You are on page 1of 7

BAB 2: SISTEM PEMERINTAHAN DAN KEGIATAN EKONOMI

MASYARAKAT KERAJAAN ALAM MELAYU


2.2 Kegiatan Ekonomi

Padi
Kerajaan

Funan, Champa ● Funan dan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong yang tanahnya subur
& Angkor ● Tonle Sap membekalkan air untuk mengairi kawasan padi sawah
● Pemerintah Angkor membina baray (kolam) untuk menyimpan air
● Di Champa terdapat Ketua Air di setiap kampung untuk menyelenggarakan
terusan dan daik (tembok/benteng diperbuat daripada tanah berfungsi
menahan air dan mencegah banjir)

Majapahit ● Pulau Jawa mempunyai tanah yang subur


● Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekal air untuk mengairi padi
sawah
● Pemerintah Majapahit membina sistem pengairan untuk meningkatkan
pengeluaran padi sawah

Srivijaya ● Padimerupakan tanaman utama


● Padisawah ditanam di kawasan pedalaman Palembang iaitu di Tanah Tinggi
Pasemah dan Hulu Musi

● Padi ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat
teres atau relung.
Baray
● Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina sejak zaman pemerintahan Raja Suryavarman I di
Angkor (sekarang dikenali sebagai Kemboja).
● Baray boleh menampung antara 30-50 juta meter padu air. Pembinaannya bertujuan untuk pengairan
ke 12.5 juta ekar sawah. Selain itu, baray penting ketika Angkor menghadapi musim kemarau yang
panjang.
● Pembinaannya sangat penting kerana ia menjadi pemangkin kepada kegiatan pertanian dalam
kerajaan Angkor demi menampung keperluan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya.

Rempah Ratus
● Rempah ratus yang terdapat di Alam Melayu ialah bunga cengkih, buah pala dan lada hitam
● Rempah ratus ini ditanam sebagai tanaman dagangan.
● Bunga cengkih ditanam di Kepulauan Maluku.
● Buah pala ditanam di Pulau Banda.
● Lada hitam ditanam di Sumatera dan Jawa.

● Kegiatanekonomi penting di Alam Melayu ialah perdagangan


● Kegiatanperdagangan telah membantu membangunkan pelabuhan dan memajukan kegiatan
pembuatan kapal
● Masyarakat Alam Melayu mahir membuat kapal dan menguasai ilmu pelayaran
Pelabuhan Kerajaan Alam Melayu dan Barang yang Didagangkan
Kerajaan Nama Pelabuhan Barang yang Didagangkan

Funan ● Oc Eo ● Damar ● Kayu cendana


● Kapur barus ● Gaharu

Champa ● Turan ● Kam ran ● Beras ● Perak


● Sri Banoy ● Maliti ● Gaharu ● Emas
● Gading gajah

Srivijaya ● Palembang ● Damar ● Rempah


● Kapur barus ● Mutiara
● Gaharu ● Sumbu badak
● Madu ● Rotan
● Gading gajah ● Rumpai laut

Angkor ● Yasodharapura ● Gaharu ● Buah pelaga


● Lilin lebah ● Minyak sayuran
● Damar ● Gading gajah

Majapahit ● Tuban ● Gresik ● Rempah ● Gaharu


● Sidayu ● Surabaya ● Beras ● Ikan
● Rotan ● Kulit penyu
● Kayu cendana ● Mutiara

Kedah Tua ● Sungai Mas ● Rotan ● Kayu cendana


● Pangkalan Bujang ● Damar ● Gading gajah

Gangga ● Pangkalan ● Bidor ● Emas ● Rempah ratus


Nagara ● Lembah Kinta ● Sg. Siput ● Bijih timah ● Kapur barus
● Damar
● Kain sutera diguna untuk buat pakaian, warkah kerajaan dan panji-panji kerajaan
Hasil Hutan dan Laut

● Hasil hutan mendapat permintaan tinggi kerana ia merupakan sumber perubatan, perhiasan dan
bahan binaan
● Kerajaan Alam Melayu kaya dengan hasil hutan dan laut.
● Apabila kegiatan mengutip hasil hutan dan laut melebihi keperluan masyarakat setempat, lebihan
ini didagangkan

Hasil

Gaharu ● Digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan.


● Banyak didapati di hutan Sungai Mekong, Tanah Melayu dan Sumatera.

Rotan ● Digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan.


● Mudah didapati di seluruh Alam Melayu.

Sarang burung ● Digunakan untuk kesihatan dan perubatan.


layang-layang ● Banyak didapati di utara Pulau Borneo.

Kapur barus ● Digunakan sebagai bahan pewangi.


● Banyak ditemukan di Sumatera dan Borneo.

● Hasillaut mendapat permintaan tinggi kerana ia merupakan sumber makanan, perubatan dan
perhiasan.

Hasil

Gamat ● Dijadikan bahan makanan dan perubatan.


● Mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut
Sulu.

Rampai Laut ● Dijadikan makanan.


● Mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut
Sulu.

Mutiara ● Dijadikan barang perhiasan.


● Mudah didapati di perairan Alam Melayu terutama di Selat Melaka dan Laut
Sulu.
Perlombongan dan Pembuatan

Perlombongan

Contoh

Emas ● Champa
● Dilombong di kawasan pergunungan Hue.

Perak ● Champa
● Dilombong di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya.

Bijih Besi ● Angkor


● Dilombong di pergunungan Phnom Dek.

Pembuatan

Contoh

Barang ● Funan dan Angkor


Perhiasan Emas ● Menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang
perhiasan.

Tembikar ● Champa
● Masyarakat mahir dalam pembuatan barangan tembikar.

Cuka Kelapa ● Champa


● Mengusahakan pembuatan cuka kelapa.

Garam dan ● Majapahit


Minyak ● Mengusahakan pembuatan garam dan minyak.
● Mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada beras.

You might also like