You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK BANDAR TUN RAZAK

JALAN JAYA, CHERAS, 56000, KUALA LUMPUR.


Telefon : 03-91314375 Faks : 03-91335614
Email : wea0222@moe.edu.my

Tarikh : 11 Julai 2023


Melalui :
Pengetua,
SMK Bandar Tun Razak,
Jalan Jaya, Cheras,
56000 Kuala Lumpur

Kepada :
UNIT DENGGI ,
PEJABAT KESIHATAN DAERAH CHERAS.
JALAN YACOB LATIF,
56100 CHERAS ,
KUALA LUMPUR

Tuan ,
PERMOHONAN FOGGING DAN ABATE

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Gotong-Royong Mega Perangi Aedes
1.0 dan One Hour Clean Up Malaysia Peringkat Kebangsaan Di Sekolah-Sekolah Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Pihak sekolah ingin memohon jasa baik dan bantuan perkhidmatan “fogging” dan abate
dalam Kawasan sekolah sebagai langkah pencegahan awal dari bahaya nyamuk aedes dan demam
denggi.
Butirannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 18 Julai 2023 (Selasa)
Masa : 8:00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Smk Bandar Tun Razak

4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai. Pihak tuan boleh menghubungi
En Firdaus (017-2259753) untuk sebarang pertanyaan mengenai program ini.

Sekian , terima kasih

“Tiada Aedes Tiada Denggi”

Yang Menjalankan Amanah ,

……………………………………….

(NUR SHAHIRAH BINTI MOHD RADZI)


SU KESIHATAN
SMK BANDAR TUN RAZAK

You might also like