You are on page 1of 11

Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

1. PENDAHULUAN

Dadah merupakan musuh utama negara. Penularan gejala dadah di Malaysia


merupakan satu gejala yang membimbangkan khususnya kepada golongan remaja.
Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia, pada setiap tahun penglibatan pelajar
sekolah yang mengambil dadah semakin meningkat. Antara faktor yang
menyebabkan para pelajar mengambil dadah adalah disebabkan pengaruh rakan
sebaya dan faktor ingin mencuba. Kedua-dua faktor ini adalah rentetan daripada
kurangngya pendedahan berkaitan bahaya dadah. Oleh itu, bagi mengetahui dengan
lebih lanjut lagi, pemerhatian dan soal selidik akan dibuat bagi memastikan
sejauhmana para pelajar mengetahui bahaya berkaitan dadah dan rokok agar
langkah pencegahan awal di peringkat sekolah rendah dapat dilaksanakan.

2. PENGETAHUAN MURID BERKAITAN BAHAYA DADAH DAN ROKOK BAGI MURID


TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU.

2.1 RASIONAL.

Berdasarkan program sambutan anti dadah peringkat sekolah, salah satu program
yang dijalankan adalah program kuiz anti dadah. Kebanyakan soalan kuiz yang
diajukan kepada murid-murid didapati bahawa ramai murid yang tidak mampu
menjawab dengan mudah. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan murid-murid
Sekolah Kebangsaan Teluk Ru masih kurang pengetahuan berkaitan bahaya dadah
dan rokok. Oleh itu, sekiranya pengesanan dapat dibuat dengan awal, maka murid-
murid akan dibimbing dan seterusnya diberi pendedahan pengetahuan yang banyak
berkaitan bahaya najis dadah. Dengan ini, murid-murid akan mempunyai kesedaran
dan pengetahuan yang tinggi berkaitan najis dadah.

2.2 MATLAMAT
Pengesanan awal berkaitan kurang pengetahuan murid berkenaan bahaya dadah
adalah bertujuan untuk:

2.2.1 Menjana kesedaran sivik kepada murid-murid tentang perihal bahaya gejala
bahaya dadah dan merokok

1
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

2.2.2 Meningkatkan keyakinan diri murid-murid umtuk mengelakkan diri daripada


kancah dadah

2.2.3 Mewujudkan semangat perasaan untuk mempertahankan negara, keluarga dan


diri.

2.2.4 Meningkatkan keyakinan diri untuk menangkis segala perkara negatif dalam diri.

3. KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP PENGETAHUAN DAN AMALAN


MURID TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK RU BERKAITAN ROKOK DAN
DADAH.

3.1 LATAR BELAKANG KAJIAN DAN RASIONAL KES

Permasalahan ini wujud bermula pada 23 sehingga 27 Februari 2011 bersempena Sambutan
Hari Anti Dadah peringkat sekolah. Perkara ini berlaku apabila sesi pertandingan kuiz untuk
murid tahun 5 berkaitan dadah tidak mampu dijawab oleh murid tahun 5. Soalan yang
dikemukakan adalah mudah namun tidak mampu untuk dijawab. Justeru, ahli jawatan kuasa
PPDa dan unit kaunseling Sekolah Kebangsaan Teluk Ru membuat kesimpulan bahawa
murid-murid tahun 5 kurang pengetahuan dan maklumat berkaitan dadah. Berdasarkan
kajian yang dilakukan secara rambang, seramai 17 orang murid tahun 5 tidak terlibat dalam
gejala merokok dan dadah. Namun, kurangnya pengetahuan berkaitan bahaya merokok dan
dadah, menyebabkan kajian kes ini dilakasanakan. Kajian menggunakan soal selidik ini
digunakan untuk mengetahui secara statistik sejauh mana pengetahuan dan amalan
penglibatan murid dengan rokok dan dadah. Langkah pencegahan boleh dirancang selepas
mengetahui peratus murid terlibat dengan bahan-bahan tersebut supaya murid tidak terlibat
sepenuhnya dengan bahan-bahan ini dimasa hadapan dan seterusnya memenuhi Visi PPDa
Sekolah Kebangsaan Teluk Ru iaitu Sekolah Bebas Dadah menjelang 2012.

3.2 TUJUAN
Tujuan kajian kes ini dibuat adalah mengetahui tahap pengetahuan dan amalan murid
berkaitan dengan rokok, dan dadah di kalangan murid-murid lelaki dalam tahap dua
khususnya Tahun 5 yang kurang pendedahan berkaitan dadah.

2
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

3.3 OBJEKTIF
Antara objektif kajian tindakan ini dijalankan ialah :

3.3.1. Menilai tahap pengetahuan murid-murid lelaki tahun 5 tentang rokok dan dadah
3.3.2 Menilai tahap amalan murid-murid lelaki tahun 5 berkaitan rokok dan dadah

3.4 BATASAN KAJIAN


3.4.1 Murid Sekolah Kebangsaan Teluk Ru yang berada di darjah 5 hanya ada seramai 17
orang.

3.5 KUMPULAN SASARAN


3.5.1 Seramai 17 orang murid iaitu murid tahun 5

3.6 POPULASI KAJIAN


Untuk kajian ini, populasi kajian ialah seramai 17 orang murid.

3.7 Alatan Kajian


Beberapa alatan kajian telah digunakan dalam kajian penyelidikan ini iaitu :

3.7.1 Satu set soalan dalam kertas A4 dalam 2 halaman bercetak yang mengandungi 20
soalan merangkumi aspek penilaian terhadap pengetahuan dan amalan berkaitan rokok,
dadah dan inhalan. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu;
Bahagian A : Pengetahuan dan Amalan Berkaitan Rokok ( 10 soalan)
Bahagian B : Pengetahuan dan Amalan Berkaitan Dadah( 10 soalan )
3.7 2 Alatulis; Pensel, pen, pemadam pensel

4. ITEM SOALAN
Untuk melaksanakan kajian ini, sebanyak 20 item soalan telah dibina untuk mengetahui
tahap pengetahuan dan amalan penglibatan mereka dengan rokok dan dadah.
Skala ukuran yang digunakan ialah :

3
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Skala 1 : Tidak Setuju


: Yakin untuk tidak bersetuju dengan pernyataan yang diberi bersetuju dengan pernyataan
yang diberi
Skala 4 : Setuju
: Yakin untuk bersetuju dengan pernyataan yang Diberi

Rasional setiap skala dibuat adalah untuk mengukur pendapat murid tentang pengetahuan
dan amalan yang mereka berkaitan dengan rokok, dadah dan inhalan secara tepat samada
ya atau tidak.

4
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

SOAL SELIDIK MENGENAI ROKOK DAN DADAH

NAMA :………………………………………………………………………………………

KELAS :……………………………………………………………………………………….

UMUR : ………………………………. JANTINA : L / P ( Bulatkan yang berkenaan)

TARIKH :………………………………..

ARAHAN
Soal selidik ini adalah untuk mengetahui pengetahuan dan amalan anda berkaitan dengan
rokok, dadah dan inhalan. Sila jawab dengan jujur.

Sila baca dengan teliti penyataan di bawah. Tandakan  pada ruangan ( Ya ) sekiranya
anda tahu dan bersetuju tentang pernyataan tersebut atau tandakan  pada ruangan (
Tidak ) sekiranya anda tidak mengetahui atau tidak bersetuju tentang penyataan tersebut.

Jawapan anda adalah sulit.

A. ROKOK

Bil. Penyataan Ya Tidak

01. Saya tahu apa itu rokok.

02. Saya tahu isi kandungan dalam sebatang rokok.

03. Saya pernah merokok tetapi kini saya tidak merokok lagi.

04. Saya merokok kerana mengikut kawan-kawan merokok.

05. Saya masih merokok hingga ke hari ini tanpa pengetahuan


ibubapa saya.

06. Ibubapa saya mengetahui saya merokok tetapi tidak melarang


saya merokok hingga sekarang.

07. Saya berhenti merokok kerana dimarahi dan ditegur oleh

5
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

ibubapa saya.

08. Saya mendapat maklumat tentang rokok daripada kawan-


kawan saya.

09. Saya mendapat maklumat tentang rokok daripada guru dan


bahan pameran di sekolah.

10 Saya tahu akan kesan sampingan terhadap badan apabila


merokok.

BAHAGIAN B : DADAH

Bil. Penyataan YA TIDAK

11. Saya tahu apa itu dadah.

12. Saya tahu kesan buruk dadah kepada tubuh badan.

13. Saya tidak pernah mencuba untuk mengambil dadah.

14. Saya pernah mencuba untuk menghisap dadah tetapi tidak


mengambilnya lagi.

15. Saya tahu keburukan dadah dan tidak akan cuba untuk
mengambilnya dimasa hadapan.

16. Saya mendapat maklumat mengenai dadah melalui kawan-


kawan .

17. Saya mendapat maklumat mengenai dadah melalui guru dan


bahan pameran di sekolah saya.

18. Ada ahli keluarga saya terlibat dengan penagihan dadah.

19. Saya pernah melihat orang yang sedang menagih dadah.

20. Saya pernah melihat sendiri kesan buruk dadah kepada tubuh
badan.

6
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

4.1 ANALISIS DATA.

 Berdasarkan analisis data yang dibuat, menunjukkan bahawa kajian dibuat melalui
data dan statistik yang telah dijadikan peratus. Ia dirujuk kepada 2 elemen utama
iaitu pengetahuan berkaitan rokok dan dadah.
 Setiap bahagian dijawab oleh 17 orang murid tahun 5. Setiap item soalan dalam skala
1 (Ya/Setuju) dan (Tidak/Tidak setuju).Cara mengira peratus seperti berikut:

Contoh : Bahagian A. Pengetahuan dan amalan Berkaitan Rokok


12 orang murid daripada 17 orang memilih jawapan Ya manakala 5 orang memilih
jawapan Tidak

12 x 100 = 70 %

17

7
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

5. KEPUTUSAN KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENGETAHUI TAHAP

PENGETAHUAN DAN AMALAN BERKAITAN ROKOK

5.1.1 Keputusan Kajian Tindakan Tentang Pengetahuan dan Amalan Berkaitan Rokok

ANALISIS PENGETAHUAN BERKAITAN


AMALAN MEROKOK
120

100

80
PERATUS

60

40

20

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Graf bar diatas menunjukkan bahawa analisis pengetahuan berkaitan amalan merokok
dikalangan murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru. Bagi keputusan soalan nombor 1
mengenai pengetahuan umum tentang definisi rokok dapat diketahui oleh semua responden
sebanyak 100%. Bagi soalan kedua, murid mengetahui isi kandungan sebatang rokok
sebanyak 80%. Manakala soalan nombor 3 pula sebanyak 3%. Ini bermakna murid tahun 5
ada yang merokok tetapi sudah berhenti kerana mencuba. Seterusnya bagi nombor 4 pula,
sebanyak 3% responden tidak terpengaruh dengan rakan sebaya. Bagi nombor 5
pula,sebanyak 10% murid tidak merokok tanpa pengetahuan ibubapa. Bagi soalan nombor 6,
100% ibubapa murid akan menyedari sekiranya murid merokok. Sebanyak 20% ibubapa yang
mengetahui murid merokok tertapi tidak dimarahi. Seterusnya, 77% murid mendapat
maklumat rokok daripada kawan-kawan.

8
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Bagi soalan nombor 9 sebanyak 90% murid mendapat maklumat daripada sekolah dan kelas.
Bagi soalan yang ke 10, sebanyak 75% murid yang tahu akan kesan sampingan rokok kepada
kesihatan.

5.1.2 Keputusan Kajian Tindakan Tentang Pengetahuan dan Amalan Berkaitan Dadah Di
Kalangan Murid Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

ANALISIS PENGETAHUAN DAN AMALAN


BERKAITAN DADAH
100
90
80
70
60
PERATUS

50
40
30
20
10
0
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

70% responden mengetahui secara umum apa itu dadah, manakala 30% mungkin tidak pasti
mengenainya. Bagi penyataan kesebelas yang menyentuh tentang pengetahuan kesan buruk
dadah kepada tubuh badan, 50% responden mengakui mengetahui mengenainya.
Seterusnya bagi penyataan kedua belas pula, kesemua responden tidak pernah mencuba
untuk mengambil dalam pelbagai bentuk sama ada menghisap dadah atau mengambil pil-pil
dadah dan sebagainya. Keadaan ini sangat baik untuk peringkat umur mereka kerana masih
tidak mempunyai perasaan untuk mendekati dan mencuba dadah. Begitu juga dengan
penyataan keempat belas, kesemua responden tidak pernah langsung mengambil dadah.

9
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Bagi penyataan kelima belas yang menyentuh tentang pengetahuan responden


tentang keburukan dadah kepada tubuh badan, 75 mengetahui mengenainya dan tidak akan
cuba mengambilnya dimasa hadapan. Manakala 25 mengetahui mengenai keburukan dadah
tetapi memilih untuk tidak menyatakan ketetapan pilihan untuk tidak mencuba bahan ini
dimasa hadapan.bagi soalan keenam belas pula, hanya 85% responden yang mendapat
maklumat tentang dadah daripada kawan-kawan. 100% responden mengetahui
mengenainya melalui guru dan bahan pameran di sekolah. Petunjuk ini menunjukkan respon
yang baik bagi Unit PPDa terutama melalui Sudut PPDa dan pelbagai program lain untuk
meneruskan agenda untuk mencapai Visi dan Misi PPDa sekolah.

100% responden pula menunjukkan tiada ahli keluarga mereka yang terlibat.
Seterusnya 30% responden mengakui pernah melihat orang yang sedang menagih secara
berdepan atau mungkin melalui media lain seperti dalam tayangan slaid dan sebagainya.
Hanya 70% responden sahaja yang tidak pernah melihat situasi tersebut. Bagi penyataan
mengenai pengalaman sendiri melihat kesan buruk penagih kepada kesihatan kepada
penagih dadah, seramai 95% mengakui pernah melihatnya. 5% lagi tidak pernah melihatnya.

6. RINGKASAN DAN CADANGAN

Secara konklusinya, dua elemen yang digunakan sebagai mekanisme untuk menilai dan
mengkaji amalan yang berkaitan rokok telah mempamerkan suatu perkembangan yang baik.
Kebanyakan responden mempunyai pengetahuan secara asas yang baik berkaitan rokok dan
dadah.

6.1 Terdapat usaha dan cadangan yang boleh digunapakai bagi menjadikan responden

terhindar daripada gejala rokok dan najis dadah iaitu

6.1.1 Memperbanyakkan aktiviti keagamaan dan kerohanian

6.1.2 Mewujudkan lorong dan PPDa yang penuh dengan info tentang bahaya rokok dan
dadah.

10
Kajian Tindakan Program PPDa 2011 Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

Sehubungan dengan itu, adalah diharapkan supaya dengan analisa yang telah dibuat
maka segala bentuk pencegahan dan langkah dapat diambil. Hal ini kerana,
diperingkat sekolah rendah program yang dilaksanalkan untuk memberi pendedahan
berkaitan dadah dan rokok mesti diberi dengan banyak supaya murid-murid
mempunyai pengetahuan untuk tidak terjebak dengan najis dadah.

11

You might also like