You are on page 1of 2

MODUL PERJUMPAAN KADET KOREKSIONAL PADA (09/08/2023)

Baca Nota Berkaitan Kadet Koreksional Dibawah:

Pengenalan Kadet Koreksional

a. LATAR BELAKANG PENUBUHAN


• Idea penubuhannya oleh Y. Bhg. Datuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia
pada April 2004, bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para
pelajar sekolah menengah di tingkatan 1 hingga 5, tentang peranan dan
fungsi Jabatan Penjara Malaysia dalam mengurus dan memulih para pesalah
yang melanggar undang-undang negara supaya mereka dapat dibentuk
menjadi individu yang berdisiplin dari segi mental dan fizikal sebagai
persediaan menjadi pemimpin masa hadapan.

• Sesi Perbincangan dan taklimat telah diadakan dengan pihak Kementerian


Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Ia merupakan sebahagian
daripada kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana ditakrifkan
dalam Akta Pelajaran 1961. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian
Pendidikan yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan
beruniform. Ia juga sebagai persediaan kepada pelajar sekolah dari segi
mental dan fizikal yang akan menjalani Program Latihan Khidmat Negara.

• Mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pada


Jun 2004. Pelajar-Pelajar Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan,
Serendah, Selangor merupakan kumpulan pertama (pioneer group) yang
telah menubuhkan pasukan Kadet Koreksional dengan pembabitan seramai
49 pelajar. Upacara pelancaran Kadet Koreksional telah disempurnakan oleh
YB. Dato' Seri Chia Kwang Chye, bekas Timbalan Menteri Keselamatan
Dalam Negeri pada 11 Oktober, 2004 bersempena Sambutan Hari Jabatan
Penjara Malaysia. YB. Timbalan Menteri KKDN mengarahkan penubuhan
kadet ini diperluaskan di semua sekolah menengah dengan misi sekurang-
kurangnya satu negeri satu sekolah.

b. MATLAMAT PENUBUHAN
Matlamat penubuhan Kadet Koreksional adalah untuk membentuk masyarakat khususnya
para remaja melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan disiplin dan
sahsiah diri, membina semangat kerjasama dan patriotisme di samping memberi
pendedahan dan kefahaman mengenai tanggungjawab dalam membimbing rakan sebaya
bagi menghindari gejala-gejala sosial di kalangan remaja.

c. OBJEKTIF
1. Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam
usaha mengatasi masalah ponteng sekolah, gangsterisme, merokok, buli, salah laku
dan sebagainya di kalangan pelajar.
2. Melahirkan insan mulia yang dapat menjadi pembimbing kepada rakan sebaya lain
yang sedang menghadapi masalah.
3. Menyemai semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan pelajar bagi melahirkan
insan yang saling bantu membantu dan bersatu padu dalam setiap bidang yang
diceburi.
4. Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
5. Melahirkan insan yang mantap dari segi jasmani, ejosi, rohani, disiplin dan intelek
bagi menjadi pemimpin generasi akan datang.
6. Membangunkan kemahiran dalam bidang kaunseling.
7. Membangunkan kemahiran mempengaruhi rakan sebaya supaya tidak melakukan
kegiatan yang tidak sihat.
8. Mengadakan aktiviti yang dapat menanamkan sifat berhati-hati dalam menangani
sebarang perilaku jenayah seperti rogol dan sebagainya

d. KEAHLIAN DAN SYARAT KELAYAKAN


1. Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah.
2. Terbuka kepada semua pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan.
3. Anggota-anggota daripada Pasukan-Pasukan Kadet Tentera, Kadet Polis, Kadet
Bomba, St. John Ambulans dan unit-unit beruniform yang lain tidak dibenarkan
menjadi anggota Kadet Koreksional.
4. Setiap pemohon hendaklah memiliki tubuh badan yang sihat dan diperakukan oleh
Pegawai Perubatan.
5. Setiap permohonan hendaklah diperakukan dan disokong oleh Pengetua Sekolah.

e. FALSAFAH LATIHAN KADET KOREKSIONAL


Ke arah membangunkan keupayaan pelajar-pelajar dalam semua peringkat menengah
dengan menyalurkan ilmu pengetahuan yang sesuai, kemahiran dan sikap yang positif agar
mereka dapat bersaing di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan nilai
serta sikap positif ke atas diri mereka, tugasan dan organisasi sekolah menerusi pendekatan
latihan yang komprehensif dengan pembentukan fisikal, mental dan pembangunan
kerohanian individu berdasarkan program latihan yang terancang, sistematik dan
berterusan.

Jawab Soalan Kuiz Berkaitan Kadet Koreksioanal menggunakan Link Google Form
dibawah:

https://forms.gle/KABLQ2TtU31pNGCw5

You might also like