You are on page 1of 7

SULIT AUTV2092

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 2

PEPERIKSAAN : MEI 2023

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :
202216240044
KOD KURSUS : AUTV2092
KURSUS : AMALAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF
MASA : 30 MINIT
JUMLAH MARKAH : 20

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian:


2. 4 soalan struktur (20 markah)

© 2023 Hak Cipta Kerajaan Malaysia


SULITAUTV2092

Jawab semua soalan.

1. Perkembangan teknologi automotif masa kini berubah begitu pantas mengikut


perkembangan teknologi masa kini. Pihak pengeluar kenderaan masa kini
menghasilkan enjin pembakaran dalam yang mempunyai kuasa kuda (horse power)
yang tinggi dengan penggunaan bahanapi yang rendah.

Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan perbezaan sebuah enjin petrol dengan enjin
diesel.
[5 markah]

2. Sistem bahan api merupakan komponen utama sesebuah enjin menghasilkan tenaga
mekanikal bagi sesebuah kenderaan masa kini.

a. Huraikan perbezaan antara carburettor dan fuel injection.


[2 markah]

b. Berpandu sebuah gambarajah huraikan secara ringkas kendalian sistem pancitan


bahan api petrol pada kenderaan.
[3 markah]

3. Kitaran enjin pembakaran dalam akan menghasilkan satu (1) lejang kuasa dalam setiap
kitaran enjin empat (4) lejang.

a. Huraikan maksud engine valve overlap dan masa bilakah hal ini terjadi pada
sesebuah enjin.
[2 markah]
b. Huraikan bagaimana kuasa terhasil dalam enjin petrol dan enjin diesel semasa
lejang kuasa.
[3 markah]

4. Enjin diesel merupakan sejenis enjin pembakaran dalaman yang beroperasi melalui
kitar diesel yang banyak digunakan pada kenderaan berat.

a. Huraikan kebaikan enjin diesel berbanding dengan enjin petrol.


[2 markah]
b. Huraikan punca-punca enjin diesel kehilangan kuasa dan apakah yang
menyebabkan asap hitam sering terhasil pada enjin diesel.
[3 markah]

© Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2023


Soalan 1
PETROL DIESEL

Menggunakan palam pencucuh Tidak menggunakan palam pencucuh

Campuran minyak dan udara masuk Hanya udara sahaja yang masuk ke
kedalam silinder dalam silinder

Kurang kuasa dan efisyen Lebih kuasa dan efisyen

Enjin lebih senyap Enjin bising

Untuk kenderaan ringan seperti Untuk kenderaan berat seperti lori


kereta dan bas
Soalan 2
a. Perbezaan karburator dan fuel injection

KARBURATOR FUEL INJECTION


Menggunakan mekanisme mekanikal Menggunakan ECU untuk mengawal
untuk mengawal campuran udara dan campuran udara dan bahan api
minyak
karburator digunakan sebagai Sensor mass air flow digunakan untuk
kawalan udara masuk ke dalam enjin mengetahui dan mengawal
kemasukan udara keddalam enjin
banyak pencemaran kurang pencemaran

Banyak menggunakan minyak Jimat dalam penggunaan minyak


b. Kendalian sistem pancitan bahan api petrol pada kenderaan
Suntikan bahan api membawa bahan api bertekanan tinggi dan
menyemburkannya menjadi titisan halus ke ruang rongga masukan (bagi kes
enjin petrol) ataupun secara terus ke dalam kebuk pembakaran (bagi kes
enjin diesel) untuk menambah luas permukaan cecair bahan api bagi
pembakaran yang lebihcekap.

Soalan 3
a) maksud engine valve overlap dan masa bilakah hal ini terjadi pada sesebuah
enjin.
Engine valve overlap merujuk kepada tempoh di mana kedua-dua valve
masuk (intake) dan valve keluar (exhaust) terbuka pada masa yang sama
dalam proses langkah piston. Ini bermakna bahawa valve intake masih
terbuka ketika piston mengalami langkah ekzos dan valve ekzos masih
terbuka ketika piston mengalami langkah masuk. Situasi ini terjadi apabila
kedua-dua valve atau injap inlet dan ekzos terbuka dan situasi ini berlaku
ketika exhaust stroke iaitu selepas power stroke di mana piston dari bottom
death center sedang menuju ke top death center.

b) Proses kuasa terhasil dalam enjin petrol dan enjin diesel semasa lejang
kuasa.

Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api


palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara
sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran
campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk
pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah,
menghasilkan kuasa kepada enjin.

Soalan 4
a) kebaikan enjin diesel berbanding dengan enjin petrol.
Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol kerana mempunyai
kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol.
Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori,
bas dan kereta adalah setinggi 45% serta mungkin akan mencecah 55% pada
masa akan datang.

b) punca-punca enjin diesel kehilangan kuasa dan apakah yang


menyebabkan asap hitam sering terhasil pada enjin diesel.

Asap hitam yang sering terhasil pada enjin diesel biasanya disebabkan oleh
pembakaran yang tidak sempurna dalam ruang pembakaran. Ini boleh
disebabkan oleh kelebihan bahan api, pengaliran bahan api yang tidak sekata
atau tidak mencukupi, dan juga kelebihan udara pada campuran udara-bahan
api. Keadaan ini boleh disebabkan oleh masalah pada sistem bahan bakar
atau masalah pada sistem penghantaran udara. Oleh itu, penyelenggaraan
yang tepat pada sistem bahan bakar dan penghantaran udara adalah penting
bagi mengelakkan pembakaran yang tidak sempurna dan penghasilan asap
hitam pada enjin diesel.

You might also like