You are on page 1of 4

TEKS UCAPAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SK TAMAN

DESA JAYA

Bismilllahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum…

Yang dihormati Puan Hamidah Bt Maarof, Guru Besar SK Taman Desa Jaya,

Puan Rafadzilah bt Abd Rahim, Guru Penolong Kanan 1,

Puan Dara bt Khamis,GPK Hal Ehwal Murid,

Puan Ooi Mei Gek ,GPK Ko-kurikulum, barisan guru, murid-murid yang dikasihi
sekalian

Hari ini menanam jagung,

Dibawa ke Johor bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan Majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepadaNya

Untuk itu, majlis menjemput Ustaz Ridhwan bin Adnan untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ridhwan atas
bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Puan Hamidah binti
Maarof Guru Besar SK Taman Desa Jaya untuk menyampaikan ucapan perasmian.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis seterusnya diteruskan dengan gimik pelancaran . Dipersilakan


Buah longan beli sekati,

Buat makan di atas jambatan,

Pesanmu cikgu kami ingati,

Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hamidah bt Maarof atas
ucapan serta perasmian itu tadi.

Sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan daripada murid

Acara ini dimulakan dengan persembahan angklung dengan tajuk persembahannya


_____________________________________

Wah, menarik sungguh persembahan mereka. Tahniah kepada guru-guru


pembimbing atas persembahan yang mengasyikkan.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Pakaian Mengikut Tema

murid-murid prasekolah temanya Kostum. Dipersilakan.

Begitulah cilik dan bergayanya adik-adik pra sekolah membuat persembahan


pakaiannya. Semoga hadirin terhibur.

Seterusnya dipersilakan murid tahap 1 dan tahap 2 memperagakan pakaian


mengikut tema Kerjaya, dipersilakan

Sambutan kanak-kanak pada hari ini diteruskan dengan Penyampaian hadiah. Untuk
itu, majlis menjemput Puan Hamidah binti Maarof (Guru Besar) dengan diiringi Puan
Dara bt Khamis (GPK HEM) untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada
pemenang. Majlis dengan hormatnya dipersilakan;
1) Kehadiran penuh bagi tahun 2022
- Nurhannan Qaisara Bt Mohd Khaled Khairol – 2 UM
- Muhammad Fattah Bin Mohd Nazri – 6 UPM
-
2) Pemenang kelas kehadiran terbaik : Kelas 6 UM dengan catatan 91.76%
3) Pemenang keceriaan kelas keseluruhan

Tahap 1
pertama 2 UM
kedua 1 UM
ketiga 3 UKM
Tahap 2
pertama 4 USM
kedua 6 UM
ketiga 4 UM

4) Pemenang Pertandingan Kolaj dan capan sempena hari kanak-kanak


(rujuk lembaran)

5) Pemenang SKTDJ Got Talent : (rujuk lembaran )

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Yang belum dapat
boleh cuba lagi pada masa akan datang

Murid-murid mahukan persembahan lagi?

Ok, persembahan seterusnya adalah persembahan murid tahun 2 iaitu adik Hanna
Fierzana dengan persembahannya yang bernama Joget Bolle Chu Diya.
dipersilakan

Terima kasih diucapkan di atas tarian yang sungguh mengasyikkan. Berikan


tepukan yang gemuruh kepada adik Hanna sekali lagi.

Baiklah tanpa melengahkan masa kita mempersilakan adik Aina Mariam dengan
persembahan nyanyian. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan di atas nyanyian yang sungguh merdu itu tadi. Berikan
tepukan yang gemuruh kepada adik Aina Mariam.
Acara kita diteruskan dengan persembahan jemputan .

Dipersilakan Persembahan Pak Kadut

Wah, hebat sungguh persembahan Pak Kadut ya. Semoga kita semua terhibur.

Untuk Makluman Pak Kadut akan berada di dewan terbuka, Murid yang berminat
untuk membeli belon bolehlah berjumpa denganya

Dengan berakhirnya persembahan daripada Pak Kadut sebentar tadi, maka


berakhirlah sudah acara kita pada hari ini.

Burung kelicap makan padi,

Padi datang dari Medan,

Perut kini sudah berbunyi,

Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di
kelas masing-masing. SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA.

Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Ribuan kemaafan cikgu pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan
majlis ini.

Sekian sahaja. Salam hormat, wabillahit Taufiq Walhidayah Wasalamu’alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

You might also like