You are on page 1of 2

LATIHAN SISTEM BAHASA TAHUN EMPAT

Nama: ________________________

Kelas : _______________

(a) Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.

untuk daripada
hingga terhadap

(1) Kasih sayang Nurul Amalenna _______________ kedua-dua ibu bapanya tidak pernah
luntur dan berbelah bahagi.

(2) Kakak saya menyiapkan kerja sekolahnya _______________ pukul 12:00 tengah malam
pada setiap hari persekolahan.

(3) Mak Cik Munah terpaksa menggadaikan barang kemasnya _______________ menyara
persekolahan kelima-lima orang anaknya.

(4) Keropok Lekor Losong memang sudah terkenal keenakan rasanya kerana keropok itu
diperbuat _______________ ikan yang segar.

[4 markah]

(b) Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.

Contoh:
Cikgu Nurul Aida selalu menggunakan bahasa yang sopan ketika betul
berbicara dengan ibu bapa murid.

(i) Jalan raya ke Kampung saya sedang diperlebarkan oleh pekerja


Syarikat Belati Wangsa Sendirian Berhad.

(ii) Ustaz azam menghadiahkan seutas rantai emas kepada isterinya


sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

(iii) Cikgu Johari dan isterinya berjoging di Padang Speddy, Teluk


Intan di waktu petang hari Sabtu dan Ahad.
[3 markah]

You might also like