You are on page 1of 9

SJKT THAMBOOSAMY PILLAI ,

JALAN CEMPEDAK, SENTUL , 51100 KUALA LUMPUR


TEL/Fax : 03-40422175

MINIT MESYUARAT HEM BIL 1 2023/2024

TARIKH : 15 Mac 2023 / Selasa


MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
PENGERUSI : Pn.S.Manimegalai
KEHADIRAN : Seperti Lampiran 2 / PK07
URUS SETIA / S/U : Pn. Gawsalya A/P P.N Krishnamurthy
HADIR : 1. THERESA AYYAKKANNU
2. MALARKODI A/P KRISHNAN
3. MANIMEGALAI A/P SUBRAMANIAM
4. KUMARESAN A/L KARUNANEETHI
5.THEVANAY A/P ARUMUGAM
6. KALPANA A/P M. SUBRAMANIAM
7.TAMIL VAHNI A/P NAGAPPAN
8.NIRMALA A/P YEKAMBARAM
9.MALATHI A/P VELLAYITHAM
10.KAVIARASI A/P SELVARAJU
11.HEMA MALINI A/P SARMOGAM
12.DEENARATCHAGI A/P GUNASAGARAN
13.ANBANANTHAN A/L MUNUSAMY
14.RAJESH A/P MOORTHY
15.YOGESWARI A/P MAGALINGGAM
16.VITYAA A/P KRISHNAN
17. RAJAMANI A/P SUBRAMANIAM
18.GAWSALYA A/P P.N KRISHNAMURTHY
19.USHA A/P PANNIR SELVAM
20.PRABUTHARAN A/L CHANDRAN
21.SHARMILI NAIR A/P VARGAVAN
22.PAVITRRA A/P RATHAKRISHNAN
23.USTAZ WAN MOHD IRWAN KHAIRI BIN WAN ISHAK
24.TIBAKARSI A/P KARUNAGARAN

TIDAK HADIR : 1.HANITAH A/P RAMANATHAN ( CUTI TANPA GAJI )


2.ROGINI A/P THEVATHAS ( CUTI BERSALIN )
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan para guru ke Mesyuarat Hem Bil 1


2023/2024.
1.2 Guru Besar mengalu-alukan semua guru Kembali bertugas semula bagi sesi
2023/2024 dan mengingatkan semua guru untuk melaksanakan tugas dengan baik.
Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang
bertungkus lumus untuk menyediakan kelas sebelum pembukaan sekolah.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang Lalu

2.1 Minit mesyuarat Guru bil 4 / 2022 dicadangkan pengesahannya oleh Pn.Nirmala
dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit


3.1 Tiada.

4.0 Pembentangan Kertas Kerja dan Laporan


4.1 Penjawatan
4.1.1 PK Hem Pn.S.Manimegalai telah membentangkan Jawatan kuasa Induk Hal
Ehwal Murid bagi tahun 2023.
Pengerusi :Pn.Theresa Ayyakkannu
Naib Pengerusi 1: Pn.Manimegalai A/P Subramaniam
Naib Pengerusi 2: Pn.Malarkodi A/P Krishnan
Naib Pengerusi 3 : En.Kumaresan A/L Karunaneethi
Setiausaha : Pn.k.Gawsalya A/P P.N Krishnamurthy
4.1.2 Beliau Juga Memaparkan Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
melalui paparan slaid.

4.2 Persediaan Pembukaan Sekolah Sesi Persekolahan 2023 / 2024


4.2.1 3K
 Pn.Manimegalai menerangkan takrifan 3K melalui Power Point.
 Beliau Menerangkan tentang pengurusan keselamatan ,Kebersihan dan kesihatan
Murid.
4.2.2 Beliau menekankan tentang suasana yang bersih,dan selamat untuk meningkatkan
pencapaian akademik murid-murid serta pembangunan sahsiah murid.
4.2.3 Beliau juga meminta jasa baik guru untuk memastikan peralatan seperti kipas dan
lampu dikelas dan bilik khas berada dalam keadaan yang baik.
Makluman: Guru-guru kelas

4.2.4 Beliau juga menyatakan semua alat-alat pemadam api, kekili hos kebakaran dan bilik-
bilik pam air telah diselenggara dan tarikh luputnya tahun hadapan bulan Januari.
4.2.5 Beliau telah meminta setiausaha keselamatan untuk menyediakan pelan kecemasan
dan ia perlu dipaparkan di semua bangunan serta dalam semua kelas dan bilik-bilik
khas.
Tindakan: Pn.Yogeswari

4.2.6 Beliau menyatakan bahawa peti pertolongan kecemasan perlu disediakan untuk
penggunaan semua kelas.
4.2.7 Dari segi kesihatan pula beliau mengingkatkan tentang Penyakit – penyakit yang
mudah dijangkiti di sekolah. Beliau meminta guru agar sentasa peka terhadap
kesihatan murid dan mengambil tindakan segera jika murid mengalami masalah
kesihatan.
4.2.8 Beliau menerangkan tentang penyakit denggi,HFMD,Influenza A (H1N1).Jika Murid
menghadapi penyakit seperti ini maka tindakan segera pembersihan dalam kelas dan
bilik – bilik khas perlu dijalankan .
4.2.9 Seterusnya beliau menerangkan tentang Kempen Minum Air Kosong .Guru Kelas
perlu menggalakkan murid untuk minum air kosong sama ada di sekolah atau
dirumah.Pihak sekolah akan menyediakan water filter di Kawasan kantin untuk
memudahkan murid megisi air di dalam botol
Makluman: Pn.Hema Malini

4.2.10 Beliau berkata bahawa meja di kantin diubahsuai untuk kegunaan murid. Beliau juga
mengatakan bahawa pengusaha kantin dan pekerja-pekerja telah mengambil
suntikkan TY2 dan telah menghadiri kursus pengandalian kantin dan mematuhi
semua peraturan.
4.2.11 Beliau juga memastikan seluruh Kawasan kantin bebas dari tempat pembiakan
LILATISEBUKUCIAN (Lipas,Lalat,Tikus,Semut, Burung,Kucing dan Anai-anai)
4.2.12 Beliau meminta guru kantin untuk memaparkan cetakan waktu rehat, poster 7 langkah
mencuci tangan.
4.2.13 Beliau menyatakan bahawa pihak kantin perlu memaparkan menu dan harga
makanan mengikut perjanjian kantin.
4.2.14 Borang penilaian bulanan kebersihan kantin/dapur harus diisi oleh pengusaha kantin
dan perlu disahkan oleh Guru Besar / PK HEM / Guru Kantin dan perlu
didokumentasikan.
4.3 Disiplin
4.3.1 En.Anbananthan dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin manakala En.Prabutharan
menjadi Penolong Setiausaha Disiplin sekolah.
4.3.2 Pn.Manimegalai PK HEM mengucapkan tahniah kepada En.Anbananthan dan
En.Prabutharan .Beliau meminta KGD agar menyampaikan maklumat ID dan
katalaluan SSDM kepada semua guru.
4.3.3 Amalan baik murid perlu dikunci masuk dalam aplikasi SSDM oleh setiap orang guru.
4.3.4 Beliau turut menyatakan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak boleh
mengakses laman SSDM. Tindakan susulan SSDM yang berkaitan dengan
Bimbingan dan Kaunseling perlu diberitahu kepada guru Bimbingan dan Kaunseling
dan data perlu disimpan secara manual.
4.3.5 Senarai system salah lau disiplin adalah seperti berikut.
1. Ponteng
2. Buli
3. Tingkah laku Jenayah
4. Tingkah laku Lucah
5. Tingkah Laku Biadap
6. Tingkah laku tidak pentingkan masa
7. Rokok
8. Kekemasan Diri
9. Vendalisme
4.3.6 Beliau menjelaskan bahawa surat turun kuasa untuk merotan dikeluarkan oleh guru
besar. Surat hukuman dan gantung sekolah hanya guru besar boleh didtandatangan.

Makluman: En.Anbananthan

4.4 Pengawas Sekolah / Pengawas PSS / Pengawas SPBT / PRS / Ketua Kelas &
Penolong Ketua Kelas
4.4.1 Pn.Usha telah dilantik sebagai Guru Pengawas Sekolah.
4.4.2 Pencalonan pengawas bagi murid tahun 3 ialah seramai 3 orang.
4.4.3 Mereka merupakan pengawas percubaan. Mereka hanya boleh memakai pakaian
seragam pengawas mulai watikah pelantikan.
4.4.4 Pencalonan Ketua Pengawas dan penolong Ketua pengawas akan dijalankan
sebelum watikah pelantikkan.
4.4.5 Guru Pengawas perlu menyediakan senarai agihan tugas murid dan memaparkannya
di papan kenyataan.
4.4.6 Guru pengawas perlu memastikan semua pengawas menghafal Rukunegara, lagu
Negaraku, lagu Wilayah dan lagu sekolah.
4.4.7 Pengawas PSS, SPBT, dan PRS tahun 2022/2023 dikekalkan dan beberapa orang
pengawas baharu telah dilantik.
4.4.8 Pn.Usha juga perlu menjalan kursus kepimpinan dan watikah pelantikan peringkat
sekolah mengikut takwim bidang HEM.
4.4.9 Guru kelas telah memilih dan menetapkan Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi
2023/2024.
4.4.10 Semua ketua murid perlu menjalankan tugas mengikut agihan tugas.
Makluman:Pn.Usha,En.Prabutharan,En.Khairi, En.Anbananthan

4.5 PPDa
4.5.1 Pn.V.Sharmili Nair dilantik sebagai guru PPDa
4.5.2 PPDa perlu disisipkan ke dalam Kurikulum, Kokurikulum dan semua matapelajaran.
4.5.3 Menjalankan program jati diri murid.
4.5.4 Menyediakan jawatankuasa / sudut / laluan
4.5.5 Menyampaikan mesej 5 minit PPDa sekali sebulan sewaktu perhimpunan.
4.5.6 Menjalankan ceramah / pameran PPDa.
4.5.7 Skim lencana anti dadah (SLAD)
4.5.8 Minggu / bulan anti dadah
4.5.9 26hb. Jun setiap tahun disambut sebagai Hari Anti Dadah.
Makluman: Pn.V.Sharmili Nair
4.6 Bencana
4.6.1 Pn.S.Manimegalai menerangkan tentang tugas Unit Bencana melalui paparan power
point.
4.6.2 Fail bencana telah diwujudkan mengikut surat pekeliling.
4.6.3 Jawatankuasa bencana perlu disediakan dan mesyuarat sebanyak 2 kali perlu
diadakan setiap sesi untuk memastikan keselamatan sekolah dan warga sekolah
dijaga dengan baik.
4.6.4 Kejadian Bencana boleh dikategorikan seperti berikut;-
i) Bencana Alam
ii) Bencana industiri
iii) Kemalangan
iv) Keruntuhan bangunan
v) Penularan wabak penyakit
vi) Kebakaran

Makluman: Cik.Deenaratchagi
4.7 Pengurusan Guru Kelas
4.7.1 Guru kelas perlu memastikan semua murid mempunyai 1 meja, 1 kerusi dan 1 set
buku teks sebelum pembukaan sekolah.
4.7.2 Guru kelas perlu menyediakan kelas bertema abad ke-21 yang kondusif untuk
penggunaan sesi baharu.
4.7.3 Jadual bertugas murid perlu disediakan di kelas. Murid hanya sapu sampah sahaja
tugas lap lantai tingkap tidak dilakukan oleh murid tahap 1 & 2 bagi menjaga
keselematan murid. Murid-murid tahap 1 tidak dibenarkan untuk memadam papan
putih.
4.7.4 Pekerja kebersihan akan menyapu kelas tahun 1 dan ‘koridoor’ selepas tamat
sekolah.
4.7.5 Sebatang penyapu dan sebuah tong sampah akan disediakan untuk setiap kelas
4.7.6 Guru kelas perlu semak semua fail peribadi murid dan fail APDM dan mengemaskini
fail-fail tersebut dengan maklumat pendapatan terkini sebelum bulan April. Senarai
nama dan senarai semak perlu dilampirkan bersama.
4.7.6 Guru kelas tahun 1 perlu mengumpulkan dan menyerahkan kad rawatan gigi kepada
penyelaras kesihatan bersama dengan senarai nama.
4.7.7 Guru kelas diminta mengemaskini data kehadiran murid dalam system APDM
sebelum pukul 12 tengah hari.
4.7.8 Guru kelas juga perlu mencetak dan menyerahkan laporan kehadiran bulanan kelas
mereka kepada penyelaras APDM untuk tindakan susulan dan dokumentasi.
4.7.9 Mengemaskini status penjaga 1 dan 2 serta pendapatan sebelum 08.04.2023 dan
4.7.10 Guru kelas diminta untuk mengesahkan pindaan maklumat dalam APDM. Jika tidak
maklumat yang dikemaskini oleh para ibu bapa tidak akan berubah dalam sistem.
4.7.11 Guru kelas diminta untuk menyerahkan dan mengumpulkan borang PB1, PB2/Slip
Gaji untuk permohonan baharu RMT (tahun 1) dan tahun 2 hingga tahun 6 supaya
tiada murid-murid yang cicir RMT dan KWAPM sebelum 08.04.2023.
4.7.12 Guru kelas tahun 1 harus mengemaskini data ERKM berdasarkan surat persetujuan
rawatan ibu bapa / penjaga dalam aplikasi APDM.
4.7.13 Guru kelas juga perlu menanda status penerimaan bantuan murid dalam APDM.
4.7.14 Guru kelas diminta untuk menyerahkan buku teks untuk murid-murid yang belum
mendapatkan buku teks dan menyerahkan borang ‘G’ kepada guru penyelaras SPBT.
4.7.15 Guru kelas juga harus memantau pembalutan dan penjagaan buku teks.

Makluman : Semua Guru Kelas


4.8 APDM
4.8.1 Cik.K.Vityaa telah dipilih sebagai guru APDM.
4.8.2 Pn.S.Manimegalai meminta guru kelas untuk mengenalpasti murid yang tidak hadir
dan bertindak segera dengan menghubungi ibu bapa / penjaga.
4.8.3 Guru APDM perlu memastikan kehadiran murid telah dikemaskini sebelum pukul
12.00 tengah hari.
4.8.4 Guru APDM perlu memastikan tiada RALAT data APDM.
4.8.5 Mengumpul laporan data APDM bulanan kelas dan menyediakan sijil untuk kelas
yang mencapai peratus kehadiran 90% dan keatas.
4.8.6 Guru APDM perlu memastikan ibu bapa / penjaga telah membuat bayaran fi dan
nombor resit fi / kelulusan JPN dikunci masuk. Jika tidak nama murid tidak akan ada
dalam senarai nama murid kelas berikut.
4.8.7 Papan data enrolmen murid perlu dikemaskini dengan data terkini.
4.8.9 Guru APDM perlu kemaskini kehadiran murid sekiranya guru kelas tidak hadir.
4.8.10 Meminta ibu bapa / penjaga kemaskini maklumat murid dan penjaga dalam pautan
http://public.moe.gov.my/
4.8.11 Guru APDM juga dari masa ke semasa perlu bertindak pantas dengan maklumat/info
yang dimuatnaik dalam kumpulan WhatsApp APDM.
Tindakan: Cik.Vityaa
4.9 SPBT
4.9.1 En.Wan Khairi dikekalkan sebagai Penyelaras SPBT.
4.9.2 Ruang untuk bilik Boss SPBT belum ditetapkan lagi.
4.9.3 Perlu memastikan semua murid menerima buku teks yang elok.
4.9.4 Kumpulkan semua borang G daripada guru kelas.
4.9.5 Sediakan senarai buku teks yang tidak cukup dan menyediakan surat serta borang
untuk mengambil buku teks dari bilik BOSS.
4.9.6 Buku-buku yang perlu dihapuskira boleh disimpan bilik stor (kantin lama) sehingga
mendapat kelulusan.
4.9.7 Pn.S.Manimegalai meminta En.Khairi agar mengemaskini buku stok.
4.9.8 Murid baharu perlu membawa buku teks dari sekolah lama.
4.9.9 Beliau juga meminta Penyelaras SPBT agar menjalankan pemeriksaan mengejut
penjagaan buku teks.
4.9.10 Memastikan Instrument pemantauan kendiri perlu selesai pengisian sebelum akhir
bulan April 2023.
4.9.11 Guru kelas diminta untuk menyerahkan senarai buku teks yang diperlukan untuk
rujukan.
4.9.12 Buku aktiviti tahap 1 adalah hak murid. Buku-buku ini tidak perlu dikutip semasa
kutipan semula buku teks.
Tindakan:En.Khairi
4.10 RMT
4.10.1 Pn.Pavitrra telah dilantik sebagai penyelaras RMT & Susu
4.10.2 Bantuan RMT sekarang dari tahun 2 hingga tahun 6 adalah seramai 14 orang sahaja.
4.10.3 Mengenalpasti murid-murid tahun 1 yang layak dan murid-murid cicir yang layak dari
tahun 2 hingga tahun 6.
4.10.4 Rancangan Makanan Tambahan – PGK 2019
4.10.5 Pendapatan Isi Rumah – RM1169.00
4.10.6 Pendapatan Perkapita RM310.00
4.10.7 Data murid tahun 1 dan cicir perlu dihantar ke PPD sebelum bulan April.
4.10.8 Menjalankan mesyuarat pemilihan murid-murid layak bantuan dan biasiswa.
4.10.9 Senarai nama murid perlu diperakukan oleh 3 pihak (penyelaras, GB / PK HEM &
Kerani)Agihan makanan pada bulan puasa adalah seperti biasa.
4.10.11 Makanan boleh disediakan untuk murid-murid Islam yang hendak makan.
4.10.12Makanan murid hendaklah diagihkan mengikut kehadiran murid setiap hari
persekolahan.
4.10.13 Invois RMT perlu disediakan mengikut bilangan kehadiran murid setiap hari.
4.10.14 Pembekal makanan menyediakan makanan berdasarkan bilangan kehadiran yang
dimaklumkan.
4.10.15 Agihan susu akan dimaklumkan.
4.10.16 Laporan kewangan suku tahunan bersama dengan subsidari RMT perlu dapatkan
daripada kerana kewangan.
4.10.17Kesemua dokumen seperti dalam instrument perlu difailkan.

4.11Bantuan Mykasih dan Eco World


4.11.1 Bantuan My Kasih akan diteruskan untuk 50 orang murid.
4.11.2 Murid- murid My Kasih akan menerima bantuan peralatan sekolah untuk jumlah nilai
yang telah diakaunkan ke kedai buku.
4.11.3 Murid- murid tahun 6 telah menerima sebelum sesi sekolah tamat dan murid-murid
tahun 1 hingga tahun 5 akan menerima selepas sesi baharu bermula.
4.11.4 Murid-murid baharu perlu dikenalpasti untuk bantuan ini.
4.11.5 Bantuan makanan RIMBUN akan berubah wajah sebagai kelas tuisyen untuk murid
murid tahun 5 seramai 25 orang bermula bulan Mei.
4.11.6 Guru panitia Bahasa Inggeris dan Melayu dikehendaki memilih murid TP3 dan TP4
untuk program RIMBUN.
4.11.7 ECO WORLD akan diteruskan mulai 20.03.2023 untuk 7 orang murid.
4.11.8 Bantuan ini merangkumi makanan pada waktu rehat (RM 3.50), pakaian seragam dan
bayaran yuran buku.
Makluman : Pn.A.Theva &Pn.M.Rajesh

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Plan Strategik Bidang HEM
5.1.1 Pn.S.Manimegalai menjelaskan tentang Isu Strategik 2 dan 3. Isu strategik 2 adalah
meningkatkan bilangan hari murid hadir untuk meningkatkan peratus kehadiram murid
setiap hari.
5.1.2 Masalah kehadiran merupakan isu utama untuk penurunan prestasi murid. Contohnya
murid bernama Jesicca di Tahun 4 Viyaasar ialah murid yang tidak hadir ke sekolah
selama 120 hari. Pn.S.Manimegalai berkata beliau akan membawa isu ini untuk
dibincangkan di mesyuarat PIBG dan akan bercadang untuk mewujudkan satu
kumpulan WhatsApp untuk semua ibu bapa / penjaga.
5.1.3 Program Ziarah Cakna juga akan dijalankan setelah mendapat persetujuan daripada
ibu bapa / penjag. Guru kelas dan guru matapelajaran boleh mengiringi bersama guru
besar dan PK Hem serta guru Bimbingan dan Kaunseling ke rumah murid.
5.1.4 Guru besar berkata bahawa isu kehadiran merupakan isu utama yang perlu
diselesaikan . Beliau bersedia untuk menangani masalah ini dengan bantuan para
guru kelas.
5.1.5 Pn.Rajamani dan Pn.Nirmala turut memberi penjelesan tentang murid yang kerap
tidak hadir adalah daripada keluarga yang sama.
5.1.6 Guru Besar Pn.Theressa meminta guru agar menyediakan kelas sebelum permulaan
sesi persekolahan. Guru kelas boleh meminta bantuan ibu bapa untuk menyediakan
kelas. Beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada pihak
PIBG untuk mengurangkan beban guru kelas. Beliau meminta jasa baik guru kelas
agar menyediakan kelas sebelum 20.03.2023.
Makluman: Guru kelas

6.0 Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh,

………………
( GAWSALYA A/P P.N KRISHNAMURTHY )
Setiausaha Hal Ehwal Murid

You might also like