You are on page 1of 1

沙巴州古打毛律中华学校

SJK(C) CHUNG HWA KOTA BELUD


PETI SURAT 14,
89157 KOTA BELUD, SABAH,
MALAYSIA. Tel/Faks: 088-
976522 Email: xcc5305@moe.edu.my

Rujukan kami : SJKCHKB/600-


3/5/6/22(02)
Tarikh : 5 JULAI 2022

Puan Tham Hung Chin


Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa
Peti Surat 14, 89157 Kota Belud, Sabah

Puan,

PERMOHONAN PENGESAHAN PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN PERMAINAN BOLA


KERANJANG SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas berasaskan surat puan
XCC5305/KB/800/05/LULUS/PERMAINAN/20(02) bertarikh 4 Julai 2022.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Permainan Bola Keranjang Sekolah


Jenis Kebangsaan (c) Chung Hwa telah diadakan pada 25 Mei 2022. Mesyuarat telah memutus dan
mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Persatuan, Senarai
Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakantugas masing-masing
sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan secepat mungkin.

3. Selain itu, saya bagi pihak Jawatakankuasa Permainan Bola Keranjang Sekolah Jenis
Kebangsaan (c) Chung Hwa dengan penuh harapan memohon sudilah apa kiranya puan
mengesahkan penubuhan Permainan Bola Keranjang Sekolah Jenis Kebangsaan (c) Chung Hwa ini
dan mendaftarkannya sebagai sebuah Pasukan Bola Keranjang dalam bidang kokurikulum di sekolah
ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Permainan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U.(A)
196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-peraturan Permainan, Senarai


Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama yang telah diputuskan dan dipersetujui secara
consensus dalam mesyuarat penubuhan yang dinyatakan di atas untuk pertimbangan dan
pengesahan pihak puan selaras dengan Subperaturan 5(1) dan 5(3) Peraturan-peraturan Pendidikan
(Permainan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No.11, Tambahan No.21,
Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

5. Jasa baik puan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Sekian dan
Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

________________
(JOEL WILLIS CHIN)
SETIAUSAHA KELAB BOLA KERANJANG
SJK C CHUNG HWA KOTA BELUD

Sk. Penolong Kanan Ko-Kurikulum


SJK (C) Chung Hwa Kota Belud

You might also like