You are on page 1of 1

UNTUK EDARAN SEGERA

KENYATAAN MEDIA
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENJELASAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BERKENAAN


LAPORAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 7 FEBRUARI 2021

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) ingin


merujuk laporan akhbar Sinar Harian pada 7 Februari 2021 bertajuk “Wajah
Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat dua
dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat tiga.

LP KPM mendapati bahawa tajuk dan laporan akhbar Sinar Harian ini telah
menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya kepada
calon peperiksaan SPM tahun 2020. LP KPM ingin menegaskan bahawa
format peperiksaan SPM tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada.

LP KPM juga ingin menegaskan bahawa laporan akhbar Sinar Harian


berkaitan format peperiksaan SPM pada masa hadapan adalah tidak benar
dan LP KPM tidak pernah membuat sebarang pengesahan berhubung
perkara tersebut. Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada format
peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LP KPM akan memaklumkan
secara rasmi kepada orang ramai.

-TAMAT-

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
08 FEBRUARI 2021

You might also like