You are on page 1of 4

Kaedah Mengenalpasti Keperluan:

Soal selidik:
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat
menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang
yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap.
Soalan terbuka dan tertutup:

 Soalan tertutup adalah soalan yang mempunyai satu jawapan yang betul atau yang
memberi pilihan terhad kepada responden untuk menjawab.
 Soalan terbuka adalah soalan yang tidak mempunyai jawapan yang sempurna dan
memerlukan seseorang untuk memberikan perincian dan maklumat tambahan.
Kelebihan:

 Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi dari ramai orang.
 Responden boleh menjawab mengikut masa mereka.
 Maklumat yang diperolehi boleh dijadualkan dengan mudah untuk Analisa.
Kelemahan:

 Jawapan tidak jujur.


 Soalan yang tidak dijawab.
 Perbezaan pemahaman dan tafsiran.
 Sukar untuk menyampaikan perasaan dan emosi.
 Beberapa soalan sukar untuk dianalisis.
 Responden mungkin mempunyai agenda tersembunyi.

Semakan rekod ,prosedur dan borang:


Digunakan apabila anda ingin mengumpulkan maklumat tentang amalan semasa tanpa
mengganggu program dengan memeriksa laporan pemantauan program, statistik program,
laporan kemajuan pelajar, laporan tahunan, penilaian prestasi, penilaian lembaga, dasar dan
prosedur bertulis, memo, minit, rekod kewangan.

rekod prosedur borang


Rekod boleh didefinisikan Cara yangg lazim untuk Borang ialah dokumen
sebagai maklumat yang telah membuat sesuatu urusan, dengan ruang untuk menulis
disimpan dalam bentuk aturan atau cara bekerja atau atau memilih, untuk satu siri
dokumen samaada ia dicipta melakukan sesuatu. dokumen dengan kandungan
atau diterima oleh syarikat yang serupa
atau persendirian.

Kelebihan:

 Menyediakan maklumat dalam penyelidikan


 Kaedah yang berkesan untuk mengumpul dan menyusun data
 Mencadangkan situasi yang perlu diperhatikan oleh penyelidik
 Menyediakan data penyelidikan tambahan
 Mengurangkan masa dan menjimatkan kos daripada memulakan dan menjalankan
eksperimen atau penyelidikan anda
 Memberi jalan kepada penyelidik untuk mengesan perkembangan kajian mereka
Kelemahan:

 Dokumen mungkin tidak menjawab soalan kajian dengan secukupnya kerana ia mungkin
mengandungi sedikit data berharga atau tiada.
 Sesetengah data sumber mungkin tidak lengkap, dengan data yang tidak konsisten atau
tidak tepat menjejaskan kredibiliti mereka.
 Kesukaran mencari dokumen kerana dokumen mungkin tidak mudah diakses.

Teknik kumpulan nominal:


Teknik Kumpulan Nominal (NGT) ialah kaedah kumpulan untuk menjana idea atau penyelesaian
kepada sesuatu masalah. Peserta bekerja secara bebas untuk menjana idea (mereka boleh
menulis di atas kertas, menggunakan lukisan, dsb. bergantung pada mereka).Para peserta
kemudiannya akan berkongsi dan membentangkan idea mereka kepada seluruh
pasukan.Keseluruhan pasukan akan berbincang dan menilai idea yang diberikan berdasarkan
sistem pemarkahan untuk melihat pilihan mana yang terbaik.
Kelebihan:

 Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan.


 Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul.
 Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif.
 Meningkatkan kepuasan ahli.
 Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat.
Kelemahan:

 Memakan masa yang panjang.


 Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu.
 Terpaksa berkompromi.
 Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan.
 Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

Pemerhatian:
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur
pemboleh ubah penyelidikan. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Pemerhatian Berstruktur
Ia adalah pemerhatian secara bersemuka. Hasil pemerhatian dapat dilihat secara terus d dalam
bilik darjah. Aspek yang diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Pengkaji memerhati,
mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti.
Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak yang telah dibina
berdasarkan objektif kajian.
Pemerhatian Tidak Berstruktur
Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang
telah dikenal pasti secara khusus. Namun begitu, pengkaji perlu menentukan fokus
pemerhatian, iaitu perlakuan guru, tingkah laku pelajar, bahasa badan semasa pengajaran dan
pembelajaran, seorang pelajar atau sekumpulan pelajar dan pergerakan dalam bilik darjah.
Pengkaji juga perlu menentukan tingkah laku yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.
Kelebihan:

 Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci, jelas,teliti dan


tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh
dipercayai.
 Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh
menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.
 Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian
benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti.
Kelemahan:

 Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan
diteliti.
 Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka
diperhati.
 Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang
tidak konsisten dan sesuka hati mereka.
 Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain
seperti perbezaan ras, budaya, fahaman, dan nilai.

You might also like