You are on page 1of 2

Nota Geo T1/HPF

BAB 4 LAKARAN PETA MALAYSIA


4.1 Kedudukan Negeri-negeri di Malaysia
1. Malaysia – terletak di Asia Tenggara
2. Semenanjung Malaysia bersempadan dengan negara
a) Thailand (Utara)
b) Singapura (Selatan)
3. Sabah dan Sarawak – terletak di Pulau Borneo yang bersempadan dengan
a) Kalimantan (Indonesia)
b) Brunei Darussalam
4. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 buah wilayah persekutuan, iaitu :
a) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
b) Wilayah Persekutuan Labuan
c) Wilayah Persekutuan Putrajaya ( Nama Putrajaya diambil bersempena dengan nama
Perdana Menteri yang pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj)

Peta 4.1 Kedudukan Negeri & Wilayah Persekutuan di Malaysia

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) :


 bertanggungjawab memacu pembangunan negara
 berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang ukur dan pemetaan
 menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sebagai asas
pembangunan sosioekonomi dan kedaulatan negara
Nota Geo T1/HPF
4.2. Kedudukan Ibu negeri, Ibu negara dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
1. Kesemua negeri di Malaysia mempunyai ibu negeri masing-masing
2. Ibu negeri berperanan sebagai pusat pentadbiran bagi sesebuah negeri, manakala
ibu negara berperanan sebagai pusat pentadbiran Negara
3. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan :
 Kuala Lumpur -- telah diiktiraf sebagai ibu negara Malaysia pada 1963
-- berfungsi sebagai pusat pentadbiran negara, pusat
perniagaan, kebudayaan dan pusat kewangan.
 Wilayah Persekutuan Putrajaya –pusat pentadbiran kerajaan persekutuan
berpindah ke sini pada tahun 2001

Peta 4.2 Kedudukan Ibu Negeri, Ibu Negara Malaysia & Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan

You might also like