You are on page 1of 1

SK KG DATO’IBRAHIM MAJID,

KM 8 JALAN BENUT,
86200 SIMPANG RENGGAM, JOHOR
07-7550595
_______________________________________________________________________
Tarikh : 23 NOVEMBER 2022

Kepada

Pengurus,
SHELL Simpang Renggam,
Jalan Besar,
86200 Simpang Renggam,
Kluang, Johor

Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KEPERLUAN PASUKAN PERBARISAN RUMAH KUNING SEMPENA


KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SKKDIM KALI KE-30

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, SK Kg Dato Ibrahim Majid akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali
Ke-30 berdasarkan butiran berikut:-

Tarikh : 29 November 2022


Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Padang SK Kg Dato’ Ibrahim Majid
Jumlah Murid : 120 orang

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan pihak sekolah agar tuan/puan dapat memberikan apa jua bentuk
sumbangan seperti wang tunai, bekalan makanan, minuman atau hamper untuk melancarkan program tersebut
dengan jayanya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Abdul Wahab bin Abdul Rasip di talian 012-9896722.

4. Segala perhatian, keprihatinan, kerjasama dan jasa baik daripada pihak tuan, kami dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(EN KAMARULZAMAN BIN HAMID)


GPK Kokurikulum,
SK Kg. Dato’ Ibrahim Majid

You might also like