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati
Majlis menjemput kumpulan nasyid ________________________ sk lanai untuk
menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk ____________________, dipersilakan.

Terima kasih kumpulan ____________ atas persembahan yang bertenaga itu tadi.

3) Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam hari
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam.

Majlis menjemput YDP PIBG SK Lanai, en tuny a/l amir untuk memberikan sepatah
2 kata. Dipersilakan. Terima kasih en tuny atas ucapan tersebut.
Pergi ke kota beli selasih
Sayang si dara buat halwa
Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Puan guru besar, puan halimaton
binti hashim. Dipersilakan. Terima kasih puan guru besar atas ucapan tersebut.

2
Duduk sekawan si burung unta
Tepi keramat di waktu malam
Padamu tuan kami meminta
Kata azimat penutup kalam.

Majlis dengan penuh hormatnya menjemput encik


___________________________________________________________________
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Terima kasih encik
____________________ _____________________________atas ucapan tersebut.

4) Sehabis merah daun yang sihat


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis kita mohon berehat
Persembahan murid kita saksikan

Majlis menjemput, adik Mohd Zahin Bin Abu Bakar, Johan pertandingan bercerita
murid orang asli carnival bahasa melayu zon jelai. Dipersilakan, Terima kasih adik
mohd zahin atas persembahan yang menarik itu tadi.

5) hadirin sekalian, Majlis pada pagi ini diteruskan lagi, dengan sesi Bacaan
Ikrar Lafaz Akujanji Murid-Murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun
2018 ini. Lafaz Ikrar ini akan diketuai oleh
_____________________________________________. Semoga apa yang
dilafazkan oleh anak-anak kita tadi dapat dikotakan dan direalisasikan.

6) Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi menandatangani dokumen aku


janji. Dalam sesi ini, para ibu bapa dan murid-murid tahun 6 akan
menandatangani surat aku janji masing-masing. Dipersilakan.

7) Hadirin sekalian, sebagai tanda terima kasih di atas kesudian En


_________________ Dan Ydp Pibg Sk Lnai, En Tuny A/L Amir meluangkan
masa bersama2 kita pada pagi ini, majlis berbesar hati memberikan
cenderahati tanda kenangan. Justeru itu majlis dengan segala hormatnya
menjemmput Yang Berusaha Puan Guru Besar Sk Lanai, diirigi oleh Gpk1,
En Zuber Bin Omar untuk memberikan cenderahati kepada En
___________________ Dan Ydp Pibg. Dipersilakan.

3
8) Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi maka tibalah masa
kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis menyusun
sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terlanjur kata.

Kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih;
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Tuan puan dipersilakan untuk menjamu selera juadah yang telah tersedia.
Mohon undur diri daripada kami, panjang umur berjumpa lagi. Dengan ini,
saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WB..

You might also like