You are on page 1of 16

R-SES

2023

PERTANDINGAN
ROAD SAFETY
EDUCATION
SCHOOL (R-SES)
Pendidikan merupakan tunjang utama dalam usaha
meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia.
Pendidikan yang berkesan memainkan peranan penting bagi
PENDAHULUAN

menerapkan nilai dan sikap yang mengutamakan keselamatan


jalan raya. Nilai dan sikap positif tersebut dapat diterjemahkan
melalui kewarasan membuat pertimbangan, kematangan emosi
dan rasa tanggungjawab yang tinggi semasa menggunakan jalan
raya.

Bermula dari tahun 2016 hingga 2017, Institut Penyelidikan


Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya
melaksanakan Projek Semakan dan Pembangunan Semula
Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi
peringkat TASKA, Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah.

Rentetan daripada kejayaan membangunkan dan menyebar luas


penggunaan Modul PKJR yang bercirikan wajah Malaysia secara
rasmi, PKJR memperkenalkan penganjuran inisiatif baharu di
luar bilik darjah, iaitu Road Safety Education School (R-SES)
untuk memberikan pengiktirafan kepada sekolah dan institusi
yang melaksanakan dan membudayakan amalan keselamatan
jalan raya secara tuntas.

PERTANDINGAN R-SES 2023 01


OBJEKTIF
01 02

Menggalakkan Memberi pengiktirafan


pelaksanaan modul kepada sekolah yang
PKJR di sekolah melaksanakan modul
PKJR di sekolah dengan
baik

03
iii.

Sebagai motivasi pelaksanaan penyerapan ilmu PKJR


dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa
Melayu di sekolah

PERTANDINGAN R-SES 2023 02


PROSEDUR
PERTANDINGAN

04
Saringan
Peringkat
Pertama

08
Majlis
03 Penyampaian
Penerimaan Hadiah pada
Penyertaan Karnival PKJR
2023

01
Mesyuarat
Pembangunan
Garis Panduan 07
Pertandingan Mesyuarat
R-SES Penentuan
Pemenang

05
Mesyuarat
Penjurian
Pertandingan
R-SES

Saringan Peringkat
Kedua

02
Hebahan
Pencalonan 06
Pertandingan Lawatan
R-SES Verifikasi ke
Institusi/Sekolah
yang telah
disenarai pendek

PERTANDINGAN R-SES 2023 03


R-SES adalah singkatan bagi Road Safety Education School. R-SES
merupakan inisiatif baharu yang diperkenalkan untuk memberi
pengiktirafan kepada sekolah/institusi yang melaksanakan dan
membudayakan amalan keselamatan jalan raya.

Menyemai budaya amalan keselamatan jalan raya kepada


komuniti sekolah.
Menyuntik semangat para pendidik untuk menyampaikan
penyerapan ilmu keselamatan jalan raya
Memperkasa pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
(PKJR) di sekolah.

SOALAN LAZIM
Menggalakkan pelaksanaan modul PKJR di sekolah;
Memberi pengiktirafan kepada sekolah yang melaksanakan modul
PKJR di sekolah dengan baik;
Sebagai motivasi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) di sekolah

Penyertaan adalah terbuka kepada semua TASKA,


Prasekolah/Tadika/Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah seluruh
Malaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan.

Pemilihan R-SES akan dibahagikan kepada empat (4) kategori, iaitu:


a. Kategori 1: Taska
b. Kategori 2: Prasekolah/Tadika/Tabika
c. Kategori 3: Sekolah Rendah
d. Kategori 4: Sekolah Menengah

Sekolah/institusi yang terpilih akan menerima hadiah wang tunai di


mana sebagai inisiatif kepada pihak sekolah/institusi untuk menambah
baik fasiliti dan kemudahan berkait dengan keselamatan jalan raya.

PERTANDINGAN R-SES 2023 04


Setiap kategori mempunyai lima (5) pemenang utama dan 10
pemenang sagu hati:
i. Tempat pertama: RM2000.00
ii. Tempat kedua: RM 1500.00
iii. Tempat ketiga: RM1000.00
iv. Tempat keempat: RM500.00
v. Tempat Kelima: RM250.00
vi. 10 Sagu hati: RM100.00
SOALAN LAZIM

Pengiktirafan Sekolah R-SES akan diberi oleh Kementerian


Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM)

Senarai kriteria mengikut kategori boleh dilihat di bahagian terma dan


syarat, atau pun boleh didapati di pautan berikut,
https://shorturl.at/txJWZ
Atau imbas kod QR dibawah,

Tidak boleh. Hanya satu (1) penyertaan bagi setiap kategori di setiap
institusi/sekolah.

Boleh. Sekolah rendah dan prasekolah adalah di dalam kategori yang


berbeza. Sekolah boleh menghantar satu (1) penyertaan kategori
sekolah rendah dan satu (1) penyertaan kategori prasekolah.

PERTANDINGAN R-SES 2023 05


Tempoh penyertaan dibuka selama sebulan bermula 6 Jun 2023
sehingga 9 Julai 2023

Sijil penyertaan (e-Certificate) akan diberikan kepada semua


sekolah/institusi yang menyertai

SOALAN LAZIM
Menjadi rujukan kepada sekolah-sekolah/institusi-institusi sekitar
berkenaan pelaksanaan PKJR
Menjadi contoh kepada komuniti setempat mengenai amalan
keselamatan jalan raya

i. Pihak sekolah/institusi boleh mengisi borang penyertaan dan


menyediakan dokumen (video/gambar/laporan) seperti mengikut
kriteria setiap kategori.
ii. Selepas borang dan dokumen tersebut telah lengkap, muat naik
borang dan dokumen tersebut pada pautan berikut,
https://forms.gle/sYNzmAxxPJn53MsM8
Atau imbas kod QR dibawah,

Pihak sekolah/institusi boleh membuat rujukan mengikut kategori


dengan menghubungi +603-8924 9200 dan sambungan kepada
pegawai MIROS seperti dibawah,
i. Puan Nur Afifah Aisyah Mohmood Nor (TASKA)
ii. Cik Izzan Salwana Izman (Prasekolah)
iii. Puan Nurul Dayana Darmawi (Sekolah Rendah)
iv. Puan Nurfatin Nadia Suhaimi (Sekolah Menengah)

PERTANDINGAN R-SES 2023 06


TERMA & SYARAT
TEMA
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

SYARAT UMUM PERTANDINGAN


1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua TASKA,
Prasekolah/Tadika/Tabika, Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia
yang menggunakan kurikulum kebangsaan.

2. Kategori pertandingan terdiri daripada:


a. Kategori 1: Taska
b. Kategori 2: Prasekolah/Tadika/Tabika
c. Kategori 3: Sekolah Rendah
d. Kategori 4: Sekolah Menengah

3. Setiap institusi/sekolah hanya dibenarkan menyertai SATU (1) penyertaan


bagi setiap kategori.

4. Borang Penyertaan R-SES mengikut kategori dapat dimuat turun melalui


pautan yang berikut:

Atau imbas kod QR dibawah,

PERTANDINGAN R-SES 2023 07


TERMA & SYARAT
5. Penyertaan ini perlu mendapat pengesahan rasmi daripada Guru Besar
atau Pengetua institusi/sekolah.

6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 7 Julai 2023, pukul 11.59 malam.

7. Borang Penyertaan R-SES yang telah lengkap perlu dimuat naik di pautan
berikut bersama-sama dokumen seperti yang dinyatakan dalam kriteria
pencalonan,

Atau imbas kod QR dibawah,

8. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat


pertandingan.

PERTANDINGAN R-SES 2023 08


TERMA & SYARAT
KRITERIA PERTANDINGAN
1. Pihak institusi/sekolah perlu mengisi Borang Penyertaan dan menghantar
dokumen mengikut kategori penyertaan.

A. TASKA
i. Satu Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA) dalam pelaksaan PdP
Kursus Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA
NEGARA (KAP) yang berkaitan PKJR
ii. Video PdP PKJR. Durasi video hendaklah tidak melebihi 5 minit.
iii. Gambar sudut / ruang / laluan berkaitan PKJR yang terdapat di
TASKA (jika ada)
iv. Laporan ringkas aktiviti bergambar berkaitan penglibatan komuniti
dalam pelaksanaan PdP PKJR.
- Rujuk templat laporan di pautan yang berikut:

Atau imbas kod QR dibawah,

PERTANDINGAN R-SES 2023 09


TERMA & SYARAT
B. PRASEKOLAH / TADIKA / TABIKA
i. Video pelaksanaan PKJR di kelas prasekolah / tadika / tabika.
Durasi video hendaklah tidak melebihi 5 minit. Antara elemen yang
perlu ada dalam video tersebut:
Perancangan guru dalam penyerapan ilmu PKJR
PdP guru (Penyerapkan ilmu PKJR dalam Pembelajaran
Bersepadu - Aktiviti Rutin (Perbualan Awal / Rehat / Aktiviti
Penutup) dan / atau Aktiviti Pembelajaran)
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Aktiviti yang dijalankan menarik, kreatif dan bermakna serta
memberi impak kepada murid
ii. Perancangan guru berkenaan PKJR
iii. Gambar sudut / ruang / laluan berkaitan PKJR di prasekolah /
tadika / tabika
iv. Laporan aktiviti/program berkaitan keselamatan jalan raya yang
dilaksanakan di kelas prasekolah/ tadika / tabika (jika ada)
v. Borang penyertaan R-SES kategori Prasekolah boleh dapati di
pautan berikut,

Atau imbas kod QR dibawah,

PERTANDINGAN R-SES 2023 10


TERMA & SYARAT
C. SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
i. Satu (1) video sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) penyerapan
PKJR dan refleksi murid Tahun 1 hingga 6 atau Tingkatan 1 hingga 3
tentang pengetahuan PKJR yang telah dipelajari. Durasi video
hendaklah tidak melebihi 5 minit.
ii. Gambar sudut, ruang atau laluan berkaitan PKJR yang terdapat di
sekolah.
iii. Laporan ringkas Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) bagi tahun
2022 sehingga kini yang mengandungi maklumat seperti yang
berikut (jika ada):
- Jawatankuasa KKJR
- Gambar aktiviti (seperti ceramah, kuiz, kempen dan lain-lain)
- Anugerah yang diterima sepanjang tempoh penubuhan KKJR
iv. Laporan aktiviti atau program berkaitan keselamatan jalan raya
yang pernah dijalankan di sekolah bagi tahun 2022 sehingga kini
(selain daripada aktiviti atau program anjuran KKJR).
v. Borang penyertaan R-SES kategori Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah boleh dapati di pautan berikut,

Atau imbas kod QR dibawah,

PERTANDINGAN R-SES 2023 11


TERMA & SYARAT
PROSES PEMILIHAN
1. Semua penyertaan akan melalui proses saringan oleh panel juri yang
dilantik.

2. Lima (5) buah institusi/sekolah bagi setiap kategori akan disenarai pendek
daripada keseluruhan penyertaan.

3. Institusi/sekolah yang terpilih akan diberikan taklimat secara dalam talian


sebagai persediaan untuk Lawatan Verifikasi bagi menentukan pemenang.

4.
Para pemenang akan menerima hadiah seperti ketetapan di bawah:
i. Tempat pertama: RM2000.00
ii. Tempat kedua: RM 1500.00
iii. Tempat ketiga: RM1000.00
iv. Tempat keempat: RM500.00
v. Tempat kelima: RM250.00
vi. 10 sagu hati: RM100.00
5.
Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.

PERTANDINGAN R-SES 2023 12


TERMA & SYARAT
HAK MILIK & PENGGUNAAN
Penyertaan secara automatik mengesahkan persetujuan peserta untuk
memberikan hak milik / hak cipta dokumen (video, gambar, laporan dan lain-lain)
kepada penganjur tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada institusi /
sekolah.

PENAFIAN
1. MIROS tidak bertanggungjawab sekiranya peserta didapati melakukan
kesalahan plagiat atau melanggar hak cipta pihak ketiga.

2. MIROS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan


undang-undang yang diambil oleh pihak ketiga berhubung dengan
penggunaan dokumen yang dipertandingkan atau perkara yang
bersangkutan dengannya yang gunakan oleh peserta pertandingan.

3. MIROS tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos atau


pun kerugian yang ditanggung oleh institusi / sekolah sepanjang
pertandingan berlangsung.

Hubungi talian 03-8924 9200 sekiranya ada sebarang


pertanyaan. Pegawai MIROS yang boleh dihubungi adalah
seperti dibawah,
Puan Nur Afifah Aisyah Mohmood Nor (TASKA)
Cik Izzan Salwana Izman (Prasekolah)
Puan Nurul Dayana Darmawi (Sekolah Rendah)
Puan Nurfatin Nadia Suhaimi (Sekolah Menengah)

PERTANDINGAN R-SES 2023 13


IKUTI KAMI

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

PKJROFFICIALACCOUNT

You might also like