You are on page 1of 74

ANALISIS KOS DAN FAEDAH

(CBA)

KOMPARTMEN 4, HUTAN SIMPAN KEMASUL


MUKIM SEMANTAN DAERAH TEMERLOH
SELUAS ± 379.56 HEKTAR (937.89 EKAR)

SS HIJRAH PERKASA PLANTATION SDN BHD


Unit 2, Tingkat 1
No 7Jalan Bunga Tanjung
28400,Mentakab
Pahang Darul Makmur
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

1.1 Latar belakang 1


1.2 Perkembangan Sektor Industri Berasas Kayu 2
1.3 Cabaran Sumber Bekalan Kayu Kayan 3
1.4 Rasional Penubuhan Ladang Hutan Komersial 4
1.5 Kelulusan Penubuhan Projek Ladang Hutan 4
1.6 Kepentingan Analisis Kos dan Faedah 5

2. OBJEKTIF 7

3. PERINDUSTRIAN KAYU KAYAN DI MALAYSIA 8

3.1 Jenis Industri Berasas Kayu 8


3.2 Penerapan Reka Bentuk Dan Teknologi Moden 8
3.3 Sokongan Kerajaan Malaysia 9
3.4 Ketersediaan dan Keupayaan Bakat 10
3.5 Nilai Eksport Kayu Malaysia 10
3.6 Inisiatif Bagi Atasi Isu Industri Berasas Kayu 11
3.7 Cabaran Utama Industri Berasas Kayu 11

4. PERSPEKTIF NILAI EKONOMI KAYU KAYAN DI MALAYSIA 13

4.1 Nilai Eksport Produk Berasas Kayu 13


4.2 Permintaan Tinggi Perabot Malaysia di Luar Negara 13

5. PEMBANGUNAN DAN PENUBUHAN LADANG HUTAN


KOMERSIAL 15
5.1 Program Pembangunan Ladang Hutan 16
5.2 Insentif Kerajaan Bagi Program Pembangunan Ladang
Hutan 16
5.2.1 Kemudahan Pinjaman Mudah 16
5.2.2 Peluang Kredit Dalam Perladangan Hutan 16

ii
5.2.3 Penubuhan Syarikat Sebagai Special Purpose
Vehicle 17
5.2.4 Pembiayaan Kewangan Kerajaan 17

6. KOMPONEN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN 18

6.1 Komponen Ladang Hutan 18


6.2. Ladang Multi-storied Penanaman Pokok Durian dan Pokok
Hutan 18
6.2.1 Pengenalan Penanaman Pokok Durian 18
6.2.2 Status Industri Durian 19
6.2.3 Zon Kawasan Tanaman Durian 19
6.2.4 Penubuhan Ladang Multi-storied Pokok Durian dan
Pokok Hutan 20
7 PENUBUHAN DAN PENGURUSAN LADANG HUTAN 28

7.1 Nama, Lokasi dan Keluasan Projek Ladang Hutan 28


7.2 Konsep dan Pendekatan Pembangunan Ladang Hutan 28
7.2.1 Konsep Projek 28
7.2.2 Pendekatan Pelaksanaan Projek 29

8. ANGGARAN KOS PENUBUHAN LADANG HUTAN 31

8.1 Jenis-jenis Kos Ladang Hutan 31


8.2 Kos Penubuhan Ladang Tanaman Pokok Durian 33
8.2.1 Kos Pembangunan 33
8.2.2 Kos Bahan-Bahan 33
8.2.3 Kos Pengurusan dan Tenaga Kerja 33
8.2.4 Kos Pelbagai 33
8.3.3 Kos Pengurusan dan Tenaga Kerja 33
8.3.4 Kos Pelbagai 33

iii
8.3 Anggaran Kos Keseluruhan Projek Ladang Hutan 36

9 ANGGARAN HASIL PENDAPATAN LADANG HUTAN 38

9.1 Pengusahasilan Ladang Hutan 38


9.2 Anggaran Hasil Jangka Pendek 38
9.2.1 Anggaran Pendapatan Hasil Tuaian Buah Durian 38
10.0 ANALISIS KEWANGAN PERLADANGAN HUTAN 42

10.1 Aliran Tunai Projek 42


10.2 Keluk Anggaran Kos Dan Anggaran Hasil Pendapatan

Projek Ladang 42

11 ANALISIS DAYA MAJU PROJEK PERLADANGAN HUTAN 45

11.1 Penyediaan Aliran Tunai Penubuhan dan Pengurusan


Projek Ladang Hutan 45
11.2 Penilaian Nilai Kini Bersih (NPV) 47
11.3 Pengiraan Kadar Nisbah Faedah-Kos (B/C Ratio) 50
11.4 Penilaian Kadar Pulangan Dalaman (IRR) 50
11.5 Penilaian Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) 52
11.6 Analisis Sensitiviti 52

12. FAEDAH-FAEDAH KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME) 54

12.1 Pendahuluan 54
12.2 Bidang Hasil Utama (BHU) 54
12.3 Keberhasilan Awal Projek (Immediate Outcome) 55
12.4 Keberhasilan Akhir Projek (End Outcome) 55

13. RUMUSAN / KESIMPULAN 57

RUJUKAN 60

LAMPIRAN

iv
SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Produk Kayu dan Perabot Tahun 2020 8

Jadual 6.1 Komponen Tanaman Ladang Hutan 18

Jadual 6.2 Zon Kawasan Tanaman Durian di Semenanjung Malaysia 19

Jadual 6.3 Kadar Pembajaan Untuk Ladang Durian 22

Jadual 6.4 Pengredan Buah Durian Mengikut Kelas Saiz (Berat) 26

Jadual 8.1 Jenis-jenis Kos Pembangunan dan Pengurusan Ladang Hutan 32

Jadual 8.2 Jenis dan Anggaran Kos Penubuhan Ladang Tanaman Durian 34

Jadual 8.3 Anggaran Kos Tahunan dan Kos Kumulatif Penubuhan


Ladang Hutan 36

Jadual 9.1 Bilangan pokok mengikut spesies ditanam per hektar 38

Jadual 9.2: Pengeluaran dan Hasil Tahunan Buah Durian


Peringkat Pertama (6-7 tahun) 39

Jadual 9.3 Pengeluaran dan Hasil Buah Durian Peringkat Kedua


(umur 8-10 tahun) 39

Jadual 9.4: Pengeluaran dan Hasil Buah Durian Peringkat Ketiga 40


(umur 11-15 tahun)

Jadual 9.5: Pengeluaran dan Hasil Tahunan Buah Durian


Peringkat Ke 4 (16-30 tahun) 41

Jadual 11.1: Struktur Asas Aliran Tunai (Sumber) Projek 46

v
SENARAI RAJAH

Rajah 7.1 Susun atur tanaman kaedah ‘Multi-storied’ 31

Rajah 8.1 Kos Tahunan Projek Ladang Hutan 37

Rajah 10.1 Anggaran Kos dan Hasil Tahunan 43

Rajah 10.2 Unjuran Kos Kumulatif dan Hasil Kumulatif Dalam


Tempoh 15 Tahun 44

vi
1. PENGENALAN

1.1 Latar belakang

Pembangunan ladang hutan merupakan satu pendekatan dan inisiatif yang diambil
oleh Kerajaan untuk memulihkan semula hutan yang miskin atau terosot selaras
dengan Dasar Perhutanan Malaysia 2021 (DPM 2021) (sebelum ini Dasar Perhutanan
Negara 1978 (Pindaan 1992) dan bagi menepati sasaran mengikut Dasar
Perindustrian Kayu Negara (NATIP). Sejajar dengan itu, Kerajaaan Negeri Pahang
(KNP) melalui pihak swasta telah melaksanakan program ladang hutan bagi kawasan-
kawasan yang miskin dan terosot. Usaha ini adalah selari dengan Objektif 3 DPM
2021 yang iaitu: “Menjamin sumber bahan mentah yang berterusan dari kawasan
hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan pembangunan industri berasaskan
kayu dan bukan kayu”

Pembangunan Ladang Hutan di Negeri Pahang telah bermula sejak dari tahun
1970an. Pada tahun 1974 penubuhan ladang hutan dimulakan di Hutan Simpan
Kemasul, Mentakab. Mengikut Rancangan Pengurusan Hutan (2016-2025) kawasan
seluas 47,546.73 hektar telah ditetapkan sebagai projek ladang hutan iaitu di daerah
Temerloh/Bera dan Bentong. Kawasan yang dibangunkan sebagai ladang hutan
tersebut adalah meliputi kawasan hutan yang terosot serta tidak produktif dari segi
kandungan sumber kayu kayan. Pelaksanaan penubuhan ladang hutan adalah
bertujuan untuk menjamin bekalan kayu kayan secara berkekalan dan dalam masa
yang sama akan dapat menangani cabaran dari segi tekanan dan permintaan yang
semakin meningkat untuk bekalan sumber kayu kayan terutamanya pembukaan hutan
asli dari Hutan Simpanan Kekal untuk diusahasil. Mengikut rekod Jabatan Perhutanan
Negeri Pahang, perkembangan penubuhan ladang hutan telah dilaksanakan dalam
dua (2) peringkat. Peringkat I (1974-1983) seluas 2,710 hektar telah ditubuhkan yang
dibiayai oleh Kerajaan Negeri Pahang. Manakala Peringkat II (1984-1993) seluas
26,667 hektar telah ditubuhkan di bawah Projek Ladang Hutan Kompensatori (PLHK)
dengan pembiayaan melalui pinjaman dari Kerajaan Persekutuan dan Bank
Pembangunan Asia (ADB).
1.2 Perkembangan Sektor Industri Berasas Kayu

Sektor industri berasaskan kayu di Malaysia bermula pada tahun 1940an dengan
pengeluaran kayu balak dan produk kayu gergaji sebagai hasil utama. Sektor ini
semakin berkembang pesat dengan kewujudan kilang-kilang papan dan kilang
pembuatan perabot. Dengan pertambahan kilang dan tenaga mahir yang terlatih
dalam industri sekunder maka industri berasaskan kayu telah semakin maju dan
produk yang dihasil mempunyai nilai tambah yang tinggi. Perkembangan pesat
industri ini telah mampu menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada pendududk
atau rakyat tempatan. Dengan kadar kos tenaga pekerja yang rendah dan sumber
bekalan bahan mentah yang banyak dan murah maka para pelabur semakin giat
mempertingkatkan pengeluaran produk hiliran untuk pasaran dalam negeri dan
eksport ke luar negara. Malaysia dengan bekalan sumber bahan mentah yang banyak
telah menjadi pengeluar dan pengeksport utama kayu bergergaji (sawn timber),
produk panel (papan lapis, papan serpai atau papan gentian berketumpatan
sederhana (Medium Density Fibreboard) termasuk papan partikel, lantai, pintu dan
juga produk tangam.

Sehingga kini Malaysia merupakan sebuah negara pengeksport perabot kelapan (8)
terbesar di dunia. Negara ini mengeksport produk berasaskan kayu ke pasaran luar
negara seperti Amerika Syarikat, Negara-negara Eropah, Jepun dan Ausiralia. Pada
tahun 2020, Malaysia telah mencatatkan nilai eksport produk berasaskan kayu yang
signifikan iaitu sejumlah RM22 bilion. Kebanyakan produk hiliran yang dieksport keluar
negara terdiri dari perabot dan panel termasuk papan gentian kepadatan sederhana
(MDF) dan papan lapis. Dari perspektif pasaran antarabangsa, industri hiliran
berasaskan kayu di Malaysia mempunyai banyak kelebihan kerana mampu berdaya
saing dari segi kreativiti dan reka bentuk produk di samping kualiti yang tinggi.
Kepelbagaian produk hiliran berasas kayu dengan reka bentuk yang menarik dan
serta kreativiti yang tinggi berupaya menarik tumpuan dan minat pengguna terutama
pengimport luar negara.

Kemajuan tekonologi yang semakin canggih telah memacu industri ini di mana
pemilihan berdasarkan kategori spesies dan saiz pokok tidak lagi menjadi faktor
utama dalam pemprosesan dan pengeluaran produk industri hiliran. Banyak spesies
pokok yang dahalunya tidak dipilih sebagai pokok komersial telah

2
mendapat perhatian dan dapat digunakan untuk mengeluarkan pelbagai jenis produk
berasas kayu yang berkualiti tinggi dan menarik minat pengguna di dalam dan di luar
negara. Pada peringkat ini bekalan dan keperluan bahan mentah belum menjadi
masalah di mana pengusahasilan hutan dari kawasan Hutan Simpanan Kekal (Hutan
Pengeluaran) dan Tanah Kerajaan dijangka masih mencukupi untuk memenuhi
keperluan bahan mentah industri berasaskan kayu negara dalam tempoh tertentu.
Namun demikian, apabila industri berasas kayu semakin pesat maka permintaan
bekalan kayu juga semakin meningkat dari tahun ke setahun.

1.3 Cabaran Sumber Bekalan Kayu Kayan

lndustri berasaskan kayu terus berkembang pesat kerana permintaan yang tinggi
terhadap produk berasaskan kayu negara ini. Senario ini sedikit sebanyak telah
merubah trend pengeluaran balak dan keperluan bahan mentah yang diperlukan
semakin meningkat. Senario ini sedikit sebanyak telah mewujudkan tekanan ke atas
kawasan-kawasan hutan di negara ini terutamnya Hutan Simpanan Kekal (HSK).
Kawasan-kawasan hutan untuk tujuan pengeluaran kayu semakin berkurangan
walaupun amalan catuan tebangan tahunan (CTT) masih diamalkan. Pengurangan
kawasan hutan khususnya pengusahasilan hutan di kawasan Tanah Kerajaan adalah
lebih ketara dari tahun ke setahun kerana kawasan tanah yang lebih mengutamakan
pembangunan perumahan, tapak industri dan perbandaran.

Berdasarkan senario semasa, bekalan kayu dari kawasan HSK dan Tanah Kerajaan
semakin berkurangan dari tahun ke tahun. Berdasarkan perangkaan Jabatan
Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), kekurangan bekalan kayu akan
berterusan dan semakin mengancam kelangsungan kilang industri berasas kayu di
Semenanjung Malaysia. Hal ini tentunya akan memberikan kesan yang serius
terhadap sosio-ekonomi penduduk terutama yqng terlibat secara langsung dalam
sektor perhutanan terutama di negeri-negeri yang memberi tumpuan kepada hasil
hutan dan indusiri perkayuan. Mengikut laporan Jabatan Perhutanan Semenanjung
Malaysia (JPSM) keluasan kawasan yang dibuka untuk aktiviti pengusahasilan hutan
semakin berkurangan dari tahun ke setahun. Misalnya, pada 2019 kawasan yang
dibuka untuk pengusahasilan hutan telah berkurangan sebanyak 26% berbanding

3
dengan keluasan yang dibuka untuk tujuan pengusahasilan dalam tahun 2010
meliputi Hutan Simpanan Kekal (HSK), Tanah.

Kerajaan dan Tanah Berimilik. Di samping itu adalah dilaporkan juga bahawa
produktiviti pengeluaran kayu dari beberapa kawasan HSK juga menurun disebabkan
kebanyakan kawasan CTT adalah dari kawasan hutan yang telah dibalak
sebelumnya. Keadaan ini telah mendorong beberapa buah negeri mengambil langkah
dan mengatur strategi bagi memastikan bekalan kayu yang mencukupi di masa akan
datang melalui projek penubuhan ladang hutan dengan tanaman spesies komersial
yang cepat tumbesar.

1.4 Rasional Penubuhan Ladang Hutan Komersial

Pembangunan ladang hutan bagi menampung kekurangan bekalan kayu adalah


strategi yang dianggap wajar dan bertepatan dengan senario masa kini dan bagi
menangani keperluan bahan mentah di masa akan datang. Perkara ini adalah selaras
dengan Dasar Perindustrian Kayu Negara (NATIP) yang menyarankan supaya
mempergiatkan pelaksanaan program pembangunan ladangan hutan bagi menangani
kekurangan bekalan sumber kayu di masa hadapan. Untuk menjamin bekalan kayu-
kayan bagi menampung keperluan industri berasaskan kayu ini, Kerajaan Negeri
Pahang telah mengambil langkah seiringan dengan saranan NATIP iaitu
mempergiatkan penubuhan ladang hutan.

1.5 Kelulusan Penubuhan Projek Ladang Hutan

Untuk mencapai sasaran yang digariskan dalam NATIP, Kerajaan Negeri Pahang
telah meluluskan kawasan seluas 379.56 hektar (937.89 ekar) di Kompartmen 4
Hutan Simpan Kemasul, Mukim Semantan, Daerah Temerloh, Pahang secara
pajakan selama 30 tahun kepada syarikat SS Hijrah Perkasa Palntation Sdn Bhd
melalui Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang Ke-1/2019 yang
bertarikh 09 Januari 2019. Kawasan ini akan ditanam dengan beberapa spesies pokok
yang diberi kebenaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang iaitu;

i. Durian atau spesies hutan lain yang diberi kebenaran

4
Pemilihan pokok durian sebagai tanaman secara ladang adalah untuk mendapat
pulangan hasil dalam jangka masa panjang. Hasil yang dituai lebih awal akan dapat
membantu mempercepatkan pulangan modal (turn over) atau kos pelaburan syarikat
bagi melaksanakan projek ladang hutan dalam jangka masa panjang.

Bagi meningkatkan hasil ladang dalam jangka masa pendek salah satu pendekatan
tambahan yang boleh dilaksanakan oleh Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn
Bhd ialah melalui konsep perhutanan tani yang melibatkan tanaman kontan (kultivar
pisang). Pendekatan ini adalah bertujuan selain dari pengeluaran tanaman kontan
dalam masa singkat akan dapat mengoptimumkan penggunaan tanah dan
meningkatkan kesuburan dan produktiviti tanah bagi menyokong pelaksanaan projek
dalam jangka masa panjang.

1.6 Kepentingan Analisis Kos dan Faedah

Pembangunan ladang hutan melibatkan beberapa faktor yang perlu diambilkira iaitu;
pemilihan spesies pokok bernilai komersial, luas kawasan projek ladang hutan secara
komersial, kos-kos yang terlibat bagi penubuhan dan pengurusan ladang hutan dan
faedah-faedah atau pulangan pelaburan daripada hasil penubuhan ladang hutan iaitu
dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Projek ladang hutan perlu
menujukkan potensi dan keupayaan yang berdaya maju (viability) bagi memberi
faedah atau pulangan pelaburan kepada Pengusaha dan Kerajaan Negeri. Justeru
itu, analisis kos-faedah (CBA) dan analisis daya maju projek perlu dijalankan terhadap
penubuhan dan pengurusan ladang hutan. Analisis Kos-Faedah (CBA) perlu dibuat
bagi menilai penubuhan ladang hutan yang dirancangkan sama ada projek ini berdaya
maju atau sebaliknya. Petunjuk dan maklumat yang diberikan melalui analisis CBA
iaitu Nilai Kadar Hasil/Kos (B/C ratio), Nilai Kini Bersih (NPV), Kadar Pulangan
Dalaman (IRR) dan Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) akan dapat membantu pihak
pengusaha dan Kerajaan Negeri membuat keputusan yang lebih tepat dan yakin untuk
menjayakan projek ini dalam jangka masa panjang.

Analisis CBA akan memberikan maklumat dan petunjuk kepada pengusaha ladang
khususnya Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn. Bhd., mengenai keperluan
anggaran kos yang ditanggung serta anggaran pendapatan atau pulangan hasil

5
daripada aktiviti perladangan hutan. Penilaian ini tertumpu pada analisis CBA projek
ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan Kemasul, Daerah Temerloh, Pahang.
Maklumat/hasil kajian ini dapat memberikan input khususnya iaitu petunjuk dan
indikator kewangan kepada pihak Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn. Bhd.
dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai potensi serta pulangan pelaburan termasuk
faedah- faedah yang bakal diperolehi daripada pelaksanaan projek ladang hutan yang
dirancangkan dalam tempoh yang ditetapkan. Penilaian B/C ratio, Nilai Kini Bersih
(NPV), Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) adalah
dibuat berdasarkan aliran wang masuk (anggaran pendapatan hasil) dan wang keluar
(anggaran kos perbelanjaan).

6
2. OBJEKTIF

Objektif Analisis Kewangan adalah:

i. Untuk melihat keperluan dan jumlah peruntukan kewangan (kos operasi dan
kos pembangunan ladang) seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar)
ii. Untuk memastikan semua aktiviti yang dijalankan adalah kos-efektif bagi
menjana pendapatan yang optimum,
iii. Untuk memberi maklumat yang lebih tepat mengenai jangkaan pendapatan
atau hasil pelaburan mengikut tempoh pusingan projek melalui keputusan
analisis CBA, penilaian NPV, IRR dan ROI,
iv. Untuk mengetahui tempoh pelaksanaan projek dapat memberi pulangan modal
yang setara (break-even) dengan kos pelaburan modal yang telah dikeluarkan,
v. Untuk menentukan bahawa pelaksanaan projek mempunyai petunjuk dan
indikator berdaya maju dalam tempoh jangka masa pendek dan jangka masa
panjang melalui petunjuk aliran kewangan iaitu nilai kadar kos-faedah (B/C
ratio), NPV, IRR dan ROI.

7
3. PERINDUSTRIAN KAYU KAYAN DI MALAYSIA

3.1 Jenis Industri Berasas Kayu

Malaysia merupakan pemain penting dalam pasaran antarabangsa untuk produk kayu
dan kayu tropika serta pengeksport perabot kayu terkemuka di dunia. Sejak 20 tahun
yang lalu, industri berasaskan kayu Malaysia telah menjadi salah satu penyumbang
pendapatan utama kepada pertumbuhan ekonomi negara, merangkumi pengeluaran
kayu gergaji, venir, produk panel (papan lapis, papan partikel, papan serpai dan papan
gentian), pengacuan, tukang kayu dan pertukangan kayu (BJC) serta komponen
perabot dan perabot. Jadual 3.1 menunjukkan bilangan projek nilai pelaburan dan
peluang pekerjaan dalam industri berasas produk kayu dan perabot di Malaysia tahun
2020.

Jadual 3.1 Produk Kayu dan Perabot Tahun 2020

Projek Pelaburan Industri Peluang Pekerjaan


Diluluskan
29 Pelaburan Asing RM491.7 juta (65%) 2092
Pelaburan Domestik RM267.3 juta
(35%)
Jumlah RM759 juta
Sumber: MIDA

3.2 Penerapan Reka Bentuk Dan Teknologi Moden

Bagi memastikan industri berasaskan kayu dan perabot untuk meningkatkan


kedudukan eksportnya, industri perlu memanfaatkan teknologi baharu dan canggih
untuk meningkatkan pengeluaran sekali gus menghasilkan produk yang lebih baharu
dan canggih serta mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing tidak mahir.
Ini dapat dicapai dengan mengenal pasti dan memanfaatkan keuntungan inovasi
melalui penggalakan industri berintensifkan pengetahuan, kemajuan teknikal dan
inisiatif reka bentuk dan pembangunan. MIDA mendorong para pemain industri untuk
menumpukan perhatian pada kreativiti dan inovasi dalam proses pengeluaran
mereka, meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai daripada sebagai pengeluar
peralatan asal (OEM) kepada pengeluar reka bentuk asli (ODM) atau pengeluar
jenama sendiri (OBM).

8
3.3 Sokongan Kerajaan Malaysia

Pengilang Malaysia telah mula meningkatkan perbelanjaan modal bagi pelaburan


teknologi walaupun ianya melibatkan kos yang tinggi, sekali gus membolehkan
mereka untuk mula menceburkan diri dalam automasi dan Industri 4.0. Kerajaan terus
mendorong lebih banyak syarikat tempatan untuk menghasilkan produk bernilai
tambah tinggi dan memanfaatkan automasi serta melabur dalam usaha untuk
meningkatkan kepakaran mereka. Beberapa insentif yang tersedia untuk syarikat
dalam industri ini termasuk:

❖ Dana Intervensi Industri (IIF)


❖ Dana Strategik Pelaburan Domestik (DISF)
❖ Elaun Modal Automasi (ACA)

Di bawah Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986, insentif yang ditawarkan adalah
seperti berikut:

❖ Taraf Perintis (PS) dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70%


daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun, ATAU
❖ Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal
yang memenuhi syarat yang dibelanjakan dalam jangka masa 5 tahun. Elaun
tersebut boleh ditolak daripada 70% pendapatan berkanun pada tahun
taksiran.

Syarikat dalam industri ini juga layak mendapat Insentif Pelaburan Semula di bawah
Akta Penggalakan Pelaburan (PIA) 1986:

❖ Taraf Perintis (PS) dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70%


daripada pendapatan berkanun selama 5 tahun, ATAU
❖ Elaun Cukai Pelaburan (ITA) sebanyak 60% daripada perbelanjaan modal
yang memenuhi syarat yang dibelanjakan dalam jangka masa 5 tahun. Elaun
tersebut boleh ditolak daripada 70% pendapatan berkanun pada tahun
taksiran.

9
3.4 Ketersediaan dan Keupayaan Bakat

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah menubuhkan Pusat


Pengembangan Kemahiran Industri Kayu (WISDEC) untuk menghasilkan lebih ramai
bakat yang boleh memenuhi industri yang pakar dalam pembuatan kayu, pertukangan
kayu dan reka bentuk perabot. Institusi latihan ini bekerjasama dengan institusi TVET,
agensi kerajaan atau kementerian dan pusat latihan lain untuk menjalankan latihan
teknikal dan memudahkan pengembangan produk. Ia juga diberi mandat untuk
menyelaraskan Pertandingan Kemahiran Malaysia (CPM). Sementara itu, institusi
pengajian tinggi awam seperti Universiti Malaysia Sabah menawarkan program
Teknologi dan Industri Kayu yang merangkumi pengetahuan asas mengenai kayu,
pengenalan kayu komersial, teknologi dan teknik pemprosesan, pengurusan dan
pemasaran. Program ini memberi tumpuan kepada industri pemprosesan huluan dan
hiliran untuk menghasilkan produk kayu seperti kertas, papan gentian, papan partikel
dan papan lapis. Selain itu, program ini juga akan memberi tumpuan kepada teknologi
dan kaedah untuk meningkatkan kualiti kayu yang berkaitan dengan pengeringan dan
pemeliharaan kayu. Ketersediaan kursus dan platform ini mencerminkan komitmen
negara untuk mengembangkan tahap bakat dan kemahiran tenaga kerjanya untuk
kemajuan industri ini.

3.5 Nilai Eksport Kayu Malaysia

Malaysia mencatatkan nilai eksport kayu sebanyak RM19.31 bilion sehingga


November tahun 2021 mengikut laporan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB). Antara isu dan cabaran dalam meningkatkan sumbangan sektor kayu-kayan
kepada pendapatan eksport negara adalah meningkatkan industri hiliran kerana
negeri ini kaya dengan bekalan bahan mentah yang boleh dimanfaatkan industri
hiliran sektor perkayuan negara. Produk huluan kayu (Sabah) masih mendominasi
prestasi eksport kayu iaitu berjumlah RM946 juta berbanding produk hiliran yang
hanya bernilai RM39 juta pada tahun lalu. Sehubungan itu, katanya MTIB akan
memastikan program seperti Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH), Program
Community Farming Buluh dan pembangunan modal insan menerusi Pusat Latihan
MTIB iaitu Wood Industry Skills Development Centre (WISDEC) akan terus dinikmati
oleh industri perkayuan.

10
3.6 Inisiatif Bagi Atasi Isu Industri Berasas Kayu

Pelbagai inisiatif dan program dilaksanakan Majlis Kayu-Kayan (MTC) dan Lembaga
Perindustrian Kayu (MTIB) bagi mengatasi isu peningkatan bahan mentah, tenaga
buruh dan logistik yang dihadapi pihak industri. Platform Akaun Pelaburan (IAP)
disediakan MTC bagi menangani dan meringankan beban industri membabitkan isu
bahan mentah. Menerusi IAP, pengimport diberi bantuan penanggungan sebahagian
kos logistik mengimport bahan mentah kayu ke Malaysia dengan bantuan maksimum
tahunan adalah di antara RM70,000 dan RM115,000 bagi setiap syarikat, tertakluk
kepada terma dan syarat. Keseluruhan peruntukan bernilai RM11.6 juta,
membabitkan 262 syarikat sudah menerima manfaat daripada IAP, antara 2020
hingga 30 Jun 2021. Kementerian melalui MTIB juga menyediakan pinjaman program
sokongan bahan mentah bagi membantu industri memperoleh bahan mentah akan
digunakan untuk pemprosesan produk siap. Jumlah pinjaman maksimum RM20,000
hingga RM1 juta mengikut nilai kos bahan mentah kayu disediakan dengan bayaran
balik pinjaman selepas tiga (3) hingga enam (6) bulan.

3.7 Cabaran Utama Industri Berasas Kayu

Langkah-langkah diambil Kerajaan bagi mengatasi cabaran utama dihadapi industri


perabot pasca COVID-19. Mengenai isu logistik, Program Bantuan Eksport (EAP)
dilaksanakan dengan pengeksport produk kayu-kayan diberi bantuan kewangan bagi
mengurangkan impak lonjakan kos pengangkutan laut sejak penularan COVID-19.
Bantuan kewangan maksimum bernilai RM15,000 bagi setiap syarikat yang layak
dengan jumlah peruntukan EAP bernilai RM2.21 juta, membabitkan 189 syarikat
sudah menerima manfaat, sehingga 30 Jun 2021.

Selain itu, MTC terus menggalakkan industri perkayuan negara mengembangkan


pasaran eksport melalui program penyertaan pameran perdagangan dan misi
pemasaran serta perniagaan di dalam dan luar negara. Pasaran seperti Amerika
Syarikat (AS), Eropah, Asia Barat, ASEAN dan Oceania menjadi tumpuan bagi
meningkatkan kebolehan pasaran produk kayu-kayan negara. MTIB juga memberi
subsidi bagi penyertaan syarikat perkayuan, terutama industri perabot dalam pameran

11
tempatan dan antarabangsa seperti Malaysian International Furniture Fair (MIFF),
Export Furniture Fair (EFE) dan banyak lagi. Program Promosi Penjenamaan
dilaksana bagi membantu industri perkayuan, terutama sektor perabot dalam
membina keupayaan dan kebolehpasaran produk dengan 10 syarikat perkayuan
dibimbing bagi membangunkan jenama dan produk di platform media sosial. MTC
juga aktif berkomunikasi dengan pengimport di pasaran eksport melalui pejabat
serantau di China, Belanda, India, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Arab
Saudi. Melalui perhubungan berterusan dengan pemain industri, MTC juga boleh
menjana dan berkongsi maklumat risikan pasaran dengan ahli industri perkayuan.
Mengenai aspek pembinaan jenama tempatan, MTC melaksanakan program bagi
mempamer produk kayu dan perabot tempatan kepada pembeli dari luar negara
dengan syarikat yang menyertai akan dibantu dari segi kewangan bagi membangun
ruang pameran 3D. MTIB turut menyediakan program atau bantuan khusus bagi
usahawan Bumiputera agar berdaya saing dalam eksport antarabangsa di antaranya
adalah Program Credible Entrepreneur & Marketing Promotion Group (CEMP),
bertujuan meningkatkan tahap prestasi eksport perkayuan usahawan. Melalui
program ini, MTIB menyediakan khidmat nasihat dalam reka bentuk dan
pembangunan produk, kajian pasaran dan mengadakan misi teknikal dan penyertaan
usahawan dalam pameran produk di peringkat antarabangsa.

Mengenai isu buruh pihak MTC dan MTIB membuka pejabat di Muar, Johor sejak
Oktober 2021, bagi membantu pihak industri, terutama sektor perabot bagi mengatasi
isu standard penginapan pekerja yang menjadi antara faktor mempengaruhi
permohonan pekerja asing. MTC juga sedang mempromosi program Financial
Assistance for the Development of Workers' Accommodation bagi menggalakkan
pihak industri menambah baik standard penginapan pekerja dengan bantuan
kewangan sehingga RM10,000 disediakan bagi syarikat yang layak. Program
Engineer Placement and Internship Programme (EPIP) juga sedang dilaksana MTC
bagi menggalakkan pengambilan pekerja mahir dan jurutera di dalam kilang kayu di
Malaysia. Selain itu, program On Job Training (OJT) bagi graduan diploma dan sijil
Vokasional oleh MTC juga bertujuan membantu mengatasi kekurangan pekerja.

12
4. PERSPEKTIF NILAI EKONOMI KAYU KAYAN DI MALAYSIA

4.1 Nilai Eksport Produk Berasas Kayu


Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyasarkan hasil eksport perkayuan
dan produknya mencecah RM23 bilion pada tahun 2021. Sasaran eksport itu dijangka
meningkat berbanding pada 2020 yang mencatatkan hasil eksport sebanyak RM22.01
bilion. Faktor itu juga dipengaruhi oleh harga yang lebih tinggi walaupun kuantiti yang
sama selain permintaan kayu yang bertambah walaupun tidak begitu drastik dan nilai
maksimum yang boleh dicapai hanya RM23 bilion. Pada Januari hingga Oktober tahun
2021, hasil eksport industri perkayuan di negara ini merekodkan RM17.95 bilion
berbanding tempoh sama tahun 2020 iaitu RM17.80 billion dengan peningkatan 0.8
peratus saja. Antara negara eksport utama bagi industri itu ialah Amerika Syarikat
(AS), diikuti Jepun, China, Singapura dan India.

Eksport perabot kayu Malaysia dijangka meningkat dengan ketara pada tahun 2022
berdasarkan kepada permintaan dari negara luar terutama Eropah. Bagi tempoh
Januari hingga Disember 2021, nilai eksport perabot adalah sebanyak RM12 bilion
daripada keseluruhan ekport industri perkayuan negara iaitu RM22.7 bilion. Produk
perabot kayu Malaysia mempunyai kualiti dan rekaan yang menepati kehendak serta
citarasa pengguna di Eropah.

Eksport perabot kayu adalah penyumbang utama kepada keseluruhan eksport industri
perkayuan negara. Justeru, nilai eksport perabot kayu mesti dipertingkatkan dan satu
anjakan baharu adalah perlu dalam segmen pembuatannya.

4.2 Permintaan Tinggi Perabot Malaysia di Luar Negara

Bagi memastikan pengeluar perabot kayu tempatan dapat meningkatkan keupayaan


pengeluaran mereka, Kerajaan turut memperkenalkan Program Transformasi Kilang
(FTP). FTP yang dianjurkan oleh Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) pada 2021
adalah program yang dilaksanakan secara bersama oleh Lembaga Perindustrian
Kayu Malaysia (MTIB) dan SIRIM STS Sdn Bhd. Program itu bertujuan untuk
menyokong dan membantu industri perkayuan, khususnya syarikat terbabit dalam
menjalankan penilaian dan kajian diagnostik kilang bagi mengenal pasti

13
ketidakcekapan dan pembaziran melalui aplikasi alat dan teknik Green 5S dan
Pengurusan Lean.

Program FTP seterusnya dapat meningkatkan keupayaan pembuatan industri dan


penggunaan teknologi automasi dan inovasi dalam Industri Perkayuan Negara selaras
dengan hala tuju pembangunan industri perkayuan di bawah Dasar Agrikomoditi
Negara 2021 hingga 2030 (DAKN 2030) dan juga perkembangan Revolusi
Perindustrian Keempat (IR 4.0) di Malaysia. Semua industri berdepan dengan
kekurangan tenaga kerja asing dan tempatan yang menjejaskan operasi pengeluaran.
Matlamat jangka masa panjang melalui agenda dan program yang dibangunkan
adalah memastikan setiap pengeluar dapat beralih ke arah IR4.0 dan automasi. Ia
dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan
mempertingkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan. Penggunaan teknologi, inovasi,
automasi, kecekapan dan produktiviti ini semestinya dapat memperkasakan industri
perkayuan dalam mendepani persekitaran persaingan yang semakin sengit dan
mencabar.

14
5. PEMBANGUNAN DAN PENUBUHAN LADANG HUTAN KOMERSIAL

5.1 Program Pembangunan Ladang Hutan

Dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ke atas hutan asli sebagai sumber bahan
mentah dan untuk memastikan ketersediaan berterusan bagi industri kayu tempatan,
Kerajaan sedang menggalakkan pembangunan ladang hutan komersial besar-
besaran. Selaras dengan dasar ini, Kabinet pada Mac 2005 memberikan satu tugas
yang penting kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
untuk menjalankan program agresif untuk pembangunan ladang hutan di Malaysia. Di
bawah PPLH, Kementerian telah merancang untuk membangunkan 375,000 hektar
ladang hutan pada kadar penanaman tahunan 25,000 hektar setahun bagi tempoh 15
tahun akan datang. Dijangkakan, setiap 25,000 hektar tanah yang ditanam dapat
menghasilkan sebanyak 5 juta meter padu kayu. Sasaran ini adalah berpandukan
Dasar Perindustrian Kayu Negara atau National Timber Industry Policy 2009-2020
(NATIP 2009-2020).

Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui penglibatan pihak swasta telah
melaksanakan program pembangunan ladang hutan bagi kawasan-kawasan yang
miskin dan terosot. Usaha ini adalah selari dengan Dasar Perhutanan Malaysia 2021
(DPM 2021) mengikut Objektif ke-3 iaitu: “Menjamin sumber bahan mentah yang
berterusan dari kawasan hutan asli dan hutan ladang bagi kelangsungan
pembangunan industri berasaskan kayu dan bukan kayu”.

Terdapat sembilan (9) spesies pokok ladang telah tersenarai di bawah PPLH, ini
termasuk dua (2) spesies yang menjadi tumpuan adalah Getah (Timber Latex Clone)
dan Acacia spp. (mangium / hybrid). Tujuh (7) spesies ladang hutan cepat tumbuh
yang disyorkan adalah Bambuseae (Buluh), Tectona grandis (Jati), Azadirachta
excelsa (Sentang), Khaya spp. (Khaya ivorensis), Neolamarckia cadamba
(Kelempayan / Laran), Paraserianthes falcataria (Batai) dan Octomeles sumatrana
(Binuang). Sebuah anak syarikat hak milik penuh MTIB iaitu Forest Plantation
Development Sdn Bhd (FPDSB) telah ditubuhkan 2009 untuk menguruskan
pembayaran pinjaman mudah, menjalankan proses pengauditan ladang serta untuk
menyediakan sokongan teknikal dan latihan untuk program ini. Syarikat tempatan dan
asing yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program perladangan
hutan tersebut.

15
5.2 Insentif Kerajaan Bagi Program Pembangunan Ladang Hutan

5.2.1 Kemudahan Pinjaman Mudah

Program pembangunan ladang hutan bertujuan mengurangkan


kebergantungan industri perkayuan negara kepada hutan asli. Dalam konteks
ini, Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi fasa kedua
program pembangunan ladang hutan untuk tempoh 2021 hingga 2025 kepada
pengusaha yang berminat menceburi industri tersebut. Bagi fasa pertama iaitu
dari 2017 hingga 2021, sebanyak RM940 juta diperuntukkan kepada 87
pengusaha yang membangunkan 129,000 hektar tanah ladang hutan.
Peruntukan ini merupakan pinjaman mudah kepada pengusaha, mereka tidak
perlu membayar balik pinjaman dalam tempoh 15 tahun selagi hasil
perladangan belum dituai atau diusahasil. Tujuan program ini adalah bagi
mengurangkan kebergantungan industri perkayuan negara kepada hutan asli,
sekali gus memastikan pembangunan industri menjadi mampan dengan
sumber perkayuan pada masa akan datang berasal daripada perladangan
hutan ini.

5.2.2 Peluang Kredit Dalam Perladangan Hutan

Pembangunan ladang hutan komersial akan memastikan sumber bekalan kayu


kayan yang mampan manakala hutan asli akan terus disimpan sebagai HSK
untuk faedah- faedah dan keperluan bukan kayu iaitu sebagai kawasan
tadanhan air, ekopelancongan, kawasan rekreasi, pemuliharaan kepelbagaian
biologi dan germplasma. Dengan perspektif sedemikian, maka pembangunan
ladang hutan akan menyokong pengeluaran kayu secara berkekalan untuk
keperluan industri berasas kayu. Dalam konteks ini bagi meningkatkan ladang
hutan di negara ini Kerajaan telah mewujudkan beberapa peluang berbentuk
kredit dalam perladangan hutan.

Objektif Kredit Perladangan Hutan

❖ Untuk menggalak dan meningkatkan pembangunan ladang hutan


❖ Untuk memastikan sumber bekalan kayu yang mampan untuk memenuhi
keperluan industri berasas kayu
❖ Untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam industry berasas kayu

16
5.2.3 Penubuhan Syarikat Sebagai Special Purpose Vehicle

Kerajaan Malaysia telah menubuhkan satu entiti syarikat milik Kerajaan


sebagai “Special Purpose Vehichle” (SPV) untuk mencapai objektif
pelaksanaan kredit perladangan hutan yang telah ditetapkan. Pada bulan Mac
2005, Kabinet telah memberikan tugas penting kepada MPIC untuk
menubuhkan ladang hutan komersial berskala besar di Malaysia. Bagi
mencapai objektif ini MTIB telah menubuhkan suatu syarikat sebagai Special
Purpose Vehicle (SPV) yang dikenali sebagai Forest Plantation Development
Sdn. Bhd. pada 13 Februari 2006. Tujuan mewujudkan SPV ini adalah untuk
menjalankan peranan yang tertentu. Di antara peranan utama syarikat SPV ini
adalah:

➢ Untuk melaksanakan promosi mengenai penubuhan ladang hutan untuk


keperluan sumber bekalan kayu di masa akan datang.
➢ Untuk menyediakan pinjaman mudah (soft loans) kepada agensi-agensi
negeri dan syarikat swasta yang berminat dalam pembangunan ladang
hutan.
➢ Untuk mengemaskini pihak pembuat dasar atau keputusan mengenai isu-
isu berkaitan hal ehwal tanah, peluang-peluang pelaburan, dasar-dasar dan
panduan dan program pelaburan baharu yang dilaksanakan.

5.2.4 Pembiayaan Kewangan Kerajaan

Kerajaan telah menyediakan peruntukan berjumlah RM1.045 billion untuk


tujuan pinjaman mudah (soft loan) kepada syarikat yang berkelayakan untuk
terlibat membangunkan program ladang hutan. Di antara 2006 dan 2020,
sebanyak RM1.008 billion disalurkan melalui MTIB (Syarikat induk/custodian of
FPDSB) yang kemudiannya akan memberikan pinjaman kepada peminjam
yang layak melalui FPDSB. FPDSB adalah diberikan tugas dan tanggungjawab
untuk memerhati dan memantau program pembangunan ladang hutan. Di
bawah program ini kawasan tanah seluas 130,000 hektar telah dikenalpasti
untuk dilaksanakan bagi tempoh 2006 - 2020.

17
6. KOMPONEN PEMBANGUNAN LADANG HUTAN

6.1 Komponen Ladang Hutan

Projek di kawasan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar), ini melibatkan satu (1) komponen
tanaman ladang iaitu:

i. Ladang Multi-storied Penanaman Pokok Durian (permohonan surat khas)


dan Spesies Pokok Hutan

Luas Kawasan tanaman ladang hutan mengikut komponen tanaman adalah seperti
Jadual 6.1 berikut:

Jadual 6.1 Komponen Tanaman Ladang Hutan

Bil Komponen Tanaman Ladang Hutan Luas Kawasan


1 Ladang Multi-storied Penanaman Pokok Durian dan 360.00 Hektar
Spesies Pokok Hutan
2 Kawasan Tidak ditanam : Jalan ladang, Tapak Semaian 19.56 Hektar
Pejabat, Rumah Pekerja, Stor ladang dan Zon penampan
dan kawasan paya
Jumlah Keluasan 379.56 Hektar

6.2. Ladang Multi-storied Penanaman Pokok Durian dan Pokok Hutan

6.2.1 Pengenalan Penanaman Pokok Durian

Durian, (Durio zibethinus Murr.) merupakan antara spesies pokok buah-buahan


yang sangat popular dan banyak ditanam di Malaysia. Secara tradisional,
pokok durian ditanam daripada baka biji benih di kawasan dusun di kampung.
Lazimnya buah durian dari pokok anak baka biji menghasilkan buah yang tidak
seragam, tidak pasti kualitinya dan sebahagian besar tidak mendapat pasaran
yang baik. Jabatan Pertanian telah mengenal pasti dan mengumpul koleksi
klon durian semenjak tahun 1934 dan sehingga sekarang telah mendaftarkan
121 klon durian. Walau bagaimanapun, hanya sebilangan kecil sahaja yang
disyorkan untuk ditanam secara komersil berdasarkan kepada ciri-ciri buah
tersebut iaitu mutu buah yang tinggi, hasil yang banyak dan kesesuaian dengan

18
agroiklim Malaysia. Durian merupakan salah satu daripada 11 jenis buah-
buahan yang telah dikenalpasti di bawah Dasar Agro Makanan (2011-2020)
yang mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi menampung permintaan
tempatan dan eksport.

6.2.2 Status Industri Durian

Sebilangan besar pengeluaran durian adalah untuk penggunaan tempatan. Di


samping itu, negara kita banyak mengeksport durian ke Singapura dan
sebahagian kecil juga dieksport ke negara-negara lain seperti Brunei, Hong
Kong, Kanada, Australia, Jepun dan Taiwan. Dalam masa yang sama Malaysia
juga mengimport lebih kurang 10,000 hingga 17,000 metrik tan durian dari
negara jiran yang bernilai antara RM9 juta hingga RM19 juta. Penggunaan
dalam negara dan eksport serta pengeluaran untuk gantian import boleh
dipertingkatkan lagi sekiranya durian yang dihasilkan berkualiti tinggi.
Kawasan-kawasan durian sedia ada perlu dipulihkan dengan klon-klon yang
bermutu tinggi serta ditentukan pengamalan pengurusan ladang yang baik.
Langkah ini akan dapat menentukan penghasilan yang tinggi dan berkualiti.

6.2.3 Zon Kawasan Tanaman Durian

Zon tanaman yang disediakan merupakan kawasan yang paling sesuai untuk
tanaman terpilih serta kondusif untuk dimajukan sebagai satu industri yang
berdaya saing. Zon tanaman mengambil kira faktor-faktor seperti jenis tanah,
teren dan iklim untuk penentuan tanaman yang sesuai. Faktor-faktor ini
digabungkan dengan faktor bukan biofizikal untuk memilih tanaman paling
menguntungkan dan menjamin perkembangan industri tanaman tersebut
secara lestari dan mesra alam. Zon tanaman durian untuk pengeluaran buah
durian di Semenanjung Malaysia adalah seperti di Jadual 6.2.

Jadual 6.2 Zon Kawasan Tanaman Durian di Semenanjung Malaysia


Zon Kawasan Pengeluaran
1 Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Perak Utara
2 Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor
3 Kelantan, Terengganu, Pahang, Utara Johor
4 Kawasan pendalaman Pahang, Terengganu, Kelantan

19
6.2.4 Penubuhan Ladang Multi-storied Pokok Durian dan Pokok Hutan

a) Penyediaan Kawasan
Kawasan ladang boleh dibersihkan dengan cara manual atau
menggunakan jentera. Ini bergantung kepada keadaan kawasan.
Pokokpokok, belukar dan semak-samun mestilah dibersihkan dari
kawasan tersebut. Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak
rendah dan mendatar bagi mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan
yang berbukitbukit yang mempunyai cerun melebihi 12°, teres atau
platform perlulah dibina sebagai satu langkah pemuliharaan tanah.
Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal
hakisan dan juga membekalkan unsur nitrogen kepada pokok-pokok
durian. Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurangkurangnya satu
pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan bajak putar, jika
tanaman penutup bumi dicadangkan. Sebaik-baiknya pembajakan
minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan, jika penanaman
tanaman penutup bumi tidak diperlukan.

b) Bentuk Corak Penanaman Di Ladang

Penanaman Pokok durian boleh ditanam dengan menggunakan empat


(4) bentuk corak atau susunan tanaman (planting design) iaitu corak
segiempat tepat, segiempat sama, segitiga sama dan sesiku keluang.
Susunan pokok mengikut corak penanaman mempunyai perbezaan
antara satu sama lain. Keutamaan susun atur corak segitiga sama ialah
(pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok yang
lebih, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan corak
tanaman segiempat sama. Susunan tanaman corak segiempat tepat
dapat memberikan ruang di antara barisan untuk ditanam dengan
tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan.

20
c) Kaedah Penanaman Durian Secara Selang Bertingkat (Multi-storied )

Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal


tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan
sempurna. Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan
tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti tanaman
kontan yang sesuai. Untuk tujuan demikian, tanaman naungan perlulah
ditanam enam (6) bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian.
Jarak tanaman bagi pisang ialah 3 m x 3 m. Tanaman kontan atau pokok
lain yang sesuai adalah sebagai alternatif bagi mengoptimumkan hasil
ladang pada peringkat awal penubuhannya. Seterusnya tanaman
selang seli atau tanaman secara ‘Multi-storied’ di mana pokok seperti
Petai akan ditanam bersama-sama dengan pokok Durian.

d) Pembajaan Pokok

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4 - 6 kali setahun


dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.
Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja
ialah 3 - 4 kali setahun. Cara pembajaan yang paling mudah adalah
dengan menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit
dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar,
di teres atau di tapak gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan
secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam
lubang sedalam 10 sm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi
pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang tersebut ditimbus kembali dengan
tanah. Untuk meningkatkan keberkesanan, pembajaan hendaklah
dilakukan pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan
dapat diserap oleh pokok dengan berkesan. Pembajaan pada musim
kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat
diwujudkan. Kadar pembajaan bagi pokok durian adalah seperti di
dalam Jadual 6.3.

21
Jadual 6.3 Kadar Pembajaan Untuk Ladang Durian

Umur Pokok Kuantiti baja Kekerapan


Baja yang disyorkan
(Tahun) (kg/pk/ tahun) membaja setahun
0.5 6
15:15:15 Bahan organik
1 20.0 2
GML
0.5 2
1.0 4
15:15:15 Bahan organik
2 GML 30.0 2
0.5 2
2.0 4
15:15:15 Bahan organik
3 GML 30.0 2
1 2
3.0 4
15:15:15 Bahan organik
4 GML 40.0 2
1 2
4.0 4
12:12:17:2 Bahan
5 40.0 2
organik GML
2 2
5.0 4
12:12:17:2 Bahan organik
6 GML 40.0 2
2 2
6.0 4
12:12:17:2 Bahan organik
7 GML 40.0 2
2 2
12:12:17:2 Bahan organik 9.0 4
8 GML 40.0 2
Sumber: Jabatan Pertanian, 2017

e) Pemangkasan Pokok

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari


peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang
mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan
primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Kerja-kerja
membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula 3 -
6 bulan selepas tanam. Pada peringkat awal ini dahan-dahan primer
yang berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya
bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.
Apabila pokok telah membesar, dahan yang mencecah tanah, terlalu
rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. Dahan-dahan
yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan

22
dari berjangkit ke dahan yang lain. Dahan perlu dipotong seberapa dekat
yang boleh dengan dahan/batang asal. Bekas potongan perlu dirawat
dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.

f) Pengairan dan Saliran Kawasan Ladang Hutan

Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk


membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Jika
dibanding dengan sistem pengairan yang lain, sistem pengairan titis
adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan,
pengendalian dan penyelenggaraan. Sistem pengairan sangat
diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa
peringkat berbunga dan berbuah. Kegunaannya boleh diperluaskan
kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan tanah,
mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah. Komponen
utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis adalah sumber air,
rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis, sistem paip,
tiub high density polythene dan tiub low density polythene. Reka bentuk
sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung kepada potential
evapotranspiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan
dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub, jenis
penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem
pengendalian. Dalam operasi sistem pengairan titis, faktor utama yang
perlu diambil kira adalah kualiti air. Rawatan di kawasan sumber air
adalah sangat mustahak untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.
Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi
dan petang. Ini adalah untuk mengelakkan penyejatan yang berlaku di
waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan
supaya air yang dibekal tidak menjadi panas akibat terkena cahaya
matahari. Secara am, jangkamasa pengairan setiap hari untuk tanaman
durian bergantung kepada keluasan zon akar, faktor tanaman, isi padu
akar, keupayaan pegangan air bagi tanah, jenis tanah, jumlah penyebar
setiap pokok, kadar alir air setiap penyebar dan peringkat pertumbuhan
pokok. Jangkamasa pengairan setiap hari untuk dusun yang mempunyai
tekstur tanah sederhana adalah seperti di Jadual 10. Bagi kawasan

23
durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada
permulaan kawasan tersebut dibuka. Penebangan pokok-pokok dan
pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan
dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Oleh itu adalah disyorkan
bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim
panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah
dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi
mengawal hakisan tanah.

g) Kawalan Serangga Perosak

Dua kaedah untuk mengawal serangan serangga perosak yang


diamalkan di kawasan ladang durian adalah kawalan kultura dan
kawalan kimia.

i. Kawalan : Kawalan kultura


Pungut dan musnahkan buah yang diserang. Penjarangan buah
pada peringkat awal dapat mengurangkan serangan ulat ini. Bagi
pokok yang matang dan tinggi, pemasangan perangkap lampu
dapat mengurangkan populasi kupu- kupu dewasa.
ii. Kawalan Kimia
Jika pokok rendah, sembur racun serangga yang sesuai seperti
lambda- cyhalothrin dari peringkat putik hingga buah matang
mengikut kadar dan kekerapan yang disyorkan jika perlu.
h) Kutipan Hasil Buah

Kutipan hasil buah durian boleh dilakukan dengan mengutip sendiri


buah yang gugur atau memetik buah yang matang di atas pokok. Buah
yang luruh sendiri biasanya dipungut setiap hari kerana bilangan buah
yang gugur adalah sedikit. Pada pertengahan musim buah perlu
dipungut dua kali sehari kerana waktu ini merupakan kemuncak buah
gugur. Buah matang yang dipetik di atas pokok akan memanjangkan
tempoh hayat penyimpanan buah di dalam pasaran jika dibandingkan
dengan buah masak yang telah gugur. Buah durian yang matang
dipotong tangkainya 3 - 4 sm di atas paras lapisan absis dengan
menggunakan pisau yang tajam. Buah yang dipetik dari pokok

24
dijatuhkan ke bawah di mana seorang pekerja akan menunggu dengan
kain guni. Buah yang dipetik boleh juga diturunkan ke bawah dengan
menggunakan tali atau memasang jaring di bawah pohon pokok. Cara
begitu akan mengelakkan buah jatuh ke tanah dan dihinggapi kulat
Phytophthora spp. yang terdapat di permukaan tanah. Di samping itu
buah tidak akan rosak akibat dijatuhkan dari pokok yang tinggi

i) Pengendalian di Ladang Lepas Tuai


Buah yang dipetik atau yang gugur dikumpulkan di dalam bakul rotan
bagi memudahkan pemunggahan ke dalam pengangkutan. Buah yang
telah dikumpul tidak didedahkan ke cahaya matahari dan seeloknya
dibawa ke pusat pembungkusan dengan cepat. Bagi ladang besar,
sebuah kompleks pusat pembungkusan boleh didirikan di kawasan
ladang. Pemilihan buah dibuat dengan mengasingkan buah yang baik
dari buah rosak seperti buah busuk, buah muda, buah terlalu masak dan
merekah serta buah berpenyakit. Buah dibersihkan daripada daun,
serangga, ranting dan lain-lain. Pusat pembungkusan atau
pemprosesan perlu mengadakan beberapa kemudahan seperti ruang
luas untuk menggred dan membungkus, bilik sejuk, kotak dan alat-alat.
Jenis Pusat Pembungkusan bergantung kepada keperluan aktiviti yang
akan dilaksanakan. Piawaian untuk buah durian adalah penting jika
Malaysia merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa seperti
Eropah dan Timur Tengah. Buah-buah yang mempunyai piawaian
minimum yang dikehendaki oleh pasaran akan memudahkan
pengendalian hasil kerana saiz dan warna yang sekata. Buat masa
sistem penggredan buah durian adalah berasaskan standard yang
digunakan oleh FAMA.

j) Pengredan dan Pembungkusan Buah


i. Pengredan buah
Spesifikasi Pengelasan Saiz Bagi pengredan buah durian, saiz
ditentukan oleh berat dalam unit gram seperti Jadual 6.4 berikut:

25
Jadual 6.4 Pengredan Buah Durian Mengikut Kelas Saiz (Berat)
KELAS SAIZ KOD BERAT (Kilogram)
Besar L > 1.5
Sedang M 1.0 – 1.5
Kecil S < 1.0
Sumber : FAMA

k) Pembungkusan

Buah durian diangkut dengan menggunakan bakul buluh/rotan yang


boleh memuatkan 20 – 30 biji buah durian ke tempat jualan. Namun
pada masa ini penggunaan bakul plastik telah mula dipraktikkan bagi
penghantaran ke pasar borong. Buah ini perlu diangkut dengan cepat.

l) Penyimpanan Hasil

Buah durian yang gugur sendiri mempunyai daya penyimpanan yang


pendek iaitu di antara 3 hingga 5 hari. Dengan itu penghantaran ke
destinasi tempatan dengan kadar segera adalah penting. Jika
penghantaran tidak dapat dilaksanakan dengan segera, maka buah
durian perlu disimpan di dalam keadaan yang sesuai. Penyimpanan
buah durian boleh dilaksanakan dalam bentuk buah dan isinya. Kajian
di Malaysia menunjukkan bahawa buah durian boleh disimpan selama 7
hari sahaja pada suhu 25°C - 30°C dan 85% - 90% kelembapan
bandingan. Buah durian yang disejukbekukan pada suhu 23.2°C boleh
dilanjutkan tempoh penyimpanan kepada dua (2) bulan tanpa
menjejaskan mutu isinya. Buah yang belum masak tidak sesuai
disimpan pada suhu 10°C atau kurang. Ia boleh menyebabkan warna
kulit menjadi hitam dan buah tidak masak bila suhu dinaikkan. Tempoh
penyimpanan buah tanpa bungkusan pada suhu 10°C dan 85% - 90%
RH adalah 14 hari. Penyimpanan isi durian tanpa kulit akan menjimatkan
kos ruang. Ulas-ulas durian boleh disejukbekukan dengan cepat ke suhu
60°C dan kemudian disimpan pada suhu 8°C. Ulas-ulas durian ini boleh
disimpan selama satu tahun tanpa menjejaskan mutu. Ulas-ulas durian
boleh juga disejukbekukan ke suhu 23°C dan boleh disimpan selama 3

26
bulan. Teknologi ini menggalakkan pengeksportan buah durian ke
destinasi yang mengambil masa lama dalam perjalanan di samping
penjualan isi durian di luar musim.

m) Pengangkutan

Bagi pasaran tempatan, penggunaan lori yang berbumbung yang ditutup


dengan kanvas adalah disyorkan untuk membawa buah durian ke
destinasi tempatan. Bakul- bakul jenis rotan atau kayu, atau kotak
Corrugated Fibre Board (CFB) yang berisi buah durian perlu disusun
dalam satu atau dua lapisan supaya ada pengudaraan di persekitaran
lori. Waktu yang sesuai bagi pengangkutan buah ialah di waktu malam
untuk mengurangkan kemerosotan mutu buah. Bagi pasaran luar
negeri, pengangkutan dengan kapal laut lebih murah. Untuk tujuan ini,
kontena kargo perlu ditetapkan suhunya pada paras 10°C - 15°C
dengan 85% - 90% RH.

n) Pemasaran
Sebilangan besar pengeluaran durian adalah untuk penggunaan
tempatan. Di samping itu, negara kita banyak mengeksport durian ke
Singapura dan sebahagian kecil juga dieksport ke negara-negara lain
seperti Brunei, Hong Kong, Kanada, Australia, Jepun dan Taiwan.
Teknik sejuk beku durian telah diperkenalkan untuk membantu
membolehkan buah durian di ekspot keluar negara Pada biasanya
durian dijual melalui peraih kepada pengguna. Terdapat juga durian
dijual di tepi jalan oleh pekebun sendiri. Untuk pasaran eksport, kegiatan
seperti ini adalah dijalankan hanya oleh pemborong dan pengeksport.

27
7 PENUBUHAN DAN PENGURUSAN LADANG HUTAN

7.1 Nama, Lokasi dan Keluasan Projek Ladang Hutan

Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah


membenarkan Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd untuk membangun dan
menubuhkan projek ladang hutan di kawasan Kompartmen 4 Hutan Simpan Kemasul,
Mukim Semantan, Daerah Temerloh, Pahang (Ruj. PHN.PHG. 100-21/0/6857/ (T) (5)
bertarikh 06 April 2021 . Dalam hal ini, Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang (MMK)
yang ke ke-1/2019 yang bertarikh 09 Januari 2019 telah membuat keputusan
meluluskan kawasan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) SS Hijrah Perkasa Plantation
Sdn Bhd untuk pajakan tanah (30+30) tahun, mengeluarkan saki baki (kayu balak dan
kayu jaras) dan pembangunan semula projek ladang hutan di kawasan yang telah
dinyatakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Keseluruhan kawasan
tersebut perlu dibangunkan sebagai ladang hutan. Syarikat SS Hijrah Plantation Sdn
Bhd telah merancang untuk membangunkan kawasan yang dikhaskan untuk ladang
tersebut dengan spesies pokok durian secara selang seli mengikut kaedah ‘multi-
storied’ bersama-sama dengan spesies pokok tempatan (misalnya pokok yang
sesuai) untuk jangkamasa panjang. Kawasan ladang yang akan dibangunkan ini
terletak di dalam Hutan Simpan Kemasul, Mukim Semantan, Daerah Temerloh,
Pahang

7.2 Konsep dan Pendekatan Pembangunan Ladang Hutan

7.2.1 Konsep Projek

Penubuhan projek ladang hutan yang akan dilaksanakan oleh Syarikat SS


Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd secara umumnya adalah bertujuan untuk
menampung bekalan kayu kayan daripada hutan asli bagi membekal bahan
kayu kayan bermutu tinggi dalam menyokong pelaksanaan Dasar
Perindustrian Kayu Negara 2010 (NATIP). Secara spesifiknya pihak syarikat
akan menubuhkan kawasan ladang hutan di kawasan Hutan Simpanan Kekal
(HSK) yang terosot dengan penanaman spesies pokok yang dikenalpasti di
bawah NATIP untuk tanaman ladang hutan di kawasan seluas ±379.56 ha
(937.89 ekar) dalam Hutan Simpan Kemasul, Mukim Semantan, Daerah

28
Temerloh, Pahang Darul Makmur. Pada prinsipnya, konsep ladang hutan yang
ditubuhkan ini adalah berasaskan kepada usaha untuk memulihkan kawasan
terosot atau kawasan hutan yang tidak produktif setelah beberapa kali
dijalankan aktiviti pengusahasilan hutan sebelum ini. Penubuhan ladang hutan
yang berasaskan kepada tanaman spesies pokok cepat tumbuh (fast growing
species) akan dapat meningkatkan lagi tahap produktiviti dan kualiti kawasan
hutan dan pemulihan kawasan hutan dapat dicapai dalam tempoh yang lebih
singkat serta lebih kos efektif. Justeru itu, tempoh pusingan bagi
pengusahasilan hutan (felling rotation) dapat disingkatkkan atau tebangan
pokok ladang hutan yang lebih awal berbanding kawasan hutan asli untuk
memberi pulangan hasil yang optimum.

Menurut NATIP terdapat beberapa spesies yang dikenalpasti dan boleh


dipertimbangkan untuk tanaman ladang hutan yang boleh dibiayai menerusi
Dana Pembangunan Ladang Hutan, iaitu spesies pokok: Akasia (Acacia
mangium), Batai (Paraserianthes falcataria), Binuang (Octomeles sumatrana),
Getah Klon balak- lateks (Hevea spp) atau Timber-latex clon rubber (TLC), Jati
(Tectona grandis), Khaya (Khaya ivorensis), Kelempayan (Neolamarckia
cadamba) dan Sentang (Azadirachta excelsa).

7.2.2 Pendekatan Pelaksanaan Projek

Penubuhan dan pengurusan ladang hutan melibatkan dua (2) fasa iaitu:

i. Fasa Pertama
➢ Menebang dan membersih kawasan (hutan atau tanaman lama).
➢ Penyediaan infrastruktur seperti jalan ladang, parit,dan pagar
kawasan.
➢ Penyediaan sistem pengairan ladang,
➢ Penyediaan tapak tanaman,
➢ Membina pejabat ladang,
➢ Membina rumah pengurus dan pekerja ladang,
➢ Membina stor simpan alatan kerja ladang, baja, racun dan bahan
kimia. Aktiviti yang dijalankan dalam fasa pertama adalah:
➢ Pembersihan kawasan

29
➢ Pembinaan infrastruktur (prasarana, jalan ladang)
➢ Membina bangunan (pejabat, rumah perkerja, stor),
➢ Tapak semaian,
➢ Perolehan bahan tanaman,
ii. Fasa Kedua
Aktiviti yang dijalankan dalam fasa ke-2 adalah seperti berikut:
➢ Penyedian tapak tanaman (pasang pancang, lubang tanaman)
➢ Membaris, menggali lubang dan penanaman anak-anak pokok,
➢ Menaman pokok Durian dan Spesies Pokok Hutan (Kaedah
Multi- storied/Selang seli)
➢ Menyelenggara kawasan ladang (Merumput, membaja,
memangkas dahan.

Penubuhan ladang hutan ini memerlukan dua (2) peringkat penanaman iaitu pada
peringkat pertama (awal) penanaman spesies pokok Durian ditanam terlebih dahulu,
dengan jarak ianaman ialah 10m x 10m. Jumlah bahan tanaman diperlukan ialah 100
pokok/ha. Tanaman pokok Durian dibuat secara selang seli dengan pokok hutan
tempatan yang lain menggunakan kaedah ‘Multi-storied’. Dalam kaedah ini pokok
durian ditanam lebih awal kerana ianya memerlu pendedahan cahaya matahari secara
langsung tanpa naungan atau teduhan (light demanding species). Setelah pokok
durian membesar barulah disusuli dengan penanaman pokok hutan lain yang tidak
memerlukan pendedahan matahari secara terus atau memerlukan teduhan (shade
tolerance species).

Susun atur barisan tanaman dan kedudukan 2 spesies pokok secara kaedah Multi-
storied adalah seperti Rajah 7.1 di bawah.

30
Rajah 7.1 Susun atur tanaman kaedah ‘Multi-storied’

Seterusnya pada peringkat ke-2 penanaman spesies pokok hutan iaitu spesies pokok
lain dengan kebenaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ditanam berselang
seli di kawasan yang sama dengan pokok Durian. Pokok hutan lain akan ditanam
secara selang seli setelah dirian pokok Durian berumur 2-3 tahun. Rekabentuk
penanaman dua spesies ini ditanam secara berselang seli dengan kaedah ‘Multi-
storied’. Tanaman pokok durian dijangka akan dapat menghasilkan buah setelah
berumur 6-7 tahun selepas ditanam.

31
8. ANGGARAN KOS PENUBUHAN LADANG HUTAN

8.1 Jenis-jenis Kos Ladang Hutan

Pelaburan modal untuk menubuhkan ladang hutan adalah terdiri dari pelbagai kos
yang memerlukan perbelanjaan secara berperingkat-peringkat mengikut jenis operasi
atau aktiviti kerja. Pada umumnya anggaran kos perbelanjaan ladang hutan boleh
dibahagikan kepada kos pembangunan, kos pengeluaran, kos bahan input, kos
tenaga kerja, kos pentadbiran dan pengurusan dan kos pelbagai. Bagi Projek Ladang
hutan jenis-jenis kos yang terlibat adalah seperti di Jadual 8.1.

Jadual 8.1 Jenis-jenis Kos Pembangunan dan Pengurusan Ladang Hutan

Bil Jenis Kos Aktiviti Penubuhan Ladang


1 Kos Pembangunan ❖ Menebang, membakar dan membersih
kawasan (hutan atau tanaman lama).
❖ Penyediaan infrastruktur seperti parit ladang,
jalan ladang dan pagar kawasan.
❖ Penyediaan sistem pengairan
❖ Penyediaan tapak tanaman,
❖ Membaris, menggali lubang dan penanaman
anak-anak pokok
2 Kos Bahan-Bahan ❖ Anak-anak pokok
❖ Baja
❖ Racun kawalan serangga, penyakit dan
rumpai
❖ Alat-alat ladang dan bakul buah.
3 Kos Tenaga Kerja kerja-kerja pembajaan, mengawal perosak dan
penyakit, cantasan kawalan rumpai dan memungut
hasil
4 Kos Pentadbiran dan Pentadbiran & Kawalselia
Pengurusan
5 Kos Pelbagai & Luar Fee Permit Penggunaan/cukai tanah,
Jangka premis/bangunan, stor, alatan kerja, jentera,
kenderaan dll

32
8.2 Kos Penubuhan Ladang Tanaman Pokok Durian

8.2.1 Kos Pembangunan

Kos pembangunan merangkumi segala perbelanjaan yang diperlukan untuk


menyediakan kawasan untuk penanaman durian. Ia termasuk:

• Menebang, membakar dan membersih kawasan (hutan atau tanaman


lama).
• Penyediaan infrastruktur seperti parit ladang, jalan ladang
• Penyediaan sistem pengairan
• Penyediaan tanah
• Membaris, menggali lubang dan penanaman anak-anak pokok

8.2.2 Kos Bahan-Bahan

Jumlah kos bahan-bahan untuk pengeluaran sehektar durian adalah


melibatkan beberapa keperluan asas dalam aktiviti penanaman ladang hutan.
Perbelanjaan ini adalah diperlukan untuk bahan-bahan seperti:

• Anak-anak pokok durian


• Baja
• Racun kawalan serangga, penyakit dan rumpai
• Alat-alat ladang dan bakul buah.

8.2.3 Kos Pengurusan dan Tenaga Kerja

Dalam mengusahakan tanaman pokok durian secara ladang, kos tenaga kerja
diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja seperti aktiviti menyedia tapak
tanaman, menanam pokok, pembajaan, mengawal perosak dan penyakit,
cantasan dahan, kawalan rumpai dan mengutip dan mengangkut hasil.

8.2.4 Kos Pelbagai

Selain dari kos pembangunan, kos bahan-bahan dan kos pengurusan dan
tenaga kerja, kos pelbagai adalah merupakan kos-kos lain yang menjadi
pelengkap bagi memenuhi keperluan untuk menjayakan penubuhan dan
pengurusan ladang hutan. Perbelanjaan tahunan untuk setiap jenis kerja
adalah ditunjukkan di Jadual 8.2.

33
Jadual 8.2 Jenis dan Anggaran Kos Penubuhan Ladang Tanaman Durian

Anggaran Kos
Bil Jenis Kos
Penubuhan*(RM)
1 Kos Pembangunan (Penubuhan) Ladang Durian
Aktiviti Pembangunan:
i. Pembersihan Kawasan
ii. Penyediaan Tapak Tanaman
iii. Sistem perparitan & saliran
iv. Jalan Ladang
v. Kolam takungan /simpanan air
vi. Pemasangan sistem saluran air untuk siraman
pokok
vii. Kawalan kebakaranm(penjagaan kolam sebagai
sumber air pemadam api)
Jumlah Kos Pembangunan 340,800.00
2 Kos Bahan Input:
i. Anak Pokok Durian
ii. Baja CIRP
iii. Baja NPK (15:15:15)
iv. Baja NPK (12:12:17:2+TE)
v. Baja Foliar
vi. Baja Urea
vii. GML
viii. Racun rumpai
ix. Racun rumpai pracambah
x. Racun serangga
xi. Racun Kulat
xii. Bahan api
xiii. Alatan kerja Ladang (20%)
xiv.Lain-lain bahan input (10%)
Jumlah Kos Bahan Input 310,200.00
3 Kos Pengurusan & Tenaga Kerja:
i. Pentadbiran & Kawalselia

34
ii. (Pengurus Besar, Pengurus Ladang, Akauntan,
Kerani, Penyelia, Mandur & Penyelia Stor,
Pekerja Am)
iii. Kontrak / Pekerja Separuh masa
iv. Menanam pokok
v. Kerja Rawatan Kawasan Tanaman:
a) aMerumput pracambah
b) Merumput cara manual
c) Membaja semburan
d) Membaja tabur
e) Meracun rumput
Jumlah Kos Pengurusan & Tenaga Kerja 682,005.00
4 Kos Pelbagai
i. Bayaran Fee Permit Penggunaan
ii. Bangunan Pejabat Ladang
iii. Rumah Pekerja
iv. Stor Barang, Baja & Bahan Kimia
v. Pusat pengumpulan buah
vi. Alatan kerja ladang
vii. Injin pam air dll
viii. Kenderaan (Pacuan 4 roda, Lori)
ix. Bekalan letrik sistem solar
x. Bahan api
Jumlah Kos Pelbagai 640,760.00
Jumlah Kos (RM) 1,973,765.00
* kos permulaan penubuhan ladang Durian

Bagi tujuan penilaian daya maju kewangan projek maklumat pelaburan aliran wang
masuk dan aliran wang keluar (kos) keseluruhan projek perlu disediakan bagi tempoh
pajakan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada Syarikat SS
Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd. Iaitu selama 60 tahun. Dalam tempoh tersebut
kawasan tanaman durian boleh dibangunakan dalam dua(2) pusingan iaitu 30 tahun
setiap pusingan.

35
8.3 Anggaran Kos Keseluruhan Projek Ladang Hutan
Pelaburan modal untuk menubuhkan ladang hutan adalah terdiri dari pelbagai
komponen aktiviti yang memerlukan perbelanjaan mengikut jenis operasi ladang
hutan. Kos penubuhan dan pengurusan ladang hutan terdiri dari kos pembangunan,
kos bahan input, kos tenaga kerja, kos pentadbiran dan pengurusan dan kos pelbagai.
Kos yang terlibat adalah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melaksanakan aktiviti-
aktivti perladangan setiap tahun sehingga tamat tempoh pajakan tanah selama 60
tahun. Anggaran kos tahunan dan kos kumulatif projek ladang hutan di Hutan Simpan
Kemasul seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) oleh Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation
Sdn Bhd adalah seperti di dalam Jadual 8.7. Keluk kos tahunan dan kos kumulatif
tahunan adalah seperti di Rajah 8.1.

Jadual 8.3 Anggaran Kos Tahunan dan Kos Kumulatif Penubuhan Ladang Hutan

Tahun Projek 1 2 3 4 5
Anggaran
Jumlah Kos 1,973,765.00 1,632,965.00 1,632,965.00 1,632,965.00 1,632,965.00
Tahunan (RM)
Anggaran
Jumlah Kos
1,973,765.00 3,606,730.00 5,239,695.00 6,872,660.00 8,505,625.00
Kumulatif
(RM)
Tahun Projek 6 7 8 9 10
Anggaran
Jumlah Kos 1,632,965.00 1,632,965.00 1,632,965.00 1,632,965.00 1,632,965.00
Tahunan (RM)
Jumlah Kos
Kumulatif 10,138,509.00 11,771,555.00 13,404,520.00 15,037,485.00 16,670,450.00
(RM)

Tahun Projek 11 12 13 14 15

Anggaran
Jumlah Kos 1,322,765.00 1,322,765.00 1,322,765.00 1,322,765.00 1,322,765.00
Tahunan (RM)
Anggaran
Jumlah Kos
17,993,215.00 19,315,980.00 20,638,745.00 21,961,510.00 23,284,275.00
Kumulatif
(RM)
Tahun Projek 16 - 30

36
Anggaran
Jumlah Kos 1,322,765.00
Tahunan (RM)
Jumlah Kos
Kumulatif 24,607,040.00
(RM)

Kos Tahunan Projek Ladang Hutan


Jumlah Jos Tahunan Jumlah Kos Tahunan (Kumalatif)

16-30
15
14
13
12
11
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0 5000000 10000000 15000000 20000000 25000000 30000000

Rajah 8.1 Kos Tahunan Projek Ladang Hutan

37
9 ANGGARAN HASIL PENDAPATAN LADANG HUTAN
9.1 Pengusahasilan Ladang Hutan
Adalah dijangkakan pokok durian akan mengeluarkan hasil pada tahun ke-5
selepas tanaman dengan penjagaan yang baik. Pokok-pokok durian dijangkakan
akan mula berbuah pada umur tersebut. Pihak syarikat akan menjual hasil ladang
kepada pasaran domestik dan antarabangsa. Pada peringkat awal ini pihak
syarikat akan menjual buah sahaja dan selepas pokok-pokok kurang berbuah atau
kualiti buah menurun atau tidak berbuah pihak pengusaha akan menanda pokok
tersebut untuk ditebang secara beringkat-peringkat. Tapak pokok-pokok yang
ditebang akan ditanam semula untuk pusingan seterusnya. Sebagai panduan
dalam penggiraan anggaran hasil pengeluaran ladang hutan, bilangan pokok yang
ditanam mengikut spesies hektar adalah seperti Jadual 9.1.

Jadual 9.1 Bilangan pokok mengikut spesies ditanam per hektar

Bil Spesies Jarak Tanaman (m) Bilangan Luas Tanaman


Pokok/Ha (Ha)
1 Durian 9 x 10 100 360.00
Nota: Kawasan tak ditanam seluas 19.56 Ha untuk kegunaan pelbagai prasarana, jalan ladang,
Tapak semaian, takungan air, zon penampan.

* Kaedah Multi-storied

9.2 Anggaran Hasil Jangka Pendek

9.2.1 Anggaran Pendapatan Hasil Tuaian Buah Durian

Pokok-pokok durian yang telah ditanam akan mula menghasilkan buah pada
ketika mencapai umur 6-7 tahun selepas ditanam. Mengikut perancangan
ladang hutan pokok durian akan ditanam di kawasan seluas 360 hektar
(kepadatan 100 pokok/ha). Pokok-pokok durian yang telah ditanam dijangka
akan mengeluarkan buah pada peringkat awal (umur 6-7 tahun) dengan purata
pengeluaran 5 biji buah per pokok sahaja. Pada peringkat awal ini dianggarkan
sebanyak 180,000 biji buah durian akan dituai dari ladang setiap tahun (selama
2 tahun). Jumlah anggaran hasil pendapatan tahunan yang dijana pada
peringkat permulaan adalah sebanyak RM7,200,000.00 (Jadual 9.2).

38
Jadual 9.2: Pengeluaran dan Hasil Tahunan Buah Durian Peringkat Pertama (6-7
tahun)

Tahun Bilangan Penuaian Hasil (Luas: 360 Ha) Harga Jumlah


Tanam/Fasa Pokok Tempoh 2 tahun pertama Buah Hasil/Tahun
Ditanam/Ha Tahun Bilangan Jumlah Segar (RM)
Tuaian buah/Pokok buah (RM/biji) (2 thn)
x 100*

1 100 Ke-6 500 180,000 40.00 7,200,000.00

100 Ke-7 500 180,000 40.00 7,200,000.00

Jumlah 100 360,000 14,400,000.0

*Anggaran 5 biji/pokok (umur 6-7 tahun); purata berat 2 Kg/biji pada harga RM20/Kg (harga ladang)

Pada peringkat kedua apabila pokok-pokok yang ditanam berumur antara 8-10
tahun akan berbuah dengan anggaran pengeluaran yang meningkat iaitu
dianggarkan berjumlah 360,000 biji setahun (selama 3 tahun) dan akan
menjana anggaran hasil pendapatan tahunan sebanyak RM14,400,000.00
(Jadual 9.3).

Jadual 9.3 Pengeluaran dan Hasil Buah Durian Peringkat Kedua (umur 8-10 tahun)

Tahun Bilangan Penuaian Hasil (Luas: 360 Ha) Harga Jumlah


Tanam/ Pokok (selama 3 tahun) Buah Hasil/Tahun
Ditanam/ Tahun Bilangan Jumlah Segar (RM)
Fasa
Ha Tuaian buah/Pokok buah
(RM/biji) (3 thn)
x 100* (Per (360 Ha)
Hektar)

1 100 Ke 8 3,600 360,000 40.00 14,400,000.00

Ke-9 3,600 360,000 40.00 14,400,000.00

Ke-10 3,600 360,000 40.00 14,400,000.00

Jumlah 10,800 1,080,0 43,200,000.00


00

*Anggaran 10 biji/pokok (umur 8-10 tahun); purata 2 Kg/biji pada harga RM20/Kg (harga ladang)

39
Di peringkat ketiga, pokok-pokok yang mencapai umur 11-15 tahun keadaan
pokok menjadi lebih matang akan terus berbuah dengan pengeluaran yang
semakin meningkat pada tahap optimum. Pada peringkat ini dianggarkan
sebanyak 720,000 biji akan dikutip daripada ladang setiap tahun (selama 5
tahun) dan akan menjana anggaran hasil tahunan sebanyak RM28,800.00
(Jadual 9.4).

Jadual 9.4: Pengeluaran dan Hasil Buah Durian Peringkat Ketiga (umur 11-15 tahun)

Tahun Bilangan Penuaian Hasil (Luas: 360 Ha) Harga Jumlah


Tanam/ Pokok Buah Hasil/Tahun
Tahun Bilangan Jumlah
Ditanam/Ha Segar (RM)
Fasa Tuaian buah/Pokok x buah
100* (Per (360 Ha) (RM/biji) (5 thn)
Hektar)

1 100 Ke 11 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Ke-12 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Ke-13 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Ke-14 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Ke-15 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Jumlah 100 720,000 28,800,000.0

*Anggaran 20 biji/pokok (umur 11-15 tahun); purata 2 Kg/biji pada harga RM20/Kg (harga ladang)

Pada peringkat ke-4 (fasa akhir), semua pokok-pokok yang ditanam akan
mencapai tahap dirian matang dan mencapai umur 16 - 25 tahun (10 tahun).
Pada fasa ini semua pokok durian akan terus berbuah dengan pencapaian
pengeluaran yang maksimum. Pada peringkat ini dianggarkan sebanyak
720,000 biji akan dikutip daripada ladang setiap tahun (selama 10 tahun) dan
akan menjana anggaran hasil tahunan sebanyak RM28,800,000.00 (Jadual
9.5).

40
Jadual 9.5: Pengeluaran dan Hasil Tahunan Buah Durian Peringkat Ke 4 (16-30
tahun)

Tahun Bilangan Penuaian Hasil (Luas: 360 Ha) Harga Buah Jumlah
Tanam/ Pokok Segar Hasil/Tahun
Tahun Purata Bilangan Jumlah buah
Ditanam (RM)
Fasa Tuaian buah/Pokok x 100* (RM/biji)
(360 Ha) (5)x(6)
(Per Hektar)

(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7)

1 100 Ke 16-25 7,200 720,000 40.00 28,800,000.0

Jumlah 100 720,000 28,800,000.0

*Anggaran 20 biji/pokok (umur 16 tahun ke atas); purata 2 Kg/biji pada harga RM20/Kg (harga ladang )

41
10.0 ANALISIS KEWANGAN PERLADANGAN HUTAN
10.1 Aliran Tunai Projek
Maklumat aliran wang masuk (anggaran pendapatan) dan wang keluar
(anggaran kos pelaburan) perlu disediakan dengan lengkap supaya dapat
dibuat pengiraan secara menyeluruh anggaran kos-kos yang terlibat bagi
aktiviti-aktiviti pembangunan, kos bahan input, kos pengurusan dan tenaga
kerja dan kos pelbagai dan juga sebagai asas untuk menganggarkan hasil
pendapatan yang diperolehi daripada pelaksanaan projek ladang hutan dalam
tempoh yang ditetapkan. Bagi tujuan tersebut satu penyata aliran tunai wang
masuk (anggaran pendapatan) dan aliran wang keluar (anggaran kos atau
perbelanjaan) penubuhan projek ladang hutan perlu disediakan terlebih dahulu.
Penyata aliran tunai yang lengkap akan digunakan bagi menjalankan analisis
kewangan (B/C ratio, IRR, ROI) projek ladang hutan ini,

Jadual Aliran Tunai Projek Ladang Hutan

Bagi pelaksanaan projek ladang hutan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) yang
akan ditubuhkan oleh Syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd. Aliran
satu penyata Aliran Tunai Tahunan bagi Projek Ladang Hutan Tanaman pokok
Durian telah disediakan bagi tempoh selama 60 tahun (mengikut kelulusan
pajakan tanah). Penyata Aliran Tunai (Cash Flow) bagi Penubuhan dan
Pengurusan Projek Ladang Hutan oleh Syarikat SS Hijrah Perkasa SdnBhd

10.2 Keluk Anggaran Kos Dan Anggaran Hasil Pendapatan Projek


Ladang

Keluk anggaran kos dan anggaran hasil adalah merupakan suatu rajah yang
dibangunkan berasaskan kepada data kos dan hasil yang diperolehi, dikumpul,
dikategori, dikira dan disusun mengikut sesuatu keperluan dan tempoh
tertentu. Dalam konteks penubuhan dan pengurusan ladang hutan, keluk-keluk
yang dibangunkan akan digunakan sebagai rujukan untuk melihat dan
membuat anggaran dari segi kos dan hasil dan membuat perbandingan
mengenai kadar kos dan pulangan pelaburan. Beberapa jenis keluk yang
sesuai boleh digunakan seperti carta dan histogram. Perbandingan kos dan

42
hasil selepas pelaksanaan projek dapat dilihat di dalam Rajah 10.1 di mana
hasil pendapatan projek adalah signifikan selepas 6 tahun dilaksanakan.

Keluk anggaran kos dan anggaran hasil tahunan projek (Rajah 10.2) adalah
bagi bagi menunjukkan titik break even projek, tempoh bagi pulangan modal
pelaburan dan hasil pendapatan dalam jangka masa panjang berbanding
jumlah kos yang dibelanjakan dalam aktiviti penubuhan dan pengurusan
ladang hutan. Berdasarkan keluk tersebut, di dapati projek akan berada pada
titik break even di tahun yang ke- 6 selepas projek dilaksanakan.

Anggaran Kos dan Hasil Tanaman


35000000

30000000

25000000

20000000

15000000

10000000

5000000

0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16-30

Anggaran Kos Tahunan Anggaran Hasil Pendapatan Tahunan

Rajah 10.1 Anggaran Kos dan Hasil Tahunan

43
Keluk Anggaran Kos Kumalatif dan Hasil Kumaltif
250000000

200000000

150000000

100000000

50000000

Jumlah Kos Tahunan Kumalatif Jumlah Pendapatan Tahunan Kumalatif

Rajah 10.2 Unjuran Kos Kumulatif dan Hasil Kumulatif Dalam Tempoh 30Tahun

44
11 ANALISIS DAYA MAJU PROJEK PERLADANGAN HUTAN
11.1 Penyediaan Aliran Tunai Penubuhan dan Pengurusan Projek
Ladang Hutan

Analisis Aliran Tunai Projek merupakan satu alat perakaunan yang telah diubah
suai untuk digunakan sebagai alat bagi menilai daya maju projek untuk
menentukan sama ada pelaburan memberi pulangan yang bermakna kepada
pihak yang melabur. Sama dengan manamana kaedah perakaunan lain, ia
bergantung kepada definisi kerangka transaksi dalam mana ia diaplikasikan.
Tujuan utama dalam Analisis Aliran Tunai ialah untuk mengesan aliran-aliran
wang tunai masuk dan keluar pada masa ia berlaku. Alat analitikal dalam
Analisis Kewangan bagi menilai daya maju ialah Teknik Aliran Tunai
Terdiskaun (DCF). Kaedah ini melibatkan tiga langkah iaitu:

Langkah 1: Penyediaan Aliran Tunai Projek

Langkah 2: Mendiskaun Aliran Tunai Bersih

Langkah 3: Mengira Nilai Kini Bersih (NPV), Kadar Pulangan Dalaman (IRR)
Projek dan Kadar Pulangan Pelaburan (ROI)

Intipati penilaian kewangan mengunjurkan semua kos dan faedah sepanjang


hayat projek. Penilaian ini dibuat menggunakan harga pasaran semasa untuk
memberi nilai kepada semua kos dan faedah dalam satu format yang dipanggil
‘Penyata Aliran Tunai’. Tujuan penyata ini ialah untuk menunjukkan aliran
masuk dan aliran keluar yang berlaku sepanjang hayat projek. Aliran masuk
adalah butiran mewakili wang yang masuk ke dalam entiti projek, terutamanya
hasil daripada jualan output projek. Aliran keluar pula mewakili wang yang
keluar dari entiti projek iaitu kos projek. Struktur Asas Aliran Tunai (Sumber)
Projek dapat ditunjukkan di Jadual 11.1.

Penyata aliran tunai hasil pendapatan dan kos perbelanjaan ini merangkumi
hasil- hasil yang diperolehi dalam jangka pendek dan jangka Panjang manakala
kos-kos yang terlibat dalam penubuhan ladang hutan terdiri daripada kos-kos
pembangunan, kos bahan input, kos pengurusan tenaga kerja dan kos
pelbagai. Penyata lengkap bagi Aliran Tunai wang masuk (pendapatan) dan
wang keluar (kos) bagi penubuhan dan pengurusan projek ladang hutan seluas

45
±379.56 ha ( 937.89 ekar) di Hutan Simpan Kemasul oleh Syarikat SS Hijrah
Perkasa Plantation Sdn Bhd telah disediakan seperti di LAMPIRAN

Jadual 11.1: Struktur Asas Aliran Tunai (Sumber) Projek

ALIRAN MASUK 1. Hasil daripada jualan Perkara utama dalam aliran masuk adalah hasil
output daripada jualan output yang dikeluarkan.

2. Nilai salvage Pada akhir hayat projek aset modal seperti mesin,
kenderaan, dll. Dinilai dan dijadikan aliran masuk
pada tahun akhir projek. Dalam kes di mana
peralatan mempunyai nilai ekonomi yang kecil
menjadikan nilai skrap.

3. Pencairan modal kerja Jumlah modal kerja yang diguna pada tahun akhir
projek dicairkan dan dimasukkan sebagai aliran
masuk.

ALIRAN KELUAR 1. Kos Pelaburan Kos pelaburan (Modal) biasanya berkaitan dengan
(Modal) pelaburan pada peringkat awal projek. Ini termasuk
kos tanah, bangunan, kelengkapan, kenderaan, dll.

2. Perbelanjaan pra- Ini adalah perbelanjaan sebelum bermulanya


operasi operasi projek dan boleh termasuk kajian feasibiliti,
yuran arkitek, yuran juru ukur, yuran peguam, dll

3. Modal Kerja Jumlah modal yang diperlukan untuk memulakan


operasi projek. Ini termasuk wang yang diperlukan
untuk mengekalkan stok bahan mentah dan input
lain termasuk alat ganti bagi memastikan
kelancaran operasi projek. Ia juga untuk bayaran
yang akan diterima tetapi belum dimasukkan sebab
terma kredit (contoh 2 bulan) yang diberi kepada
pembeli untuk menjelaskan bayaran pembelian.
Sehubungan itu, bayaran yang belum dibuat untuk
pembelian input dari pembekal atas asas kredit
boleh dikeluarkan daripada keperluan modal kerja.
Modal kerja juga melibatkan stok barang siap dan
kerjasedang-berjalan yang mana perbelanjaan telah
berlaku dalam pengeluaran tetapi hasil belum
diperoleh.
Semua item untuk menganggarkan keperluan
modal kerja di atas tidak dinyatakan dalam aliran-
aliran tunai sama ada masuk atau keluar. Perkara
yang terlibat dalam anggaran keperluan modal kerja
adalah seperti berikut:
• Stok Bahan Mentah
• Stok Alat Ganti
• Stok Barang Siap
• Kerja Dalam Pelaksanaan
• Akaun Belum Terima (tolak Akaun Belum
Bayar)
• Tunai di Tangan

46
Tiada formula tetap untuk mengira keperluan
modal kerja dan setiap projek diberi perhatian
berasingan, walaupun standard industri boleh
dijadikan panduan. Hanya keperluan tambahan
yang melebihi jumlah yang diperlukan bagi tahun
sebelumnya akan dimasukkan (incremental). Dalam
tahun akhir projek keperluan modal kerja itu
dicairkan dan dimasukkan sebagai aliran masuk
(faedah).

4. Kos operasi dan Butiran kos ini berlaku setiap tahun sejak
penyelenggaraan pengeluaran projek bermula melibatkan kos
mengeluarkan output projek. Ini termasuk :
o Kos Input – pembelian bahan mentah, barang
dan perkhidmatan
o Upah – dibayar kepada pekerja mahir dan tidak
mahir
o Utiliti – bayaran bekalan air, elektrik, gas, dll.
o Pengangkutan barang dan perkhidmatan
o Pembaikan dan penyelenggaraan jentera,
bangunan, dll.
o Kos tetap pengurusan – gaji, kos pejabat, dll.
o Cukai (jika berkaitan)
o Lain - lain.

11.2 Penilaian Nilai Kini Bersih (NPV)

Terdapat beberapa ukuran daya maju kewangan projek dari sudut pulangan
atas pelaburan menggunakan teknik Aliran Tunai Terdiskaun tetapi terdapat
dua teknik yang selalu digunakan iaitu:

➢ Nilai Kini Bersih (Net Present Value-NPV)


➢ Kadar Pulangan Dalaman (Internal Rate of Return-IRR) Nilai Kini Bersih
(NPV)

Nilai Kini Bersih (NPV), yang paling sering digunakan untuk menganggarkan
keuntungan projek, dikira sebagai perbezaan antara nilai semasa aliran masuk
tunai dan nilai keluar aliran tunai dalam jangka masa projek. Sekiranya
perbezaannya positif, itu adalah projek yang menguntungkan atau berdaya
maju dan jika negatif, maka itu tidak berdaya maju.

47
Formula Nilai Kini Bersih (NPV)

NPV t = 1 hingga T = ∑X t/(1 + R)t - X0

Di mana,

Xt= jumlah aliran masuk tunai untuk tempoh t

Xo = perbelanjaan pelaburan awal bersih

R = kadar diskaun, akhirnya

t = jumlah kiraan tempoh masa

Formula NPV mempunyai dua (2) bahagian:

1) Bahagian pertama membincangkan mengenai aliran masuk tunai

daripada pelaburan. Apabila pelabur melihat pelaburan, dia akan

menunjukkan nilai pelaburan yang diproyeksikan di masa hadapan. Dia

kemudian boleh menggunakan kaedah nilai kini (iaitu, PV = FV / (1 + i)

n, di mana PV = Nilai Kini, FV = Nilai Masa Depan, I = faedah (kos

modal), dan n = bilangan tahun) untuk menolak nilai masa depan dan

mengetahui aliran masuk tunai dari pelaburan pada tarikh sekarang.

2) Bahagian kedua membincangkan mengenai kos pelaburan dalaman

projek tersebut . Ini bermaksud berapa banyak yang harus dibayar oleh

pelabur untuk pelaburan tersebut pada masa ini.

Mendiskaunkan Aliran Tunai Projek

Apabila penyata aliran tunai (sumber) telah disiapkan, langkah berikutnya


adalah untuk mendiskaunkan ‘Aliran Tunai Bersih’ iaitu, menggunakan kadar
diskaun yang terdapat dalam ‘Jadual Diskaun’. Walau bagaimanapun, kini ia
boleh dilaksanakan dengan mengguna program computer, seperti MS Excel
yang mudah didapati.

48
Aliran tunai bersih sepanjang hayat projek didiskaunkan pada kadar yang dipilih
dan aliran tunai bersih yang baru (nilai positif atau negatif) diperoleh yang juga
dipanggil aliran tunai bersih terdiskaun atau NPV. Jika NPV itu negatif pada
kadar diskaun yang diberi, maka projek itu dikatakan TIDAK berdaya maju
kewangan. Sekiranya NPV positif, maka projek itu dikatakan berdaya maju
kewangan. Jika NPV ialah 0, maka kadar pulangan projek itu adalah
bersamaan dengan kadar diskaun yang digunakan. Sekiranya kriteria yang
digunakan dalam memilih projek ialah kadar pulangan yang tinggi atau yang
bersamaan dengan kos melepas modal/kos (iaitu kadar diskaun yang
digunakan), maka projek itu akan dipilih jika NPV lebih besar atau bersamaan
dengan 0.

Kegunaan dan Perkaitan

Dengan menggunakan formula ini, para pelabur mengetahui perbezaan antara


aliran masuk tunai dari pelaburan dan kos pelaburan. Ia digunakan untuk
membuat keputusan perniagaan yang berhemah kerana alasan berikut –

▪ Pertama sekali, ini sangat mudah dikira. Sebelum membuat keputusan


mengenai pelaburan, jika anda tahu cara mengira NPV, anda akan
dapat membuat keputusan yang lebih baik.
▪ Kedua, membandingkan nilai semasa kedua aliran masuk tunai dan
aliran keluar tunai. Hasilnya, perbandingan memberikan perspektif yang
tepat bagi para pelabur untuk membuat keputusan yang tepat.
▪ Ketiga, NPV memberikan anda keputusan yang muktamad. Setelah
mengira ini, anda secara langsung akan mengetahui sama ada mahu
melabur atau tidak.

49
11.3 Pengiraan Kadar Nisbah Faedah-Kos (B/C Ratio)

Penilaian daripada aliran tunai projek dapat digunakan secara terus untuk
membuat perbandingan antara hasil pendapatan (wang masuk) dan kos
perbelanjaan. Rekod segala anggaran hasil yang diperolehi dan anggaran kos
dari peringkat permulaan penubuhan projek hingga ke tempoh akhir pajakan
tanah dicatatkan mengikut komponen jenis tanaman yang dilaksanakan.

11.4 Penilaian Kadar Pulangan Dalaman (IRR)

Kadar Pulangan Dalaman (IRR) merupakan kadar diskaun di mana NPV


bersamaan sifar (0)*. (*Ini dilaksanakan secara automatik oleh program Excel,
di mana aliran tunai bersih didiskaunkan pada beberapa kadar diskaun dan
kadar diskaun pada mana NPV ialah 0, ia dipilih sebagai Kadar Pulangan
Dalaman).

IRR ialah ukuran keberuntungan projek di mana ia menunjukkan kadar


pulangan projek. Istilah ‘dalaman’ digunakan untuk menggambarkan bahawa
perbelanjaan (modal dan operasi/penyelenggaraan) yang dilakukan untuk
projek akan menjana aliran terimaan yang akan memberi balik pulangan
tertentu kepada pelaburan iaitu IRR. Penilaian sama ada bagi menerima atau
menolak sesuatu projek dengan menggunakan IRR ialah membandingkan IRR
dengan kos melepas modal (atau kos modal) yang digunakan oleh pelabur
sebagai kadar pulangan bolehterima yang minimum. Sebagai contoh,
sekiranya IRR projek ialah 20% dan kos melepas modal adalah 15%, maka
projek itu dianggap berdaya maju.

Tujuan Kadar Pulangan Dalam

IRR adalah kadar diskaun di mana nilai semasa bersih (NPV) aliran tunai masa
depan dari pelaburan sama dengan sifar. Secara fungsional, IRR digunakan
oleh pelabur dan perniagaan untuk mengetahui apakah pelaburan adalah
penggunaan yang baik dari wang mereka. Seorang ahli ekonomi mungkin
mengatakan bahawa ia membantu mengenal pasti kos peluang pelaburan.
Seorang ahli statistik kewangan mengatakan bahawa ia menghubungkan nilai
wang sekarang dan nilai masa depan wang untuk pelaburan tertentu.

50
Ini tidak sepatutnya dikelirukan dengan pulangan pelaburan (ROI). Pulangan
pelaburan mengabaikan nilai masa wang, pada dasarnya menjadikannya
nombor nominal dan bukan nombor sebenar. ROI mungkin memberitahu
pelabur kadar pertumbuhan sebenar dari awal hingga akhir, tetapi ia
mengambil IRR untuk menunjukkan pulangan yang diperlukan untuk
mengambil semua aliran tunai dan menerima semua nilai kembali dari
pelaburan.

Formula Kadar Pulangan Dalaman(IRR):

IRR = R1 + ((NPV1 x (R2 - R1)) / (NPV1 - NPV2))

di mana:

R1 dan R2 adalah kadar diskaun rawak yang dipilih, dan NPV1 dan
NPV2 adalah nilai semasa bersih yang lebih tinggi dan rendah.

Terdapat beberapa pemboleh ubah penting di sini iaitu:

➢ jumlah pelaburan
➢ masa pelaburan dan
➢ aliran tunai yang diambil dari pelaburan. Rumus yang lebih rumit
diperlukan untuk membezakan antara tempoh aliran masuk tunai
bersih.

Langkah pertama adalah untuk membuat tebakan pada nilai yang mungkin
untuk R1 dan R2 untuk menentukan nilai semasa bersih. Penganalisis
kewangan yang paling berpengalaman merasakan apa yang ditakrifkan.

Jika NPV1 yang dianggarkan hampir kepada sifar, maka IRR adalah sama
dengan R1. Seluruh persamaan didirikan dengan pengetahuan bahawa, pada
IRR, NPV bersamaan dengan sifar. Hubungan ini penting untuk memahami
IRR.

Kegunaan dan Keterbatasan Kemungkinan

IRR boleh dikira dan digunakan untuk tujuan yang termasuk analisis gadai janji,
pelaburan ekuiti persendirian, keputusan pinjaman, jangkaan pulangan atas
saham atau mencari hasil sehingga jatuh tempo pada bon.

51
Model IRR tidak mengambil kira kos modal. Mereka juga menganggap bahawa
semua aliran masuk tunai yang diperolehi semasa hayat projek dilabur semula
pada kadar yang sama seperti IRR.

11.5 Penilaian Kadar Pulangan Pelaburan (ROI)

Pulangan pelaburan (ROI) mengukur keuntungan atau kerugian yang dibuat


dari pelaburan berbanding dengan jumlah yang dilaburkan dan dikira
menggunakan formula mudah iaitu, pendapatan bersih dibahagi dengan kos
modal pelaburan asal. Pengiraan ROI dilakukan untuk menganilisis prestasi
pelaburan. Ia ditunjukkan seperti berikut:

Formula Pulangan Pelaburan (ROI) = (Untung Bersih / Kos Pelaburan) x 100


Atau

(ROI) = (Keuntungan dari Pelaburan - Kos Pelaburan) x 100 / Kos Pelaburan

"Keuntungan dari pelaburan" merujuk pada penjualan minat pelaburan.


Pulangan pelaburan diukur sebagai peratusan (%); ia mudah dibandingkan
dengan pulangan dari pelaburan lain, yang memungkinkan seseorang
mengukur pelbagai jenis pelaburan antara satu sama lain.

Oleh itu, pulangan pelaburan adalah perbezaan keuntungan dari pelaburan


dan kos pelaburan daripada jumlah kos pelaburan.

11.6 Analisis Sensitiviti

Analisis kewangan bagi projek biasanya berasaskan ketidaktentuan prospek


masa hadapan (contoh: perubahan dalam keadaan ekonomi dunia) dan data
yang diperoleh tidak setepat yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengukuran
kos dan faedah melibatkan jangkaan dan kemungkinan sama ada nyata atau
tidak nyata. Ciri-ciri asas aliran kos dan faedah, seperti harga dan kuantiti input
dan output jarang mencerminkan sesuatu keadaan di mana ia boleh diwakili
dengan satu nilai. Justeru, adalah baik sekiranya penilaian daya maju projek
mengambil kira beberapa kemungkinan dalam nilai ciri-ciri tertentu dan sejauh

52
mana ketidaktentuan itu mempengaruhi outcome yang boleh ditunjukkan
dalam paparan analisis.

Salah satu teknik yang digunakan ialah analisis sensitiviti yang melibatkan ujian
kesan terhadap IRR projek dan/atau NPV akibat dari perubahan dalam
angkubah kos dan faedah, seperti peningkatan kos pembinaaan, kejatuhan
harga output dan sebagainya* (*IRR dan NPV dikira semula dengan nilai
angkubah (kos/faedah) yang terpilih itu diolah tetapi mengekalkan nilai malar
(constant) kepada angkubah lain. Ini dilakukan untuk menyemak sensitiviti
angkubah yang lain itu terhadap daya maju projek).

Satu pendekatan yang diambil dalam analisis sensitiviti ialah mengirakan nilai
switching (switching value)* (Ini dilakukan dengan komputer menggunakan
program seperti MS Excel) . Switching value bagi sesuatu angkubah ialah nilai
di mana NPV projek menjadi 0 atau bila IRR sama dengan kos melepas modal
(iaitu kadar diskaun yang digunakan).

Contoh: Bagi sesuatu projek, keputusan analisis kewangan mendapati NPV


ialah

+RM355,000 menggunakan kadar diskaun 15% dan IRR ialah 18%. Selepas
analisis sensitiviti dijalankan, keputusannya adalah seperti berikut:

Angkubah Nilai Switching


Kos Pembangunan +15%
Kos Input +10%
Harga Output -12%
NPV 15% +RM355,000
IRR 18%

Keputusan menunjukkan bahawa sekiranya kos pembangunan meningkat


15%, kos input naik melebihi 10% dan harga output turun melebihi 12%, maka
projek menjadi tidak berdaya maju. Ini akan memberi idea kepada pemilih
projek tentang viabiliti apabila mereka menilai risiko perubahan yang berlaku
kepada angkubah.

53
12. FAEDAH-FAEDAH KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME)

12.1 Pendahuluan

Outcome merupakan impak atau keberhasilan samada dalam masa jangka


pendek atau jangka Panjang yang diperolehi daripada output pembangunan
yang dilaksanakan di sesuatu kawasan tertentu. Ianya merupakan suatu
perubahan positif yang boleh dicapai melalui program atau projek
pembangunan terhadap kumpulan atau kawasan sasaran dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Lazimnya outcome akan berlaku samada dalam tempoh
singkat, tempoh sederhana dalam tempoh jangka panjang selepas program
atau projek pembangunan dilaksanakan bergantung kepada sifat
program/projek pembangunan itu sendiri.

12.2 Bidang Hasil Utama (BHU)

Dalam kawasan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) terdapat hasil utama yang
telah ditetapkan iaitu penubuhan ladang hutan spesies pokok Durian,

Bidang hasil utama (BHU) adalah berdasarkan objektif atau matlamat projek
yang dilaksanakan. Beberapa BHU bagi Rancangan Pengurusan Ladang
Hutan adalah untuk mewujudkan kawasan ladang hutan:

i. ladang tanaman pokok Durian,

Setiap BHU akan mengambil tempoh masa tertentu untuk mencapai sasaran
outcome iaitu; keberhasilan ketika peringkat permulaan pelaksanaan projek
(immediate outcome), keberhasilan pertengahan (intermediate outcome) dan
keberhasilan akhir (end outcome) apabila keseluruhan projek telah siap
sepenuhnya. Sasaran outcome merupakan matlamat yang ingin dicapai
daripada projek yang dilaksanakan. Dalam proses perancangan projek,
sasaran outcome biasanya ditetapkan manakala outcome sebenar merupakan
hasil yang diperolehi daripada pelaksanaan projek dalam jangka pendek dan
jangka panjang.

54
12.3 Keberhasilan Awal Projek (Immediate Outcome)

Pada peringkat permulaan pelaksanaan projek terdapat aspek-aspek aktiviti


penubuhan dan pengurusan ladang yang dapat memberi impak awal kepada
kumpulan sasar yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Di antara
beberapa keberhasilan awal yang dapat dilihat adalah:

i. menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan,


ii. pembekalan anak pokok hutan spesies komersial,
iii. penglibatan kontraktor tempatan dalam aktiviti penubuhan ladang.

12.4 Keberhasilan Akhir Projek (End Outcome)

Keberhasilan akhir yang hendak dicapai apabila semua peringkat penubuhan


ladang hutan telah dilaksanakan sepenuhnya iaitu:

i. Ladang kawasan tanaman pokok hutan ditubuhkan


ii. Ladang multi-storied tanaman pokok durian & pokok hutan

Setiap keberhasilan tersebut akan memberi perubahan kepada rupa bentuk


fizikal kawasan serta menjadikan kawasan mempunyai ciri-ciri pengurusan
yang lebih sistematik dengan kewujudan prasarana seperti jalan ladang, sistem
peparitan dan saliran, iklim mikro dan pembentukan struktur vegetasi yang
baharu. Dalam konteks pelaksanaan keseluruhan projek ini adalah tidak
dinafikan ianya akan menyumbang kepada impak yang positif dalam pelbagai
sudut pembangunan kawasan hutan. Pertama, apabila kawasan telah ditanam
dengan pokok-pokok seperti pokok Durian, setelah melalui proses
penyelenggaraan serta siri rawatan yang lengkap maka akan berlaku suatu
impak positif ke atas ciri-ciri fizikal. Di antara aspek keberhasilan nyata pada
struktur tanah adalah:

i. keadaan tanah yang lebih subur dan produktif;


ii. keadaan pengurusan fizikal kawasan yang sistematik dan pengurusan
ladang hutan yang teratur.

Setelah dilaksanakan dalam satu tempoh tertentu di mana pokok-pokok yang


ditanam mencapai tahap matang dan mengeluarkan hasil maka projek ini

55
berperanan sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan kepada
pengusaha (jangka pendek dan jangka panjang). Kewujudan projek ini akan
menyumbang ke arah memakmurkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan di
negeri Pahang khususnya dan negara amnya. Projek ini akan menjadi sumber
asli bekalan kayu- kayan atau komoditi untuk memenuhi keperluan industri
berasas kayu di negara ini di samping pengeluaran seperti lateks getah, buah
durian dan hasil tanaman kontan (pisang).

Analisis daya maju kewangan projek menunjukkan nilai-nilai faedah yang


diperolehi melalui perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan projek ini
di lapangan. Pembangunan ladang hutan dapat meningkatkan produktiviti
kawasan hutan dan seterusnya menjadi pemangkin sektor perhutanan dengan
menjamin bekalan sumber hutan secara berkekalan. Projek ini dapat
menyediakan peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan taraf hidup
terutama kepada mereka yang bekerja di kawasan ladang.

Pengusahasilan yang berulang kali telah menyebabkan keadaan hutan


sediada menjadi terosot (degraded) dan kurang bermutu dari segi komposisi
dirian spesies pokok komersial yang tinggal. Di samping itu, kawasan ini telah
ditumbuhi oleh spesies pokok yang tidak bernilai komersial. Secara rasionalnya
penubuhan ladang hutan oleh pihak swasta merupakan salah satu dasar dan
strategi yang berkesan untuk memulihkan keadaan hutan yang terosot bagi
meningkatkan kualiti dan produktiviti kawasan hutan ini dalam jangka masa
yang lebih singkat. Setelah kawasan ini dipulihkan melalui penubuhan ladang
hutan maka sumber bekalan kayu-kayan negeri dapat dijana semula dalam
jangka masa yang singkat iaitu di antara 15 hingga 30 tahun. Secara relatifnya,
penubuhan ladang hutan juga dapat menstabilkan kadar aliran pengeluran
kayu di masa akan datang tanpa bergantung sepenuhnya kepada kawasan
Hutan Simpan Kekal yang masih mempunyai status hutan berkualiti tinggi.
Kejayaan pembangunan ladang hutan akan dapat menjadi sumber utama
bekalan kayu kayan di masa akan datang.

56
13. RUMUSAN / KESIMPULAN

Ladang hutan mempunyai potensi yang besar sebagai sumber utama bekalan kayu
bagi memenuhi permintaan bekalan kayu di negara ini dan akan menjadi faktor
penyumbang bekalan kayu yang mampan di masa akan datang. Pembangunan
ladang hutan dianggap sebagai perancangan strategik dalam menambah kelestarian
bekalan kayu untuk industri berasaskan kayu. Penglibatan pihak swasta dalam
penubuhan ladang hutan merupakan satu langkah strategik dalam menangani
tekanan ke atas pengeluaran kayu dari hutan asli bagi memenuhi permintaan industri.
Kerajaan juga melalui Malaysian Timber Industri Board (MTIB) telah menggalakkan
pembangunan ladang hutan komersial secara besar-besaran mensasarkan 375,000
hektar berpandukan Dasar Perindustrian Kayu Negara atau National Timber Industri
Policy 2009-2020 (NATIP 2009-2020). Penubuhan ladang hutan telah menjadi salah
satu konsep pengurusan hutan secara mampan di negeri Pahang. Kawasan yang
telah dikenalpasti merupakan kawasan HSK yang telah beberapa kali diusahasilkan
sebelumnya di mana keadaan hutan kurang bermutu serta tidak menunjukkan
pemulihan yang sepenuhnya dari segi kualiti serta kuantiti dirian tinggal. Sejajar
dengan itu, Kerajaan Negeri Pahang melalui pihak swasta telah melaksanakan
program ladang hutan bagi kawasan-kawasan hutan yang miskin dan terosot. Usaha
ini adalah selari dengan objektif Dasar Perhutanan Malaysia 2021 (DPM 2021).

Konsep penubuhan ladang hutan adalah untuk meningkatkan produktiviti kawasan


HSK yang miskin dari segi dirian pokok berpasaran atau bernilai komersial tinggi dan
pemulihan secara semulajadi adalah memakan masa terlalu lama untuk mejadi hutan
bermutu tinggi. Kawasan-kawasan tanah miskin ditanam dengan pokok hutan yang
bermutu dan bernilai komersial. Pokok-pokok yang ditanam bersifat cepat membesar
bagi pengeluaran hasil kayu yang berterusan secara mampan. Adalah dijangkakan
penubuhan ladang hutan akan berdaya maju dapat memberi hasil pulangan yang
menguntungkan. Penubuhan ladang hutan juga akan dapat mengurangkan tekanan
terhadap pembukaan kawasan HSK untuk pembalakan yang lebih luas apabila
pengusahasilan ladang hutan menjadi sumber bekalan balak di masa akan datang.
Bagi tempoh RPLH ini, pihak swasta akan berusaha untuk mencapai objektif dan
memastikan hala tuju projek perladangan hutan dapat dilaksanakan dengan berkesan
mengikut ketetapan rancangan perladangan hutan yang telah disediakan.

57
Pengurusan ladang hutan melibatkan pelbagai aktiviti dan operasi di peringkat
lapangan. Bagi penubuhan ladang hutan ini pihak syarikat adalah komited
sepenuhnya dalam membangunkan ladang hutan komersial dengan melaksanakan
aktiviti-aktiviti pembangunan ladang iaitu:

(a) Membersih dan/atau menyedia kawasan tanaman,


(b) Menyedia bahan tanaman,
(c) Menanam, rawatan dan penyelenggaraan ladang,
(d) Pengusahasilan.

Terdapat beberapa peringkat peluang-peluang pekerjaan yang terlibat dan diperlukan


dalam pembangunan dan pengurusan ladang hutan ini antara lain:

(a) Peringkat Pembangunan dan Pengurusan Ladang,


(b) Peringkat pengurusan hasil, dan
(c) Peringkat Petadbiran dan Pengurusan Ladang

Dalam kawasan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) terdapat beberapa keberhasilan


atau faedah yang akan diperolehi setelah pelaksanaan RPLH dalam tempoh yang
ditetapkan. Di antara beberapa keberhasilan atau faedah peringkat awal yang dapat
dilihat adalah: (i) menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan, (ii)
pembekalan anak pokok hutan spesies komersial dan (iii) penglibatan kontraktor
tempatan dalam aktiviti penubuhan ladang hutan. Di samping itu, projek ini akan
memberi impak di mana keseluruhan kawasan hutan akan berjaya ditanam yang
menghasikan suatu landskap pemulihan hutan dengan keadaan kawasan yang lebih
produktif dari segi sosio ekonomi bagi menjana pendapatan yang tinggi.

Analisis daya maju kewangan mengenai penubuhan dan pengurusan projek ladang
hutan seluas ±379.56 ha ( 937.89 ekar) di Hutan Simpan Kemasul, Daerah Temerloh
menunjukan bahawa projek ini adalah berdaya maju berasaskan beberapa indikator
dan nilai-nilai analisis kadar B/C Ratio, Nilai Bersih Kini (NPV), Kadar Pulangan Dalam
(IRR) dan Pulangan Pelaburan (ROI). Dalam tempoh 7 tahun menunjukkan pulangan
hasil projek semakin meningkat dengan tambahan hasil dari ladang tanaman pokok
Durian. Selepas 10 tahun projek ini menunjukkan kadar nisbah faedah-kos yang tinggi
di mana indikator B/C ratio iaitu 6.71. Manakala dalam tempoh 15 tahun (pusingan

58
pertama) nisbah kadar faedah-kos mencapai nilai 17.25 dengan jumlah anggaran
pendapatan kasar secara kumulatif sebanyak RM 187.20 juta dengan anggaran kos
kumulatif sebanyak RM23.30 juta. Indikator B/C ratio pada peringkat 15 tahun
(pusingan pertama) dapat menunjukkan bahawa projek ladang hutan seluas ±379.56
ha ( 937.89 ekar) adalah berdaya maju dan mempunyai potensi yang begitu baik untuk
menjana pendapatan yang tinggi dan mampan kepada pihak pengusaha khususnya
syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd.

Walaupun kos pelaburan atau modal bagi penubuhan ladang hutan yang
dilaksanakan oleh syarikat SS Hijrah Perkasa Plantation Sdn Bhd ini adalah agak
besar, namun berdasarkan petunjuk analisis daya maju kewangan (Kos-Faedah,
NPV, IRR dan ROI) jelas menunjukkan bahawa projek ini adalah berdaya maju dan
berpotensi memberi pulangan pelaburan atau menjana pendapatan yang
menguntungkan sama ada dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

59
RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI

Department Of Agriculture (1972). The Cocunut Palm Agricultural Leaflet No 41.

Department of Statistics. 2016. http://vwwv.statistics. gov. my

Forestry Department Peninsular Malaysia. 2015. Forestry Staiistics Peninsular


Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia.

Forestry Department Peninsular Malaysia. 2019. Forestry Sfafislics Peninsular


Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia.

JPSM 1995. Manual Perhutanan Semenanjung Malaysia 1953 (Pindaan 1995).


Forestry Dept., Pen. Malaysia.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang 2016. Rancangan Pengurusan Hutan (RPH)


Negeri Pahang Tahun 2016 - 2025. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang,
Kuantan.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 2o17. Laporan Tahunan 2017 Jabatan


Perhutanan Negeri Pahang. 2020. Laporan Tahunan 2020

Jabatan Pertanian (1960)-Pokok Kelapa Di Tanah Melayu Risalah Pertanian Bilangan


52.

Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999) - Pakej Teknologi Kelapa. (No


Terbitan : JP/Bk/10.01/11.99/1.2R).

Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (2007) - Pakej Teknologi Kelapa. (No. BK


49/08.07/5R).

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) 2017

Lee, Y. H. & Chu, Y. P. 1974. Commercial Timbers of Peninsular Malaysia.

Malaysia: Department of Forestry Peninsular Malaysia and the Malaysia Timber


lndustry Board. Lembaga Getah Malaysia. 2017.

Lembaga Getah Malaysia. 2014. Manual Teknolagi Penanaman Getah. Pp. 88.

Lembaga Getah Malaysia. 2012.Laporan Bancian Projek Pengkalan Data Pekebun


Kecil Getah Individu. Jilid I pp.200.

60
Lembaga Getah Malaysia. 2020. Laporan Statistik Getah Asli 2020

Lim, H.F., Norini, H., Woon, W.C. & Baskaran, K. 2002. The Socio-Economic Aspecfs
of Privafe Foresf Plantations in Peninsular Malaysia. Forestry Department
Peninsular Malaysia & Japan lnternational Cooperation Agency (JICA). pp.
132.

Malaysian Timber lndustry Board. 2018. MASKAYU, Vol. 1: January 20l9. Pp.32,
Malaysian Timber lndustry Board. 2018. MASKAYU,Vol2 : February 2018. Pp.32,

Malaysian Timber lndustry Board. 2018. MASKAYU, Vol 3: March 2019. Pp.32 Mohd
Johari, M.H. 2005. Economic of Rubber Forest plantatian.

Lembaga Getah Malaysia. Monograph No. 2A. pp.25., Mohd Johari, M.H. 2003.
Viability of Rubber Forest plantation. Lembaga Getah Malaysia. Monograph
No. 6. pp. 24.

Muslim Bunyamin dan Nor Aziyah (1982). Kelapa Di Semenanjung Malaysia Risalah
Pertanian Bil.20, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, Kuala Lumpur.

National Forestry Act 1984 (Act 313) & Wood-Based Industries (State Legislatures
Competency) Act 1984 (Act 314).

Norini, H., Ahmad Fauzi, P., Mahd Parid, M. & Rohana, A.R. 2009. Current and future
supply of and demand for rubberwood in Malaysia-PD 192103 Rev.3 (M).
Technical Report No.1 Pp 136

61
LAMPIRAN
1
2
3
4
5
6

You might also like