You are on page 1of 5

SKEMA JAWAPAN SEJARAH TINGKATAN 2

PEPERIKSAAN PENGGAL 2 SMK SANZAC

Bahagian A
No.Soalan Jawapan No.Soalan Jawapan
1. C 11. B
2. B 12. A
3. B 13. B
4. B 14. A
5. A 15. B
6. C 16. D
7. A 17. B
8. D 18. C
9. D 19. A
10. C 20. B
Bahagian B

SOALAN 1

a) Faktor yang membawa kepada kemasyhuran Srivijaya ialah kerajaan ini


berjaya menakluk Sumatera, Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan
Segenting Kra. Kejayaan penaklukan ini, membolehkan Srivijaya
menguasai jalan laut perdagangan antarabangsa iaitu Selat Sunda dan Selat
Melaka, seterusnya menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu.
Srivijaya juga terkenal sebagai pusat pengajian agama Buddha.
b) Faktor yang mebawa kepada kemasyhuran Kedah ialah kerana kegiatan
perdagangan yang pesat di Lembah Bujang . Kegiatan perdagangan ini
turut menjadikan Kedah pusat keagamaan agama Buddha
c) F1: Pemimpin yang bijak akan mengatur pelbagai strategi baik dalam
bidang politik, ekonomi mahu pun sosial untuk memantapkan kedudukan
negaranya.
F2: menggunakan segala sumber yang ada dalam negaranya demi
memajukan negaranya
C2: Contohnya pemimpin-pemimpin kerajaan Alam Melayu antaranya
Srivijaya dan Majapahit telah menjadikan kerajaan masing-masing kuat dari
segi politik, ekonomi dan sosial serta berjaya membawa keamanan dan
kesejahteraan kepada rakyat masing masing.
F3 : pemimpin yang bijak mempunyai visi dan misi membawa kemajuan
kepada negara masing-masing

SOALAN 2
2. a) i) Pusat
ii) Wilayah
b) F1: Kedah Tua mempunyai ketua yang menguruskan hal perdagangan
dan keagamaan
F2: Gangga Negara mempunyai raja yang berfungsi membangunkan
kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal
keselamatan
c) F1: melalui agihan kuasa, pemerintahan dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan
H1: Pemerintahan melalui kawasan-kawasan yang lebih kecil adalah
lebih mudah dan kawalan dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
F2: sistem pemerintahan yang teratur dengan agihan kuasa kepada
beberapa badan tertentu telah mewujudkan kestabilan dan keamanan
kepada sesebuah kerajaan atau negara
H2: supaya rakyat dapat hidup dengan makmur dan maju
SOALAN 3
3. a) F1: alat komunikasi utama dalam kalangan masyarakat.
F2: menyimpan rekod pemerintahan, perundangan, perdagangan dan
keagamaan.
b) Tambahan huruf yang disesuaikan dengan sebutan dan perkataan
Melayu ialah Ca, Nga, Pa, Ga dan Nya
c) Perbendaharaan kata bahasa Parsi yang memperkayakan
perbendaharaan kata bahasa Melayu ialah anggur (anggur), gandum
(gandum) selain dari perkataan khurma (kurma) juga perkataan khusti
(gusti) dan lashkar (askar)

SOALAN 4
3. a) i) Agama membawa maksud suatu sistem yang berkaitan dengan anutan,
keimanan dan penyembahan terhadap tuhan.
ii) Kepercayaan ialah pegangan yang diyakini dan dapat dijadikan panduan
dalam kehidupan seharian
b) F1: Kepercayaan bahawa setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan
memiliki
roh dan semangat .
F2: Berkait rapat dengan kepercayaan terhadap makhluk halus dan
penyembahan terhadap roh nenek moyang yang telah meninggal dunia
yang dipanggil sebagai Hyang.
F3: Tindakan ini bertujuan memastikan keluarga yang masih hidup
mendapat kebaikan dan terhindar daripada kesusahan di dunia .
Contohnya perayaan Hari Moyang oleh masyarakat Temuan di Bukit
Cheeding, Banting, Selangor
c) F1: kita mesti mempunyai pegangan agama kerana mengakui
kewujudan Tuhan
F2: agama menjadi panduan hidup bagi setiap individu
F3: Individu akan bertindak mengikut kehendak anutan agama masing-
masing
F4: Agama juga dapat mendisplinkan diri melakukan mengikut lunas
ajaran agama.
F5: dapat membentuk kehidupan yang aman kerana masyarakat
beragama mudah diurus.
Bahagian C

SOALAN 5

5. a) Seni bina merupakan suatu seni mereka bentuk sesebuah binaan.


Binaan-binaan yang dihasilkan mempuyai fungsi yang tertentu.

b) i) F1: membina kapal besar


H1a :yang berupaya memuatkan 700 orang .
H1b: Kapal tersebut juga boleh membawa sehingga 1000 tan kargo
barangan .
F2: membina perahu panjang
H2: yang berupaya membawa seramai 100 orang penumpang.
F3: membina sistem pengairan
H3a: yang dapat mengawal limpahan air.
H3b: Sistem pengairan itu juga berupaya mengalirkan air masin keluar
dari kawasan tanah pertanian .
H4: membina candi.
H4a: Candi itu berfungsi sebagai rumah ibadat , pusat pendidikan dan
tempat pertemuan masyarakat .
H4b: Contohnya Candi Go Cay Thi di Oc Eo
ii) F1: Membina Baray membina seni bina
H1a: yang berkaitan dengan kegiatan pertanian .
H1b: Baray dibina dan berukuran 2 X 8 kilometer
H1c: berperanan menampung 30 juta meter padu air.
H1d: Air tersebut disalurkan ke sawah padi sekitar .
F2: membina candi.
H2a: Candi terkenal ialah Angkor Wat yang dibina oleh Raja
Suryavarman II pada abad ke-12,
H2b: berkeluasan 208 hektar .
H2c: Candi lain ialah Angkor Thom.
F3: Masyarakat Angkor membina kapal
H3a: yang digunakan untuk perdagangan dan peperangan
c) KBAT
Terima mana-mana jawapan yang munasabah
SOALAN 6

6. a) F1: Pengislaman pemerintah menyebabkan Islam berkembang di


Melaka.
H1a: Pengislaman Sultan Iskandar Shah (1414) diikuti pembesar dan
rakyat .
H1b: Sultan Muzaffar Shah menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
F2: Islam juga berkembang menerusi perkahwinan seperti
C2: perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan putera Raja Siak.
F4: peranan ulama dan mubaligh menyebabkan Islam tersebar.
H4a: Melaka menghantar ulama dan mubaligh ke seluruh kawasan
pengaruhnya.
H4b: Ajaran tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama dari India
dan Timur Tengah seperti Mualana Abu Bakar dan Mualana Yusuf.
H4c: Sultan Alauddin Riayat Shah hantar ulama untuk mengajar raja
Pahang, Kampar dan Inderagiri.
F5: Islam tersebar menerusi perdagangan .
H5a: Islam tersebar melalui pedagang Arab, Cina dan India.
H5b: Mereka juga menyebar Islam ke Filipina, Brunei dan Kepulauan
Indonesia.
F6: perluasan kuasa juga menyebabkan Islam tersebar.
H6a: Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat
setia kepada pemerintah Melaka.

b) i) F1: Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah dari negara lain.
F2: Sultan menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan
Kitab agama
H2a: seperti Darul Manzum.Selain itu Melaka menjadi tempat
pebelajaran ilmu agama.
F3: Sultan menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan perbincangan
Kitab agama
H3: seperti Darul Manzum .
F4: Sultan Muzaffar Shah menjadikan masjid, surau dan madrasah
sebagai tempat mempelajari al-Quran dan tasawuf .
F5: berkembangnya bidang persuratan dan sastera saduran dari Arab
dan Parsi
H5: seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah
F6: Berkembangnya tulisan jawi dan bahasa Melayu.
F7: Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan dan penulisan .
F8: golongan ulama memainkan peranan penting dalam pentadbiran.
H8a: Jawatan kadi dan mufti dibentuk untuk melicinkan sistem
pengurusan agama Islam.
F9: Undang-Undang Islam dilaksanakan
h\H9: menerusi Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut
Melaka .

c) KBAT
Terima mana-mana jawapan yang munasabah

SKEMA JAWAPAN TAMAT

You might also like