You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KOLAPIS

PETI SURAT 51
90107 BELURAN
SANDAKAN, SABAH
Tel:089-511491
Website:http://skkolapis.com

Rujukan Kami : SKK/800-01/03/01


Tarikh : 24 SEPTEMBER 2019

Kepada:

Pegawai Kesihatan Kawasan Beluran


Pejabat Kesihatan Kawasan Beluran
Peti Surat 86
90108 Beluran

Tuan/Puan,

Memohon Khidmat Semburan Fogging Di Kawasan Sekolah

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada perkara diatas.

2. Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan perkhemahan bermula pada 27hb
September 2019 (Jumaat) hingga 29hb September 2019 (Ahad).

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon khidmat semburan fogging daripada
pihak tuan/puan.

4. Sebarang maklum balas sila hubungi 019-808 2994 (En. Frank Salanjik)

5. Keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan/puan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

....................................................
( EN JAISIM BIN SARONGKAI )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kolapis

You might also like