You are on page 1of 36

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

SURAT PEKELILING JPS BIL. 8 /2019

GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)


DAN WANG KOS PRIMA (WKP)

1.0 TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggantikan Surat Pekeliling JPS


Bil.2/2010 yang telah dikeluarkan pada 19 Mac 2010.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Surat Pekeliling JPS Bil. 2/2010 yang telah dikeluarkan pada 19 Mac 2010
bertajuk “Garis Panduan Pengurusan Wang Peruntukan Sementara” perlu
digantikan sejajar dengan peraturan terkini.

2.2 Ringkasan kepada pindaan dan penambahbaikan yang diambil kira dalam
Surat Pekeliling ini adalah seperti berikut:

a) Menetapkan tatacara pengurusan WPS bagi kerja-kerja biasa dan kerja-


kerja pakar (termasuk bekalan/ perkhidmatan) serta kaedah bayaran
kepada subkontraktor/ pembekal/ pengkhidmat yang melaksanakan kerja/
bekalan/ perkhidmatan berkaitan; dan

b) Pengenalan kepada tatacara pengurusan WKP dalam proses perolehan.

1/3
3.0 PEMAKAIAN GARIS PANDUAN DAN PENGECUALIAN

3.1 Tatacara perolehan dan perbelanjaan WPS dan WKP yang terkandung di
dalam Garis Panduan yang disertakan adalah terpakai bagi semua projek
biayaan persekutuan berasaskan kontrak konvensional dan reka & bina.

3.2 Sebarang pengecualian kepada pemakaian prosedur pengurusan WPS dan


WKP dalam Garis Panduan ini secara keseluruhan ataupun sebahagiannya,
hendaklah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan
Saliran (KPJPS) terlebih dahulu.

4.0 KUAT KUASA

4.1 Surat Pekeliling ini berkuat kuasa pada tarikh ianya ditandatangani dan akan
disemak sekiranya terdapat arahan dasar terkini atau perkembangan baru
yang memerlukannya dikaji semula dan dikemas kini.

4.2 Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling ini, surat-surat yang disenaraikan


di bawah dengan ini dibatalkan bermula dari tarikh Surat Pekeliling ini
ditandatangan:

a) Surat Arahan KP - Perkhidmatan Road Safety Auditor (RSA)


JPS Bil.6/2016 Dalam Perolehan Perunding
bertarikh 28 Jun
2016

b) Surat Arahan KP - Larangan Memperuntukan Kos Bagi Kerja


JPS Bil.2/2011 Pengawasan Oleh Perunding di Bawah Item
bertarikh 20 April Wang Peruntukan Sementara (WPS) Dalam
2011 Projek Reka dan Bina

c) Surat Arahan KP - Panduan Pelaksanaan Prosedur Wang


JPS bertarikh 28 Peruntukan Sementara Bagi Kerja-kerja
Oktober 2010 Pengalihan Utiliti

2/3
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)
DAN WANG KOS PRIMA (WKP)

JPS MALAYSIA
NOVEMBER 2019
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/S
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN
SEMENTARA (WPS) DAN WANG KOS PRIMA (WKP)

1.0 Pendahuluan
1

BAHAGIAN 1-
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN
SEMENTARA (WPS)

1.0 Takrif WPS 2

2.0 Pemakaian WPS 2

3.0 Pengurusan WPS di Peringkat Penyediaan Dokumen Tender 2

4.0 Kelulusan Untuk Melaksanakan WPS 3

5.0 Pengurusan WPS di Peringkat Pembinaan 4

6.0 Pelarasan Harga Kontrak 8

BAHAGIAN 2-
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG KOS PRIMA (WKP) BAGI
KONTRAK KONVENSIONAL

1.0 Takrif WKP 9

2.0 Pemakaian WKP 9

3.0 Pengurusan WKP di Peringkat Penyediaan Dokumen Tender 9

4.0 Pengurusan WKP di Peringkat Pembinaan 10

5.0 Kaedah Bayaran WKP 11

6.0 Pertambahan Kos WKP setelah SST 11

7.0 Pelarasan Harga Kontrak 11


NO.
BIL. SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
1.0 Contoh Butiran WPS Dalam Dokumen Tender 1

2.0 Borang JPS-WPS 2019 (A) 2

3.0 Tatacara Perolehan bagi WPS (Kontrak Konvensional) 3

4.0 Tatacara Perolehan bagi WPS (Kontrak Reka dan Bina) 4

5.0 Carta Aliran Pengurusan WPS Peringkat Pembinaan 5


(Kontrak Konvensional)

6.0 Carta Aliran Pengurusan WPS Peringkat Pembinaan 6


(Kontrak Reka dan Bina)

7.0 Borang JPS-WPS 2019 (B) 7

8.0 Contoh Butiran WKP Dalam Dokumen Tender 8

9.0 Carta Aliran Pengurusan WKP Peringkat Penyediaan 9


Dokumen Tender

10. Carta Aliran Pengurusan WKP Peringkat Pembinaan 10


(Kontrak Konvensional)
GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)
DAN WANG KOS PRIMA (WKP)

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis Panduan ini disediakan untuk menetapkan tatacara urusan perbelanjaan
Wang Peruntukan Sementara (WPS) bagi kerja-kerja biasa dan Wang Kos
Prima (WKP) bagi kerja-kerja ‘pakar’ (termasuk bekalan) serta kaedah bayaran
kepada subkontraktor/ pembekal yang melaksanakan kerja dan bekalan
berkaitan bagi menjamin perolehan yang paling menguntungkan Kerajaan dan
memenuhi akauntabiliti awam.

1.2 Mengikut Syarat-syarat Kontrak JKR 203/203A, Pegawai Penguasa (P.P.)


boleh membelanjakan sebahagian atau keseluruhan WPS dan mengarahkan
kontraktor untuk melaksanakan kerja WPS.

1.3 Garis Panduan ini dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:
1.3.1 Bahagian 1: Garis Panduan Pengurusan Wang Peruntukan Sementara
1.3.2 Bahagian 2: Garis Panduan Pengurusan Wang Kos Prima

1.4 Skop garis panduan ini tidak mengambilkira Perkhidmatan Perunding.


Perkhidmatan Perunding dan perkhidmatan lain yang seumpama hendaklah
menggunakan tatacara perolehan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan
Malaysia, PK3.

1.5 Bagi kerja-kerja pengalihan utiliti dan pemasangan semula kemudahan utiliti
yang diperuntukan sebagai WPS, tatacara perolehan hendaklah mematuhi
garis panduan yang telah disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri iaitu Garis
Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Kemudahan Utiliti Dalam
Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bil.1 Tahun 2016 bertarikh 1
Januari 2016 yang telah diedarkan oleh Bahagian Korporat, JPS melalui
suratnya rujukan (29) PPS.PD.15/3/1 Jld.4 bertarikh 26 Mei 2016.

SP JPS BIL. 8/2019 1 / 11


BAHAGIAN 1- GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG PERUNTUKAN
SEMENTARA (WPS)

1.0 TAKRIF WPS

WPS bererti sejumlah wang yang diperuntukan bagi kerja, bekalan barang-
barang atau bahan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau
dihuraikan semasa dokumen tender disediakan.

2.0 PEMAKAIAN WPS

2.1 Penggunaan WPS hendaklah dikhususkan bagi kerja-kerja dan bekalan yang
tidak dapat dikenalpasti, diramal atau dihuraikan semasa dokumen tender
disediakan.

2.2 Peruntukan WPS bagi kerja-kerja di peringkat awal pelaksanaan projek seperti
kerja-kerja asas/ kerja cerucuk hendaklah dielakkan supaya jadual
pelaksanaan kerja Kontraktor Utama tidak terjejas.

3.0 PENGURUSAN WPS DI PERINGKAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER

3.1 Bagi memastikan WPS yang diperuntukkan adalah lebih munasabah,


anggaran bagi WPS hendaklah disediakan oleh pegawai-pegawai
berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja WPS
berkaitan.

3.2 Pejabat yang menyediakan dokumen tender hendaklah mengawal bilangan


item dan nilai WPS serta skop kerja yang dikategorikan sebagai WPS. Nilai
keseluruhan kerja WPS yang dimasukkan ke dalam dokumen tender
hendaklah tidak melebihi 30% dari nilai anggaran kos keseluruhan projek.

SP JPS BIL. 8/2019 2 / 11


3.3 Jenis kerja WPS hendaklah dinyatakan dengan jelas. Contoh beberapa
peruntukan bagi item-item kerja WPS di dalam dokumen tender ialah seperti di
Lampiran 1.

4.0 KELULUSAN UNTUK MELAKSANAKAN WPS

4.1 Sekiranya kos item WPS yang ingin dilaksanakan melebihi 30% daripada
peruntukan asal di dalam Kontrak, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih
dahulu daripada pihak-pihak berikut:

Peratus (%) Perbezaan


Bil. Berbanding dengan Pihak Berkuasa
Peruntukan di dalam Kontrak

1. Melebihi 30% sehingga 50% Pengarah Bahagian berkaitan

2. Melebihi 50% sehingga 100% Timbalan Ketua Pengarah

3. Melebihi 100% Ketua Pengarah

Walaubagaimanapun, bagi tambahan nilai kerja WPS yang tidak melebihi


RM100,000.00, projek-projek yang Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek (P.P.)
atau Wakil P.P.nya bergred J54 ke atas dibenarkan untuk melaksanakan
perolehan menggunakan WPS tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan pihak
yang diberikuasa ini walaupun nilai kerja yang akan dilaksanakan melebihi 30%
daripada peruntukan di dalam kontrak.

4.2 Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang JPS-WPS 2019 (A)


seperti di Lampiran 2.

SP JPS BIL. 8/2019 3 / 11


5.0 PENGURUSAN WPS DI PERINGKAT PEMBINAAN

5.1 Tatacara Pelaksanaan

5.1.1 P.P./Wakil P.P. yang mengawas dan mentadbir kontrak hendaklah


membuat perancangan awal dengan mengambilkira Jadual
Pelaksanaan Kerja Kontraktor Utama bagi memastikan pelaksanaan
peraturan WPS ini tidak menjejaskan kemajuan kerja keseluruhannya.
P.P./ Wakil P.P. juga hendaklah mengenalpasti skop kerja-kerja WPS.

5.2 Tatacara Perolehan

5.2.1 WPS diberi terus kepada Kontraktor Utama

5.2.1.1 P.P. boleh membenarkan Kontraktor Utama untuk melaksanakan kerja


WPS dengan syarat-syarat berikut:

i) Kontraktor Utama mempunyai kategori dan pengkhususan yang


sesuai bagi kerja terlibat;

ii) Penilaian kerja adalah berasaskan kadar harga kontrak dan/ atau
kadar harga bagi kerja adalah kadar harga lazim dalam pelaksanaan
projek; dan

iii) Prestasi kemajuan kerja semasa Kontraktor Utama memuaskan


berdasarkan kepada penilaian P.P.

5.2.1.2 P.P. hendaklah mengeluarkan arahan kepada Kontraktor Utama untuk


laksanakan kerja dengan menggunakan borang JKR 203U selepas
mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melulus bagi Perolehan WPS
seperti di perenggan 5.4.

SP JPS BIL. 8/2019 4 / 11


5.2.1.3 Harga bagi melaksanakan kerja tersebut hendaklah ditentukan
berasaskan kadar harga Kontrak dan, jika tiada, kadar harga yang
saksama (Fair rate) digunapakai. Kontraktor Utama tidak boleh
menuntut kos tambahan untuk kos pengurusan, keuntungan dan
layanan (attendance). Kos ini dikira termasuk dalam kadar harga
Kontrak atau kadar harga yang dirundingkan.

5.2.2 WPS Melalui Pelantikan Pihak Ketiga

5.2.2.1 Selain daripada keadaan di perenggan 5.2.1 atau di mana kebanyakan


kadar harga kerja WPS tidak dapat diasaskan kepada kadar harga
kontrak dan/ atau kadar harga lazim, perolehan bagi kerja WPS
hendaklah diuruskan sama ada secara lantikan terus, sebut harga atau
tender, bergantung kepada harga setiap kerja WPS. Tatacara
perolehan adalah seperti yang digariskan dalam Lampiran 3 bagi
kontrak konvensional dan Lampiran 4 bagi kontrak Reka & Bina.

5.2.2.2 Dalam keadaan di mana Kontraktor Utama melantik subkontraktor yang


diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus, maka Kontraktor Utama perlu
dibayar kos layanan dan keuntungan yang ditawarkan (atau yang telah
diselaras) dalam kontrak. Jika tiada, kos ini ditentukan seperti berikut:-

Nilai Sub-Kontrak Kadar Maksimum


RM500,000 ke bawah 7.5%
melebihi RM500,000 sehingga RM1 Juta 5%
melebihi RM 1 Juta sehingga RM5 Juta 4%
melebihi RM5 juta sehingga RM10 Juta 3%
melebihi RM10 juta 2.5%

Sekiranya kerja ini dilaksanakan oleh Kontraktor Utama, Kontraktor


Utama tidak layak dibayar kos layanan dan keuntungan ini.

SP JPS BIL. 8/2019 5 / 11


5.2.2.3 Sekiranya perolehan adalah secara tender, penamaan cadangan nama
subkontraktor atau pembekal tidak perlu dibuat berdasarkan kriteria
tender terhad. Kontraktor Utama juga dibenarkan menyertai tender/
sebut harga bersama-sama petender/ penyebut-harga lain sekiranya
mempunyai kategori dan pengkhususan yang sesuai bagi kerja yang
terlibat.

5.2.2.4 P.P. hendaklah memaklumkan Kontraktor Utama akan nama


subkontraktor atau pembekal yang akan disetujuterima dan
mengarahkan Kontraktor Utama melantik subkontraktor atau pembekal
tersebut. P.P. juga hendaklah memaklumkan Kontraktor Utama
bahawa mereka bertanggungjawab ke atas subkontraktor atau
pembekal tersebut berhubung dengan kerja yang akan dilaksanakan
atau bekalan yang akan dibekalkan.

5.2.2.5 Sekiranya Kontraktor Utama memasuki tender/ sebut harga dan


bersetuju menawarkan harga sepertimana yang ditawarkan oleh
petender/ penyebutharga terendah, Pihak Berkuasa Melulus yang
berkenaan diberi kuasa untuk memutus dan menerima tawaran dari
Kontraktor Utama.

5.2.2.6 Sekiranya Kontraktor Utama tidak bersetuju untuk melantik


subkontraktor tersebut, maka Kontraktor Utama boleh melantik
subkontraktor lain dengan syarat subkontraktor yang hendak dilantik
adalah daripada kalangan subkontraktor yang telah memasuki tender/
sebut harga WPS tersebut dan dengan harga tender/ sebut harga serta
tempoh penyiapan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus.

5.3 Carta Aliran Tatacara Pelaksanaan WPS Peringkat Pembinaan adalah seperti
di Lampiran 5 bagi kontrak konvensional dan Lampiran 6 bagi kontrak reka
dan bina.

SP JPS BIL. 8/2019 6 / 11


5.4 Pihak Berkuasa Melulus bagi Perolehan WPS

5.4.1 Pihak Berkuasa Melulus bagi tujuan perolehan untuk setiap butiran kerja WPS
adalah seperti berikut:

Bil. Harga Yang Diperakukan Pihak Berkuasa Melulus


1. Tidak melebihi RM2 Juta Jawatankuasa Peringkat P.P.

2. Tidak melebihi RM3 Juta Jawatankuasa Peringkat TKPJPS

3. Melebihi RM3 Juta Jawatankuasa Peringkat KPJPS

Nota:
Bagi projek yang mana P.P. adalah KP atau TKP, permohonan hendaklah
dimajukan terus ke JK APK peringkat KP/ TKP mengikut had nilai ditentukan.

5.4.2 Keahlian dan urusetia adalah sama seperti Jawatankuasa Arahan Perubahan
Kerja Peringkat P.P, TKP dan KP.

5.4.3 Kelulusan hendaklah diperolehi dengan menggunakan Borang JPS-WPS 2019


(B) seperti di Lampiran 7.

5.5 Kaedah Bayaran WPS

5.5.1 Bayaran terus boleh dibuat kepada subkontraktor melalui Surat Ikatan Serah
Hak (Deed of Assignment-DOA) daripada Kontraktor Utama kepada
subkontraktor yang dilantik. Sesalinan format Surat Ikatan Serah Hak
hendaklah dihantar kepada Kontraktor Utama semasa mengarahkannya untuk
melantik subkontraktor. Kaedah ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada
pertindihan amaun yang diserahhak di bawah Kontrak Utama.

SP JPS BIL. 8/2019 7 / 11


5.5.2 Bagi kerja WPS di bawah kontrak reka dan bina, Kontraktor Utama boleh
memilih untuk bayaran dibuat terus kepada subkontraktor melalui Surat Ikatan
Serah Hak dengan syarat tiada pertindihan amaun yang diserahhak di bawah
Kontrak Utama.

5.6 Peningkatan Nilai Kerja WPS

5.6.1 Sekiranya terdapat peningkatan kepada nilai kerja WPS yang telah
disetujuterima, permohonan untuk kelulusan hendaklah dikemukakan kepada
Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja atau Jawatankuasa Kerja Tambahan
Kuantiti Sementara berdasarkan nilai terkumpul Kontrak Utama.

6.0 PELARASAN HARGA KONTRAK

6.1 Setelah mendapat kelulusan harga daripada Pihak Berkuasa Melulus,


pelarasan terhadap item WPS yang diperuntukkan dalam kontrak hendaklah
diselaraskan dengan menggunakan Borang JKR-PHK.

SP JPS BIL. 8/2019 8 / 11


BAHAGIAN 2- GARIS PANDUAN PENGURUSAN WANG KOS PRIMA (WKP)
BAGI KONTRAK KONVENSIONAL

1.0 TAKRIF WKP

WKP bererti sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja atau perkhidmatan
yang akan dilaksanakan oleh Subkontraktor Dinamakan, atau bagi bahan atau
barang-barang yang akan didapatkan daripada Pembekal Dinamakan.

2.0 PEMAKAIAN WKP

2.1 Bagi kerja-kerja Mekanikal dan Elektrikal (M&E) dan kerja-kerja pakar lain yang
mana rundingan harga dengan kontraktor didapati atau dijangka sukar
mencapai satu harga yang munasabah dan berpatutan untuk dipersetujui,
perolehan hendaklah dibuat secara WKP.

2.2 Di samping itu, bagi kontrak konvensional, P.P. boleh memutuskan untuk
menukarkan kerja-kerja yang akan dilaksanakan atau bahan/ barangan yang
akan dibekalkan, dari WPS ke WKP.

2.3 Oleh itu, semua kerja yang dianggap sebagai kerja pakar termasuk M&E,
hendaklah dilaksanakan secara WKP.

3.0 PENGURUSAN WKP DI PERINGKAT PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER

3.1 Pejabat yang menyediakan dokumen tender (Bahagian/Negeri) hendaklah


berbincang dengan Bahagian yang mengendalikan kerja pakar tersebut
(sebagai contoh, BRE/BPME) bagi menentukan dan menyenaraikan Kerja
Pakar yang akan dilaksanakan untuk dimasukkan ke dalam Dokumen Tender
Kontraktor Utama sebagai WKP.

SP JPS BIL. 8/2019 9 / 11


3.2 Bagi memastikan WKP yang diperuntukkan adalah lebih munasabah,
anggaran bagi WKP hendaklah disediakan oleh pegawai-pegawai
berpengalaman dan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja WKP
berkaitan. Sebagai contoh, jika WKP adalah untuk kerja-kerja M&E, anggaran
hendaklah disediakan oleh sesiapa yang akan merekabentuk atau menilai/
melulus rekabentuk WKP berkenaan.

3.3 Contoh beberapa peruntukan bagi WKP di dalam dokumen tender ialah seperti
di Lampiran 8.

3.4 Carta Aliran Pengurusan WKP di Peringkat Penyediaan Dokumen Tender


adalah seperti di Lampiran 9.

4.0 PENGURUSAN DAN PEROLEHAN WKP DI PERINGKAT PEMBINAAN

4.1 P.P./ Wakil P.P. yang mengawas dan mentadbir kontrak hendaklah membuat
perancangan awal bagi memastikan item-item kerja di bawah WKP ditender
mengikut jadual supaya pelantikan SubKontraktor Dinamakan tidak terlewat.
Kelewatan dalam pelantikan boleh menjejaskan program kerja Kontraktor
Utama dan akan mengakibatkan projek lambat disiapkan dan menyebabkan
lanjutan masa perlu diberikan.

4.2 Sekiranya kerja-kerja M&E dan kerja-kerja pakar lain yang sepatutnya
dikategorikan sebagai WKP telah diperuntukkan sebagai WPS dalam
Dokumen Kontrak, maka selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan, P.P.
perlulah dengan segera menukarkan kerja-kerja tersebut kepada WKP dan
melaksanakan proses pengurusan mengikut kaedah WKP.

4.3 Tatacara pengurusan bagi kerja-kerja berdasarkan WKP adalah sebagaimana


peraturan perolehan semasa. Perakuan Tender/ Sebut Harga hendaklah
diluluskan oleh Lembaga Perolehan/ Jawatankuasa Sebut Harga yang
berkenaan.

SP JPS BIL. 8/2019 10 / 11


4.4 Carta Aliran Pengurusan WKP di Peringkat Pembinaan adalah seperti di
Lampiran 10.

5.0 KAEDAH BAYARAN WKP

Bagi perolehan kerja WKP yang menggunakan Borang Piawai JKR 203N,
bayaran terus bagi pihak Kontraktor Utama hendaklah disediakan
sebagaimana peraturan biasa bagi Subkontraktor Dinamakan.

6.0 PERTAMBAHAN KOS WKP SETELAH SST

6.1 Sekiranya terdapat pertambahan kepada nilai kerja WKP yang telah
disetujuterima, permohonan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Arahan
Perubahan Kerja atau Jawatankuasa Kerja Tambahan Kuantiti Sementara
berdasarkan nilai terkumpul Kontrak Utama, mengikut mana yang berkenaan.

7.0 PELARASAN HARGA KONTRAK

7.1 Setelah SST dikeluarkan kepada Subkontraktor Dinamakan, pelarasan


terhadap item WKP yang diperuntukkan dalam kontrak hendaklah diselaraskan
dengan menggunakan Borang JKR-PHK.

SP JPS BIL. 8/2019 11 / 11


LAMPIRAN 1

CONTOH BUTIRAN WPS DALAM DOKUMEN TENDER

Bil. Huraian Kerja Unit Amaun

1.0 Wang Peruntukan Sementara

1.1 Sediakan Wang Peruntukan Harga Pukal RM50,000.00


Sementara sejumlah
RM50,000.00 bagi kerja-kerja
lanskap.
......... % RM...................
1.1.1 Keuntungan
Harga Pukal RM...................
1.1.2 Layanan

1.2 Harga Pukal RM500,000.00


Sediakan Wang Peruntukan
Sementara sejumlah
RM500,000.00 bagi kerja-kerja
saliran retikulasi air.
......... % RM...................
1.2.1 Keuntungan
Harga Pukal RM...................
1.2.2 Layanan
LAMPIRAN 2

JPS-WPS 2019 (A)


KERAJAAN MALAYSIA
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

PERMOHONAN UNTUK MELAKSANAKAN BUTIRAN DI BAWAH WANG PERUNTUKAN


SEMENTARA YANG DIJANGKA MELEBIHI *30%/ 50%/ 100% DARI PERUNTUKAN ASAL

A. BUTIR-BUTIR KONTRAK

1. Tajuk Kontrak : ……………………………………………………………..


……………………………………………………………..
2. Nombor Kontrak : ……………………………………………………………..
3. Nama Kontraktor : ……………………………………………………………..
4. Harga Kontrak Asal : ……………………………………………………………..
5. Tarikh Milik Tapak Bina : ……………………………………………………………..
6. Tarikh Siap Asal : ……………………………………………………………..
7. Tarikh Siap Dilanjutkan : ……………………………………………………………..
8. Peratus Kemajuan Kerja Sebenar & Tarikh : ……………………………………………………………
9. Peratus Kemajuan Kerja Jadual & Tarikh : ……………………………………………………………

B. MAKLUMAT MENGENAI WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)

Anggaran Kos Nilai & Peratus Tambahan


Nilai Asal
Bil. Huraian Kerja Muktamad Yang Dijangkakan
WPS (RM)
(RM) (RM) %

C. SEBAB-SEBAB KENAIKAN DAN JUSTIFIKASI


Rujuk Lampiran.

D. PERAKUAN PEGAWAI PENGUASA


Permohonan untuk meluluskan kerja di bawah WPS dikemukakan untuk pertimbangan.
Adalah disahkan bahawa peruntukan mencukupi.

Nama :
…………………………………………….
…………………………………………
( Tandatangan )
Jawatan :
…………………………………………
Tarikh :
…………………………………………

E. KEPUTUSAN
Permohonan ini *diluluskan / tidak diluluskan.

……………………………………………. ………………………………………….
( Tandatangan ) Pengarah Bahagian/ TKP JPS/ KP JPS

*Potong yang tidak berkenaan


LAMPIRAN 3

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Konvensional)

LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS

1) Kerja tidak melebihi 1) Kerja di antara RM20,000 -


1) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
2) Bekalan/ perkhidmatan
2) Bekalan/ perkhidmatan 2) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak

i) Pejabat P.P/Wakil P.P i) Pejabat P.P/Wakil P.P i) Pejabat P.P/Wakil P.P


menyediakan menyediakan Spesifikasi / menyediakan Spesifikasi /
spesifikasi/rekabentuk. Kehendak Kerajaan / rekabentuk Kehendak Kerajaan / rekabentuk
dan menyerahkan kepada dan menyerahkan kepada
ii) Perolehan boleh dibuat oleh Kontraktor. Kontraktor.
P.P/Wakil P.P berdasarkan
harga maksimum dan ii) Kontraktor menyediakan dokumen ii) Kontraktor menyediakan
perincian serta sampel (jika Sebut harga berdasarkan dokumen tender berdasarkan
berkenaan) kerja, peralatan Spesifikasi / Kehendak Kerajaan / Spesifikasi / Kehendak Kerajaan /
atau perkhidmatan yang rekabentuk tersebut. rekabentuk tersebut.
hendak diperolehi.
iii) Pejabat P.P/Wakil P.P hendaklah iii) Pejabat P.P/Wakil P.P hendaklah
iii) P.P/Wakil P.P menyediakan senarai nama-nama menyediakan senarai nama
memaklumkan kepada subkontraktor / pembekal / subkontraktor / pembekal /
Kontraktor nama pengkhidmat yang sesuai untuk pengkhidmat pilihannya.
subkontraktor / pembekal / menyertai Sebut harga. Bilangan Subkontraktor / pembekal /
pengkhidmat dan harga / nama-nama tersebut hendaklah pengkhidmat yang dicadangkan
kadar harga yang akan sedapat mungkin tidak kurang hendaklah berdaftar dengan
disetujuterima dan daripada lima (5). LPIPM (CIDB) dan PKK dalam
mengarahkan Kontraktor kategori & pengkhususan yang
melantik subkontraktor / iv) Pejabat P.P/Wakil P.P berkaitan atau Kementerian
pembekal / pengkhidmat memastikan dokumen Sebut Kewangan.
tersebut dan tambahan bagi harga teratur dan memutuskan
kos layanan dan keuntungan senarai nama-nama subkontraktor iv) Bilangan nama-nama tersebut
sebagaimana ditetapkan / pembekal / pengkhidmat untuk hendaklah sedapat mungkin tidak
dalam Kontrak atau jika menyertai Sebut harga. kurang daripada lima (5).
tiada hendaklah tidak
melebihi 7.5% bagi kos v) Dokumen Sebutharga v) Pejabat P.P/Wakil P.P
layanan dan keuntungan. secukupnya disediakan oleh memastikan dokumen tender
(bergantung kepada tahap Kontraktor dan P.P/Wakil P.P teratur dan memutuskan senarai
kesukaran / penglibatan akan mempelawa Sebut harga nama-nama subkontraktor /
Kontraktor). dari subkontraktor / pembekal / pembekal / pengkhidmat untuk
pengkhidmat yang disenaraikan. menyertai tender.
iv) Walau bagaimanapun,
sekiranya Kontraktor Utama
terpilih untuk melaksanakan
kerja tersebut, kos layanan
dan keuntungan ini tidak
akan dibayar.
LAMPIRAN 3

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Konvensional)

LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS
1) Kerja tidak melebihi 1) Kerja di antara RM20,000 -
1) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
2) Bekalan/ perkhidmatan
2) Bekalan/ perkhidmatan 2) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak

vi) Sebut harga hendaklah ditutup di vi) Dokumen tender secukupnya


Pejabat P.P/Wakil P.P pada satu disediakan oleh Kontraktor dan
tarikh dan masa yang ditetapkan. P.P/Wakil P.P akan mempelawa
tender dari subkontraktor /
vii) Sebut harga hendaklah dibuka pembekal / pengkhidmat yang
oleh Jawatankuasa Pembuka disenaraikan.
Sebut harga.
vii) Tender hendaklah ditutup di
viii) Pejabat P.P/Wakil P.P menilai Pejabat P.P/Wakil P.P pada satu
sebut harga yang diterima dan tarikh dan masa yang ditetapkan.
memperakukan sebut harga
terendah yang menepati viii) Tender hendaklah dibuka oleh
spesifikasi dan secara teknikal Jawatankuasa Pembuka Tender.
boleh diterima, sebagai asas
jumlah harga I kadar harga yang ix) Pejabat P.P/Wakil P.P menilai
dipohon bagi kerja-kerja tender yang diterima untuk
berkenaan, kepada Pihak memastikan tender terendah yang
Berkuasa Melulus untuk kelulusan menepati spesifikasi dan secara
dengan menggunakan Borang teknikal boleh diterima untuk
JPS-WPS 2019 (B). dipertimbangkan.

ix) Harga yang diperakukan x) Tender yang hendak


hendaklah termasuk tambahan dipertimbangkan hendaklah
bagi kos layanan dan keuntungan dikemukakan kepada Pihak
sebagaimana ditetapkan dalam Berkuasa Melulus untuk kelulusan
Kontrak atau jika tiada hendaklah dengan menggunakan Borang
tidak melebihi 7.5% bagi kos JPS-WPS 2019 (B).
layanan dan keuntungan.
(bergantung kepada tahap xi) Harga yang diperakukan
kesukaran / penglibatan hendaklah termasuk tambahan
Kontraktor). bagi kos layanan dan keuntungan
sebagaimana ditetapkan dalam
x) Walau bagaimanapun, sekiranya Kontrak atau jika tiada hendaklah
Kontraktor Utama terpilih untuk tidak melebihi kadar berikut:
melaksanakan kerja tersebut, kos
layanan dan keuntungan ini tidak
akan dibayar.
LAMPIRAN 3

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Konvensional)

LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS
1) Kerja tidak melebihi 1) Kerja di antara RM20,000 -
1) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
2) Bekalan/ perkhidmatan
2) Bekalan/ perkhidmatan 2) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak

xi) P.P/Wakil P.P memaklumkan Nilai Perolehan Kadar


keputusan Pihak Berkuasa Maksimum
Melulus kepada Kontraktor
Utama dan mengarahkan > RM500,000 - RM1 juta 5%
Kontraktor Utama melantik > RM1 juta - RM5 juta 4%
penyebutharga yang
> RM5 juta - RM10 juta 3%
disetujuterima.
> RM10 juta 2.5%
xii) Perlantikan subkontraktor /
pembekal / pengkhidmat dan Walau bagaimanapun, sekiranya
penyediaan dokumen subkontrak Kontraktor Utama terpilih untuk
oleh Kontraktor Utama yang melaksanakan kerja tersebut, kos
mengandungi peruntukan yang layanan dan keuntungan ini tidak
membolehkan bayaran terus akan dibayar.
dibuat daripada Kerajaan kepada
subkontraktor / pembekal /
pengkhidmat melalui penyerahan xii) Wakil P.P. memaklumkan
hak. keputusan Pihak Berkuasa
Melulus kepada Kontraktor
Utama dan mengarahkan
Kontraktor Utama melantik
petender yang disetujuterima.

xiii) Perlantikan subkontraktor /


pembekal / pengkhidmat dan
penyediaan dokumen subkontrak
oleh Kontraktor Utama yang
mengandungi peruntukan yang
membolehkan bayaran terus
dibuat melalui penyerahan hak.
LAMPIRAN 4

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Berasaskan Reka dan Bina)

LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS

1) Kerja tidak melebihi 1) Kerja di antara RM20,000 -


1) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
2) Bekalan/ perkhidmatan
2) Bekalan/ perkhidmatan 2) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak

i) Kontraktor menyediakan i) Kontraktor menyediakan i) Kontraktor menyediakan


rekabentuk dan spesifikasi rekabentuk, spesifikasi dan rekabentuk, spesifikasi dan
berdasarkan kehendak dokumen Sebut harga dokumen tender berdasarkan
Kerajaan dan berdasarkan kehendak Kerajaan kehendak Kerajaan dan
mengemukakannya beserta dan mengemukakannya beserta mengemukakannya beserta
harga dengan justifikasi harga dengan justifikasi kepada harga dengan justifikasi kepada
kepada P.P/Wakil P.P. P.P/ Wakil P.P. P.P/ Wakil P.P.

ii) P.P/Wakil P.P memeriksa ii) P.P/Wakil P.P memeriksa ii) P.P/Wakil P.P memeriksa
rekabentuk dan spesifikasi rekabentuk dan spesifikasi bagi rekabentuk dan spesifikasi bagi
bagi menentukan sama ada menentukan sama ada ia menentukan sama ada ia
ia mematuhi kehendak mematuhi kehendak Kerajaan mematuhi kehendak Kerajaan
Kerajaan. dan memastikan dokumen Sebut dan memastikan dokumen
harga teratur. tender teratur.
iii) Perolehan boleh dibuat oleh
Kontraktor setelah mendapat iii) P.P/Wakil P.P hendaklah iii) P.P/Wakil P.P hendaklah
kelulusan bertulis P.P/Wakil menyediakan senarai nama- menyediakan senarai nama
P.P dari segi harga nama subkontraktor / pembekal / subkontraktor / pembekal /
maksimum dan perincian pengkhidmat yang sesuai untuk pengkhidmat pilihannya.
serta sampel (jika berkenaan) menyertai Sebut harga. Bilangan Subkontraktor / pembekal /
kerja, peralatan atau nama-nama tersebut hendaklah pengkhidmat yang dicadangkan
perkhidmatan yang hendak sedapat mungkin tidak kurang hendaklah berdaftar dengan
diperolehi. daripada lima (5). LPIPM (CIDB) dalam kategori &
pengkhususan yang berkaitan
iv) P.P./Wakil P.P. tidak perlu iv) Dokumen Sebut harga atau Kementerian Kewangan.
menetapkan nama secukupnya disediakan oleh
subkontraktor / pembekal / Kontraktor dan P.P/Wakil P.P
pengkhidmat yang akan mempelawa Sebut harga
berkenaan. Terpulang dari subkontraktor / pembekal /
kepada Kontraktor untuk pengkhidmat yang disenaraikan.
mereka bentuk serta
menamakan subkontraktor / v) Sebut harga hendaklah ditutup di
pembekal / pengkhidmat pejabat P.P/Wakil P.P pada satu
dengan syarat sentiasanya tarikh dan masa yang ditetapkan.
bahawa ia menepati perincian
dan/atau sampel dan harga
tidak melebihi harga yang
diluluskan (had maksimum).
LAMPIRAN 4

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Berasaskan Reka dan Bina)

LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS

1) Kerja tidak melebihi 1) Kerja di antara RM20,000 -


1) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
2) Bekalan/ perkhidmatan
2) Bekalan/ perkhidmatan 2) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak
v) Subkontraktor / pembekal / vi) Sebut harga hendaklah dibuka iv) P.P/Wakil P.P memutuskan
pengkhidmat yang oleh Jawatankuasa Pembuka senarai nama-nama
dinamakan dan harga I kadar Sebut harga. subkontraktor / pembekal /
harga yang disetujuterima pengkhidmat untuk menyertai
adalah tertakluk kepada vii) Kontraktor menilai Sebut harga tender. Bilangan nama-nama
kelulusan Pihak Berkuasa yang diterima dan tersebut hendaklah sedapat
Melulus di peringkat P.P. atau memperakukan kepada mungkin tidak kurang daripada
yang lebih tinggi. P.P/Wakil P.P. Sebut harga lima (5).
terendah yang menepati
vi) Harga I kadar harga yang spesifikasi dan secara teknikal v) Dokumen Tender secukupnya
akan disetujuterima boleh diterima untuk disediakan oleh Kontraktor dan
hendaklah berasaskan harga dipertimbangkan. P.P/Wakil P.P akan
sebenar (tertakluk kepada mempelawa tender dari
had maksimum) dan viii) P.P/Wakil P.P. mengkaji sama subkontraktor / pembekal /
tambahan bagi kos layanan ada perakuan Kontraktor adalah pengkhidmat yang
dan keuntungan secara teknikal boleh diterima, disenaraikan.
sebagaimana ditetapkan dan seterusnya
dalam Kontrak atau jika tiada memperakukannya kepada vi) Tender hendaklah ditutup di
hendaklah tidak melebihi Pihak Berkuasa Melulus di pejabat P.P/Wakil P.P pada
7.5% bagi kos layanan dan peringkat P.P. atau yang lebih satu tarikh dan masa yang
keuntungan. (bergantung tinggi untuk kelulusannya ditetapkan.
kepada tahap kesukaran / dengan menggunakan Borang
penglibatan Kontraktor). JPS-WPS 2019 (B). vii) Tender hendaklah dibuka oleh
Jawatankuasa Pembuka
vii) Walau bagaimanapun, ix) Harga yang diperakukan Tender.
sekiranya Kontraktor Utama hendaklah termasuk tambahan
terpilih untuk melaksanakan bagi kos layanan dan viii) Kontraktor menilai tender yang
kerja tersebut, kos layanan keuntungan sebagaimana diterima dan memperakukan
dan keuntungan ini tidak akan ditetapkan dalam Kontrak atau kepada P.P/Wakil P.P tender
dibayar. jika tiada hendaklah tidak terendah yang menepati
melebihi 7.5% bagi kos layanan spesifikasi dan secara teknikal
dan keuntungan. boleh diterima untuk
(bergantung kepada tahap dipertimbangkan.
kesukaran / penglibatan
Kontraktor Utama) ix) P.P/Wakil P.P mengkaji sama
ada perakuan Kontraktor
x) Walau bagaimanapun, sekiranya adalah benar terendah yang
Kontraktor Utama terpilih untuk menepati spesifikasi dan secara
melaksanakan kerja tersebut, teknikal boleh diterima, dan
kos layanan dan keuntungan ini seterusnya memperakukannya
tidak akan dibayar. kepada Pihak Berkuasa
Melulus dengan menggunakan
Borang JPS-WPS 2019 (B).
LAMPIRAN 4

Tatacara Perolehan bagi Wang Peruntukan Sementara


(Kontrak Berasaskan Reka dan Bina)
LANTIKAN TERUS/
SEBUT HARGA TENDER
PEMBELIAN TERUS
3) Kerja tidak melebihi 3) Kerja di antara RM20,000 -
3) Kerja melebihi RM500,000
RM20,000 RM500,000
4) Bekalan/ perkhidmatan
4) Bekalan/ perkhidmatan 4) Bekalan/ perkhidmatan di antara
melebihi RM500,000 setahun/
tidak melebihi RM20,000 RM20,000 - RM500,000 setahun/
sesuatu kontrak
setahun/ sesuatu kontrak sesuatu kontrak
x) Harga yang diperakukan
xi) P.P/Wakil P.P. memaklumkan hendaklah termasuk tambahan
keputusan Pihak Berkuasa bagi kos layanan dan
Melulus kepada Kontraktor keuntungan sebagaimana
Utama dan mengarahkan ditetapkan dalam Kontrak atau
Kontraktor Utama melantik jika tiada hendaklah tidak
penyebut harga yang melebihi kadar berikut:
disetujuterima tersebut.
Nilai Perolehan Kadar
xii) Perlantikan subkontraktor / Maksimum
pembekal / pengkhidmat dan
penyediaan dokumen subkontrak > RM500,000 - RM1 juta 5%
oleh Kontraktor Utama yang > RM1 juta - RM5 juta 4%
mengandungi peruntukan yang > RM5 juta - RM10 juta 3%
membolehkan bayaran terus > RM10 juta 2.5%
dibuat daripada Kerajaan kepada
subkontraktor / pembekal / Walau bagaimanapun, sekiranya
pengkhidmat melalui penyerahan Kontraktor Utama terpilih untuk
hak. melaksanakan kerja tersebut, kos
layanan dan keuntungan ini tidak
akan dibayar.

xi) P.P/Wakil P.P memaklumkan


keputusan Pihak Berkuasa
Melulus kepada Kontraktor
Utama dan mengarahkan
Kontraktor Utama melantik
petender yang disetujuterima
tersebut.

xii) Perlantikan subkontraktor /


pembekal / pengkhidmat dan
penyediaan dokumen
subkontrak oleh Kontraktor
Utama yang mengandungi
peruntukan yang membolehkan
bayaran terus dibuat daripada
Kerajaan kepada subkontraktor
/ pembekal / pengkhidmat
melalui penyerahan hak.
LAMPIRAN 5

Carta Aliran Tatacara Pelaksanaan WPS Peringkat Pembinaan


(Kontrak Konvensional)

P.P. kenalpasti Item WPS


sebagaimana yang terdapat di dalam
dokumen kontrak utama

Pejabat P.P./Wakil P.P. membuat


anggaran kos bagi kerja dan bekalan yang
akan diperolehi. Pejabat P.P./Wakil P.P.
boleh rujuk kepada pejabat penyedia
Dokumen Tender jika perlu

Mohon kelulusan Pihak Adakah butiran kerja


Berkuasa yang WPS melebihi nilai
berkenaan asal yang
menggunakan Borang diperuntukkan di
JPS-WPS 2019 (A) Ya dalam dokumen
kontrak?

Tidak
Kaji semula Adakah
WPS Pihak Berkuasa
tersebut luluskan

Ya Tidak

Adakah Kontraktor Utama


penuhi syarat- syarat Tidak
seperti di perenggan 5.2.1
bagi membolehkan P.P.
membenarkan Kontraktor A
Utama melaksanakan kerja
WPS?

Ya

P.P. boleh arahkan Kontraktor Utama


untuk laksanakan kerja WPS
LAMPIRAN 5

Carta Aliran Tatacara Pelaksanaan WPS Peringkat Pembinaan


(Kontrak Konvensional) (Samb)

Pejabat P.P./ Wakil P.P. uruskan perolehan untuk kerja WPS


mengikut peraturan secara lantikan terus, tender atau sebut
harga seperti di Lampiran 3

Pejabat P.P./ Wakil P.P. sediakan penilaian tender/ sebut harga

Pejabat P.P./ Wakil P.P. kemukakan Laporan Penilaian Tender/


Sebut harga kepada Pihak Berkuasa Melulus (PBM)

PBM buat keputusan dan urusetia maklumkan


keputusan kepada P.P.

P.P./ Wakil P.P. maklumkan keputusan PBM kepada


Kontraktor Utama dan arahkan Kontraktor Utama untuk
lantik Sub Kontraktor yang telah diluluskan untuk
melaksanakan kerja WPS. P.P. maklumkan bahawa
Kontraktor Utama adalah bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas Sub Kontraktor berhubung kerja WPS yang akan
dilaksanakan

Kontraktor Utama lantik Sub Kontraktor dan seterusnya


menyediakan dokumen subkontrak

Nota: Rujuk Garis Panduan dan Tatacara Perolehan di Lampiran 3


LAMPIRAN 6

Carta Aliran Tatacara WPS Peringkat Pembinaan


(Kontrak Reka dan Bina)

Kontraktor sediakan rekabentuk dan/atau


spesifikasi berdasarkan kehendak Kerajaan
dan kemukakan kepada P.P./ Wakil P.P.

Pejabat P.P./Wakil P.P. semak dan buat


siasatan harga dan kerja/ peralatan atau
perkhidmatan yang akan diperolehi. Pejabat
P.P./Wakil P.P. boleh rujuk kepada pejabat
penyedia Dokumen Tender jika perlu

Adakah butiran kerja


Mohon kelulusan Pihak WPS melebihi nilai
Berkuasa yang berkenaan asal yang
menggunakan Borang diperuntukkan di
JPS-WPS 2019 (A) Ya dalam dokumen
kontrak?

Tidak Adakah
Kaji semula Pihak Berkuasa
WPS tersebut luluskan?

Ya Tidak

Adakah Kontraktor Utama


penuhi syarat- syarat seperti Tidak
di perenggan 5.2.1 bagi
membolehkan P.P.
membenarkan Kontraktor A
Utama melaksanakan kerja
WPS?

Ya

P.P. boleh arahkan Kontraktor Utama


untuk jalankan kerja WPS
LAMPIRAN 6

Carta Aliran Tatacara WPS Peringkat Pembinaan


(Kontrak Reka dan Bina) (Samb)

Kontraktor Utama sediakan dokumen tender/ sebut harga dan


uruskan perolehan untuk kerja WPS mengikut peraturan
secara lantikan terus/ tender atau sebut harga seperti di
Lampiran 4

Kontraktor Utama sediakan penilaian tender/ sebut harga

Pejabat P.P./ Wakil P.P. kaji perakuan Kontraktor Utama,


berunding (jika perlu) dan kemukakan Laporan Penilaian
Tender/ Sebut harga kepada PBM

PBM buat keputusan dan urusetia maklumkan


keputusan kepada P.P.

P.P./ Wakil P.P. maklumkan keputusan PBM kepada


Kontraktor Utama dan arahkan Kontraktor Utama untuk
lantik Sub Kontraktor yang telah diluluskan untuk
melaksanakan kerja WPS. P.P./ Wakil P.P. maklumkan
bahawa Kontraktor Utama adalah bertanggungjawab
sepenuhnya ke atas Sub Kontraktor berhubung kerja WPS
yang akan dilaksanakan

Kontraktor Utama lantik Sub Kontraktor dan seterusnya


menyediakan dokumen subkontrak

Nota: Rujuk Garis Panduan dan Tatacara Perolehan di Lampiran 4


LAMPIRAN 7

JPS-WPS 2019 (B)

KERTAS PERAKUAN UNTUK KELULUSAN HARGA BAGI ITEM WANG


PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)

BUTIR-BUTIR KONTRAK

1. Tajuk Kontrak :

2. No. Kontrak :

3. Harga Kontrak Asal :

4. Tarikh Milik Tapak :

5. Tarikh Siap Asal :

6. Tarikh Siap Dilanjutkan :

7. Peratus Siap & Tarikh :

MAKLUMAT MENGENAI KERJA WANG PERUNTUKAN SEMENTARA (WPS)


HURAIAN WPS:
………………………………………………………………………………………………………………………….....
Sejumlah ____ tender / sebutharga telah diterima seperti yang dijadualkan.

Petender / Penyebutharga yang layak dipertimbangkan dan paling menguntungkan untuk disetujuterima
adalah:

Jumlah Harga
Harga Yang Layanan Yang
Nama dan Alamat Nilai Asal Diperakukan (Pukal) & Diperakukan
Bil Subkontraktor/ WPS Untuk Keuntungan Untuk
Pembekal/ Pengkhidmat (RM) Dipersetujui @.....% Dipersetujui
(RM) (RM)

(a) (b) (a) + (b)

Nama :

Alamat:

………………………………………
Pegawai Penguasa I Pengarah Projek/ Wakil Pegawai Penguasa

Tarikh:

KEPUTUSAN JAWATANKUASA ARAHAN PERUBAHAN KERJA

Pengerusi Ahli Ahli

………………………………. ………………………………. ……………………………….


( ) ( ) ( )
LAMPIRAN 7

JPS-WPS 2019 (B)-1

BUTIR-BUTIR HARGA YANG DICADANGKAN BAGI KERJA WPS YANG


DILAKSANAKAN OLEH KONTRAKTOR UTAMA

Huraian Item WPS:


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
Rujukan
Senarai
Item Kadar Jumlah
Huraian Kerja Unit Kuantiti Kuantiti/ Catatan
No. Harga (RM)
*Kadar
Harga Baru

JUMLAH
*Sila sertakan asas perkiraan sebagai Lampiran

Diperakukan (Kontraktor Utama) dengan harga yang ditawarkan sebanyak


RM …………………………………. untuk disetujuterima.

………………………………...
Pegawai Penguasa I Pengarah
Projek/ Wakil Pegawai Penguasa

Nama :
…………………………………
Jawatan :
…………………………………
Tarikh :
…………………………………

Nota: Format ini adalah digunakan untuk WPS diberi terus kepada Kontraktor Utama
LAMPIRAN 7

JPS-WPS 2014 (B)-2

BUTIR-BUTIR HARGA YANG DITAWARKAN

Huraian Item WPS :


…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

Nilai Asal WPS : RM …………………………………

Senarai Petender / Penyebutharga yang layak dipertimbangkan adalah berasaskan


keutamaan berikut. (Untuk butiran terperinci rujuk JPS-WPS 2019 (B)-3)

Bayaran
Kepada
Kos Layanan
Nama Kontraktor Jumlah
&
Subkontraktor/ Harga Yang Utama bagi Harga
Bil. Keuntungan
Pembekal/ Ditawarkan rekabentuk Keseluruhan
@ ………..%
Pengkhidmat (jika (RM)
(RM)
berkenaan)
(RM)

Perakuan
Diperakukan Petender / Penyebutharga Bil. ……………….. iaitu …………………….
dengan harga yang ditawarkan sebanyak RM ………………..… untuk disetujuterima.

Dengan ini jumlah harga keseluruhan WPS ialah RM ……………………….

………………………………...
Pegawai Penguasa I Pengarah
Projek/ Wakil Pegawai Penguasa

Nama :
…………………………………
Jawatan :
…………………………………
Tarikh :
…………………………………
Nota: Format ini adalah digunakan untuk WPS melalui pelantuikan pihak ketiga
LAMPIRAN 7

JPS-WPS 2019 (B)-3

BUTIR-BUTIR HARGA YANG DITAWARKAN

Petender/ Petender/ Petender/ Petender/ Petender/


Penyebutharga Penyebutharga Penyebutharga Penyebutharga Penyebutharga
Bil. Huraian Kerja Unit Kuantiti 1 2 3 4 5
Kadar Kadar Kadar Kadar Kadar
Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Harga Harga Harga Harga Harga
LAMPIRAN 8

CONTOH BUTIRAN WKP DALAM DOKUMEN TENDER

BIL HURAIAN KERJA UNIT AMAUN

1 Wang Kos Prima

1.1 Sediakan wang kos prima sejumlah RM250,000 RM250,000.00


bagi kerja-kerja elektrik

2.1.1 Keuntungan ………..% RM…………..

2.1.2 Layanan Harga Pukal RM…………..

1.2 Sediakan wang kos prima sejumlah RM50,000 RM50,000.00


bagi kerja-kerja mekanikal

2.2.1 Keuntungan ………..% RM…………..

2.2.2 Layanan Harga Pukal RM…………..


LAMPIRAN 9

Carta Aliran
Pengurusan WKP Peringkat Penyediaan Dokumen Tender
(Kontrak Konvensional)

Proses untuk sediakan Dokumen Tender

Tentukan kerja-kerja WKP yang perlu dimasukkan


ke dalam Dokumen Tender

Sediakan anggaran untuk setiap item WKP


berkenaan

Masukkan item WKP ke dalam Dokumen Tender

Sediakan Dokumen Tender

Dokumen Tender siap


LAMPIRAN 10

Carta Aliran Pengurusan WKP Peringkat Pembinaan


(Kontrak Konvensional)

Perolehan kerja WKP

P.P kenalpasti item WKP


sebagaimana yang terdapat di
dalam Dokumen Kontrak Utama

P.P. uruskan dengan pejabat yang


menyediakan dokumen untuk
Adakah Kontraktor Tidak menyediakan dokumen tender/ sebut
Utama mohon untuk
harga sub kontrak dan uruskan perolehan
laksanakan kerja
untuk kerja WKP mengikut peraturan
WKP?
biasa
Ya
Pejabat P.P./W.P.P. sediakan penilaian
P.P menilai permohonan Kontraktor Utama tender /sebut harga
dan pastikan Kontraktor Utama mempunyai
kategori dan pengkhususan yang sesuai

Pejabat P.P./W.P.P. kemukakan


penilaian tender/sebutharga kepada
Adakah Kontraktor Lembaga / Jawatankuasa
Utama layak? Ya

Tidak
Lembaga / Jawatankuasa buat
Tidak dibenarkan memasuki tender WKP
keputusan dan Urusetia maklumkan
keputusan kepada P.P.
P.P arahkan Kontraktor Utama untuk lantik
Sub Kontraktor Dinamakan yang telah
diluluskan untuk laksanakan kerja WKP. P.P
maklumkan bahawa Kontraktor Utama Tidak
Adakah Kontraktor
bertanggungjawab sepenuhnya berhubung Utama berjaya?
kerja WKP yang akan dilaksanakan

Ya

Kontraktor Utama melantik Sub Kontraktor P.P. maklumkan kepada Kontraktor


Dinamakan dan seterusnya menyediakan Utama dan kos layanan dan
dokumen subkontrak keuntungan tidak dibayar kepadanya

You might also like