You are on page 1of 4

MALAYSIA TECHLYMPICS 2023

Cabaran Bandar Pintar


MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Bandar Pintar

Pertandingan Cabaran Bandar Pintar

Penyertaan Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Peringkat Sekolah, Negeri & Kebangsaan

Penglibatan Terbuka kepada semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia

Bidang 1. IOT
Pengfokusan 2. Matematik
Teknologi 3. Sains
4. Kejuruteraan
5. Reka Bentuk Kreatif & Animasi
6. Cetakan 3D dan Pembangunan

Penerangan Inovasi dan rekabentuk bandar pintar adalah keperluan utama dalam
Pertandingan membangunkan sebuah bandar yang mengoptimumkan fungsi bandar
dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi di samping meningkatkan
kualiti hidup rakyat dengan menggunakan teknologi pintar dan analisis
data. Cabaran Bandar Pintar akan mengumpulkan peserta dari seluruh
Malaysia untuk berinovasi dalam sektor berikut: perumahan,
pengangkutan, kesihatan, air, sistem makanan, pendidikan, jalur lebar,
infrastruktur, tenaga, keselamatan awam dan banyak lagi untuk
menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat. Peserta akan mencari
penyelesaian yang dapat membantu bandar berkembang, beroperasi
dan memenuhi permintaan penduduk sepanjang dekad akan
datang. Peserta akan membina sebuah bandar pintar yang
menyelesaikan masalah penduduk.

Objektif 1. Mendorong dan memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan


Pertandingan peserta.
2. Membina kesedaran mengenai kepentingan rekabentuk produk
dalam pembangunan produk dan kejayaan pasaran.
3. Menyediakan platform untuk peserta mempelajari dan
mengaplikasikan kemahiran dalam penghasilan produk yang
inovatif dan berkualiti tinggi.
4. Memberi ruang untuk pemikiran kreatif dalam mencipta produk
yang lebih baik dan memberi nilai tambah.

Tarikh Tutup 15 Julai 2023


Penyertaan

Mod Pertandingan Peringkat sekolah: Secara online


Peringkat Negeri : Secara online
Peringkat Kebangsaan: Secara Fizikal
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Bandar Pintar

Aktiviti Setiap Sekolah


Peringkat Peserta akan diberi tunjuk ajar mengenai bandar pintar. Pelajar akan
melakarkan idea bandar pintar dan menerangkan fungsinya.
Negeri
Peserta akan diberi bimbingan untuk proses inovasi dan
penambahbaikan idea produk. Di peringkat ini peserta akan
menukarkan idea bandar pintar dalam bentuk virtual.
Kebangsaan
Peserta akan diberi bimbingan untuk proses inovasi dan
penambahbaikan idea produk. Peserta akan dibimbing untuk
membina prototaip menggunakan bahan harian dengan
mengintegrasikan mikro pengawal dan sensor untuk menghasilkan
bandar pintar untuk rakyat Malaysia. Di peringkat ini peserta perlu
membentangkan idea dan prototaip seolah-olah sedang menarik
minat para pelabur.

Penglibatan Guru Peringkat Sekolah: Guru akan membimbing dan menyampaikan


program kepada pelajar.
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Guru akan memantau tugas pelajar.

Keperluan Peringkat Sekolah: Guru perlu mempunyai satu komputer riba sebagai
peranti pembelajaran.
Peringkat Negeri & Kebangsaan: Setiap kumpulan perlu mempunyai
peranti pintar & komputer riba.
1. Pertandingan ini adalah untuk :-
a. Kategori Sekolah Rendah (Tahun 4 sehingga Tahun 6).
b. Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 sehingga tingkatan 5).
2. Penyertaan peserta adalah secara BERKUMPULAN (4 peserta).
Syarat & Peraturan 3. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.
Khas Pertandingan 4. Sijil penyertaan disediakan kepada setiap peserta pertandingan. Nama
yang tertera pada sijil berdasarkan ejaan sewaktu pendaftaran dalam
talian.
5. Wakil sekolah ke peringkat seterusnya, dibenarkan dalam kalangan
peserta yang telah mendaftar dan guru pembimbing boleh memilih
peserta terbaik dalam kalangan peserta yang telah mendaftar.
6. Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran TIDAK DIBENARKAN
semasa peringkat negeri dan kebangsaan.
7. Peralatan dan komponen UTAMA dalam pertandingan akan disediakan
oleh pihak penganjur. Sebarang keperluan tambahan daripada peserta
yang difikirkan perlu akan dinyatakan dalam maklumat pertandingan.
8. Penjurian pertandingan akan dibuat berdasarkan skala pemarkahan
yang disediakan oleh pihak penganjur dan keputusan juri adalah
muktamad. Sebarang aduan dan bantahan perlu dimaklumkan pada
ketua juri dengan mengisi satu borang bantahan beserta dengan Wang
Bantahan sebanyak RM300 dalam masa 10 minit setelah pertandingan
tamat. Wang ini akan dipulangkan sekiranya bantahan diterima dan
tidak dipulangkan sekiranya bantahan tidak berasas setelah ditentukan
oleh ketua juri.
9. Kumpulan-kumpulan yang layak ke peringkat kebangsaan akan
diumumkan oleh pihak penganjur.
MALAYSIA TECHLYMPICS 2023
Cabaran Bandar Pintar

LAMPIRAN

You might also like