You are on page 1of 4

CONTOH SOALAN SPONTAN

TAJUK 1P : PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 1P : PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil


daripada kisah Peristiwa Israk dan Mi’raj itu tadi.

Soalannya : Sila adik berikan satu pengajaran yang boleh


diambil daripada kisah Peristiwa Israk dan Mi’raj.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 1P : PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ

Nabi Muhammad SAW telah menerima perintah


kefardhuan solat ketika peristiwa Israk dan Mi’raj.

Soalannya : Sila adik berikan satu sebab mengapa kita


diwajibkan untuk menunaikan solat fardhu setiap hari.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 1P : PERISTIWA ISRAK DAN MI’RAJ

Dalam peristiwa Israk dan Mi’raj, Nabi telah ditunjukkan


gambaran balasan orang yang memakan harta anak
yatim dan menzalimi orang lain.

Soalannya : Cuba adik berikan satu sebab mengapa kita


tidak boleh menzalimi orang lain.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 2P : RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 2P : RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Raja Namrud dikurniakan dengan kekayaan namun tidak


bersyukur kepada Tuhan.

Soalannya : Cuba adik berikan satu sebab mengapa kita


perlu bersyukur kepada Allah.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 2P : RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Sifat sombong Raja Namrud telah membawa


kemusnahan kepada dirinya sendiri.

Soalannya : Sila adik berikan satu akibat jika kita bersifat


sombong dalam kehidupan.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 2P : RAJA NAMRUD YANG SOMBONG

Nabi Ibrahim berdakwah kepada Raja Namrud yang


sombong dengan berani dan tegas.

Soalannya : Boleh adik berikan satu sebab mengapa kita


perlu bersikap berani kerana benar.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 3P : MUKJIZAT NABI ISA ALAIHISSALAM

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 3P : MUKJIZAT NABI ISA ALAIHISALAM

Antara mukjizat Nabi Isa adalah boleh berkata-kata ketika


kecil untuk membela maruah ibunya.

Soalannya : Cuba adik berikan satu tanggungjawab


seorang anak kepada ibu bapanya.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 3P : MUKJIZAT NABI ISA ALAIHISALAM

Dalam kisah tadi, Nabi Isa telah berdoa agar Allah


menurunkan hidangan dari langit.

Soalannya : Sila adik berikan satu kepentingan doa


dalam kehidupan.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 3P : MUKJIZAT NABI ISA ALAIHISALAM

Nabi Isa dianugerahkan dengan mukjizat yang banyak


tetapi kaum Bani Israel tetap tidak beriman.

Soalannya : Boleh adik berikan satu akibat jika kita tidak


beriman kepada Allah.
CONTOH SOALAN SPONTAN
TAJUK 4P : KEHEBATAN ISKANDAR ZULQARNAIN

SOALAN SPONTAN 1
TAJUK 4P : KEHEBATAN ISKANDAR ZULQARNAIN

Iskandar Zulqarnain berdakwah kepada rakyatnya agar


melakukan kebaikan dan tidak melakukan kejahatan.

Soalannya : Cuba adik berikan satu sebab mengapa kita


wajib berdakwah kepada kebaikan.

SOALAN SPONTAN 2
TAJUK 4P : KEHEBATAN ISKANDAR ZULQARNAIN

Dalam kisah tadi, terdapat banyak sifat terpuji Iskandar


Zulqarnain yang boleh dicontohi.

Soalannya : Sila adik berikan satu sifat terpuji Iskandar


Zulqarnain yang boleh dicontohi dalam kehidupan.

SOALAN SPONTAN 3
TAJUK 4P : KEHEBATAN ISKANDAR ZULQARNAIN

Iskandar Zulqarnain telah memimpin rakyatnya dengan


adil, bijaksana dan berhikmah.

Soalannya : Sekiranya adik dilantik menjadi seorang


Ketua Kelas, sila berikan satu ciri Ketua Kelas yang baik.

You might also like