You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

JALAN BANGKUNG, BANGSAR


59100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM TAK NAK
PONTENG

TARIKH : 10 APRIL 2023


HARI : ISNIN
MASA : 11.00 PAGI-12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANDARAYA

ANJURAN :
UNIT HAL EHWAL MURID
(UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING)
KERTAS KERJA PROGRAM TAK NAK PONTENG

1.0 PENGENALAN
Masalah ponteng di sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang sering kali
dilakukan oleh murid-murid. Hal ini amat membimbangkan ramai pihak khususnya pihak
sekolah. Justeru, isu ponteng sekolah ini perlulah diatasi dengan kadar segera bagi
mengelakkan timbulnya pelbagai gejala buruk lain rentetan daripada perilaku ponteng
tersebut. Oleh hal yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Bukit Bandaraya
mengambil inisiatif untuk mengadakan program pemulihan iaitu Program Tak Nak
Ponteng. Program ini memfokuskan murid-murid yang mempunyai bilangan
ketidakhadiran sebanyak 30 hari terkumpul dari bulan Januari hingga Disember 2022.
Program ini dilaksanakan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang
kesalahan perilaku ponteng dan kesan buruk yang akan diterima sekiranya sikap ini
tidak diubah.

2.0 RASIONAL
Gejala ponteng sekolah akan mendorong berlakunya salah laku lain yang melibatkan
murid. Tindakan segera dan tegas dari pihak sekolah dapat menangani masalah
ponteng sekolah yang berterusan. Oleh itu, Program Tak Nak Ponteng ini diharapkan
dapat menangani dan menyedarkan murid bahawa gejala ponteng akan mendatangkan
kesan buruk terhadap masa hadapan mereka sekiranya tidak diatasi dengan segera.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Meningkatkan tahap kehadiran murid ke sekolah
3.2 Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri
3.3 Memberikan kesedaran kepada murid mengenai kepentingan hadir ke sekolah

4.0 SASARAN
Murid yang mempunyai bilangan ketidakhadiran sebanyak 30 hari terkumpul dari bulan
Januari hingga Disember 2022

5.0 TENTATIF PROGRAM


Sila rujuk Lampiran A

6.0 JAWATANKUASA
Sila rujuk Lampiran B
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk Lampiran C

8.0 SUMBER KEWANGAN


PCG Bimbingan dan Kaunseling

9.0 PENUTUP
Kehadiran ke sekolah adalah wajib dan ia merupakan faktor yang amat penting dalam
menjamin kecemerlangan diri, bangsa, agama dan negara. Sikap rajin hadir ke sekolah
perlu diterapkan dalam diri seawal usia muda kerana ini dapat dijadikan budaya yang
sihat kepada diri kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa kelak. Diharap dengan
terlaksananya Program Tak Nak Ponteng ini dapat menimbulkan kesedaran kepada
murid-murid mengenai pentingnya hadir ke sekolah dan memberikan pendedahan yang
positif dalam pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Tambahan
pula, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang
dan menggalakkan murid untuk hadir ke sekolah seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran sekolah yang baik.

Disediakan oleh,

….…………………………………………
(NUR SYAZWANI BINTI MOHAMAD ISA)
Penolong Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Bukit Bandaraya

Disemak oleh,

….…………………………………….
(SUHAILA BINTI OMAR)
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Bukit Bandaraya

Disahkan oleh,

….………………………………
(ROSMAWATI BINTI MD ALI)
Guru Besar
SK Bukit Bandaraya
Lampiran A
TENTATIF PROGRAM TAK NAK PONTENG

10.45 pagi : Murid berkumpul di Dewan SK Bukit Bandaraya


11.00 pagi : Ceramah Tak Nak Ponteng dari Cikgu Zulkifli
Lampiran B
JAWATANKUASA PROGRAM TAK NAK PONTENG

Penasihat : Puan Rosmawati binti Md Ali (Guru Besar)


Pengerusi : Puan Suhaila binti Omar (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Encik Azmi bin Salleh (GPK Pentadbiran)
: Encik Mohd Asrul bin Abdullah (GPK Kokurikulum)
: Encik Kamaruzaman bin Kamarudin (GPK Program Pendidikan Khas
Integrasi)
Setiausaha : Cikgu Rohayu binti Othman
Naib Setiausaha : Cikgu Nur Syazwani binti Mohamad Isa

Ahli Jawatankuasa : Cikgu Zulkifli bin Muhammad Hanafiah


Cikgu Nursyifa Adiba binti Ramli
Cikgu Zuliana binti Mohamad Rambli
Cikgu Anitha A/P Rajan
Cikgu Sumathi A/P Sundram Pillay
Cikgu Suriyakumari A/P Muthusamy
Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM
BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH CATATAN
(RM) (RM)
1. Button badge 250 2.50 625.00 Murid yang terlibat
JUMLAH KESELURUHAN 625.00
LAMPIRAN

You might also like